Anda di halaman 1dari 2

ORANG BERILMU MELIHAT BANYAK LANGKAH KE HADAPAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir (al-Qasas [28:79-82]) pada 22 Disember 2015. Antara isunya adalah
kelebihan orang alim berbanding manusia jahil.

Mata si jahil mudah terpukau dengan kilauan dunia. Mereka sangka timbunan harta menjadi
lambang kemuliaan manusia. Mata hati si alim pula terang menembus alam akhirat. Mereka
sedar harta adalah pinjaman serta amanah yang bakal diaudit ketat di akhirat kelak. Ketika si
jahil mabuk dengan kemilau dunia sehingga menyangka ia adalah kilauan berlian, si alim
sudah tahu bahawa itu hanyalah kilauan kaca. Kisah pengkagum harta dan manusia berilmu
dalam cerita Qarun ini sangat bagus dijadikan pedoman setiap orang yang beriman dengan al-
Quran:


79(
)








) 80(

Ertinya: Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat
itu) berkatalah orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah
baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah
seorangyangbernasibbaik".DanberkatapulaORANGYANGDIBERIILMU)DI
ANTARA MEREKA): "JANGANLAH KAMU BERKATA DEMIKIAN, PAHALA DARI
ALLAH LEBIH BAIK BAGI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH; DAN
TIDAK AKAN DAPAT MENERIMA (PAHALA YANG DEMIKIAN) ITU MELAINKAN
ORANG YANG SABAR" (al-Qasas[28:79-80]).

Semua sedia maklum Qarun adalah manusia kaya yang sangat angkuh. Ketika dia keluar
menayangkan segala kekayaannya, manusia jahil yang rabun akhirat lekas terpukau. Untung
rugi pada mata dengan mereka hanyalah pada timbunan harta dan pengaruh. Lain pula mata
hati orang berilmu. Mereka tahu mana kaca dan mana berlian. Ketika si jahil hanya melihat
apa yang terhidang di hadapan mata, mata orang berilmu sudah nampak beberapa langkah ke
hadapan sehingga mencecah alam akhirat.

Soalnya, siapakah yang betul antara dua kelompok pada ayat di atas? Biar ayat ini
memberikan piala kebenaran kepada yang berhak:


)
81(

















) 82(

Ertinya: Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka
tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia
pula tidak dapat menolong dirinya sendiri. DAN ORANG YANG PADA MASA DAHULU
BERCITA-CITA MENDAPAT KEKAYAAN SEPERTI QARUN - MULAI SEDAR
SAMBIL BERKATA: "WAH! SESUNGGUHNYA ALLAH MEMEWAHKAN REZEKI
BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA DARI HAMBA-HAMBANYA, DAN DIA
LAH JUGA YANG MENYEMPITKANNYA KALAU TIDAK KERANA ALLAH
MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA KITA TENTULAH KITA AKAN
DIBINASAKAN DENGAN TERTIMBUS DI DALAM TANAH (SEPERTI QARUN).
ADUHAI! SESUNGGUHNYA ORANG YANG KUFURKAN NIKMAT ALLAH ITU
TIDAK AKAN BERJAYA!" (al-Qasas[28:81-82]).

Subhanallah! Ayat ini bukan sekadar cerita antara 2 kelompok manusia tetapi ia adalah
penganugerahan "piala kebenaran" kepada orang berilmu. Manusia jahil hanya sedar
kebodohan dan kejahilan mereka setelah melihat kemusnahan Qarun yang ditelan bumi. Jauh
bezanya dengan orang berilmu yang sudah lama melihat betapa kekayaan Qarun hanyalah
pinjaman yang boleh ditarik Allah pada bila-bila masa sahaja. Jika Qarun musnah ditelan
puluhan tahun selepas dia keluar menayang kekayaannya, bermakna orang jahil begitu jauh
ketinggalan dalam melihat hakikat kebenaran berbanding orang berilmu yang sudah sedar
lama sebelum ia terjadi.

Inilah caranya al-Quran mendidik kita agar menjadi manusia berilmu. Rugi sekali jika kita
masih terpaku kagum melihat timbunan harta tetapi culas dan liat untuk menghadiri majlis
ilmu. Ketahuilah, harta adalah lambang kesombongan Qarun, manakala ilmu pula lambang
kemulian para Rasul. Qarun ditelan bumi kerana hartanya, manakala nabi Musa AS
ditinggikan darjatnya kerana ilmu. Pilihlah mana idaman hati. Jika mahu kagum dengan si
kaya atau si alim, ikutlah panduan sabda Rasulullah ini. Insya Allah kita semua selamat:

Ertinya: Tidak boleh berhasad dengki, kecuali iri hati pada dua keadaan, iaitu; seorang lelaki
yang dikurniai Allah (kemahiran & kefahaman) al-Quran, lalu dia menegakkannya
(mengamal, mengajar, menghayati) sepanjang malam dan sepanjang siang, juga seorang
lelaki yang dikurniai Allah harta kekayaan lalu dia membelanjakannya (pada jalan kenaikan)
sepanjang siang dan malam (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Anda mungkin juga menyukai