Anda di halaman 1dari 9

DAM - MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBEZAKAN PERKARA-PERKARA YANG

MEMBATALKAN SOLAT DENGAN PERKARA-PERKARA YANG


MEMBATALKAN WUDUK

Oleh
Pn. Hjh. Rubiah Sidik
Pn. Zakiah Ithnin
Pn. Rohani Musa

SK Laksamana
81907 Kota Tinggi

ABSTRAK

Pendidikan Islam merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting


untuk melahirkan generasi yang berilmu, beramal dan berakhlak. Dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam banyak menggunakan kaedah
mengingat, menghafal dan memahami sesuatu isi pelajaran.
Pengetahuan berkaitan dengan fardu ain terutamanya solat amat
dititikberatkan . Justeru, satu kajian telah dilakukan terhadap lima orang
murid Tahun 4 Jaya yang dikenalpasti tidak menguasai asas-asas solat.
Tinjauan Awal yang dilakukan adalah melalui sesi soal jawab, temubual
bersama murid, latihan bertulis dan ujian pra. Hasilnya didapati lima
orang murid ini tidak memahami bagaimana cara untuk membezakan
perkara-perkara yang membatalkan solat dengan perkara-perkara yang
membatalkan wuduk dalam solat. Bagi mengatasi masalah ini, satu
kajian menggunakan model khas iaitu DAM (Dapat Amal Mudah)
dihasilkan yang berfungsi membantu murid-murid meningkatkan ingatan
dan kefahaman mereka terhadap perkara-perkara tersebut. Murid-murid
yang terlibat diberi rawatan selama 2 minggu mengikut aktiviti yang
dirancangkan. Hasil ujian pos yang diperolehi selepas menggunakan
DAM menunjukkan prestasi pelajar semakin meningkat.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu

Murid-murid Tahun 4 Jaya terdiri daripada murid-murid yang boleh dikategorikan


berada pada tahap sederhana. Namun begitu, masalah yang kami hadapi adalah
dalam kalangan mereka ada yang berada pada tahap lemah. Apa yang kami
maksudkan lemah ialah, mereka lambat mengingat dan menghafal isi-isi yang
diberikan malah ada kalanya mereka langsung tidak dapat mengingat isi
pengajaran yang telah disampaikan.

Daripada pemerhatian kami, apabila sesi soal jawab dijalankan berkaitan perkara-
perkara yang membatalkan solat dengan perkara-perkara yang membatalkan
wuduk terhadap 34 orang murid ini terdapat dua belas orang murid dapat
menjawab dengan tepat, sepuluh orang boleh menjawab dengan bimbingan, tujuh
orang masih keliru, manakala lima orang tidak dapat menjawab langsung. Apabila
ditanya kepada murid ini mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut,
tiga orang daripada mereka menjawab, “saya sudah cuba hafal, tetapi tidak ingat
langsung” manakala dua orang murid lagi menjawab “saya malas nak hafal”.
Apabila diberi latihan bertulis, lima orang murid ini gagal membuat tugasan yang
diberikan. Apabila ujian bulanan atau peperiksaan dijalankan, lima orang murid ini
juga selalu gagal. Setelah kami amati murid-murid yang lemah ini, mereka sukar
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 1
Sekolah Rendah
untuk mengingati isi pelajaran dan terdapat juga yang kurang berminat untuk
belajar.

Kami berusaha untuk memahamkan mereka berkaitan solat ini kerana perkara ini
merupakan fardhu ain yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim. Jika tidak
diatasi perkara ini akan menjadi lebih serius. Solat ialah satu ibadah yang wajib
dilakukan dengan sempurna dan mengikut tertib. Apabila solat tidak betul, secara
tidak langsung boleh mempengaruhi akhlak individu itu sendiri.

2.0 Fokus Kajian

Kami telah menjalankan ujian amali solat kepada 34 orang murid 4 Jaya.
Sebahagian daripada mereka boleh melakukan solat dengan betul dan
sebahagian lagi masih perlu dibimbing. Dalam ujian tersebut, kami mengajukan
soalan berkaitan perkara-perkara yang membatalkan solat. Hasilnya kami dapati
terdapat murid yang tidak mengetahui perkara-perkara tersebut.

Dalam mengenal pasti perkara-perkara yang membatalkan solat dan


membatalkan wuduk, murid-murid perlu mengetahui rukun-rukun solat. Jadi dalam
kajian ini kami merangkumkan perkara-perkara yang membatalkan solat,
membatalkan wuduk dan rukun solat.

3.0 Objektif Kajian

3.1. Objektif Am
Secara amnya kajian tindakan ini adalah untuk membantu murid
membezakan antara perkara-perkara yang membatalkan solat dengan
perkara-perkara yang membatalkan wuduk dengan mengingati rukun
solat.

