Anda di halaman 1dari 24

BBGO 4103

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI


MEI 2012

BBGO 4103
GELAGAT ORGANISASI

NO. MATRIKULASI : 700208115075003

NO. KAD PENGNEALAN : 700208115075

NO. TELEFON : 019-9204609

E-MEL : hzsih@yahoo.com.my

TUTORS NAME : ENCIK ASRI BIN MOHAMED

PUSAT PEMBELAJARAN : PPW KELANTAN

1
BBGO 4103

Bil Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan Pengurusan Gelagat Organisasi................3


1.1 Nama Organisasi ..................................................................................3
1.2 Jenis Perniagaan Atau Perkhidmatan ...................................................3
1.3 Visi Dan Misi .......................................................................................3,4
1.4 Jenis Pekerjaan .....................................................................................4
1.5 Saiz Pekerja, Data Pekerja Dan Carta Organisasi ................................4,5,6,7,8,9
2.0 Lima Peranan Pengurus Institut Berdasarkan Model Mintzbergs (1973)......10
2.1 Pemimpin Dan Contoh ........................................................................10,11
2.2 Lambang Dan Contoh ..........................................................................11
2.3 Jurucakap Dan Contoh .........................................................................12
2.4 Pemantau Dan Contoh .........................................................................12,13
2.5 Penyelesai Masalah Dan Contoh .........................................................13,14

3.0 Analisa Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pengurus Institut ................................14


3.1 Cabaran Globalisasi Dan Contoh.........................................................14,15
3.2 Cabaran Tenaga Kerja Pelbagai Dan Contoh.......................................15,16
3.3 Cabaran Mengurus Perubahan Teknologi Dan Contoh........................16
3.4 Cabaran Etika Dan Contoh...................................................................16,17

4.0 Cadangan Bagaimana Pengurus Institut Boleh Menangani


Cabaran Dengan Baik..............................................................................17
4.1 Cadangan Terhadap Globalisasi Dan Justifikasi.................................17,18,19
4.2 Cadangan Terhadap Tenaga Kerja Pelbagai Dan Justifikasi..............19,20
4.3 Cadangan Mengurus Perubahan Teknologi Dan Justifikasi ..............20,21
4.4 Cadangan Terhadap Etika Dan Justifikasi..........................................22,23

5.0 Rumusan ........................................................................................................23


Rujukan ..........................................................................................................24

2
BBGO 4103

1.0 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI.

Gelagat Organisasi merupakan tingkah laku individu dan kumpulan dalam sesebuah
organisasi. Daripada kajian yang telah dijalankan, mendapati Gelagat Organisasi lebih memberi
penekanan terhadap hubungan psikososial antara perorangan dan tingkah laku dinamik dalam
sesebuah organisasi.

Menurut Johns (1996), Gelagat Organisasi di rujuk kepada sikap dan perilaku individu
dan kumpulan dalam sesebuah organisasi. Gelagat Organisasi menurut Robbins (2005),
didefinasikan sebagai satu bidang kajian yang menyelidiki impak gelagat yang dihasilkan oleh
individu, kumpulan dan struktur dalam organisasi bertujuan untuk mengaplikasikan pengetahuan
tertentu bagi menjamin kemajuan dan kecekapan sesebuah organisasi.

1.1 NAMA ORGANISASI.

Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi subjek
Gelagat Organisasi ialah Institut Kemahiran MARA Besut, Terengganu.

1.2 JENIS PERNIAGAAN ATAU PERKHIDMATAN.

Perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh institut ialah memberi latihan
kemahiran kepada kaum bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Program kemahiran yang
ditawarkan oleh institut di tahap sijil teknologi ialah Kejuruteraan Lukisan Rekabentuk,
Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan
Penyejukan Dan Penyamanan Udara dan Teknologi Kimpalan.

1.3 VISI DAN MISI.


Visi dan misi Institut Kemahiran MARA Besut adalah sama sebagaimana visi dan misi
Institut Kemahiran MARA yang lain di Malaysia.

