Anda di halaman 1dari 3

SJK (T) LADANG NEW COCONUT

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU


PERINGKAT SEKOLAH 2017

Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 mei 2017 iaitu pada
hari selasa yang lalu. Sambutan hari guru telah diadakan di padang sekolah. Program
ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid berkumpul di
dewan sekolah.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negara Ku, negeri Perak dan tamil
vaazhtu telah dinyayikan oleh semua murid. Kemudian, bacaan doa disampaikan oleh
adik Monishri dari tahun 5. Selaku ketua murid adik Nanthini dari tahun 6 telah
menyampaikan ucapan wakil murid. Majlis diteruskan dengan ucapan Guru besar.
Dalam ucapanya, beliau telah merasmikan sambutan hari guru peringkat sekolah
tahun 2017.
Seterusnya Guru Kanan Kurikulum Pn.V.Thilagam telah membacakan perutusan
Hari guru yang disampaikan oleh menteri pendidikan mlaysia. Agenda ini dikuti
dengan bacaan perutusan ketua pengarah Malaysia oleh Guru Kanan Hal Ehwal murid
iaitu En.Jegathis. Kemudian Guru Kanan Kokurikulum iaitu Cik.Ranjina
membacakan ikrar guru dan diikuti dengan semua guru.
Selepas itu guru-guru menyanyikan lagu Kami guru Malaysia dengan penuh
semangat. Murid-murid pula menyanyikan lagu Terima kasih cikgu. Majlis
diteruskan dengan acara memotong kek. Guru besar dan guru-guru bersama-sama
memotong kek bagi memeriahkan lagi sambutan hari guru. Kemudian bermula saat
persembahan murid khas untuk hari guru. Murid-murid dari tahun 3,4 dan 5 telah
menyampaikan persembahan yang hebat.
Selepas itu, aktiviti permainan telah diadakan bagi guru-guru dan juga murid-
murid. Guru-guru dan murid-murid terlibat dalam permainan dengan sungguh
seronok. Setelah tamat permainan, murid-murid telah memberikan hadiah kepada
guru-guru. Seterusnya semua guru telah diberikan hadiah oleh PIBG sekolah. Majlis
diteruskan dengan acara penyampaian cenderamata oleh Guru besar kepada semua
guru. Majlis bersurai pada pukul 12 tengah hari. Guru-guru dan murid-murid
menikmati jamuan yang telah disediakan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


..
(Pn.P.Vikneswari
Setiausaha hari guru 2017
LAPORAN BERGAMBAR
SAMBUTAN HARI GURU 2017
Laporan perbelanjaan Sambutan Hari Guru
SJK(T)Ladang New Coconut 2017

Bil Perbelanjaan Harga


1 Cenderamata untuk guru:

9 guru perempuan x Rm 45 = Rm405

2 guru lelaki x Rm 59 = Rm118 Rm 523.00


2 Kek Rm 62.00
3 Beg plastik hadiah Rm 10.00
4 Makanan guru & murid Rm 95.50
5 Token makan untuk pekerja Rm 25.00
6 Makan luar di Restoran Rm 235.00
Jumlah Rm 950.50

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...
( Pn.P.Vikneswari )
Setiausaha hari guru 2017

Anda mungkin juga menyukai