Anda di halaman 1dari 13

1.

MENURUNKAN BERAT BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum
boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu
perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti
sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan
tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan,
berat badan anda akan beransur turun.

2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup.
Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil
anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah
dia buang air kecil.

3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan
melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang
menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.

4. UBATI SAKIT DADA

Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji
telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah
tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

5. HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki
dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini,
ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen
air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan
hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya
perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

6. RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda
berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan
kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda
cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih
garam.

7. SIMPAN KELAPA PARUT


Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan
wap itu masuk ke dalam kelapa.

8. MENGHILANGKAN KEDUT

Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di
bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan
pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut -kedut yang
mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut -
kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut
hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang
berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan
selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak
itu akan menghilang.

9. PENYERI MUKA

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan
supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi
dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit
kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih
telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu
seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

10. GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak
ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi.
Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan
bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada
ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan
sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan
menjadi lebih putih dan berseri.

11. MULUT BERBAU

Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang.
Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus,
kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit g aram, kumurlah
setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

12. IKAN KERING TIDAK BERULAT

Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini
menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas,
taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini
lalat tidak akan hinggap lagi.
13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah
betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah.
Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali
beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK

Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi
masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum
memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion.
Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan
hitam akan mudah dihilangkan.

15. HILANGKAN DARAH TINGGI

Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan
dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan
embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau
sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya
penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan
banyak kali, bersabar dan bertawakal.

16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU

Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan
citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya).
Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa
yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut
anda akan hilang dengan sendirinya.

17. CARA CUCI BARANGAN PERAK

Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan
perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.

18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN

Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan
berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau
mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan
sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.

19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR

Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat
gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.
20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU

Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan
sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab.
Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat
pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU

Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit
minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama
dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala
anda bebas daripadanya.

21. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT

Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut.
Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu,
campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah.
Lakukan sekerap yang boleh.

22. PENAWAR BISUL/KUDIS

Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru
digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur
sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan
bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit
beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua
gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis
atau gatal-gatal berkenaaan.

23. CARA HILANGKAN GRIS

Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk
menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata
sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat -kuat. Ulangi
beberapa kali sehingga kesannya hilang.

24. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA

Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, a nda akan
lihat pokok bunga subur menghijau.

25. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT

Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah
gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut
pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.
26. BILA NASI BERBAU HANGIT

Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau
hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang,
masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan
berkurangan.
(25/1/08 - Ini mlm tadi isteri dah cuba, bubur bau hangin, so letak daun pisang, bau hilang)

27. UBAT DEMAM MALARIA

Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini bolehlah
diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid.
Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.

28. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL

Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh
kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka
sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan
setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

29. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)

Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili
giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan
berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk
menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah
panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedasdan
cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.

30. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN

Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon
ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal -gatal atau
pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong
kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di at as
api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah
dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

31. ELAK DARI MELECUR

Apabila bahagian tubuh anda tersiram air panas terutama yang sedang mendidih, cepatlah
ambil sabun. Tidak kira sabun batang, serbuk atau sabun mandi. Gosoklah bahagian yang
terkena air mendidih tadi dengan air sabun secara perlahan-lahan tetapi terus-menerus tidak
berhenti. Hinggalah bahagian yang tersiram air panas itu tidak merasa panas l agi. Dengan
cara itu, bahagian yang tersiram air panas itu tidak melepuh dan akan segera sembuh.

32. BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK

Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda tidak
boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan bedak di
atasnya lalu anda getak-gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.

33. BAGAIMANA SEGARKAN TAUGE

Tauge akan lebih lama segar di dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan sedikit limau ke
dalam air tempat anda merendamnya. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

34. HILANGKAN DEBU DARI BUNGA

Biasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu. Untuk mencucinya
mungkin mustahil sama sekali. Tetapi cuba anda gunakan pengering rambut anda. Semburkan
hembusannya ke arah bunga-bunga itu, dan mudah-mudahan semua debu akan diterbangkan.

35. CARA SUPAYA KEJU TAHAN LAMA

Kalau anda tidak mempunyai peti sejuk, cara untuk menyimpan keju ialah dengan
membungkus keju itu kejap-kejap (rapat-rapat) dalam sehelai kain bersih yang dilembabkan
denga air garam terlebih dahulu.

36. GULA UBAT LUKA

Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda jangan
panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan dapati darah itu
akan berhenti dengan segera.