3
BBGO 4103

1.3.1 Visi.
Peneraju Latihan Kemahiran Negara Terunggul Bertaraf Dunia.

1.3.2 Misi.
i). Menjadikan latihan kemahiran negara sebagai peneraju dan role model
kepada latihan kemahiran negara.

ii). Melahirkan tenaga kerja bumiputera yang berdaya saing, terlatih, beretika,
berinovasi dan memiliki minda kelas pertama.

iii). Melahirkan teknopreneur global ke arah pembangunan Masyarakat


Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera .

1.4 JENIS PEKERJAAN.

Jenis pekerjaan yang terdapat di Institut Kemahiran MARA Besut terdiri daripada pekerja
di bahagian pengurusan dan pentadbiran, tenaga pengajar di bahagian pengajian am dan tenaga
pengajar di bahagian teknikal.

1.5 SAIZ PEKERJA, DATA PEKERJA DAN CARTA ORGANISASI.

Jumlah kakitangan yang berkhidmat di Institut ini sehingga Mei 2012, ialah seramai 104
orang. Di bawah dilampirkan data sokongan berkenaan kakitangan institut.

4
BBGO 4103

5
BBGO 4103

6
BBGO 4103

7
BBGO 4103

Data Senarai Kakitangan Institut Kemahiran MARA Besut Terengganu

8
BBGO 4103

Carta Organisasi Institut Kemahiran MARA Besut, Terenggnau.

9
BBGO 4103

2.0 LIMA PERANAN PENGURUS INSTITUT BERASASKAN MODEL


MINTZBERGS (1973) .

Terdapat sepuluh peranan pengurus yang dihuraikan oleh Henry Mintzbergs (1973).
Walaubagaimanapun telah dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu:-

i.). Peranan interpersonal, yang berkaitan dengan lambang, pemimpin dan


penghubung.

ii). Peranan penyampai maklumat terdiri daripada pemantau, penyebar dan


jurucakap.

iii). Peranan membuat keputusan menerangkan tentang keusahawanan, penyelesai


masalah, pengagihan sumber dan perunding.

Daripada Model Mintzbergs, (1973), saya telah memilih lima peranan yang perlu diberi
perhatian oleh pengurus di Institut Kemahiran MARA Besut iaitu :-

2.1 PEMIMPIN DAN CONTOH.

Pengarah adalah pemimpin yang bertanggungjawab untuk memotivasi, membimbing,


melatih, mengarahkan pekerja, menyediakan ganjaran, mendisiplin dan mengambil tidakan
tatatertib terhadap pekerja. Sebagai pemimpin, pengarah akan memberikan kepimpinan kepada
pasukan, jabatan dan juga terhadap seluruh organisasi bertujuan untuk menguruskan semua
anggota dalam kumpulan.

Kepimpinan ialah satu proses eksekutif yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan kerja
kerja lain untuk mencapaian matlamat tertentu dalam situasi yang diberikan. Kepimpinan juga
merupakan keupayaan pengurus untuk mendorong orang bawahan supaya bekerja dengan lebih

10
BBGO 4103

yakin dan bersemangat. Pemimpin perlu berfikiran jauh kehadapan dan membangunkan
wawasan masa hadapan organisasi.
Contoh kepimpinan yang telah dilaksanakan oleh pengarah di institut ialah seperti
memberikan tugas tugas tertentu kepada pekerja bawahan. Di antara tugas tugas tersebut
ialah melantik ahli jawatankuasa disiplin, sukan, keselamatan, kebajikan dan lain lain lagi,
supaya pentadbiran institut dapat berjalan dengan lancar dan berkesan dengan meletakkan
harapan agar pekerja akan memberi perhatian yang wajar terhadap tahap prestasi yang telah
ditentukan.

2.2 LAMBANG DAN CONTOH.

Pengurus berfungsi sebagai lambang atau simbol yang bertanggungjawab untuk merasmi
dan menutup majlis majlis rasmi, melaksanakan tanggungjawab sosial, adat istiadat dan
undang undang.

Sebagai lambang pengurus juga perlu memperbaiki atau membina keyakinan diri dengan
menjaga imej diri, tingkah laku dan reputasi. Sifat merendah diri dan empati perlu dipupuk serta
meletakkan diri sebagai satu contoh yang baik di tempat kerja dan berfikir cara untuk menjadi
ikutan dan contoh yang baik.

