Anda di halaman 1dari 1

Faedah-Faedah Berkebun Sayur

Aktiviti berkebun sayur merupakan kegiatan yang digalakkan oleh pihak kerajaan. Kegiatan
ini bukan sahaja boleh dilakukan secara kemersil tetapi juga untuk keperluan diri sendiri.

Melalui aktiviti berkebun sayur, kita dapat menyihatkan tubuh badan. Kerja-kerja seperti
menyangkul, menggemburkan tanah dan menyiram tanaman akan menyebabkan seseorang itu
berpeluh dan boleh mengeluarkan toksin daripada tubuh badan. Selain itu, apabila aktiviti ini
dilakukan bersama-sama keluarga, secara tidak langsung hubungan kekeluargaan dapat
dieratkan.

Seandainya kegiatan berkebun sayur dilakukan secara komersil, aktiviti ini akan memberikan
pulangan yang lumayan serta boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan keluarga. Di samping itu,
aktiviti berkebun sayur juga dapat membekalkan kita sayur-sayuran yang segar dan terhindar
daripada penggunaan bahan-bahan kimia seperti baja dan racun serangga.

Konklusinya, semua pihak perlulah menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan bumi hijau di
negara kita.