3.2. Objektif Khusus


3.2.1. Membantu murid mengenal pasti perkara-perkara yang
membatalkan solat dan membatalkan wuduk
3.2.2. Membantu murid mengenal pasti rukun-rukun solat
3.2.3. Membina keyakinan diri seterusnya melahirkan murid yang kritis.
3.2.4. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.

4.0. Kumpulan Sasaran

Sasaran kami ialah lima orang murid Tahun 4 Jaya. Tiga orang murid lelaki dan
dua orang murid perempuan.

5.0. Pelaksanaan Tindakan

5.1. Tinjauan Masalah


Untuk menyediakan kajian tindakan ini, beberapa kaedah telah digunakan
bagi mengenalpasti masalah. Kami menggunakan kaedah pemerhatian, soal
selidik dan ujian pra.

5.1.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian yang dibuat melalui proses pengajaran dan
pembelajaran, didapati kaedah hafalan menjadi masalah kepada

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 2


Sekolah Rendah
murid-murid lemah. Walaupun diajar berulang kali, namun keupayaan
murid sangat terhad.

5.1.2 Soal selidik


Borang soal selidik diberikan kepada murid-murid sasaran. Murid-
murid membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab
soalan yang dikemukakan.

5.1.3 Ujian Pra


Kami mengedarkan latihan yang mengandungi sepuluh soalan
kepada murid-murid. Setelah dua kali latihan dan Ujian Pra dijalankan
kepada lima orang murid sasaran ini menggunakan set soalan yang
sama, mereka masih gagal menjawab kesemua soalan.

5.2. Analisa Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisa Pemerhatian


Melalui pemerhatian terhadap lima orang murid sasaran, kami dapati
murid-murid ini terlalu lemah untuk mengingati fakta dan ada yang
tidak berminat. Ini dapat dilihat melalui tingkah laku murid itu sendiri.
Tiga orang daripada mereka mencuba untuk menghafal tetapi tidak
dapat menyatakan kembali kerana keupayaan mereka terhad.
Manakala dua orang murid lagi menunjukkan mereka tidak berminat
untuk belajar. Mereka tidak menumpukan perhatian semasa guru
mengajar dan kurang melibatkan diri dalam setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.

5.2.2 Analisa Soal Selidik

Jadual 1: Jadual Analisa Dapatan Soal Selidik Berdasarkan


Bilangan dan Peratus.
PERKARA BIL PERATUS
MURID
Tidak suka mata pelajaran Pend. Islam 0 0
Tidak tahu atau tidak faham 2 40
Malas hafal 1 20
Cuba hafal tapi lupa 2 40
JUMLAH 5 100

Jadual 1 menunjukkan 40% murid tidak tahu atau tidak faham perkara
yang membatalkan solat, 20% murid malas hafal, dan 40% lagi cuba
hafal tetapi lupa.

5.2.3 Analisis Ujian Pra


Hasil dapatan daripada Ujian Pra, kekerapan menjawab dengan betul
soalan-soalan yang diberikan bagi setiap latihan dapat dikelaskan
seperti jadual di bawah:
Jadual 2 : Jadual Keputusan Ujian Pra
Skala Kekerapan Latihan 1 Latihan 2 Ujian Pra
Betul semua - 6 12
Betul 7 6 8 10
Betul 5 4 7 4
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 3
Sekolah Rendah
Betul 3 10 5 3
Salah semua 10 7 5
Jumlah 34 34 34

Jadual 2 menunjukkan 5 orang murid tidak dapat mengingati perkara-


perkara yang membatalkan solat dengan mendapat salah semua
dalam Ujian Pra yang dijalankan.

5.3 Tindakan yang Dijalankan

5.3.1 Kami memberikan bimbingan klinikal kepada lima orang murid ini
selama dua minggu di bilik Pendidikan Islam. Masa yang
diperuntukkan selama satu jam untuk setiap sesi. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan:
i) Aktiviti 1 : NRS (Nasyid Rukun Solat)
ii) Aktiviti 2 : Permainan DAM SOLAT
iii) Aktiviti 3 : CD DAM

5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan untuk setiap aktiviti:


i) Aktiviti 1
a) carta nasyid

ii) Aktiviti 2
a) Set permainan DAM SOLAT
• Papan DAM bersaiz kad manila
• Buah dadu
• Tutup botol atau ceper
• Kad-kad kecil mengandungi penerangan tentang rukun
solat, batal solat dan batal wuduk

iii) Aktiviti 3
a) set komputer
b) CD DAM

5.4. Pelaksanaan Tindakan

5.4.1. Aktiviti 1 – NRS (Nasyid Rukun Solat)


- Guru memaparkan carta Nasyid Rukun Solat
- Guru menyanyi diikuti oleh murid

Niat, berdiri, takbiratulihram,


Fatihah, ruku’ iktidal,
Sujud serta tomakninah,
Duduk antara dua sujud,

Duduk Tahiyat Akhir dan baca Tahiyat Akhir,


Selawat ke atas Nabi,
Salam pertama dan juga Tertib,
Itulah Rukun Solat

Nota : mengikut lagu Selawat Nabi (Raihan)