Contoh pengurus berperanan sebagai lambang di institut seperti melayani pelawat luar
dan memberi taklimat berkenaan dengan institut. Selain daripada itu beliau juga berperanan
untuk menandatangangi perjanjian dengan pihak luar seperti perjanjian latihan peningkatan
kemahiran tenaga pengajar dengan pihak SIRIM. Di majlis majlis rasmi atau semasa dipilih
sebagai tuan rumah, pengurus akan dijemput untuk menghadiri upacara pemotongan riben dan
sebagainya.

11
BBGO 4103

2.3 JURUCAKAP DAN CONTOH.

Pengurus perlu berinteraksi dengan pihak lain dan membentuk satu jaringan kerja yang
efektif. Pengurus hendaklah berkomunikasi dengan kenalan di dalam organisasi dan juga pihak
lain yang berada di luar organisasi dengan baik supaya kesannya akan menguntungkan organisasi
itu sendiri.

Dalam konteks membentuk rangkaian kerja dengan pihak luar, pengurus perlu
berbincangan mengenai sesuatu projek dengan pengurus dari institusi latihan kemahiran, jabatan
atau organisasi lain. Pengurus juga perlu mengadakan perhubungan dengan pemimpin -
pemimpin masyarakat, pegawai kerajaan dan pengubah pengubah polisi peringkat kebangsaan
atau tempatan.

Contoh peranan sebagai jurucakap ialah apabila beliau menghadiri mesyuarat pengarah
pengarah di peringkat ibu pejabat MARA di Kuala Lumpur, segala maklumat yang diterima akan
disampaikan kepada semua pekerja bawahan semasa beliau kembali ke institut. Beliau juga
berperanan untuk membentangkan laporan pencapaian pelajar pelajar institut di sepanjang sesi
pengajian kepada Pengarah Bahagian Kemahiran di ibu pejabat MARA Kuala Lumpur pada
hujung semester.

2.4 PEMANTAU DAN CONTOH.

Pemantau akan melibatkan kerja kerja penapisan maklumat yang dihantar dan diterima
sama ada dari luar atau dalam organisasi. Pengurus akan mencari maklumat yang berkaitan
dengan organisasi mereka dan institusi latihan kemahiran lain. Pengurus akan mencari maklumat
mengenai perubahan yang relevan dalam persekitaran. Pengurus juga akan memantau pasukan
mereka dari aspek produktiviti dan kesejahteraan.

Pengurus perlu memperbaiki dan belajar bagaimana kaedah untuk mengumpul maklumat
serta mengatasi masalah limpahan maklumat. Pendekatan yang digunakan ialah dengan
12
BBGO 4103

menggunakan strategi efektif dengan mendapatkan maklumat melalui sumber pembacaan dan
menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Setiap maklumat yang diperolehi hendaklah
diproses dengan cepat dan teliti.

Contoh pemantau ialah apabila pengurus perlu menghadiri sesuatu persidangan berkaitan
perubahan teknologi program latihan kemahiran di peringkat antarabangsa. Maklumat
maklumat yang berkaitan dengan perancangan strategik latihan kemahiran, perubahan teknologi
dan program latihan kemahiran terkini perlu dikenalpasti dan dikumpulkan terlebih dahulu.
Maklumat maklumat melalui pembacaan akhbar, maklumat melalui laporan, menghadiri
seminar seminar dan latihan latihan akan dipantau terlebih dahulu oleh pengurus sebelum
digunapakai.

2.5 PENYELESAI MASALAH DAN CONTOH.

Pengurus akan dapat menyumbang idea untuk melaksanakan sesuatu projek dan membuat
keputusan yang sesuai berkaitan dengan masalah yang di hadapi. Pengurus juga terlibat dengan
usaha usaha untuk merapatkan jurang perbezaan yang terdapat di antara pekerja dalam
organisasi atau masalah yang berlaku semasa berhubung dengan pihak luar. Pengurus yang
berpengalaman dan berpengetahuan akan bertindak bersendirian mengatasi masalah tersebut.

