Anda di halaman 1dari 16

Bahasa Malaysia Ting.

1 Pembentukan Kata

A Pembentukan Kata
Imbuhan Awalan

Imbuhan awalan ialah imbuhan yang kedudukannya di awal sesuatu kata dasar.

(a) beR- bekerja, belajar, berdamai, bertarung, dan sebagainya.


(b) di- dicari, digantung, dirampas, disuruh, dan sebagainya
(c) ke- ketua, kelima, kekasih, dan sebagainya
(d) meN- melawat, memasak, mengetuk, mendayung, dan sebagainya
(e) mempeR- memperdaya, mempercermin, dan sebagainya
(f) peR- pelajar, pesawah, perburu, pertapa, dan sebagainya
(g) peN- pemain, penasihat, pengurus, pengecat, dan sebagainya
(h) se- seibu, semasa, seminggu, selama, sekerja, dan sebagainya
(i) teR- terkejut, tertiarap, ternampak, tergunting, dan sebagainya

Imbuhan Akhiran

Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang kedudukannya di akhir sesuatu kata dasar.

(a) -an ajaran, buaian, ratapan, tarikan, dan


sebagainya
(b) -i hiasi, gemari, naiki, sanjungi, dan sebagainya
(c) -kan ambilkan, harapkan, habiskan, sandarkan,
dan sebagainya

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


1
Bahasa Malaysia Ting. 1 Pembentukan Kata

A Pembentukan Kata
Imbuhan Apitan

Imbuhan apitan bermaksud kata yang diberikan imbuhan awalan dan akhiran.

(a) beR-...-an berterbangan, berkaitan, berlawanan, berguguran,


dan sebagainya
(b) beR-...-kan berdasarkan, bersandarkan, berpaksikan, dan
sebagainya
(c) di-...-i dibayangi, disakiti, ditemui, dan sebagainya
(d) di-...-kan dicampakkan, digantikan, dimatikan, dan
sebagainya
(e) dipeR-...-i diperbaharui, diperingati, diperyakini, dan
sebagainya
(f) dipeR-...-kan diperbuatkan, dipersembahkan, dipertontonkan, dan
sebagainya
(g) meN-...-i mencampuri, mendalami, membanjiri, dan
sebagainya
(h) meN-...-kan mendamaikan, membayangkan, mengemaskan,
dan sebagainya
(i) ke-...-kan keberanian, kehebatan, kesayangan, dan
sebagainya
(j) mempeR-...-i mempelajari, memperbaiki, mempersenjatai, dan
sebagainya
(k) mempeR-...-kan mempergunakan, memperdengarkan,
memperebutkan, dan
sebagainya
(l) peR-...-an perbatasan, pertunjukan,
pertikaman, dan sebagainya
(m) pe-...-an pelarian, pendakian,
pengamanan, dan sebagainya
(n) teR-...-i terpenuhi dan sebagainya
(o) teR-...-kan terbalikkan, terlaksanakan, dan
sebagainya
(p) se-...-nya sebagusnya, seharusnya,
sekerjanya, dan sebagainya

2 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia Ting. 1 Pembentukan Kata

A Pembentukan Kata
Imbuhan Sisipan

Imbuhan -el- tapak telapak, kembung kelembung


Sisipan

-em- gerlap gemerlap, serbak semerbak

-er- cucuk cerucuk, sabut serabut

-in- sambung sinambung

Imbuhan Pinjaman

Imbuhan pinjaman bahasa Inggeris, Latin,


Yunani Imbuhan
Pinjaman
antikomunis, automobil, fotokopi, kilogram,
miligram, politeknik, telegram, subtopik, kritikal,
linguistik, kritis, patriotisme

Imbuhan pinjaman bahasa Sanskrit

maharani, tatacara, prasyarat, prokerajaan,


ekabudaya, dwibahasa, pancanegara,
jurumasak, supragolongan, swalayan, tatasusila,
budiman, karyanita, sukarelawan, olahragawati

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


3
Bahasa Malaysia Ting. 1 Pembentukan Kata

A Pembentukan Kata
Penggandaan

Proses menggandakan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu
mengandungi imbuhan atau tidak. Penggandaan
Seluruh

Penggandaan penuh Contoh:


kata dasar yang tidak paku-paku comel-comel jentik-jentik
ada imbuhan makan-makan tiba-tiba satu-satu

Penggandaan penuh kata Contoh:


dasar yang mengandungi ketua-ketua pertubuhan-pertubuhan
imbuhan (termasuk imbuhan) kehendak-kehendak

Proses menggandakan sebahagian daripada kata dasar.


