Anda di halaman 1dari 2

3: PERMULAAN

PENCIPTAAN
Semoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam
amalan- amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu
memperolehi keredaan-Nya. Fikirkan, tekankan kepada
pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan


cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya.
Dalam hadis Qudsi Dia berfirman: Aku ciptakan ruh
Muhammad daripada cahaya Wajah- Ku.
Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan
sabdanya:

5
Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada
permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh
suci.

Mula-mula Allah

ciptakan qalam.

Mula-mula Allah

ciptakan akal.

Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan


itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad
s.a.w, Kebenaran tentang Muhammad yang
tersembunyi. Dia juga diberi nama yang
indah-indah. Dia dinamakan nur, cahaya suci,
kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang
tersembunyi di bawah sifat jalal Allah. Allah Yang
Maha Tinggi berfirman: Sesungguhnya telah
datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan
kitab yang menerangkan. (Al-Maaidah, ayat
15)

Anda mungkin juga menyukai