37. PANAS TERKENA CILI

Kerana banyak memasak menggunakan cili boleh menyebabkan tangan dan jari -jari anda
berasa panas memijar. uNtuk menghilangkannya mudah sahaja. Ambil setengah gelas air.
Bubuh dua sudu makan garam dan kacau. Setelah garam hancur, gosokkan air pada tangan
yang pijat itu. Kemudian hangatkan di depan api. Bersihkan tangan dengan air sejuk
menggunakan sabun. Insya-Allah rasa panas dan pijar akan hilang.

38. MENGHILANGKAN BISUL

Apabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yang
bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda sedar akan terkena
bisul, cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air
bawang putih yang berbau tengik itu, bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan
mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.

39. TERKENA BISA IKAN KELI

Ikan keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai sengat berupa duri
di sirip kiri kanannya. Sengat ini sungguh bisa apabila terkena manusia, sebab itu hendak
menangkapnya terpaksa berhati-hati. Walaupun berhati-hati kadang-kadang terkena juga.
Kalau ini berlaku kepada anda, lekas-lekaslah ambil dua hingga tiga sudu makan serbuk kopi,
tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau hingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena
sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya hilang dan sakitnya segera sembuh.

40. BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA

Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan
dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan kepala seperti menampal plaster.
Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala,
dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.

41. LIMAU WANGIKAN RAMBUT

Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala.
Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada mewangikan
rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

42. KHASIAT AIR BERAS

Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka
sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pasti kan, bilas dengan air
bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram
pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.

43. RAWATAN LEPAS BERSALIN

Cara yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin ialah dengan memarut
dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua sudu cuka. Gaul ramuan ini dan sapukan ke
sekeliling pinggang. Cara begini akan mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut.
Selepas ramuan ini disapu, lilitkan bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan
menegangkan semula perut selepas anda bersalin.

44. UBAT SAKIT MATA

Masalah sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman dapat
diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja. Cucilah mata anda dengan
air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda
selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya -Allah mata
anda akan pulih sediakala.

45. TAK PEDIHKAN MATA

Setiap kali menghiris bawang merah, pasti mata pedih dan berair. Bagi mengatasi masalah
itu, selepas kulitnya dikupas, rendamkan dahulu dengan air garam kira-kira sepuluh minit.
Kemudian barulah dihiris-hiris.

46. RAMBUT HITAM BERKILAT

Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian
sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam. Bilas bersih -
bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu. Selamat mencuba.
47. DAUN NANGKA EMPUKKAN DAGING

Daging liat? Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa daun nangka ke dalam rebusan
daging anda.

48. HILANGKAN PAHIT PUCUK BETIK

Pucuk betik memang enak jika dicelur dan dijadikan hidangan dengan sambal belacan. Tetapi
ada ketikanya daun betk yang diambil itu pahit. Untuk mrnghilangkannya, cuba anda
masukkan beberapa helai daun jambu batu atau dua tiga biji buah pinang masak ketika
merebusnya.

49. SUBURKAN POKOK BUNGA

Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa ba nyak
serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian bolehlah ditanam di
samping menyiramnya selalu.

50. BAYAM UBAT BANYAK PENYAKIT

Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein,
selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan kandungan zat besi
yang banyak. Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh
menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi dan
sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.

51. KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH

Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid
omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah merendahkan tekanan darah tinggi dan
kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan. Kandungan zat
dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit susah tidur (insomnia).

52. PENAWAR BISA LIPAN/LEBAH

Apabila seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa di bahagian
yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambutpun terasa sakitnya. Untuk
mengubati bisa sengatan itu, segeralah ambil biji asam jawa. Biji asam itu ditumbuk sampai
halus, tempelkan pada bahagian yang disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja, rasa
sakit akan hilang.

53. MEREDAKAN BENJOL

Sekiranya kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu dan sebagainya
hingga membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan
kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam
dan garam itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit, benjolan itu akan
mengecil dan mengempis, kemudian hilang sama sekali dari kepala anda.

54. BATUK

Banyak cara mengubat penyakit batuk. Antaranya ialah : ambil seperempat biji buah pala,
setengah biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih. buah pala diparut, limau nipis
diperah ambil airnya. Campurkan kedua-dua bahan itu menjadi satu dengan dicampurkan
minyak kayu putih. setelah itu gosoklah dibelakang pesakit. Ramuan ini hanya untuk sekali
pakai. Lakukan rawatan seperti ini dua kali sehari selama tiga hari berturut -turut. Insya-Allah,
penyakit batu akan segera sembuh.

