Anda di halaman 1dari 8

BAB 7

AGENSI PENEMPATAN PEKERJAAN


(JOB PLACEMENT)

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Membezakan peluang pekerjaan di sektor awam dan sektor
swasta.
2. Membincangkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi
pekerjaan awam.
3. Mengenal pasti agensi pekerjaan sektor swasta.
4. Membincangkan faedah pendaftaran pekerjaan secara on-line.

7.1 PENGENALAN

Setiap hari kita pasti terbaca iklan jawatan kosong yang dimuatkan dalam
akhbar harian seperti The Star, Utusan Malaysia, Berita Harian dan
sebagainya. Setiap iklan yang dimuatkan menggariskan tentang deskripsi
tugas, kelayakan dan kemahiran yang diperlukan serta ganjaran yang
bakal diterima sekiranya berjaya mendapat pekerjaan dalam organisasi
tersebut. Bagi sektor swasta, ganjaran yang diterima adalah sama bagi
setiap kategori perjawatan. Manakala bagi sektor awam, ganjaran yang
diperolehi boleh dirundingkan. Cuba anda dapatkan iklan jawatan
kosong bagi sektor awam dan sektor swasta. Adakah terdapat perbezaan
dari segi kelayakan dan ganjaran yang diperolehi? Pengiklanan jawatan
kosong dalam surat khabar merupakan salah satu daripada proses
pengambilan pekerja. Dalam bab ini pelajar akan didedahkan mengenai
pengambilan bekerja (penggajian) dengan melihat khusus kepada agensi
mencari pekerjaan di sektor awam dan swasta.

Agensi ini dipertanggungjawabkan untuk mencari pekerja mengikut


keperluan organisasi. Dengan kata lain, agensi mencari pekerjaan ini
merupakan orang tengah yang akan memenuhi kehendak pelanggan, iaitu
organisasi yang memerlukan pekerja. Penempatan pekerja (job placement)
merupakan salah satu daripada aspek penting dalam pembangunan
kerjaya. Ini kerana penempatan pekerja boleh berlaku pada dua
peringkat, iaitu peringkat awal mendapatkan pekerjaan dan diambil
bekerja semula setelah meninggalkan atau kehilangan pekerjaan. Dalam

99
hal ini, khidmat agensi pekerjaan diperlukan untuk mengenal pasti calon-
calon yang layak untuk mengisi kekosongan. Sesetengah organisasi
sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak kepada agensi
pekerjaan ini semata-mata untuk mendapatkan pekerja yang
berkemahiran dan pakar dalam bidang yang diceburi. Selain itu,
kebanyakan universiti awam di Malaysia mempunyai unit yang khusus
dalam membantu pelajarnya merebut peluang pekerjaan di pasaran pada
peringkat akhir pengajian mereka. Pelajar didedahkan dengan bengkel
dan latihan yang bakal dimanfaatkan dalam mencari pekerjaan.

7.2 PERKHIDMATAN PENEMPATAN PEKERJA (JOB


PLACEMENT SERVICES)

Cuba anda fikirkan adakah anda pernah mendaftar di mana-mana agensi


pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan setelah tamat persekolahan?
Ada pihak yang mendapat manfaat daripadanya. Namun begitu, ada juga
yang tidak pernah mendapatkan perkhidmatan ini. Terdapat empat
kategori, iaitu agensi awam, agensi swasta, school-based services dan pusat
penempatan pekerja on-line. Selain itu, terdapat juga pusat outplacement
bertujuan memberi bantuan kepada pekerja yang diberhentikan. Kita
akan lihat setiap kategori tersebut.

7.3 AGENSI AWAM

Agensi awam di Malaysia boleh dirujuk kepada peranan yang dimainkan


oleh Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) yang terdapat di Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak. JTR adalah di bawah Kementerian Sumber
Manusia. Perlu diingatkan bahawa JTR ini mempunyai tugas dan bidang
tugas kuasa yang berbeza dengan Jabatan Buruh. Cuba anda fikirkan
perbezaan yang wujud?