Pekerja perlu dilibatkan untuk mendapatkan jalan penyelesaian sesuatu masalah jika
sekiranya dirasakan sumbangan idea daripada pekerja sesuai untuk menjayakan sesuatu
keputusan. Jika berlaku konflik di antara pengurusan dengan pengurus lain atau pekerja,
pembekal atau pelanggang terhadap sesuatu masalah, pengurus hendaklah bertindak
menyelesaikan masalah tersebut dengan mendapatkan keputusan secara bersama atau
bermuafakat.

Contoh pengurus bertindak sebagai penyelesai masalah ialah mengatasi masalah kualiti
persekitaran dan latihan yang tidak tersusun. Pengurus telah membentuk satu jawatankuasa
amalan persekitaran berkualiti (5S). Dengan menetapkan sasaran untuk mendapatkan sijil
13
BBGO 4103

pengiktirafan dari pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia pada oktober 2012, semua individu di
dalam organisasi telah terlibat dan mengambil bahagian bagi memastikan jabatan, bahagian atau
unit mereka telah memenuhi spesifikasi amalan persekitaran yang berkualiti. Kesannya pada
masa kini, persekitaran organisasi telah berada dalam keadaan tersusun dengan baik dan begitu
kondusif kepada kakitangan dan pelajar.

3.0 ANALISA CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PENGURUS INSTITUT.

Pengurus akan sentiasa berhadapan dengan berbagai cabaran dan implikasi yang akan
mempengaruhi keberkesanan mereka dalam mengurus institut. Ini adalah disebabkan oleh
organisasi yang sentiasa terdedah kepada perubahan persekitaran. Di antara cabaran cabaran
utama yang perlu dihadapi ialah pengurus di peringkat tempatan dan antarabangsa ialah :-

3.1 CABARAN GLOBALISASI DAN CONTOH.

Globalisasi telah memberi kesan yang besar kepada pengurusan organisasi. Semua
negara, institusi dan penduduk di dunia akan dihubungkan di bawah satu ekonomi global yang
saling bergantungan. Mereka dapat berkongsi maklumat, sumber sumber, kepakaran, teknologi
dan lain lain . Pengurus institut hendaklah dilengkapkan dengan individu yang mempunyai ciri
ciri berikut:

i). Pengurus hendaklah didedahkan dengan perkerjaan yang melibatkan mereka


berurusan dengan pihak dari luar negara. Dengan pendedahan ini mereka akan
dapat mempelajari dan menerima pengalaman yang berbeza dari aspek kemahuan,
keperluan dan aspirasi bangsa asing.

ii). Di dalam negara pula, pengurus hendaklah diberikan tugasan yang melibatkan
pegawai atasan, rakan sekerja dan kakitangan asing. Pengurus hendaklah
memahami budaya pekerja yang pelbagai dan menyesuaikan perbezaan tersebut
dengan bentuk pengurusan mereka.
14
BBGO 4103

Contoh cabaran globalisasi ialah ketika pengurus dikehendaki untuk membentangkan


program latihan kemahiran yang ditawarkan di Institusi mereka kepada wakil belia yang datang
dari negara Thailand dan Vietnam bagi tujuan untuk membuat pertukaran pelajar di antara dua
pusat latihan belia dari negara tersebut dengan Institut Kemahiran MARA Besut. Pada situasi ini
memerlukan pengurus mempunyai kemahiran dalam berinteraksi dengan pihak luar dan
maklumat maklumat yang disampaikan hendaklah jelas dan tepat.

3.2 CABARAN TENAGA KERJA PELBAGAI DAN CONTOH.

Organisasi biasanya dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan menjalankan


tugas yang pelbagai dan berbeza untuk mencapai matlamat yang sama. Semua pekerja
memainkan peranan yang tersendiri berdasarkan kelebihan yang dimiliki sama ada dari segi
kebolehan, kepakaran dan pengetahuan. Tenaga kerja pelbagai terdiri daripada jantina, taraf
pendidikan, umur, kaum etnik dan lain lain.

