Anda di halaman 1dari 4

ISL MINGGU 16

Perlaksanaan KBSR

Proses pelaksanaan KBSR

Fokus kepadaprinsip, struktur, bidang pelajaran, penekanan, strategi


pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian.

Prinsip KBSR
Pembentukan dan pengubalan KBSR adalah
berlandaskan prinsip-prinsip yang sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Prinsip 1: Pendekatan Bersepadu


Ia merupakan satu pendekatan di mana unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan secara
wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.Ia berlaku melalui 4 cara, iaitu:
1. Penyerapan
-Pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi
pelajaran.
-Nilai dalam mata pelajaran

2. Penggabungjalinan kelahiran
- Dalam satu mata pelajaran
- Antara mata pelajaran

3. Kesepaduan antara 2 unsur


- Kurikulum dan kokurikulum
- Pengetahuan dan amalan

4. Unsur merentasi kurikulum


Prinsip 2: perkembangan individu secara menyuluruh
Prinsip ini dilaksanakan melalui semua mata pelajaran yang memainkan
peranan penting bagi memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek
murid.

Perkembangan individu secara menyeluruh

Semua mata pelajaran

Keperluan murid

Jasmani Intelek

Emosi Rohani

Perkembangan potensi individu

Menurut ahli psikologi, potensi individu tidak boleh dikembangkan secara


berasingan.
Ini bermakna, setiap potensi memang mempunyai hubungkait dengan potensi
yang lain.
Contoh: seorang murid yang berpotensi menjadi pemain bole sepak yang
handal bukan sahaja perlu mengembangkan ilmu (cth:cara-cara
bermain yang berkesan) dan kemahiran(cth:cekap dan tangkas) mengenai
permainan tersebut, malahan murid ini juga perlu memupuk sifat kerjasama,
mematuhi peraturan, berdisiplin, berbakti untuk sekolah dan negara, dan
sebagainya.

Prinsip 3: Pendidikan Seumur Hidup

Pendidikan Seumur Hidup

Peranan sekolah
(Institusi Formal)

Guru

Menyampaikan ilmu Memupuk budaya


kemahiran mereka

Secara am, sekolah mempunyai dua peranan:

a) Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid


memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sehubungan itu, maka KBSR
membina asas bagi setiap murid dari segi pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan untuk membolehkan mereka menghadapi situasi dalam
kehidupan seharian.apabila tamat persekolahan nanti, proses pendidikan
tidak berhenti begitu sahaja. Di sebaliknya, setiap individu digalakkan
untuk meneruskan proses pembelajaran masing-masing.
b) Sekolah juga boleh memupuk minat setiap murid untuk terus mencari ilmu
dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia
ada
Prinsip 4: Pendidikan yang sama untuk semua murid
Semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti kurikulum
yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan yang berbeza
adalah bahasa pengantar sahaja.

Pendidikan yang sama untuk semua murid

Tahap persekolahan yang sama

Kurikulum sama