Anda di halaman 1dari 7

Tarian india

TARIAN INDIA
TARIAN BHARATA NATYAM

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik
Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana
untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai
gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan
tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.

Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara
tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang
penari wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam
peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan
Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan
Nritya
TARIAN BHANGRA

Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk
meraikan penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal
daripada wilayah Punjab di India.Tarian ini lebih memaparkan komuniti
Sikh di Malaysia. Setiap pergerakan di dalam tarian ini mambawa maksud
yang tersendiri dalam usaha untuk memaparkan suatu pergerakan yang
artistik. Penari bagi tarian ini yang biasanya terdiri daripada kalangan
lelaki dan wanita akan mengenakan pakaian yang pelbagai serta
berwarna cerah.

Terdapat penekanan yang banyak terhadap skil dan kebolehan serta


ketahanan seseorang penari itu.Suatu ciri utama adalah pergabungan di
antara ciri-ciri stunt melangkaui daripada keupayaan artistik dan
keupayaan fizikal.Lagu yang di gunakan untuk tarian ini adalah gabungan
lagu asli dengan di iringi instumen tradisional seperti tholl ( drum ),
harmonika, tamborin dan klapper muzik. Kepopularitian Bhangra d
Malaysia adalah berdasarkan ianya seringkali di persembahkan pada
majlis seperti perkahwinan, harijadi dan perayaan kekeluargaan yang
lain.
Penentangan Rentap di Sarawak

Nama sebenar Rentap ialah Libau dan digelar 'Raja Darat' oleh masyarakat Iban.
Rentap ialah ketua orang Iban yang tinggal di hulu Sungai Sekrang. Ia merupakan Pahlawan
Iban yang terkenal. Kebangkitan penentangan Rentap adalah berpunca daripada rasa tidak
puas hati terhadap beberapa tindakan yang dijalankan oleh keluarga Brooke yang
memerintah. Rentap dianggap sebagai lanun oleh pemerintahan Brooke. Kemaraan British
mencerobohi kawasan petempatan orang Iban di sepanjang Sungai Sekrang
kerana bertujuan untuk menghapuskan penduduk tempatan yang dianggap lanun . Keluarga
Brooke juga menghapuskan amalan memburu kepala di kalangan kaum Iban.

Pada tahun 1853, Rentap meyerang kubu Brooke di Nanga Sekrang. Dalam
serangan itu, seorang pegawai British, Alan Lee terbunuh. Pada 1853, Rentap diserang
balas oleh pasukan askar British tetapi beliau dapat melarikan diri dan menubuhkan kubu
baru di atas Bukit Sadok.
Kubu ini sangat kuat dan teguh serta dilengkapi dengan selaras meriam besi yang besar.
Pihak Brooke menyerang kubu tersebut pada 1854 dan 1857 tetapi gagal menawannya.
Pertempuran sengit berlaku lagi pada tahun 1861 kerana Charles Brooke menyerangnya
lagi dengan sebuah meriam tembaga yang dinamakan Bujang Sadok dari Kuching.
Kubu Rentap akhirnya berjaya ditembusi dan beliau melarikan diri ke dalam hutan.
Beliau menetap di Sungai Entabai dan meninggal dunia di sana. Perjuangannya untuk
mempertahankan cara hidup orang Iban menemui kegagalan. Keluarga Brooke
mengukuhkan kuasa mereka di Sarawak dan mengubah tradisi hidup penduduk peribumi.

Anda mungkin juga menyukai