Anda di halaman 1dari 7

Perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara harus dikekalkan untuk menjamin

keselamatan negara agar kemerdekaan yang dikecapi berkekalan hingga ke akhir ayat. Akan
tetapi, sepanjang tempoh mengekalkan perpaduan, akan timbulnya cabaran dari pelbagai
pihak. Pelbagai inisiatif yang telah diambil bagi mengekalkan serta memperbaiki perpaduan
masyarakat yang semakin hilang dari semasa ke semasa. Cabaran yang dihadapi dalam
memperkasakan konsep 1 Malaysia (Fauzi,1987) ialah penyebaran mengenai konsep tersebut
terhadap seluruh rakyat Malaysia ternyata hanya memberi kesan positif yang sementara. Hal
ini kerana, konsep ini perlu diperkenalkan secara berterusan agar masyarakat lebih
memahami serta menjiwai tujuan konsep tersebut dilaksanakan. Oleh kerana tempoh konsep
ini diperkenalkan secara berterusan, secara tidak langsung ianya memakan masa yang agak
panjang untuk masyarakat mendidik dan menyemai perasaan kekitaan dalam diri masing-
masing. Peruntukan banyak dikeluarkan namun memberi kesan positif hanya sementara amat
merugikan pihak kerajaan.

Terdapat juga segelintir golongan yang menganggap konsep ini sebagai propaganda
pihak kerajaan bagi memenangi hati rakyat bagi pilihan raya yang seterusnya. Pemikiran
seperti ini mesti dihapuskan kerana berpemikiran cetek dan tidak memberi peluang kepada
masyarakat lain membuat pilihan kerana mereka akan mempengaruhi masyarakat lain dengan
pandangan atau pemikiran yang buruk. Sebahagian masyarakat Malaysia juga kurang
memberi perhatian kepada pelancaran dan pelaksanaan konsep 1 Malaysia kerana kehidupan
mereka terlalu sibuk untuk mengambil berat akan hal ini. Masyarakat menganggap hal ini
merupakan sesuatu yang remeh dan tidak mempedulikannya. Buat masa sekarang, Malaysia
masih aman jadi masyarakat memandang hal ini sebelah mata sahaja. Sebagai rakyat
Malaysia, perpaduan negara haruslah dijaga sebaiknya sebelum berlakunya pergaduhan atau
peperangan antara kaum tercetus di mana akan memudaratkan serta mendatangkan keburukan
kepada negara. Janganlah tercetusnya pergaduhan yang besar baru rakyat ambil berat akan
hal ini kerana bukan mudah untuk mengembalikan perpaduan masyarakat yang telah dibina
sejak zaman dahulu lagi. (Aizat, 2011)
Selain cabaran mengenai konsep 1 Malaysia, pembangunan sosial juga mempunyai
cabaran yang perlu dihadapi. Isu sosial ini sewajarnya konsep modal insan dikaitkan dengan
konsep pembangunan yang seimbang. Perluasan konsep modal insan dilaksanakan supaya
konsep ini tidak terbatas dan dikongkong oleh pandangan tentang pembangunan modal insan
yang berkisar berkenaan penyeliaan pendidikan, pengetahuan dan kemahiran. Transformasi
dari segi sosial dilihat terdapat perubahan negatif yang memerlukan pihak tadbir urus
berdepan dengannya secara bijak. Elemen sosial bermaksud manusia dengan budaya dan
sumber-sumber sosial mereka, merangkumi nilai-nilai kemanusiaan yang perlu dipelihara dan
dikembangkan dalam konteks membina bangsa Malaysia yang bersatu (Abd Rahman, 2007).
Kecacatan dan kelemahan dalam mentadbir urus komponen ini menjejaskan pembinaan
tamadun Malaysia. Untuk itu, kualiti kemantapan rohani sebagai kekuatan amat perlu pada
generasi kini dalam menghadapi masyarakat luar pada hari ini (Zaleha Kamarudin ,1996).