Pengurus perlu mengagihkan tugas dan tanggung jawab berdasarkan kelebihan dan
kesesuaian yang dimiliki. Pengurus perlu mengagihkan tugas sebaik mungkin terutama apabila
organisasi dianggotai oleh ahli yang pelbagai budaya supaya tidak timbul konflik, salah faham
dan perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja. Kepelbagaian itu akan memberi kesan kepada
sikap, kebolehan dan personaliti dalam kalangan pekerja. Pengurus tidak boleh menganggap
bahawa semua kakitangan mereka mepunyai kemampuan yang sama, tetapi sebaliknya perlu
mengambil peluang daripada perbezaan tersebut sebagai aset yang sangat berpotensi untuk
organisasi.

Contohnya apabila umur pekerja meningkat, produktiviti kerja akan menurun, dalam
situasi ini pengurus akan mengambil tindakan meningkatkan semula produktiviti pekerja dengan
menghantar perkerja tersebut mengikuti kursus motivasi, menangani tekanan dan sebagainya.
Faktor umur yang meningkat juga akan menyebabkan tahap kesihatan akan menurun. Kaedah

15
BBGO 4103

yang digunakan oleh pengurus untuk menangani masalah ini ialah dengan menyediakan
kemudahan klinik panel bagi memudahkan pekerja institut mendapatkan rawat

3.3 CABARAN MENGURUS PERUBAHAN TEKNOLOGI DAN CONTOH.

Perubahan teknologi merupakan satu lagi cabaran yang mesti dihadapi oleh seseorang
pengurus. Menurut Nelson dan Pantas (2008), teknologi ditakrifkan sebagai proses intelektual
dan mekanikal yang digunakan oleh organisasi untuk menukar input kepada produk atau
perkhidmatan yang boleh mencapai objektif organisasi.

Pengurus perlu memilih pekerja yang tepat untuk melakukan sesuatu tugas dengan
teknologi terkini. Pekerja perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran terutama berkenaan
dengan teknologi maklumat yang mempengaruhi gelagat pekerja semasa melaksanakan tugas.
Penumpuan kepada teknologi meliputi penggunaan mesin dan peralatan dengan konsep
pembelajaran yang sedang dilaksanakan. Ia bertujuan untuk memastikan supaya tenaga pengajar
didedahkan dengan mesin terkini dan menyampaikannya kepada pelajar.

Contoh perubahan teknologi ialah membuat perubahan ergonomik dalam melakukan


kerja atau dengan kata lain, hubungan pekerja dengan peralatan. pekerja pekerja pentadbiran
dihantar mengikuti kursus kursus berkaitan dengan teknologi maklumat (IT). Mempunyai
pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat (IT) ini, membolehkan pertukaran pengetahuan
dan memudahkan penyelesaian masalah. Tenaga pengajar dihantar mengikuti kursus peningkatan
kemahiran di pusat pusat latihan yang diiktiraf untuk mendapatkan teknologi yang terkini.
Manakala peralatan atau mesin - mesin yang menggunakan teknologi usang telah digantikan
dengan perlatan terkini.

3.4 CABARAN ETIKA DAN CONTOH.

Pengurus institut juga tidak terlepas daripada cabaran etika. Organisasi yang mempunyai
dasar dan amalan kerja yang jelas biasanya sangat berjaya dalam menguruskan cabaran etika ini.
16
BBGO 4103

Organisasi akan menghadapi kesukaran dalam menguruskan etika sekiranya semua individu atau
pekerja tidak mempunyai pendapat yang serupa.

Kini masyarakat telah dapat menilai dan mempunyai pengetahuan untuk bertindak
melalui saluran undang undang dan peraturan peraturan yang betul terhadap sebarang
tindakan yang salah. Pengurus hendaklah sedar sekiranya berlaku perbuatan pecah amanah atau
mendapatkan sesuatu perkara untuk kepentingan peribadi dengan menggunakan perbelanjaan
organisasi akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada organisasi mereka. Pengurusan etika
adalah merujuk kepada keupayaan individu untuk membuat keputusan dan memilih tingkah laku
yang betul iaitu tidak bercanggah dengan nilai nilai organisasi dan perinsip umum.

