Anda di halaman 1dari 3

1: UCAPAN UNTUK PARA

PEMBACA
(Petikan surat Syeikh Abdul
Qadir al-Jilani)

Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah


seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti
membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang
menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk
memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.

Bila cahaya dari Allah adalah cahaya bagi semua


langit dan bumi mula menyinari ruang hati kamu,
lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu berada
di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang
berkilau-kilauan terang benderang Kemudian kepada hati
itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap.
Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir
maksud bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon
zaitun yang diberkati dan memancarkan cahaya ke atas
pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia
memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api.
Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan
menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan
cahaya rahsia Allah menyinarinya?

Sekiranya cahaya rahasia Ilahi bersinar ke atasnya, langit


malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh
ribuan bintang-bintang dan berpandukan bintang-
bintang (kamu) temui jalan (kamu) . Bukanlah
bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran
Allah menghiaskan langit rendah dengan keindahan
bintang-bintang. Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi
dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang
secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu
telah ketahui sebahagian yang lain akan kami beritahu di
sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit ketidaksedaran
(kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi
dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan
naik dari ufuk langit memancarkan cahaya di atas cahaya
berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang
ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi
kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di
tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian.
(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap
sepidengan cuaca pagi yang cemerlang malam
ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari
siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi
kenangan dan bertaubat di awal pagi terhadap
ketidaksedaran (kelalaian) dan

2
menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena.
Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di
pagi hari dan kamu akan mendengarnya
berkata: Mereka tidur sedikit sahaja di malam
hari dan pada awal pagi mereka memohon
keampunan Allah Allah bimbangkan kepada
cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.

Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit


peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit.
Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu
adalah yang Allah beri petunjuk dan kamu
berada pada jalan yang benar dan bukan mereka
yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan. Dan
kamu akan memahami rahsia: Tidak
diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula
malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada
landasan (masing- masing).

Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan


perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan
Allah mengetahui tiap sesuatu, dan tabir-tabir akan
terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang
seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan
membuka tutupan mukanya.

Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu


dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan
memancar Padanya jika kamu berhajat dan
bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.

Anda mungkin juga menyukai