Penggandaan Boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.
Separa

Contoh:
Penggandaan separa kata
daun-daun dedaun labah-labah lelabah
dasar tunggal
rambut-rambut rerambut

Penggandaan separa kata Contoh:


dasar berimbuhan (tidak jalan berjalan-jalan tari menari-nari
termasuk imbuhan) senyum tersenyum-senyum

Proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar
tersebut.
Boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.
Penggandaan
Penggandaan berentak pengulangan vokal Berentak
Contoh:
kuih kuih-muih gotong gotong-royong ramah ramah-tamah
Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Contoh:
batu batu-batan huyung huyung-hayang mandi mandi-manda
Penggandaan berentak bebas
Contoh:
anak anak-pinak ulang ulang-alik

4 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia Ting. 1 Pembentukan Kata

A Pembentukan Kata
Pemajmukan

Rangkai kata bebas:


Pemajmukan perdana menteri, da
un pintu, alat
Kata Nama tulis, kereta api

Istilah khusus:
analisis teks, kanta lekap, besi
berani, temu duga

Kiasan/Simpulan ba
hasa:
lepas tangan, tangan
besi,
panjang tangan, gelap
mata

Kata adjektif majmuk ialah Kata kerja majmuk ialah


kata yang terbentuk daripada penggabungan dua patah
kelas kata adjektif. kata yang terdiri daripada
kelas kata kerja atau daripada
kelas-kelas yang lain.
Pola Contoh
Pola Contoh
kecil hati, ringan mulut,
merah jambu, ringan campur tangan, susun
KA + KN tulang, lemah semangat, KK + KN atur, tutup mulut, lepas
gelap mata, gila kuasa, tangan, gulung tikar
busuk hati, jauh hati
membuta tuli,
putih kuning, Pemajmukan menganggap mudah, Pemajmukan
KK + KA
lemah lembut, Kata Adjektif mengambil berat, Kata Kerja
sunyi sepi, tinggi memandang ringan
KA + KA
rendah, gagah
membawa masuk,
berani, aman
membaik pulih, menarik
damai KK + KK
balik, makan suap,
bergurau senda

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


5
Bahasa Malaysia Ting. 1 Perbendaharaan Kata

B Perbendaharaan Kata
Kata Hampir Sama Makna

Himpunan beberapa kata yang mempunyai maksud yang


hampir sama tetapi setiap kata mempunyai maksud tertentu
berdasarkan situasi sesuatu ayat.

akhir kemudian sekali


habis tidak ada yang tinggal lagi
selesai sudah siap dikerjakan
tamat berakhir

berhamburan keluar bertabur-tabur ke sana ke sini


berkeliaran menuju ke serata tempat
berserakan tidak tersusun atau tidak kemas
bertempiaran berlari ke sana ke mari dengan tidak
tentu hala

Kata Banyak Makna

Kata yang mempunyai maksud yang lebih daripada satu.

Bekas Dalam Lanjut

pernah menjadi keadaan tua


kesan atau tanda tidak cetek panjang
tempat tempoh lebih mendalam
menyimpan luas
sesuatu pengetahuan

6 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia Ting. 1 Frasa

C Frasa
Frasa Nama

Susunan kata yang boleh terdiri daripada satu kata atau


beberapa kata yang mengandungi kata nama sebagai inti.

Berfungsi sebagai Berfungsi sebagai


subjek atau objek predikat dalam ayat.
dalam ayat. Contoh:
Contoh: Orang itu kerani.
Gadis itu jurujual.

Frasa Adjektif

Sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai


kata utamanya.
Berfungsi sebagai predikat ayat.
Boleh disertai kata penguat seperti amat, nian, paling,
sangat, sekali, sungguh, dan lain-lain.
Boleh disertai kata bantu yang diletakkan di hadapannya,
contohnya sudah terlalu lambat.
Contoh: Beg yang disandangnya itu amat berat.

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


7
Bahasa Malaysia Ting. 1 Frasa

C Frasa
Frasa Kerja

Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif

Mesti mengandungi frasa Tidak mengandungi


nama sebagai objek. frasa nama sebagai
Berfungsi sebagai objek.
predikat. Berfungsi sebagai
Contoh: Puan Khalidah predikat.
mencuci baju di bilik air. Contoh: Mereka
berjalan di tepi pantai.

