Anda di halaman 1dari 2

SULIT 2 1103/1

BAHAGIAN A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Rajah di bawah menunjukkan suasana sewaktu sambutan rumah terbuka yang dianjurkan
oleh Kerajaan Malaysia.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan mengadakan rumah terbuka Malaysia.


Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kepentingan Mengadakan Rumah Terbuka Malaysia

Memaparkan kebudayaan kebangsaan


Merapatkan hubungan silaturahim
Menjayakan konsep 1Malaysia

Perayaan Aidilfitri
Perayaan Deepavali

Perayaan Tahun Baru


Cina
1103/1 @ 2016 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMK SULIT
SULIT 2 1103/1
Bahagian B
[ 100 markah ]
[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1 Nilai berdisiplin dalam kalangan pelajar mampu dipupuk melalui aktiviti kokurikulum.
Selain dapat memenuhi masa lapang, aktiviti kokurikulum juga dapat meningkatkan
semangat bekerjasama, nilai kepimpinan dan sebagainya.

Bincangkan.

2 Pada masa ini, teknologi maklumat memberikan banyak kebaikan dalam kehidupan
seharian.

Huraikan pendapat anda tentang kebaikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
kepada masyarakat dan negara.

3 Anda sebagai setiausaha Kelab Keselamatan Jalan Raya di sekolah telah ditugaskan
untuk menulis sebuah rencana bertajuk Langkah-langkah Mendidik Pengguna Jalan
Raya di Malaysia supaya berhemah di jalan raya untuk dimuatkan dalam majalah
sekolah.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

4 Pada era globalisasi ini, perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang oleh beberapa negara
dapat memajukan negara tersebut.

Ulas pernyataan di atas.

5 Anda ingin menulis sebuah cerpen yang bertemakan penghargaan terhadap jasa warga
tua.

Tulis cerpen tersebut selengkapnya.

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/1 @ 2016 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMK SULIT

Anda mungkin juga menyukai