Bagaimanapun, dalam membentuk serta menanamkan nilai-nilai murni bukan sesuatu


yang senang dan dilaksanakan dalam masa yang singkat. Sebagai contoh, pembentukan ini
bermula dari tadika atau sekolah rendah, menengah, kolej, universiti dan sebagainya. Hal ini
demikian kerana mereka terlibat dalam proses pembinaan yang mempunyai sesabaran,yang
tinggi ( Noor Azlan Ahmad Zamzali, 1995). Realiti hari ini menunjukkan betapa miskinnya
jiwa anak-anak muda yang berpendidikan formal, berpengatahuan tinggi dan berkemahiran
apabila mereka terlibat dengan gejala rasuah, pelacuran, lumba haram dan sebagainya.
Kepentingan pendidikan dan kemahiran seseorang individu merupakan kredit penting dalam
menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang itu di alam pekerjaan. Namun, lebih
berkualiti sekiranya modal insan itu dilengkapi dengan nilai murni yang menjadi tunggak
kepada keutuhan keperibadian individu. Modal insan ini bukan sahaja unggul dari aspek
keperibadian fizikal bahkan mencakupi rohani serta mempunyai pegangan hidup dan hala
tuju yang jelas, pandangan hidup yang tetap, beretika, berintegriti tinggi dan mempunyai
kekuatan minda yang kukuh, serta boleh menolak pengaruh buruk dan mampu membuat
keputusan dengan tepat dan pantas. Kesemua elemen ini dikatakan sebagai set nilai yang
perlu dibekalkan kepada modal insan yang bakal mewarisi dan menerajui pengurusan dan
pentadbiran negara akan datang.
Matlamat Wawasan 2020 ialah pembangunan yang seimbang manakala Wawasan
2020 bertujuan membawa negara kepada kemajuan yang setaraf dengan negara-negara maju
dari segi kemajuan material yang diimbangi dengan pembangunan rohani serta mengekalkan
nilai-nilai murni. Terdapat sembilan cabaran strategik yang Malaysia mesti atasi yang telah
digariskan oleh Tun Dr Mahathir untuk mencapai Wawasan 2020. Sembilan cabaran
strateegik itu ialah yang pertama, membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Negara
hanya dapat dibina di dalam suasana yang aman dan damai. Ketenteraman ini hanya dapat
dijamin dengan adanya persefahaman di antara rakyat seperti ungkapan Bulat Air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Melalui penyatuan dan perpaduan ini,
cabaran-cabaran seterusnya dapat diatasi dengan merealisasikan wawasan gemilang sebagai
bangsa Malaysia yang bertolak ansur, penyayang, dan beretika. Kedua, membina masyarakat
berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan. Melalui cabaran ini, sifat sifat yang perlu ada pada
setiap rakyat dapat disenaraikan supaya dapat membina sebuah negara yang maju dalam
elbagai bidang. Antara sifat yang boleh disenaraikan ialah seseorang itu berjiwa bebas dengan
sesuatu fahaman hingga tidak menolak pembaharuan dan kamajuan. Selain itu, seseorang itu
perlu memiliki perasaan dan fikiran yang tenteram bagi menghadapi pelbagai cabaran di
dunia yang semakin moden ini. Tambahan pula, seseorang perlu mempunyai ketahanan
fizikal dan mental yang tinggi bagi menghadapi segala ujian dan berpegang kepada hakikat
bahawa otak yang baik berada dalam badan yang sihat, Badan cergas, minda cerdas .

Ketiga, memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Cabaran ini
merujuk kepada corak kerajaan dan pentadbiran kerana sebuah kerajaan yang bersih dan
mantap adalah amaat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Malaysia berpegang
kepada sistem demokrasi kerani yakin bahawa ia adalah sistem yang terbaik. Sistem ini
memberi hak kepada rakyat untuk memilih kerajaan kerana ingin memelihara hak sebagai
warga negara Malaysia yang berdaulat. Keempat, mewujudkan masyarakat yang bermoral
dan beretika. Perdana Menteri sering menjelaskan bahawa konsep maju yang sebenarnya
ialah maju dari segi ekonomi, maruah, dan martabat sebagai suatu bangsa yang dihormati.
Generasi muda menjadi golongan yang terpenting kerana generasi ini akan mewarisi negara
sebagai pemimpin dan menyumbang kepada kemajuan negara. Oleh itu adalah amat
membimbangkan andainya masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja, masalah ponteng
sekolah, penagihan dadah dan berbagai kejadian jenayah juvana tidak dapat dibendung
dengan segera. Segala perancangan dan cita-cita negara hendaklah diatasi dengan sebaiknya.
Kelima, mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi. Sikap liberal
dan toleransi amat penting bagi menjamin keamanan negara. Tahap sikap toleransi akan
berlakunya pergaduhan kaum yang boleh membahayakan negara keranan sensitiviti kaum
dan agama boleh mengakibatkan ketegangan. Rakyat Malaysia perlu berhati-hati jika
melibatkan kaum dan agama kerana rakyat Malaysua menganut pelbagai bidang. Walaupun
hidup dalam persekitaran yang berbeza kaum, hal ini tidak mengahalang perpaduan negara
kerana semua agama menagajar manusia untuk berbaik antara satu sama lain. Keenam,
membina masyarakat yang maju dan saintifik dimana masyarakat sentiasa meningkatkan
mutu kehidupan dengan cara meningkatkan pengetahuan saintifik. Maksud negara maju oleh
Dr. Mahathir ialah negara yang berupaya membangunkan diri sendiri melalui penguasaan
ilmu, kecekapan dan moral yang tinggi yang membolehkan masyarakat bersaing dengan
negara maju yang lain. Untuk menjadi maju dan progresif sesuatu masyarakat perlulah
sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di sekeliling dan sanggup belajar dari siapa
sahaja. Ada hadis yang bermaksud bahawa umat Islam diseru untuk belajar walaupun hingga
ke negeri China, dan menuntut itu adalah proses yang berterusan seumur hidup, dari buaian
hingga ke liang lahat.

