Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KARANGAN
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian betulkan kesilapan bahasa yang terkandung dalam
karangan di bawah:
Model karangan 1
Rakan anda di negara jiran ingin mengetahui tentang pencemaran udara yang melanda negara anda
beberapa bulan yang lalu.
Balas surat rakan anda dari luar negara itu.
Menemui sahabatku, Dayang Suhana Hamid diBrunei Darul Salam. Semoga saudari sihat dan
ceriadisamping keluarga dan rakan-rakan tersayang. Saya di Malaysia sihat.
Saudari,
Maafkan saya kerana terlewat membalas surat darisaudari. Sebenarnya, surat saudari tiba
ketika saya sedang menghadapi peperiksaan. Selepas itu, saya sibuk pula dengan sambutan Jubli
Perak Pasukan Pandu Puteri sekolah. Saya berharap agar supaya saudari memahami keadaan saya.
Dalam surat saudari tempoh hari, saudari ada bertanya kepada saya akan masalah pencemaran
udara yang berlaku di sini. Memang benar, saudari. Beberapa bulan dulu, Malaysia mengalami
pencemaran udara yang agak teruk. Keadaan ini dikenalpasti sebagai jerebu. Punca utama
berlakunya jerebu ini adalah disebabkan oleh pembakaran hutan di Sumatera, Indonesia.
Kebakaran secara besar-besaran untuk tujuan pertanian ini menyebabkan habuk yang terhasil
dibawa angin hingga ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sebagai akibatnya, kawasan tersebut
mengalami masalah jerebu yang teruk. Demi untuk keselamatan rakyat, beberapa buah kawasan
akhirnya diisytiharkan sebagai kawasan darurat jerebu setelah ukuran Indeks Pencemaran Udara
(IPU) mencapai status berbahaya. Mujurlah udara yang berjerebu itu tidak merebak hingga ke
Terengganu yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Saudari,
Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak kerajaan Malaysia telah menawarkan bantuan kepada
kerajaan Indonesia. Anggota bomba dan penyelamat daripadaMalaysia telah dihantar ke Indonesia
untuk membantu pihak di Indonesia memadamkan kebakaran hutan tersebut sebelum menular.
Mujurlah masalah jerebu ini melanda selama seminggu sahaja.
Walaupun saya di Terengganu tidak terjejas oleh jerebu, namun apabila masalah jerebu selesai,
saya turut berasa lega. Manakan tidak, abang, kakak, dan beberapa orang sanak-saudara serta rakan
saya tinggal di kawasan Pantai Barat Semenanjung. Melalui perbualan dengan mereka melalui
telefon, saya mendapat tahu bahawa keadaan jerebu tersebut amat melemaskan mereka. Udara yang
disedut tercemar lalubanyak aktiviti-aktiviti luar terpaksa dilupakan buat sementara. Malah, ada
antara mereka yang mengalami pedih mata, gatal-gatal kulit, sakit tekak, dan batuk-batuk.
Saya berharap agar saudari berpuas hati denganapa yang saya sampaikan. Akhir kata,
sambutlah salam ceria dari saya. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Aina Sabrina
LATIH TUBI KESALAHAN EJAAN DAN SPM 2015 - Betulkan satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan dalam ayat
Betulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan dalam ayat-ayat di bawah.
1. Kefisienan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha pemartabatan
bahasa Melayu sebagai bahasa internasional perlu diberi pujian.
2. Sultan Selangor yang berjiwa rakyat itu telah mencemarkan duli dengan mengagihkan
bantuan ehsan kepada rakyat termiskin di negeri taklukan baginda.
3. Saya terperanjat bila mana ayah masuk ke bilik saya tanpa berketuk pintu.
4. Struktur pengbilan baharu akan diperkenalkan oleh Jabatan Kastam dan Eksaes
Malaysia mulai 1 April 2015.
5. Sempena dengan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong, istiadat penganugerahan
pingat jasa akan diadakan di Istana Negara.
6. Kawasan rezab di daerah terpencil itu dikhaskan untuk bertujuan projek pendidikan
pada masa akan datang.
7. Pelajar beragamakan Islam yang membukankan ajaran Nabi Muhamad itu ditegur oleh
guru agama.
8. Pekerja di hospital itu meng-Xray pesakit itu untuk mengetahui punca pesakitnya.
9. Janganlah kita terasa was-was akan kebenaran kata guru yang berpengalaman itu.
10. Kedatangan lelaki itu kadang kala menyebabkan ibu berasa tidak selesa kerana dia
rokok di ruang tamu rumah kami.