8 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan

D
Kepentingan Sungai
kepada Manusia

Sebagai sumber bekalan air manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan minuman
kegunaan domestik pakaian mengairi tanaman

Sebagai sumber makanan sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang,
dan ketam yang membekalkan sumber protein yang mencukupi untuk manusia membolehkan
tumbesaran badan kita berkembang dengan seimbang terdapat pelbagai jenis hidupan
ketam, udang, ikan menjadi sumber pencarian para nelayan

Sebagai medium pengangkutan dan perhubungan sungai telah menjadi jalan perhubungan
utama untuk menghubungkan kawasan bandar dengan kawasan luar bandar memajukan
sistem pengangkutan negara

Sebagai sumber rezeki mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan


memberi rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran dengan sungai dapat melakukan
aktiviti menangkap hasil sungai seperti ikan dan udang.

Sebagai medium pengangkutan dan perhubungan sungai telah menjadi jalan perhubungan
utama untuk menghubungkan kawasan bandar dengan kawasan luar bandar memajukan
sistem pengangkutan negara

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


9
Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan

D
Keruntuhan Akhlak dalam
Kalangan Remaja

Punca-punca

Sikap ibu bapa yang kurang menumpukan perhatian kepada anak-anak


terlalu mengejar duniawi menganggap wang adalah segala-galanya
Pengaruh rakan sebaya mudah terikut oleh perbuatan rakan mahu diterima
dalam kelompok rakan yang berpengaruh
Peranan media massa memaparkan unsur-unsur negatif sukar dibendung
gemar mencuba sesuatu yang baharu
Pengabaian masyarakat anggap masalah biasa kurang mengambil berat
tidak mahu menjaga tepi kain orang
Kurangnya didikan agama

Langkah-langkah

Didikan awal daripada ibu bapa cara yang terbaik untuk membentuk sahsiah
anak
Guru menggunakan kemahiran dan kreativiti mereka untuk menarik minat
murid mempelbagaikan pendekatan pembelajaran agar murid tidak cepat
berasa bosan
Peranan institusi agama perlu diperkasa menggunakan platform untuk
menyeru remaja mematuhi prinsip agama
Pergerakan belia mengadakan aktiviti-aktiviti sosial yang bermanfaat remaja
dapat menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah
Penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan oleh pihak berkuasa
menyekat keinginan remaja untuk terlibat dalam jenayah

10 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan

D
Mutu Sukan Negara

Cara-cara untuk Meningkatkan


Mutu Sukan Negara

Membawa masuk jurulatih dari negara luar mempunyai kemahiran yang


tinggi
Menghantar atlet negara menjalani latihan intensif di luar negara kos
lebih murah tanpa perlu membina fasiliti yang menelan belanja yang besar
Menubuhkan akademi sukan yang lebih banyak platform bagi atlet
negara untuk memantapkan mutu persembahan dan kemahiran
Mengimport atlet dari luar negara membuka ruang persaingan kepada
atlet negara
Inisiatif mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan mencari
bakat-bakat baharu melalui platform sekolah
Ibu bapa yang bertindak sebagai tunjang keluarga harus mengubah
perspektif mereka terhadap aktiviti sukan anak-anak mereka memberi
sokongan penuh kepada anak-anak yang berminat dalam bidang sukan
tidak tertumpu kepada kejayaan akademik semata-mata
Aktiviti riadah keluarga pada hujung minggu dapat juga menyemai
semangat kesukanan dalam diri anak-anak ibu bapa seharusnya
menjadikan sukan sebagai budaya keluarga dapat mencambah minat
bersukan dalam diri anak-anak sehingga ke sekolah
Pihak pentadbiran dan unit kokurikulum sekolah perlu memperkasakan
aktiviti sukan sebagai lapisan asas dalam pembentukan atlet berkualiti
peringkat antarabangsa peruntukan yang diberikan bagi tujuan aktiviti
sukan sekolah perlu disediakan secukupnya

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


11
Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan

D
Kekeluargaan

Cara-cara Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

Melakukan aktiviti makan bersama-sama setiap keluarga harus memperuntukkan


satu masa untuk semua ahli keluarga berkumpul dan makan bersama-sama
ahli keluarga berpeluang berkumpul dan menceritakan aktiviti seharian mereka di
samping berkongsi segala peristiwa suka dan duka
Ibu bapa harus memberikan perhatian terhadap pencapaian akademik anak-anak
anak-anak berasa disayangi dan semakin bersemangat untuk belajar sekiranya
mereka mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap prestasi pelajaran mereka
Hujung minggu merupakan hari yang dinanti-nantikan keluarga penyayang
memandangkan hujung minggu merupakan ruang keemasan bagi mereka
meluangkan masa bersama-sama contohnya berkelah bersama-sama keluarga
aktiviti ini merupakan satu langkah yang bijak bukan sahaja menyediakan tempat
perkelahan yang pelbagai buat keluarga, malah menyediakan tempat perkelahan
yang pelbagai buat keluarga, malah menyediakan ruang ibu bapa menyelitkan nilai-
nilai moral serta pengajaran ke dalam diri anak-anak mereka seperti menghayati
keindahan semula jadi
Cuti persekolahan merupakan masa yang tepat bagi ibu bapa merancang aktiviti
yang lebih rumit dan panjang seperti melancong aktiviti ini dapat menyemaikan
perasaan kasih sayang dan menghargai satu sama lain aktiviti melancong dapat
menambahkan pengetahuan dan pengalaman berguna buat anak-anak yang
sedang membesar bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pengalaman