Contoh dalam proses pemilihan petender, pengurus akan melantik ahli jawatankuasa
pembuka tender untuk membuka tender. Semasa proses ini berlaku pengurus tidak mempunyai
hak untuk menetapkan petender yang terpilih. Laporan tender akan dibentangkan kepada
jawatakuasa penilai tender dan jawatankuasa ini akan menentukan petender yang berjaya dengan
merujuk kepada spesifikasi yang telah ditetapkan.

4.0 CADANGAN BAGAIMANA PENGURUS INSTITUT BOLEH MENANGANI


CABARAN DENGAN BAIK.

Di bawah adalah cadangan cadangan kepada pihak Pengurus Institut untuk membuat
penambahbaikan berkaitan dengan:-

4.1 CADANGAN TERHADAP GLOBALISASI DAN JUSTIFIKASI.

Pengurus institut hendaklah menyusun beberapa strategi seperti mewujudkan perkongsian


bijak dengan pengurus lini untuk mewujudkan hubungan yang baik, melibatkan pengurus dalam
membuat perancangan strategi korprat. Diantara cadangan cadangan tersebut ialah:-

17
BBGO 4103

4.1.1 Meningkatkan Mobiliti Pekerja.

Organisasi perlu mencipta satu polisi yang baru untuk menjamin pekerjaan,
kekananan dan pampasan. Ini bertujuan untuk menjaga kesetiaan pekerja terhadap

organisasi. Pekerja tidak akan mencari bidang yang baru kerana mempunyai
mobiliti kerja yang tinggi
.
4.1.2 Bersedia Menghadapi Persaingan Global.

Pengurus hendaklah mengenalpasti siapakah pesaing mereka, bagaimanakah


ancaman dan kekuatan pesaing dan hasil yang diperolehi daripada persaingan.
Strategi yang boleh diambil untuk menghadapi pesaing seperti melalui promosi
yang agresif, pengiklanan dan membuat MOU dengan institusi latihan kemahiran
dalam dan luar negara.

4.1.3 Melibatkan Pengurusan Bahagian Dalam Membuat Perancangan Strategik.

Perancangan strategik korporat digubal oleh pengurusan atasan menentukan


wawasan, misi dan hala tuju institut, mengenalpasti teras latihan kemahiran,
program program latihan baru yang mampu diceburi.

4.1.4 Mengintegrasikan Teknologi Maklumat Dengan Budaya Koporat.

Penggunaan teknologi maklumat yang optimum akan mampu membantu institut


untuk mengurangkan kos, menambahkan maklumat berkaitan teknologi
kemahiran, kepada pengajar dan pelajar serta lain lain.

18
BBGO 4103

4.1.5 Mengambil Faedah Daripada Pekerja Berpengetahuan.

Pengurus hendaklah berperanan membantu mewujudkan budaya yang


Mengutamakan pembangunan ilmu seperti mencadangkan kepada pengurusan
atasan memberi biasiswa kepada pekerja untuk melanjutkan pelajaran, memberi
cuti belajar dan memberi latihan yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran
pekerja.

Justifikasi.

Pekerja akan merasa mereka dihormati, dihargai dan mempunyai ketaatan terhadap
organisasi. Melalui promosi yang agresif, institut akan dapat menarik ramai pelajar untuk
mendapatkan latihan kemahiran di institusi ini. Institut akan sentiasa bersedia untuk bersaing
dengan pihak dalam dan luar negara kerana mempunyai pekerja yang mempunyai komitmen,
pengetahuan dan pengurusan yang mempunyai perancangan strategik yang baik.

4.2 CADANGAN TERHADAP TENAGA KERJA PELBAGAI DAN JUSTIFIKASI.

Kepelbagaian tenaga kerja telah banyak berkembang, memaksa pengurus untuk melihat
perbezaan individu dalam cara yang segar. Pengurus hari ini perlu lebih memahami dan
memenuhi kepelbagaian kakitangan dan perbezaan individu. Cadangan kepada pengurus institut
ialah:

4.2.1 Sentiasa berinteraksi dengan pekerja yang mempunyai perbezaan luas pada
beberapa ciri-ciri, mengelakkan konflik dan ketidakpercayaan di kalangan ahli-
ahli pasukan.