11. Calet yang dibuat daripada kayu itu ialah tempat penginapan pencuti di kawasan
pantai.
12. Ibu mendandan dan mengerintingkan rambutnya supaya nampak lebih cantik dan
anggun.
13. Pada Hari Raya Haji, kami sekeluarga mengunjungi rumah sanak-saudara yang
berletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.
14. Pihak komunis yang menyebarkan dakyah di kawasan kampung itu telah tertangkap
oleh penduduk yang pandai bersilat.
15. Para penonton tidak sedar bahawa keurussetiaan dan kerja-kerja belakang takbir
memainkan berperanan penting demi kelancaran sesuatu program televisyen.
16. Kamus dwi-bahasa itu dibelikan oleh ayah untuk adik yang akan belajar di sekolah
menengah.
ISI TERSIRAT
ISI TERSIRAT
1. mengurangkan pencemaran alam sekitar.
2. menjimatkan perbelanjaan harian dari segi pengisian petrol
3.kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan
4. kemalangan jalan raya dapat dikurangkan
5. konsep mesra alam dapat dipraktikkan dalam kalangan pengguna
kenderaan
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pengguna kenderaan mestilah menjimatkan
penggunaan petrol demi kesejahteraan bumi dan kesihatan manusia.
Usaha-usaha menyemarakkan budaya inovasi dan kreativiti dankekangannya.
NEGERI PENDAHULUAN
SEMBILAN
Petikan membincangkan usaha / cara / kaedah membudayakan inovasi dan
kreativiti dalam kalangan rakyat di Malaysia.
ISI TERSIRAT
1. rakyat Malaysia tidak berani mencuba sesuatu yang baharu dan segar
2. rakyat Malaysia malas membuat kajian dan penyelidikan melalui
pembacaan bahan media cetak
3. institusi kemahiran yang menawarkan kursus inovasi masih baharu dan
belum berkembang
4. pereka cipta dan inovasi gagal bersaing kerana kekurangan ilmu dan
pengetahuan
5. pertandingan yang bertemakan inovasi dan kreativiti kurang mendapat
sambutan
SOALAN 1
NEGERI (Rumusan)
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua rakyat Malaysia haruslah berfikiran kreatif dan
inovatif agar dapat bersaing secara sihat.
Punca-punca berlakunya obesiti dan tindakan ibu bapa untuk mengatasinya.
JOHOR (MUAR) PENDAHULUAN
Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor berlakunya obesitidalam
kalangan kanak-kanak di negara
ini.
ISI TERSIRAT
1 menggalakkan anak-anak bersenam/ memperbanyak aktiviti fizikal
2 Bawa anak-anak menjalani pemeriksaan doktor
3 Ibu bapa tidak terlalu kerap (penting) membawa anak-anak makan di
luarpada waktu malam.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, ibu bapa perlulah menangani masalah obesiti dalam
kalangan anak-anak mereka supaya dapat memastikan kanak-kanak di negara
ini kekal cergas dan sihat.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan kelebihan / kebaikan / kemaslahatan menguasai
pelbagai bahasa dalam kalangan rakyat di Malaysia.
ISI TERSIRAT
SOALAN 1
NEGERI (Rumusan)
1. menubuhkan kelas pelbagai bahasa untuk dipelajari oleh umum
2. menayangkan rancangan berbentuk pelajaran bahasa asing
3. buku dan kemudahan mempelajari pelbagai bahasa haruslah dijual di
negara kita
4. ibu bapa harus menggalakkan anak mereka mempelajari pelbagai bahasa
dengan menyertai pameran dan ceramah bahasa
KESIMPULAN
Kesimpulannya, anak-anak zaman moden ini haruslah menguasai pelbagai
bahasa agar dapat bersaing secara sihat di pentas antarabangsa.
TERENGGANU Punca-punca berlakunya longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan
sampah.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor berlakunya longgokan
sampah di kawasan perumahan di negara kita.
ISI TERSIRAT
1. longgokan sampah menjadi vektor penyakit seperti malaria dan denggi
2. longgokan sampah menjejaskan pemandangan sekali gus menjejaskan
industri pelancongan
3. longgokan sampah menyebabkan bau yang tidak selesa sehingga
memualkan penduduk sekitar
4. longgokan sampah juga mengakibatkan kawasan sekitar tidak selesa untuk
dijadikan kawasan petempatan
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua penduduk Malaysia haruslah bijak menguruskan
sampah sarap agar kesihatan dan kesejahteraan hidup terjamin.