Kebanyakan perkhidmatan agensi awam yang ditawarkan kebiasaannya


meliputi aspek-aspek berikut:
(i) Penempatan pekerja (placements) Pemohon akan
didaftarkan, diklasifikasikan, dipilih dan seterusnya dirujuk
kepada majikan yang memerlukannya. Kelayakan pemohon
akan dilihat supaya ianya bersesuaian dengan spesifikasi
yang dikehendaki oleh majikan.
(ii) Kaunseling kerjaya Pemohon yang tidak mempunyai
rekod pengalaman kerja ataupun pemohon yang
mempunyai pengalaman yang tidak mencukupi akan diberi
bantuan kaunseling.
(iii) Perkhidmatan kepada golongan veterans seperti bekas
perajurit dan sebagainya yang mana bantuan akan diberi
kepada golongan ini yang memerlukan pekerjaan.

100
(iv) Perkhidmatan kepada orang kurang upaya (OKU)
Pendaftaran dibuat bagi membolehkan majikan mengenal
pasti mereka yang berkelayakan sesuai dengan kemahiran
yang dimiliki.
(v) Mengumpul maklumat mengenai tenaga di pasaran
Menyediakan statistik yang lengkap mengenai perubahan
dan trend pekerjaan.
(vi) Bekerjasama dengan agensi di peringkat komuniti bagi
memastikan semua pihak khususnya pencari pekerjaan
mengetahui tentang peluang pekerjaan yang ditawarkan di
kawasan setempat.

Dalam konteks Malaysia, JTR yang ditubuhkan bertujuan membantu


individu pencari pekerjaan dan juga majikan. Pendaftaran adalah secara
percuma. Antara perkidmatan yang ditawarkan ialah
(i) pembangunan sumber manusia, dan
(ii) menyediakan maklumat mengenai pasaran buruh dan
pekerjaan.

Dalam konteks pembangunan sumber manusia, pihak JTR telah


menyediakan peluang dalam bidang kemahiran vokasional kepada
hampir 386,000 pelajar lepasan sekolah. JTR telah mempertingkatkan
kapasiti latihannya sebanyak 17,000 pelatih di semua 20 Institusi Latihan
Jabatan Tenaga Rakyat (ILJTR) di seluruh negara. Selain itu, kursus-
kursus kemahiran peringkat diploma yang relevan dengan keperluan
industri terkini dan penggunaan peralatan berteknologi tinggi serta
penekaan kepada aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
turut diperkenalkan. JTR juga turut memainkan peranan penting dengan
menyediakan latihan semula kepada graduan menganggur dan pekerja
yang diberhentikan.

Pihak JTR juga menyediakan maklumat yang terkini mengenai pasaran


buruh dan pekerjaan. Contohnya, pekerjaan diklasifikasikan mengikut
kategori Ikhtisas/Profesional dan Bukan Ikhtisas/Non-Professional.

Pada tahun 2001, seramai 113,861 pencari kerja dan sebanyak 131,459
kekosongan jawatan telah berdaftar dengan JTR. Daripada jumlah
tersebut, JTR telah berjaya menempatkan seramai 17,947 pencari kerja
atau 13.7 peratus. JTR telah memperkenalkan Sistem Bursa Buruh
Elektronik (Electronic Labour Exchange ELX) yang akan memberikan
banyak manfaat kepada para pencari kerja, majikan, pekerja dan penuntut
khususnya dalam penjodohan kerja serta proses mobilisasi guna tenaga
bagi mewujudkan kehormanian industri. Pihak JTR juga mengeluarkan
lesen kepada syarikat swasta yang berhasrat untuk mendapatkan lesen

101
agensi pekerjaan swasta. Pendaftaran secara on-line juga dilakukan oleh
JTR selaras dengan usaha ke arah kerajaan elektronik. Dalam konteks ini,
pemohon dikehendaki mengisi butiran diri mereka secara on-line.