Ketujuh, mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Perkara ini


dikenali sebgaai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri
dengan kebajikan insan tidak kira pada negara atau keseorangan tetapi sekeliling sistem
keluarga yang kukuh. Setiap orang saling faham memahami dan hormat-menghormati. Yang
muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda. Pada masa ini rakyat
Malaysia kelihatan sebagai rakyat yang pemurah dan sering memberi sambutan baik terhadap
rayuan-rayuan derma dan bantuan dari masa ke semasa, namun terdapat pula kejadian seperti
membuang dan mendera anak, mengabaikan orang tua-tua, merosakkan harta benda awam,
membinasakan alam sekitar serta kegiatan antisosial yang berleluasa. Tanpa budaya
penyayang akan berlaku lebih banyak kerosakan kepada manusia dan alam sekitar. Kelapan,
menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Cabaran ini memberikan tumpuan
kepada bidang ekonomi yang dianggap sebagai keperluan asas sesebuah negara. Keadaan
ekonomi yang baik akan dapat membangunkan kesejahteraan dan kebajikan yang lain.
Berbagai projek telah dilaksanakan seperti Rancangan Pembangunan Luar Bandar, berbagai
rancangan penerokaan tanah hinggalah ke Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan
Nasional. Program-program pembangunan ekonomi dijalankan dengan tujuan untuk
membasmi kemiskinan dan menyatupadukan rakyat berbilang kaum.
Dan yang terakhir iaitu kesembilan, memupuk dan membina masyarakat makmur.
Untuk menjamin kemakmuran negara, Malaysia harus mempunyai kegiatan ekonomi yang
mampu untuk bertindak dengan pantas dan dapat menyesuaikan diri mengikut perubahan
penawaran, permintaan dan persaingan antarabangsa. Untuk mencapai taraf masyarakat
makmur, rakyat negara ini mestilah mempunyai daya keusahawanan yang tinggi, mampu
berfikir, mahir, tekun, bermaklumat dan bijak bertindak. Mereka hendaklah bersedia dan
berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan di dalam pencapaian mereka. Semua ini
didokong oleh penggunaan teknologi tinggi dan sentiasa diubahsuai untuk meningkatkan
kekesanan. Peningkatan teknologi dan pendapatan rakyat tidak pula bermakna kos sara hidup
akan turut meninggi. Kehidupan rakyat akan menjadi lebih sejahtera dengan kadar inflasi dan
kos sara hidup yang rendah. Setiap rakyat bekerja dengan tekun untuk meningkatkan
kecemerlangan diri tetapi tidak melupakan tanggungjawab sosial kepada bangsa dan negara.
Sejak merdeka kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai projek pembangunan yang
bertujuan membantu rakyat memperbaiki taraf hidup mereka. Kerajaan memberi tumpuan
kepada pembangunan ekonomi kerana tanpa ekonomi yang baik tidak mungkin akan tercapai
kemajuan di bidang-bidang lain seperti pendidikan, kesihatan, budaya dan sebagainya.