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 4


Sekolah Rendah
- Guru meminta murid menyebut rukun solat yang terdapat dalam
Nasyid

i Pemerhatian

Hasil pemerhatian setelah murid-murid bernasyid Rukun Solat


didapati mereka mula menunjukkan minat untuk belajar. Murid-
murid menjadi lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan
berkaitan rukun solat.

ii Refleksi

Daripada aktiviti yang dijalankan murid-murid lebih mudah


mengingati rukun solat. Secara tidak langsung mereka juga
dapat membezakan antara rukun dan sunat dalam solat.

5.4.2. Aktiviti 2 – Permainan DAM SOLAT

- Guru mengedarkan set permainan DAM kepada 2 kumpulan dan


menerangkan cara bermain.

- Cara-cara permainan DAM SOLAT


 Semua pemain melontar buah dadu bergilir-gilir. Sesiapa yang
mendapat bilangan enam, maka ia akan memulakan permainan
terlebih dahulu kemudian diikuti oleh pemain yang mendapat
bilangan kedua terbanyak dan seterusnya.

 Semasa dalam permainan, sesiapa antara pemain yang


mendapat bilangan enam semasa lontaran buah dadu dibuat,
maka dia layak melontar sekali lagi.

 Jika ada pemain berhenti pada petak yang bertangga, maka dia
berpeluang naik ke atas tetapi jika sekiranya pemain berhenti
pada petak yang mempunyai kepala ular, maka dia terpaksa turun
ke bawah dan berada di hujung ekor ular tersebut. Ini bermakna
setiap langkah naik dan turun membawa maksudnya tersendiri.

 Perlu diingat, bahawa setiap pemain yang berhenti pada petak


yang menyatakan perkara-perkara yang membatalkan solat,
maka dia terpaksa turun pada petak niat, manakala jika ada
pemain yang berhenti di petak yang menyatakan batal wuduk,
maka ia terpaksa turun pada petak berwuduk semula.

 Permainan ini boleh dimainkan secara berdua atau lebih mengikut


kumpulan yang bersesuaian dengan keadaan.

- Undang-undang permainan DAM

 Pemain terdiri daripada dua orang atau lebih.


 Setiap pemain perlu menggunakan buah dadu untuk menentukan
kedudukannya.
 Bergerak mengikut urutan nombor

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 5


Sekolah Rendah
 Jika pemain mendapat dadu bilangan enam, pemain tersebut
berpeluang melontar buah dadu sekali lagi.
 Pemain perlu naik petak mengikut tangga dan turun petak
mengikut badan ular yang telah ditetapkan.
 Pemain yang lebih dahulu sampai ke angka penamat dikira
sebagai pemenang (sempurna solatnya).

NOTA : Apabila murid-murid berhenti pada petak yang mengandungi


perkara-perkara yang membatalkan solat, membatalkan wuduk atau
rukun solat, mereka akan diberi kad-kad kecil yang menerangkan
tentang perkara tersebut.

- Guru akan menyoal murid secara lisan apabila buah berupa ceper
berada pada petak tertentu pada DAM. Guru juga bertindak sebagai
fasilitator, memerhati sambil membantu mereka yang masih tidak
memahami cara bermain.

i Pemerhatian

Pada peringkat awal set DAM diedarkan kepada murid-murid, mereka


sudah mendapat gambaran bagaimana cara bermain. Guru
menerangkan kaedah sebenar permainan ini dan mereka bermain
mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kami dapati aktiviti ini
menjadikan murid lebih seronok dan suasana pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih ceria. Dengan cara ini, murid-murid
memperolehi ilmu secara tidak formal kerana pendekatan ini
berbentuk dua dalam satu iaitu belajar sambil bermain pada satu
masa.

ii Refleksi

Kaedah DAM ini membantu murid-murid meningkatkan kefahaman


tentang perbezaan perkara-perkara yang membatalkan solat dengan
perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Mereka dapat menjawab
soalan yang diajukan berpandukan pada permainan DAM SOLAT.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 6


Sekolah Rendah
Rajah 1 – Papan Permainan DAM

5.4.3. Aktiviti 3 – CD DAM

Aktiviti ini merupakan pengukuhan untuk murid-murid sasaran. Aktiviti


ini dijalankan di makmal komputer dengan menggunakan CD
multimedia interaktif DAM. Cara permainan ialah sama tetapi
penggunaan dadu dan buah sebenar tidak diperlukan. Proses naik dan
turun berlaku secara automatik. Penerangan tentang rukun solat, batal
solat dan batal wuduk akan terpapar apabila buah CD DAM berada
pada petak-petak tersebut.