SOALAN DALAM TEKS 7.1

1. Jelaskan secara ringkas DUA jenis perkhidmatan


yang ditawarkan oleh agensi pencari pekerjaan
awam.
2. Apakah DUA bentuk perkhidmatan yang
ditawarkan oleh Jabatan Tenaga Buruh (JTR) di
Malaysia?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.4 AGENSI SWASTA

Kebanyakan agensi pencari pekerjaan swasta terletak di kawasan bandar.


Ini kerana organisasi besar biasanya terletak di kawasan perbandaran.
Cuba anda lihat dalam buku Yellow Pages. Pasti anda akan melihat senarai
agensi pencari pekerjaan ini. Antaranya ialah
(i) Agensi Pekerjaan Zenith Services Sdn. Bhd.
menyediakan perkhidmatan perundingan dalam pengurusan
sumber manusia, pencarian pekerjaan professional,
kaunseling kerjaya dan sebagainya.
(ii) ADECCO Personnel Sdn. Bhd. menyediakan
kemudahan pekerja kontrak dan pekerja sementara,
penyelesaian kepada permasalahan kakitangan, menyediakan
perkhidmatan untuk majikan dan sebagainya.
(iii) Manpower Staffing Services (M) Sdn. Bhd.
menyediakan kemudahan pekerja kontrak dan pekerja
sementara; pekerja tetap, pameran kerjaya dan sebagainya.

Agensi swasta ini ada yang terdiri daripada cawangan kepada agensi yang
terkenal di peringkat antarabangsa. Namun begitu, ada yang merupakan
agensi yang ditubuhkan di Malaysia. Kebanyakan agensi swasta ini beribu
pejabat di bandar-bandar utama seperti di Lembah Klang, dan
Georgetown.

102
Agensi pencari pekerjaan swasta ini boleh dikategorikan kepada beberapa
jenis. Antaranya ialah
(i) Agensi yang menekankan keuntungan (profit-oriented) Kos
bayaran ke atas perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi.
Namun pulangannya dapat memuaskan hati majikan dan
pencari pekerjaan. Untuk tujuan ini, bayaran akan dikenakan
sekiranya pemohon menerima jawatan yang dicarikan oleh
agensi berkenaan. Dengan kata lain, kontrak ditandatangani
antara pencari pekerjaan dengan agensi terbabit, iaitu agensi
terbabit akan membantu pencari pekerjaan mendapat
pekerjaan berdasarkan kelayakan yang dimiliki. Cara ini
memudahkan Bahagian Personel organisasi berkenaan kerana
tapisan telah dilakukan oleh agensi swasta berkenaan.
(ii) Agensi yang memberi perkhidmatan kepada semua pencari
pekerjaan sahaja. Agensi ini tidak menghadkan dari segi
pelanggannya, iaitu semua individu boleh mendaftarkan diri
masing-masing.
(iii) Agensi yang memberi perkhidmatan kepada majikan sahaja.
(iv) Agensi yang agak terhad atau menghadkan pelanggannya
berdasarkan kepada satu pekerjaan yang khusus sahaja
ataupun ianya hanya menerima permohonan bagi perjawatan
kumpulan profesional sahaja. Contohnya, agensi yang hanya
menerima permohonan bagi jawatan yang bersifat teknikal
sahaja sama ada di peringkat profesional ataupun separa
profesional.
(v) Agensi yang menyenaraikan hanya jawatan-jawatan tetap atau
jawatan sementara atau sebagainya.
(vi) Agensi yang menawarkan perkhidmatan hanya kepada
jawatan-jawatan eksekutif. Kebiasaannya, agensi ini dilantik
oleh organisasi untuk mendapatkan calon yang khusus bagi
jawatan tertentu dalam organisasi berkenaan. Jawatan ini
lebih kepada jawatan di peringkat pengurusan atasan.