Dari sejak Rancangan Malaysia Pertama hinggalah ke pada masa sekarang, tumpuan
diberikan kepada rancangan membasmi kemiskinan. Sejak peristiwa 13 Mei 1969, Dasar
Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat bagi mencapai perpaduan negara. Sejak 1990, DEB telah
digantikan dengan Dasar Pembangunan. (DPN) yang mempunyai matlamat yang sama
dengan beberapa pendekatan yang baru. Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk
memperbaiki keadaan ekonomi dan menyeru manusia supaya bekerja keras bagi mencari
rezeki di atas muka bumi. Allah s.w.t. menjelaskan bahawa setiap sesuatu ciptaanNya di
muka bumi ini adalah untuk dimanfaatkan demi kesejahteraan hidup manusia. Islam tidak
melarang umatnya mengumpul harta atau mencari kekayaan. Apa yang dipentingkan ialah
harta yang dicari itu ialah dari sumber yang halal. Islam mewajibkan zakat dan menyeru
umatnya mengeluarkan sedekah jariah supaya kekayaan dapat dimanfaatkan bersama oleh
orang-orang lain. Di dalam Islam harta adalah pemberian Allah kepada manusia sebagai
amanah untuk manusia mengurus, mengerjakan dan melaksanakan pada jalan yang diredai.
Dalam masyarakat Islam hari ini ternyata bahawa kemunduran ekonomi adalah faktor utama
yang menyebabkan umat Islam tidak berjaya untuk maju dalam dunia antarabangsa.
Selain itu, dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan juga mengalami
beberapa cabaran yang sukar ditangani seperti masalah moral atau lebih dikenali sebagai
gejala sosial, disiplin dan kelemahan akademik di kalangan pelajar Melayu. Gejala sosial
yang semakin merebak terutama di kalangan remaja Melayu ialah penyalahgunaan dadah,
seks tanpa perkahwinan, rogol, pembunuhan, melepak, dan lain-lain. Tidak mustahil remaja
kini kekurangan ilmu pengetahuan mengenai jenayah-jenayah ini dan mengakibatkan akhlak
mereka terpesong. Akhlak bukan sesuatu yang boleh ditunjuk ajar tetapi perlu teladan dan
bimbingan secara formal mahupun tidak formal. Perlaksanaan pendidikan islam dan
pendidikan moral dalam sistem pendidikan amat penting bagi melahirkan masyarakat yang
berguna dan tidak mencemarkan nama negara. Keruntuhan akhlak ini perlu dibendung dan
diatasi untuk membina negara maju dan matlamat ini tidak dapat dicapai jika rakyat tidak
mempunyai sifat-sifat jujur dan amanah akan berlaku tipu menipu, yang satu cuba
menjatuhkan dan merosakkan yang lain.

Cabaran-cabaran yang dihadapi negara hendaklah diselesaikan dengan jalan


penyelesaian yang tepat supaya dapat memberi kesan positif yang berpanjangan. Kebanyakan
cabaran ini muncul dari kalangan masyarakat sendiri. Mereka perlu bekerjasama
mmebanteras masalah ini demi kebaikan bersama. Terdapat banyak kebaikan jika berkerja
secara berpasukan berbanding secara berseorangan bagi mengatasi mcabaran ini. Banyak
punca yang telah menyebabkan munculnya cabaran bagi mengekalkan perpaduan
masyarakat ini. Tidak dinafikan lagi, bukan mudah untuk mengekalkan perpaduan
masyarakat sesebuah negara terutama masyarakat yang terdiri dari pelbagai agama, budaya
dan kaum. Isu ini amatsensitif dan peperangan boleh tercetus sekiranya perkara ini tidak
dititik beratkan. Langkah menanganni masalah ini hendaklah dilaksnakan dan bukan sekadar
cakap di mulut. Perlaksanaana yang sewajarrnya harus diambil bagi menyelesaikan masalah
yang timbul ini. Ketika berucap di Perhimpunan UMNO di PWTC pada 8hb. November
1991, Dr. Mahathir sekali lagi memberikan harapan bahawa Wawasan 2020 ini akan tercapai.
Ia tidak mustahil kerana purata pertumbuhan dalam dekad 70 dan 80 an ialah hampir tujuh
peratus. Lagipun segala infrastruktur sudah atau sedang disediakan. Sistem politik dan
pentadbiran yang kukuh dan cekap sudah terbentuk. Sistem kewangan urusan bank, pasaran
saham dan modal sudah wujud dan mampu menampung segala keperluan. Demikian juga
dengan peningkatan kebolehan dalam bidang industri dan dagangan. Pendekatan baru dalam
semua bidang boleh diterima dan diamalkan dengan cepat. Oleh yang demikian setiap rakyat
Malaysia patutlah menggandakan usaha dengan penuh keyakinan.

Rujukan

Zaleha Kamarudin. 1996. Pembangunan Insan Pengalaman U.I.AM. Seminar Penyelidikan


Asrama Peringkat Kebangsaan (SPARK).

Noor Azlan Ahmad Zanzali. 1995. Membina Kepimpinan Dan Kampung Pelajar. Seminar

Penyelidikan Asrama Peringkat Kebangsaan (SPARK).

Abdul Rahman Embong. 2007. Pembangunan Negara, Komuniti Dan Insan Melampaui 2020.
Bangi. Institut Kajian Malaysia Dan Antarabangsa.

Aizat bin Khairi. (2011). Konsep 1Malaysia dan Cabaran Pelaksanaannya ke Arah
Pemantapan Perpaduan sebuha Negara-Bangsa.

Fauzi, M. (1987). Isu-isu Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur: Penerbit Seasons.

Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri

Anda mungkin juga menyukai