12 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan

D
Permainan Tradisional

Usaha-usaha untuk Mempopularkan Permainan Tradisional

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan
serta mempopularkan permainan tradisional kepada anak-anak ibu bapa perlu
mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil
bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya mereka
boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah
sempena hari ulang tahun ataupun cemerlang dalam akademik di sekolah

Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan


permainan tradisional sebagai salah satu kegiatan kokurikulum di sekolah pihak
sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan
permainan tradisional murid boleh belajar cara membuat, cara bermain, dan
mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional murid akan
berasa berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut hal
ini bertepatan dengan peribahasa, tak kenal maka tak cinta

Usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan


satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara
kita kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media
elektronik pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk
memperkenalkan permainan tradisional di negara kita

Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh
dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional apabila program tersebut
dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan
berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini apabila mereka pulang
ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga
mereka

Menganjurkan pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang agak


praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di
Malaysia melalui pertandingan yang diadakan, semua pihak yang mengambil
bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhuwah antara
mereka

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


13
Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan

D
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi

Manfaat Bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai


masyarakat berinformasi, iaitu peka akan perkembangan dan pergolakan
dunia masyarakat tidak akan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan semasa
maklumat yang diterima amat pantas

Teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendidikan negara kita


kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah bestari yang
menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan guru akan dianggap
sebagai pemudah cara segala proses pembelajaran dan pengajaran akan
dikendalikan oleh komputer

Teknologi maklumat juga mampu meletakkan negara kita setanding dengan


negara-negara maju dalam zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur dengan
pencapaian dalam bidang teknologi sebagai sebuah negara yang ingin mencapai
status negara maju. Malaysia mestilah menitikberatkan bidang ini dan menjadikan
kita duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju

Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan mengalakkan


pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung pembinaan
Koridor Raya Multimedia telah membuka peluang pelaburan kepada syarikat-
syarikat antarabangsa untuk beroperasi di sini mereka akan memindahkan
teknologi canggih ini untuk dipelajari oleh rakyat negara kita kerajaan tidak perlu
membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar pegawai berkuasa di luar
negara

Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi negara perniagaan


hari ini dijalankan melalui kaedah e-dagang atau perdagangan elektronik peniaga
tidak lagi perlu menyediakan ruang niaga yang besar dan memerlukan kos yang
tinggi pasaran dapat diperluas melalui Internet

14 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan

D
Aktiviti Perkhemahan

Faedah yang Diperoleh daripada Aktiviti Perkhemahan

Dapat melatih para peserta mengendalikan sesuatu tugasan secara bekerjasama dengan
rakan-rakan
Dapat membina hubungan sosial yang baik dan membentuk sifat berdikari
Dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda para peserta
Dapat menghindarkan para peserta daripada melakukan kegiatan yang tidak sihat pada
masa lapang mereka
Dapat memberikan peluang kepada para peserta menonjolkan bakat yang terpendam
Dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada para peserta tentang
pengendalian sesuatu perkhemahan
Dapat memupuk sikap yakin diri dan tabah dalam menghadapi situasi yang mencabar

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


15
Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan

D
Kempen

Tujuan Diadakan Kempen

Untuk memupuk rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang bertatasusila serta
bekerja dengan jujur contohnya Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni
Untuk memperkenalkan sesuatu rancangan kerajaan kepada rakyat contohnya
Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia
Untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya lebih menghargai
dan menyayangi bayi dan kanak-kanak contohnya Kempen Kami Prihatin
Untuk menyedarkan masyarakat agar menjauhkan diri daripada amalan yang boleh
menjerumuskan diri ke kancah yang tidak sihat dan merugikan diri sendiri contohnya
Kempen Katakan Tak Nak kepada rokok
Untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul demi kepentingan rakyat
contohnya Kempen Berkongsi Kereta mengurangkan kesesakan lalu lintas di
bandar-bandar utama

16 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.