4.2.2 Sensitif kepada keperluan pekerja yang pelbagai dan cuba untuk mengambil
pendekatan yang fleksibel untuk meningkatkan pekerjaan tahap mereka seperti:

19
BBGO 4103

i). Menyediakan pakej manfaat yang sesuai dengan keperluan pekerja yang
berbeza.

ii). Kerja yang fleksibel.

iii). Melaksanakan perkongsian kerja.

iv). Merekabentuk pekerjaan dan bangunan untuk menampung pekerja cacat


dan pelanggan.

v). Mewujudkan program pengurusan yang direka untuk memberikan


maklum balas yang membina kepada pekerja tentang gaya peribadi
mereka berurusan dengan pekerja minoriti.

vi). Mewujudkan rangkaian tidak rasmi di kalangan kakitangan minoriti untuk


memberi sokongan sosial.
Justifikasi.

Pekerja dapat membantu membina dan memperkukuhkan kelebihan persaingan dalam


institut. Pengurus yang mahir dalam mengurus kepelbagaian ini akan memudahkan urusan kerja,
malah juga membantu melancarkan lagi perlaksanaan ke arah mencapai matlamat yang
ditetapkan.

4.3 CADANGAN TERHADAP MENGURUS PERUBAHAN TEKNOLOGI DAN


JUSTIFIKASI.

Cadangan kepada pengurus institut untuk mengurus perubahan teknologi supaya pekerja
dapat menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang begitu cepat ialah :-

20
BBGO 4103

4.3.1 Meningkatkan kualiti Dan Proses Pembaikan berterusan.

Pengurus institut hendaklah memberi penekanan kepada dua perkara iaitu


pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan mereka bentuk semula pekerjaan.
Pengurus perlu menilai sumber tenaga dan menyesuaikannya dengan
persekitaran. Latihan kemahiran perlu disediakan kerana mengikut perubahan
teknologi, strategi persaingan dan polisi kerajaan.

4.3.2 Proses Perkayasaan Semula Program Yang Ditawarkan Di Instutut.

Dengan teknologi maklumat hari ini, pelanggang lebih mengutamakan kualiti


pembelajaran, kemudahan yang disediakan, pengiktirafan sijil dan peluang
mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Institut hendaklah
menawarkan program yang mendapat sambutan dari pelanggang dan sesuai
dengan teknologi masa kini.

4.3.3 Meningkatkan Kemahiran Pekerja.

Apabila berlaku perubahan teknologi, kemahiran dan teknologi lama akan


menjadi usang. Pengurus hendaklah merombak dan mereka bentuk semua kerja
supaya pencapaian pembelajaran yang lebih tinggi dapat dicapai. Tenaga pengajar
hendaklah menggunakan alat bantuan mengajar terkini seperti komputer, LCD,
audio sistem, video simulasi dan sebagainya.
Justifikasi:

Institut akan sentiasa menawarkan latihan yang memenuhi kehendak masyarakat dan
berteknologi semasa. Institut akan dapat bersaing dengan pusat latihan kemahiran yang lain dan
akan menjadi pilihan utama pelajar pelajar untuk menyambung pengajian dalam bidang
kemahiran.

21
BBGO 4103

4.4 CADANGAN CABARAN ETIKA DAN JUSTIFIKASI.

Untuk mewujudkan suasana beretika dalam institut dan suasana persekitaran kerja
menjadi harmoni dicadangkan supaya:-

4.4.1 Mendapatkan Mereka Yang Beretika Sahaja Untuk Bekerja.


Mengenakan ujian ketelusan terbuka atau ujian ketelusan berdasarkan personaliti.
Ia merupakan satu ujian bertulis yang menganggarkan kejujuran calon dengan
bertanya secara langsung tentang fikiran mereka terhadap kecurian dan perlakuan
tidak beretika serta mengukur ciri ciri psikologi seperti penggantungan dan
kesedaran.