55. BATUK BERTERUSAN

Penghidap penyakit batuk boleh menyebabkan badannya menjadi kurus. Baruk sering
melanda di sebelah malam, sehingga pesakit tidak dapat tidur lena. Kalau berlanjutan, sisi
rumah turut terganggu. Kalau keadaan seperti ini mengganggu diri anda, ubatilah den gan
daun lidah buaya (ambil isinya sahaja), dihiris halus-halus kira-kira 20gm, kemudian dibubuh
madu kira-kira 40cc. Ramuan ini diberi minum dua kali sehari selama lebih kurang tujuh hari.
Penderita perlu berpantang seperti berikut:
Jangan terlalu banyak makan makanan manis
Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)
Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)
Jangan makan banyak mekanan pedas
Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.

56. PENAWAR PENGSAN

Sekiranya anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri, segeralah ambil
air segelas dan bacakan Ayat Kursi sebanyak sebelas kali. Sapukan air itu ke muka. Kepala
dan badannya. Kemudian tiup pada telinganya sambil menyebut namanya (jika tahu
namanya). Buatlah dengan tenang dan penuh sabar. Insya-Allah, dia akan sedar dari
pengsannya.

57. BENGKAK BUAH DADA

Khusus bagi wanita, sekiranya selalu terasa sakit atau bengkak di pangkal buah dada, atasilah
dengan petua ini. Ambil kayu atau teras pokok sepang. Asahkan dengan sedikit air.
Campurkan sedikit kapur sirih. Sapulah ramuan tersebut berulang kali. Seelok -eloknya
dilakukan pada waktu malam.

58. BENGKAK DI BAWAH TELINGA

Penyakit ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit. Jika ada di antar a keluarga anda
terkena penyakit nin, segeralah cari kayu sepang. Asahlah dengan mencampur sedikit kapur
sirih. Sapukan pada keliling telinga. Atau Ambil sedikit nila dan cuka makan. Campurkan
kedua-dua bahan itu dan sapu di sekeliling telinga yang bengkak. Insya-Allah, bengkak
tersebut akan beransur hilang.

59. MENCANTIKKAN BETIS

Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin. Caranya
mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau minyak kelap a
dan urutkan perlahan-lahan.
Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu
membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda boleh juga
mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang
telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.

60. URAT BETIS MENONJOL

Selalunya wanita hamil akan mengalami keadaan di mana urat betisnya akan menonjol, dan
akan berterusan hingga sesudah bersalin. Ambillah segenggam kacang hijau, rebus dengan
air bersih tanpa mencampur dengan suatu apa pun (tanpa gula, garam atau apa -apa ramuan
lagi). Rebuslah sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah kulitnya, dan air
rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api. Minumlah air rebusan kacang itu bersama
kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Menjelang tidur, angkatlah kaki anda ke
atas setinggi mungkin dengan bantuan alat selama lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap
malam menjelang tidur. Insya-Allah, urta betis anda kembali semula seperti biasa.

61. RAMBUT SELALU GUGUR

Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya
dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kem udian campur
sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala
dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali.
Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

62. ANAK SELALU KENCING MALAM

Jika ada anak anda berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam, cubalah ambil
tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya.
Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama

63. KURANGKAN BAU CAT PADA DINDING

Dinding yang baru dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau yang kurang
menyenangkan. Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur garam di dalam bilik itu dan
biarkan ia semalaman di situ. Bau cat yang kurang menyenangkan itu, akan hilang perlahan-
lahan.

64. HILANGKAN KESAN LEBAM BAWAH MATA

Bagi mereka yang memakai cermin mata, sudah tentunya di bawah mata akan kelihatan kasar
dan hitam serta ada kesan lebam. Untuk mengembalikan kelembutan kuli t pada bahagian itu,
mudah saja. Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan -lahan bermula
dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit. Lakukannya pada sebelah malam
sebelim hendak tidur. Tetapi ingat, selepas tempoh itu, bersihkan semula muka anda kesan
positif beberapa hari kemudian.

65. ATASI MASALAH BULU KETIAK


Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang
paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih da n kunyit hidup.
Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan
gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih.
Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat
bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi
menghalangnya daripada tumbuh.

66. DAUN PERIA UBAT KURAP

Jika ada antara pembaca yang dihinggapi kurap, ini ada petua mudah menyembuhkannya.
Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. Kemudian ramas -ramaskan daun itu
dan gosokkan pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu. Lakukannya
berulang-ulang kali pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.

67. MEMBENTUK BULU KENING ANAK

Bagi ibu yang gemar melihat anak-anak mereka memiliki bulu kening hitam dan lebat. Ambil
setangkai daun sirih, kemudian patahkan tangkai dari daunnya dan sapukan bahagian yang
bergetah pada kening anak anda. Ambilkan setiap hari. Anda akan dapati tidak berapa lama
selepas itu, kening anak anda menjadi lebat dan hitam menawan. Bagaimanapun, petua ini
hanya sesuai diamalkan untuk bayi berumur hingga setahun saja. Bayi yang berusia lebih dari
itu agak sukar sedikit.