Dengan kata lain, agensi swasta yang berorientasikan keuntungan


berfungsi sebagai broker saham ataupun merupakan orang tengah antara
pihak majikan dan pencari pekerjaan. Agensi ini bertanggungjawab untuk
melihat kesesuaian (matching) yang ada atau istilah yang digunakan oleh
JTR ialah penjodohan. Kebaikan agensi ini ialah ianya membantu
mengurangkan masa yang diambil oleh Bahagian Personel kerana tapisan
awal dapat dilakukan oleh agensi ini. Namun begitu, disebabkan faktor
keuntungan yang ditekankan, mungkin ada pihak yang mengandaikan
bahawa amalan mengenakan bayaran yang amat tinggi sebagai satu
tindakan yang tidak beretika di samping amalan penipuan atau fraund
mungkin berlaku.

103
Pernahkah anda mendengar head-hunting? Cuba dapatkan
maklumat mengenai perkara ini.

SOALAN DALAM TEKS 7.2

1. Nyatakan DUA bentuk agensi pekerjaan swasta.


2. Nyatakan faedah kepada majikan apabila
menggunakan agensi swasta.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.5 PUSAT PENEMPATAN PEKERJAAN DI INSTITUSI


PENDIDIKAN

Anda tentu pernah mendengar mengenai Unit Kerjaya yang ditubuhkan


di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam. Pelajar akan berhubung
rapat dengan unit ini apabila mereka tamat pengajian dan memasuki
dalam pekerjaan. Dalam konteks ini, unit ini dianggap sebagai liason
kerana majikan akan cuba mendapatkan tenaga kerja yang diperlukan
berdasarkan kepada ijazah yang dimiliki oleh pelajar berkenaan. Di luar
negara, terdapat unit khusus yang memberikan pelajar peluang untuk
mendaftar bagi mendapatkan pekerjaan sementara, seasonal employment
ataupun mendapatkan pekerjaan semasa cuti panjang. Pengalaman
bekerja semasa belajar ini merupakan satu pengalaman yang baik kepada
pelajar ini dan ianya dapat membantu dalam perancangan kerjaya mereka.
Bantuan disediakan untuk mendedahkan pelajar kepada fenomena alam
pekerjaan seperti menyediakan kaunseling kerjaya, bengkel menghadapi
sesi temu duga, latihan dan program yang dapat meningkatkan
keupayaan pelajar seperti Hari Kerjaya dan sebagainya. Selain itu,
kerjasama dan hubungan yang erat antara unit dengan agensi pekerjaan di
luar patut ditingkatkan kerana ianya sedikit sebanyak meningkatkan
kebaikan bagi setiap pihak dan mengurangkan atau meminimumkan
kelemahan setiap pihak.

Menurut Isaascon dan Brown (2000), unit ini bertindak seperti agensi
pencari jodoh (dating bereau). Objektif utamanya ialah memudahkan
pertemuan dua pihak, iaitu pihak pelajar dan wakil pihak majikan. Unit
ini akan memanggil wakil majikan ke kampus dalam tempoh tertentu dan
seterusnya mengadakan sesi temu duga di kampus. Dalam konteks ini

104
pelajar akan berpeluang berjumpa dengan wakil majikan berkenaan. Di
peringkat awal, pelajar akan mendaftar dan memberikan resume kepada
unit ini dan kebiasaannya pelajar dinasihatkan untuk mengenal pasti
bentuk industri atau syarikat yang mereka ingin bekerja, lokasi dan
matlamat pekerjaannya. Apabila unit ini mempunyai maklumat
sedemikian, ianya memudahkan unit ini untuk memberitahu kepada
pelajar sekiranya wakil daripada syarikat berkenaan datang ke kampus
dan memberi peluang kepada pelajar menghadiri temu duga.