4.4.2 Mewujudkan Kod Etika Kerja.


Institut hendaklah mempromosikan kod etika kepada anggota organisasi dan
pihak di luar institut. Institut juga hendaklah membangunkan piawaian dan
prosedur yang khusus terhadap amalan etika dalam mengendalikan latihan
kemahiran.

4.4.3 Mengadakan Latihan Etika.


Bertujuan untuk membangunkan kesedaran pekerja tentang etika, mencapai
kredibiliti pekerja dan mengajar pekerja pekerja satu model praktikal tentang
membuat keputusan yang beretika.

4.4.4 Mewujudkan Suasana Etika.


Pengurus atasan hendaklah menjadikan diri mereka sebagai role model dalam
menghidupkan suasana beretika kepada pekerja bawahan. Program program
etika juga perlu diwujudkan dan dikendalikan untuk jangka waktu tertentu secara
berkala.

22
BBGO 4103

Justifikasi.
Pekerja tidak akan melakukan sebarang tindakan yang akan memudaratkan reputasi
organisasi. Pekerja akan cuba mengelak daripada melakukan gelagat yang tidak beretika. Mereka
akan memikirkan tentang akibat daripada perbuatan mereka dan kesan kepada orang lain.

5.0 RUMUSAN.

Untuk memastikan sesebuah organisasi itu cemerlang dan berjaya, pengurus memainkan
peranan utama sebagai tonggak ke arah pencapaian matlamat institut. Pengurus perlu
menjalankan peranannya sebagai pemimpin, lambang, jurucakap, pemantau dan penyelesai
masalah. Mereka perlu membangunkan semua sumber yang dimiliki dan memastikan berlaku
perubahan tambah nilai yang positif terhadap gelagat kerja pekerja dalam organisasi.

Dalam mengurus sesebuah organisasi, pengurus akan berhadapan dengan globalisasi,


tenaga kerja yang pelbagai, perubahan teknologi dan etika. Pengurus perlu memahami apakah
cabaran yang perlu dihadapi dan bagaimana hendak menangani cabaran tersebut melalui
perancangan strategik. Mereka perlu bersedia menerima cabaran ini, pengurus perlu memiliki
kepakaran, perancangan yang baik dan melaksanakan perancangan dengan berkesan.

Dengan melaksanakan cadangan yang telah dinyatakan terhadap globalisasi, institut akan
dapat bersaing dengan pihak lain dari luar dan dalam negara. Tenaga kerja yang pelbagai pula
membolehkan pengurus memahami gelagat pekerja mereka dan mengambil tindakan
penyelesaian yang sesuai mengikut umur, bangsa, etnik dan sebagainya. Ini akan mengukuhkan
lagi hubungan pengurusan tertinggi dengan pekerja bawahan. Pengurus perlu peka terhadap
perubahan teknologi yang begitu pesat dan meningkatkan kemahiran pekerja sesuai dengan
teknologi hari ini. Begitu juga dalam menjaga etika, organisasi yang beretika akan mendapat
kepercayaan masyarakat luar dan mempunyai reputasi yang tinggi. Anggota organisasi akan
mempunyai nilai ketaatan yang tinggi terhadap organisasi

(3098 patah perkataan)

23
BBGO 4103

RUJUKAN

Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Nasri Nalimi, Azelin Aziz, (2007), Perinsip Pengurusan,
Kuala Lumpur,Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

Dr. Fauzuniah Pangil, Dr. Fais Ahmad, Dr. Ooi Yeng Keat, Hanissah A. Razak, Naslina Zakaria,
Zulkufli Aziz, Assoc Prof Dr. Husna Johari, (2011), Organisational Behaviour, Kuala
Lumpur,Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

Ab. Aziz Yusof (2010), Gelagat Organisasi Satu Pendekatan Strategik, ,Universiti Utara
Malaysia (UUM)

Maimunah Aminuddin (2008), Human Resource Management Principles And Practices,


Selangor Darul Ehsan,Oxford Fajar Sdn. Bhd

24

Anda mungkin juga menyukai