68. HILANGKAN BINTIK MERAH KESAN CACAR AIR

Biasanya selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan
ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil beberapa jagung muda, bersih dan parut
halus. Kemudian gosokkan pada parut dan bintik merah pada seluruh tubuh berkali-kali.
Hasilnya pasti memuaskan hati.

69. RAMBUT HITAM LAMBAT BERUBAN

Ada petua mudah untuk mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan juga lambat beruban
terutamanya kalangan remaja hari ini. Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus
dibuang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut anda gosok-gosokkan rambut anda
dengan air rendaman hampas the tadi. Lakukan banyak kali. Selain rambut menjadi hitam
berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut anda lambat beruban.

70. MENYEMBUHKAN DEMAM

Petua ini hanya sesuai untuk mereka yang deman biasa. Ambil segenggam daun betik. Bersih
dan tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air
pati daun betik itu hendaklah diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda akan melihat
perbezaannya. Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.

71. KURANGKAN SAKIT GIGI


Sakit gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh
membuat kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke
dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan
perlahan-lahan.

72. ASAM GELUGUR UBAT SAKIT TEKAK

Dewasa ini dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai yang menderita s akit tekak.
Petua mudah menghilangkan sakit tekak, ambil beberapa keping asam gelugur, dibakar
hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan
pada bahagian tekak yang sakit. Insya- Allah sakit tekak anda akan cepat sembuh.

73. KAIN BATIK TIDAK LUNTUR

Untuk mengelak kain batik luntur dan pudar warnanya, ambil beberapa helai daun batik,
kemudian rebus dengan setengah periuk air. Apabila air mendidih, angkat dan tuangkan ke
dalam satu bekas. Masukkan kain batik dan rendam semalaman. Esoknya, cucilah seperti
biasa dan jemur.

74. TOMATO, EPAL LICINKAN KULIT

Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah
petua mudah ini. Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah
perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan
kehitaman dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam.
Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.

75. RAMPING SEMULA JADI

Hendak kurus tanpa sebarang perbelanjaan? Cara paling senang ialah dengan mendisplinkan
diri. Iaitu ketika suapan dikunyah 40 kali. Jangan sekali-kali makan berulamkan air. Petua ini
sangat baik untuk mengelakkan perut buncit, selain dapat menghindarkan sakit pinggang.

76. WANGIKAN RAMBUT

Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan pada
seluruh rambut dan kulit kepala, pada sebelah petang. Biarkan beberapa jam dan cucilah
rambut anda dengan air bersih sebelum tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi dan
mencegahnya daripada beruban.

77. HILANGKAN SAKIT GIGI

Sakit gigi membuatkan anda serba tidak kena dan mudah marah. Untuk menghilangkan rasa
sakit gigi, cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus. Atau ambil pucuk dan
daun pokok cengkih lalu dikunyah-kunyah atau tumbukkan daun serai hingga hancur.
Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan
sebagai bahan kumur. Boleh juga ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit
itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.
78. BENGKAK GUSI

Gusi bengkak boleh diatasi dengan mencuba petua ini. Ambil 5 helai daun jarak, satu liter
air bersih dan sesudu besar air kapur sirih. Rebuskan ramuan ini dan minum airnya.

Petua kedua ialah dengan mengambil umbut nanas. Hancurkan dan campurkan sedikit
garam halus. Tampalkan pada gusi yang bengkak.

79. GUSI BERDARAH

Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Campurkan
beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit
asam gelugur dan garam secukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda
luka, elok juga berkumur dengan air daun sirih.

80. PELEMBAB MUKA SEMULA JADI

Jika ingin berjimat dan tidak mahu membazirkan wang membeli pelembab muka, anda boleh
menggunakan pelembab muka semula jadi. Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu
lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kubis sehingga halus dan gaulkan deng an kedua-dua
bahan itu. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara
menggunakan kapas lembab. Bersihkan dengan lembut. Pasti kulit anda akan sentiasa lembab
dan tegang.

81. URUTAN WAJAH CARA BETUL

Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah
masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula
letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung
seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun
kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan
meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

82. SERI DAUN INAI

Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak
kegunaannya. Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu
memandang gunakanlah khasiat inai. Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap
orang terutamanya wanita. Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak
tua dan rebus kira-kira tiga cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu.
Insya-Allah wajah anda berseri.

Anda mungkin juga menyukai