PAHANG Langkah-langkah untuk mengelakkan tragedi anak lemas dan kesan-kesannya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan usaha-usaha / kaedah / cara-cara untuk
mengelakkan tragedi anak lemas ketika bermain di kawasan sungai dan air
SOALAN 1
NEGERI (Rumusan)
terjun
ISI TERSIRAT
1. keselamatan anak terjamin daripada bahaya
2. ibu bapa tidak bimbang akan keselamatan anak
3. anak dapat bergembira dan bermandi-manda dengan hati yang tenang
4. modal insan negara tidak mati secara sia-sia
5. anak-anak akan lebih berhati-hati dalam segala aktiviti yang dijalankan
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka
dapat menjaga keselamatan diri ketika berkelah agar dapat mengurangkan
risiko kemalangan waima lemas.
SARAWAK Kepentingan pendidikan kepada pembangunan dan cara menggalakkan
remaja berminat untuk melanjutkan pelajaran.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan / faedah/kebaikan/manfaat pendidikan kepada
pembangunan negara/ di Malaysia.
ISI TERSIRAT
1.kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman/biasiswa.
2. memperuntukkan lebih banyak institusi yang diiktiraf kerajaan.
3. kurangkan jumlah yang perlu diambil untuk setiap semester kepada pelajar
yang lemah/sederhana.
4. sediakan ruangan pertanyaan yang lebih banyak untuk pelajar
mendapatkan maklumat potensi melanjutkan pelajaran.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pendidikan yang lebih mantap perlulah diterapkan dalam
kalangan rakyat Malaysia agar negara membangun dengan pesat
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab/ yang mendorong jenayah
pemerdagangan manusia di Malaysia/di negara ini.
ISI TERSIRAT
1. mencemarkan imej negara di mata dunia
2. mengancam keselamatan dan keamanan negara
3. menjejaskan hubungan diplomatik antara negara
4. peningkatan masalah sosial seperti penularan penyakit berjangkit dan
sebagainya
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menangani masalah
pemerdagangan manusia agar masyarakat dunia/global/sejagat dapat hidup
sejahtera/harmonis
MRSM Usaha-usaha memerangi kejadian jenayah dan kekang-kekangan untuk
memeranginya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan cara-cara / kaedah / langkah-langkah / pendekatan
memerangi jenayah dalam kalangan rakyat di negara kita.
ISI TERSIRAT
1 rasuah yang semakin menular seakan-akan menambah kegiatan jenayah di
negara kita
2 kelonggaran undang-undang juga menyebabkan jenayah meningkat
3. kurangnya didikan agama dan moral juga menyebabkan jenayah meningkat
4. ajaran ibu bapa semakin dilupakan oleh anak-anak sehingga terjerumus
dalam jenayah
5. pengaruh rakan sebaya dan media massa
SOALAN 1
NEGERI (Rumusan)
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama membanteras jenayah di
negara kita agar keselamatan rakyat lebih terjamin.
YAYASAN ISLAM Cara-cara penyediaan makanan yang selamat dan masalah-masalah yang
KELANTAN dihadapinya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan langkah-langkah / usaha-usaha / kaedah penyediaan
makanan yang selamat dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
ISI TERSIRAT
1. sumber makanan yang tidak segar dan disimpan di dalam peti sejuk
2. pengaruh makanan segera turut menyebabkan penyediaan makanan
terjejas
3. ibu bapa tiada masa terluang untuk menyediakan makanan kerana sibuk
bekerja
4. masyarakat kurang berpengetahuan tentang cara penyediaan makanan
yang selamat.
5. masyarakat masih suka menggunakan makanan di dalam tin dan daging
sejuk beku
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua ibu bapa harus menyediakan makanan yang sihat
untuk anak agar dapat menjamin kesihatan dan tumbesaran anak-anak
mereka.
(T) Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira
bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara
dan air seperti sungai dan laut. (I) Namun demikian, mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan
lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun
secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi
sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa ditelan mati
mak, diluah mati bapa. (A) Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya
mensyukuri nikmat pemberian Tuhan yang amat berharga ini. Oleh itu, langkah-langkah bersama
yang pragmatik dan proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.
(I) Salah satu langkah yang efektif dalam penjagaan alam sekitar adalah
dengan menggalakkan tanaman hijau.(M) Tanaman pokok seperti pokok-pokok bunga dan sayur-
sayuran sangat berguna dalam kehidupan manusia. Kepentingan pokok terhadap alam
sekitar umpama aur dengan tebing iaitu saling memerlukan. (BA) Sebagai contohnya, pihak ibu
bapa atau pihak sekolah boleh menggalakkan aktiviti penanaman pokok seperti pokok-pokok bunga
di kawasan persekitaran untuk menyahut seruan atau menyokong kempen penanaman pokok yang
dijalankan pihak kerajaan bagi memulihara alam sekitar. (K) Kesannya, alam sekitar yang hijau
dapat memberikan udara yang nyaman dan segar kepada penghuninya sekali gus dapat
menghijaukan alam sekitar. (P) Tegasnya, galakan dalam aktiviti penanaman pokok dapat
memelihara alam sekitar kita daripada tercemar.