Cuba anda dapatkan maklumat mengenai Unit


Kaunseling dan Kerjaya di Universiti Utara Malaysia.

Di Amerika Syarikat, unit ini wujud di peringkat sekolah menengah lagi


kerana ada pelajar yang ingin bekerja telah tamat sekolah menengah. Ada
yang bekerja untuk mengumpul wang bagi menyambung pelajaran di
peringkat kolej dan universiti. Ini kerana bantuan kewangan yang
diberikan kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi adalah terhad.

7.6 AGENSI PENEMPATAN PEKERJA SECARA ON-LINE

Ini merupakan satu inovasi baru dalam keadaan sekarang yang mana
penggunaan ICT dipertingkatkan dalam kehidupan seharian. Anda tentu
pernah mendengar virtual job-placement? Agensi yang menawarkan
perkhidmatan ini tidak kira sama ada ianya agensi awam mahupun swasta
memberi peluang kepada pencari pekerjaan menyatakan butiran tentang
diri mereka (resume) secara on-line. Cara ini memudahkan majikan untuk
mencari calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan. Ini kerana
majikan yang berdaftar dengan agensi ini akan melihat (screening) resume
yang disimpan secara soft-copy di laman web berkenaan. Anda boleh
melawat ke laman web berikut iaitu

http://careersite.com
http://www.ajb.dni.us
http://hotjobs.yahoo.com
http://www.jobsmalaysia.com
http://www.jobsdb.com.my

Kandungan yang terdapat di dalam laman web ini hampir sama, iaitu
ianya menyediakan kemudahan kepada majikan dan pencari pekerjaan.
Laman web ini memberi panduan bagaimana menghasilkan resume yang
baik, persediaan menghadiri temu duga yang berkesan dan sebagainya.
Pencarian pekerjaan melalui laman web mempunyai kelebihannya yang

105
tersendiri. Ini kerana ianya merupakan satu tindakan yang cekap kerana
resume yang dimuatkan secara on-line mempunyai jangkauan yang luas
kerana semua pihak boleh mengaksesnya walaupun berada pada lokasi
yang jauh. Ianya juga dapat menjimatkan kos percetakan.

7.7 OUTPLACEMENT SERVICES

Outplacement melibatkan bantuan dan perkhidmatan yang ditawarkan


kepada pekerja yang diberhentikan akibat daripada pencantuman
perniagaan (mergers), lokasi semula (relocation) organisasi di luar negara,
prestasi yang tidak baik atau alasan apa sekalipun. Bantuan diberikan
kepada golongan yang terpaksa berhadapan dengan situasi ini. Bantuan
yang diberikan menurut Morin dan York dalam Isaascon dan Brown
(2000) sepatutnya melihat kepada perasaan pekerja yang kecewa, depress
dan marah, dan ia sepatutnya menghasilkan satu bentuk kerjasama atau
jaminan untuk mencari pekerjaan yang baru dan membantu pekerja
membangunkan perancangan baru dalam kerjaya mereka. Apa yang
penting di sini ialah membantu golongan pekerja ini melakukan self-
assessment dalam menentukan matlamat kerjaya yang hendak dicapai.

7.6 KESIMPULAN

Agensi Pencari Pekerjaan sedikit sebanyak dapat membantu pencari


pekerjaan mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang
dimiliki. Dengan adanya agensi ini, ianya dapat menjimatkan masa pihak
majikan untuk mencari pekerja yang paling sesuai bagi mengisi
kekosongan yang wujud dalam organisasi. Selain itu, pemohon pekerjaan
juga dapat menjimatkan masa dan kos percetakan sekiranya beliau
menggunakan teknologi terkini dalam mencari pekerjaan.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bezakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi awam dan


agensi swasta.
2. Apakah faedah utama mendaftar pekerjaan secara on-line?
3. Jelaskan kenapa pusat outplacement perlu ada pada sesebuah
organisasi.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

106