Anda di halaman 1dari 10

CARA MELAKUKAN SOLAT TARAWIH

Tarawih bererti istirehat manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang
merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas
salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam
keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.
Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan
secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada
malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga
ke sebelum fajar.
Rasulullah SAW. bersabda; Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu
dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada
siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan
keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi
yang dilahirkan ibunya.
Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-
kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga
dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang
berkata: Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat,
baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang
sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga
rakaat. (Riwayat Bukhari).
.
.

TUJUAN
1. Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan dan
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2. Menggunakannya untuk menghafal kembali surah al-Quran.
3. Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan
kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata,
maka diampunkan segala dosanya yang lalu. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

BACAAN SURAH
1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah
satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang
yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
2. Kebanyakan orang biasanya adalah dengan membaca surah-surah lazim:

3. Bermula malam ke 16, boleh juga dibaca mulai daripada surah al-Lail pada rakaat pertama
sehingga surah al-Masad, iaitu 20 surah bagi 20 rakaat solat Tarawih.

CARA MELAKUKAN SOLAT


.
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan
setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: Solat malam (solat Tarawih)
adalah dua rakaat, dua rakaat. (Riwayat Jamaah)
.
1. Niat:

2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih


Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Badiah Isyak, maka bolehlah
dimulakan Solat Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut.
.
F. Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir solat
Tarawih.

Doa Solat Tarawih


.





.


.

Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke
atas penghulu kami Muhammad dan ke atas
keluarga penghulu kami Muhammad SAW
dengan selawat terafdal di mana Dikau
berselawat ke atasnya dengan selawat itu;
Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan
Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang! Dan keredhaan Allah kepada
kesemua sahabatnya dan telah redha kepada
kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan
orang-orang yang beriman.














.

.

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat
menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat,
menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-
Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari
segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat,
meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala
nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah
naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga
yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk
di atas Tahta Kehormatan di dampingi bidadari syurga dengan memakai pakaian
kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang
lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan
kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah
Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin,
syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-
teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha
Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!


[

.

)] 3(
.

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-


Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di
dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah
(Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang
Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang!






])3( [ .
])3( .
[ .

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap


malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka
jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami,
isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum
kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup
dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari
neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan
kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam
syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah!
Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau
amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].






.

Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk,
penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat
Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir
seluruh alam!
.
.

G. SOLAT SUNAT WITIR


.
A. Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal
akan menyeru:
Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!
.
Disambut jamaah dengan lafaz;

Bersolatlah. Tiada Tuhan melainkanAllah.


.
.

B. Cara Melaksanalam 2 Rakaat Pertama


1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

* Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;


Daku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala.
.
.
2. Bacaan selepas Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Alaa
Rakaat kedua: Surah Al-Kafiruun
.
.

C. Selawat Selingan
.

1. Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;


Ya Allah! Kurniailah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami dan
pemimpin kami Muhammad SAW.
.
2, Jamaah menyambut dengan ucapan;

Ya Allah! Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya (Muhammad SAW).


.
.

D. Cara Melaksanakan Satu Rakaat Terakhir


.

1. Jamaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaat Witir. Lafaz niat
pada satu rakaat terakhir:

* Daku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.

.
.
2. Pada rakaat terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut;

1. Al-Ikhlas,
2. Al-Falaq dan
3. An-Naas.
.
.

E. Berdoa Qunut
Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak
dari rukuk, iaitu belum melakukan sujud pertama.
.
.

F. Berdoa
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan
tasbih sebelum berdoa:

.
.
2. Boleh dibaca doa-doa berikut:

.
.

Anda mungkin juga menyukai