i Pemerhatian

Permainan ini menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran


semakin menyeronokkan. Murid-murid yang tidak pernah
menggunakan komputer mendapat pendedahan melalui
permainan ini, manakala murid-murid yang tahu akan mengajar
rakan mereka. Secara tidak langsung terdapat bimbingan rakan
sebaya dalam kalangan mereka.

ii Refleksi

CD DAM ini menambahkan lagi penguasaan murid terhadap rukun


solat, batal solat dan batal wuduk. Ia juga secara tidak langsung
melahirkan murid yang celik IT.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 7


Sekolah Rendah
5.5 Refleksi Kajian

Kami telah menjalankan Ujian Pos kepada murid-murid sasaran setelah tiga
kali latihan diberikan. Hasil dapatan daripada Ujian Pos ini didapati murid-
murid sasaran telah menguasai kemahiran ini. Dapatan Ujian Pos ini dapat
dilihat menerusi jadual di bawah.

Jadual 3 : Jadual Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pos

BIL NAMA MURID PRA POS


(markah) (markah)
1 Murid A 0 10
2 Murid B 0 10
3 Murid C 0 10
4 Murid D 0 10
5 Murid E 0 10

Jadual 3 menunjukkan perbandingan pencapaian murid melalui Ujian Pra


dan Ujian Pos. Ujian Pra menunjukkan mereka tidak dapat menjawab
semua soalan. Melalui Ujian Pos, murid-murid sasaran dapat menjawab
kesemua 10 soalan dengan tepat.

Dalam pemerhatian perubahan tingkah laku murid, didapati murid


menunjukkan minat kerana mereka bukan sahaja dapat bermain, malah
proses pembelajaran berjalan dengan baik. Ini kerana naluri semulajadi
kanak-kanak yang sangat cenderung kepada permainan menyebabkan
kaedah ini mendapat sambutan daripada mereka. Selain itu, ia dapat
merangsang minda murid-murid yang lemah ini.

Murid-murid sasaran ini menyatakan rasa seronok kerana dapat belajar


sambil bermain. Selain daripada mendapat pengetahuan, murid-murid juga
dapat berinteraksi dan bergaul dalam kumpulan serta mematuhi disiplin
permainan. Kaedah ini dapat menarik minat murid-murid kerana ianya dapat
mengelakkan seseorang murid itu daripada merasa tertekan dengan
kaedah mengingat dan menghafal yang tidak dapat mereka laksanakan.

Kami sebagai pengkaji berasa puas hati kerana terdapat perubahan dari
segi pencapaian murid-murid dalam mengingat perkara-perkara
membatalkan solat. Masa yang diambil untuk memahami dan mengingati
sesuatu perkara adalah lebih minima daripada belajar secara biasa.

Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ia telah


menunjukkan keberkesanan. Kaedah ini menjadi satu alternatif kepada
murid-murid yang bermasalah dalam mengingat dan menghafal sesuatu isi
pelajaran. Ia bukan setakat berbentuk permainan tetapi perkongsian ilmu
boleh berlaku secara tidak langsung ketika mereka bermain dalam
kumpulan masing-masing.

6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya

Kami telah menggunakan kaedah DAM ini dan mendapati ia sangat berkesan.
Kami akan menggunakan kaedah ini kepada murid-murid lain pada tahun
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 8
Sekolah Rendah
hadapan apabila mengajar tajuk yang sama. Kami juga akan mengaplikasikan
kaedah DAM ini bagi tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Kajian tindakan ini berjaya mencapai objektifnya kerana murid-murid kajian ini
telah menunjukkan perubahan dari segi pencapaian dan penguasaan mereka
dalam mengingati rukun solat seterusnya dapat membezakan perkara-perkara
yang membatalkan solat dengan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.
Dengan ini ianya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai individu
muslim.

BIBLIOGRAFI

Haji Kamaruddin b Hussin & Haji Hazil b Abdul Hamid. (1998). Kurikulum Dan pengajaran.
Skudai Johor : Unit Penerbitan akademik UTM

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) Huraian Sukatan Pendidikan Agama Islam


Tahun 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Pendidikan Islam Tahun 4. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Pn. Mazniyah Bt. Md. Jaafar, et.al. (1995.) Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur :
Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Robiah K. Hamzah ph.D. (2001). Menghadapi Cabaran. Kuala Lumpur : PTS Publication &
Distributors Sdn Bhd.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 9


Sekolah Rendah

Anda mungkin juga menyukai