Anda di halaman 1dari 2

3.

2b Forum Refleksi Berdasarkan Video


Soalan Forum:

Sila tonton sekurang-kurangnya dua video tentang alat (tool) penyelesaian


masalah yang diberikan. Berdasarkan video yang telah anda tonton, buat
refleksi mengenai pengalaman anda menggunakan alat berkenaan di
organisasi anda.

Anda juga perlu membaca dan memberi maklum balas terhadap dua refleksi
yang ditulis oleh rakan anda.

Dalam bidang pengurusan. Penambahbaikan dalam organisasi diperlukan


tetapi selagi masalah yang wujud tidak diselesaikan ,ia akan menghalang
organisasi untuk mencapai visi.
Pengetahuan dalam menyelesaikan masalah dapat meningkatkan
kecemerlangan sekolah.apabila berhadapan dengan masalah yang lebih
rumit dn komplek , adalah penting meneroka semua faktor yang mungkin
menyebabkan masalah tersebut sebelum mula memikirkan langkah
penyelesaiannya.
Tulang Ikan Ishikawa merupakan salah satu alat Penyelesaian masalah
yang akan saya gunakan. Melaluinya alat ini saya boleh mengenal pasti
punca dan menyelesaikan masalah ini dengan melihat sebab yang
menyumbang kepada masalah ini. Gambar rajah tulang ikan juga
merupakan teknik secara grafik untuk mengenal pasti faktor-faktor(sebab)
yang mungkin menyebabkan masalah(akibat) . Masalah dihadapi mungkin
disebabkan oleh beberapa faktor utama iaitu faktor manusia(people)
,Kaedah(proceduce) ,peralatan (machine) ,Bahan (material)dan Persekitaran(
environment). Misalnya dalam menghadapi masalah sikap guru , Ianya
melibatkan aspek seperti faktor subjek yang diberikan bukan bidangnya,
Intervensi sekolah, pendekatan pentadbir, pendekatan guru dan faktor
persekitaran yang boleh menyumbang berlakunya sesuatu masalah lain.
Setiap sebab utama ini kemuduannya diteroka dengan lebih mendalam
dengan menggunakan 5why yang kemudiaannya menghasilkan penyebab
utama kepada masalah berkenaan .
Dalam mengenal pasti keputusan atau punca masalah, saya juga
mungkin menggunakan Rajah Diamond Nine , dalam menggunakan rajah ini
,saya akan menyenaraikan semua punca masalah mengikut urutan. Punca
masalah disusun dengan meletakan punca utama diletakkan pada bahagian
atas, faktor kurang penting atau punca paling kurang utama diletakkan di
bahagian bawah. Punca masalah atau faktor- faktor yang sama penting
diletakkan di dalam barisan yang sama.