Anda di halaman 1dari 9

NASI AYAM HAINAN

BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
kosher salt
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil
UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil kosher salt
UNTUK SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1'' halia
sedikit garam
UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam
UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun
CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan
garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang
kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam.
Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam
ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi
dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam.
Panaskan dengan api yang besar sehingga
menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api
bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk
dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat
samada ayam dah masak.
2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan
rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan
menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan
menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang
halia dan daun bawang. Simpan air rebusan untuk
kegunaan lain.
3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam.
Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam,
masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit.
Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air
rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika
suka boleh juga letak daun pandan.
4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais
dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame.
Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga,
dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang,
tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong
5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan
sehingga halus.
6. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan
garam dan masukkan bawang goreng atau daun
bawang sebagai hiasan.
Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce,
hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas
ayam dan sedikit atas nasi.

antara bahan diperlukan


gosokkan ayam dengan garam di bahagian luar dan dalam

masukkan halia dan daun bawang ke dalam ayam

rebus hingga menggelegak dan kemudiannya api diperlahankan


setelah masak rendam ayam dalam air ais

potong ayam sebelum dilumur sos ayam


lumur sos ayam sebelum dihidangkan

minyak dari lemak ayam diguna untuk menumis bawang putih dan halia
goreng beras sebelum dimasukkan minyak bijan dan garam

bahan untuk dibuat sos cili


sos cili yang sudah siap

sos ayam. sos cili dan sayuran

Anda mungkin juga menyukai