(I) Selain itu, penjagaan kebersihan sungai juga dapat memelihara alam sekitar. (M) Usaha
ini penting kerana sungai sungai merupakan nadi kehidupan kita kerana sungai merupakan sumber
bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. (BA) Untuk memastikan sungai terpelihara
daripada sebarang aktiviti pencemaran,semua anggota masyarakat perlulah melibatkan diri secara
aktif dan kolektif dalam menjayakan Kempen Cintai Sungai Kita yang dianjurkan oleh pihak
berautoriti. Aktiviti membersihkan sungai perlulah dijalankan secara berkala dan
bukannya hangat-hangat tahi ayam. Masyarakat juga perlulah mengelakkan tabiat membuang
sampah ke dalam sungai kerana perbuatan terkutuk itu akan mendatangkan kemudaratan kepada
semua makhluk Tuhan. (K) Kesannya, sungai yang bersih dapat menjamin kesihatan yang baik di
samping dapat menjaga alam sekitar daripada berlakunya bencana alam seperti banjir kilat. (P)
Izharlah bahawa pemeliharaan alam sekitar dapat dicapai melalui kerjasama menjaga kebersihan
sungai.
(I) Seperkara lagi, langkah yang juga praktikal ialah semua rakyat perlu mengamalkan kitar
semula barang terpakai. (M) Program kitar semula memainkan peranan yang penting bagi
pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi yang mapan. (BA) Sebanyak 40 peratus sampah
sarap seperti tin, besi buruk, botol, kertas dan barangan plastik boleh dikitar semula. Contohnya,
jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum kita dapat mengurangkan 4,360 tan sampah
sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. (K) Impaknya, kita dapat menyelamatkan alam
sekitar seperti pokok dan dapat pula mengurangkan kos sumber tenaga serta menambah pendapatan
keluarga. Hal ini dikatakan sambil menyelam minum air. Pendek kata, amalan kitar semula yang
dipraktikkan oleh semua rakyat Malaysia dapat memelihara alam sekitar di negara kita.
(K) Sebagai intihanya, pemeliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan dengan pelbagai
langkah yang diambil oleh pelbagai pihak kerana memelihara alam sekitar merupakan
tanggungjawab bersama. Sesungguhnya alam sekitar ini merupakan harta paling berharga yang
perlu dijaga kepentingannya. (CDGN) Oleh itu, semua pihak perlu bersendel bahu dan bergabung
tenaga ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk memikul amanah menjaga dan
memelihara alam sekitar kita. Hal ini bersesuaian dengan pesanan Mantan Timbalan Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup yang menyeru semua pihak tanpa mengira
umur, sektor swasta atau kerajaan perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memelihara dan
memulihara alam sekitar yang semakin terancam pada hari ini sehingga menyebabkan banjir,tanah
runtuh dan pelbagai bencana alam yang lain. (HRPN) Diharapkan komitmen jitu daripada pelbagai
pihak dapat melestarikan keindahan alam sekitar yang menjadi platform kepada kesihatan rakyat di
negara kita. Hal ini bersesuaian dengan cogan kata Negara Bersih, Rakyat Sihat.
UNGKAPAN MENARIK:
FAKTA:
1. Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum kita dapat mengurangkan 4,360 tan sampah
sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok.
2. Mantan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup menyeru semua
pihak tanpa mengira umur, sektor swasta atau kerajaan perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing
bagi memelihara dan memulihara alam sekitar yang semakin terancam pada hari ini sehingga
menyebabkan banjir,tanah runtuh dan pelbagai bencana alam yang lain
SKEMA
Model karangan 1
Rakan anda di negara jiran ingin mengetahui tentang pencemaran udara yang melanda
negara anda beberapa bulan yang lalu.
Menemui sahabatku, Dayang Suhana Hamid diBrunei Darul Salam. Semoga saudari sihat dan
ceriadisamping keluarga dan rakan-rakan tersayang. Saya di Malaysia sihat.
Saudari,
Maafkan saya kerana terlewat membalas surat darisaudari. Sebenarnya, surat saudari tiba
ketika saya sedang menghadapi peperiksaan. Selepas itu, saya sibuk pula dengan sambutan Jubli
Perak Pasukan Pandu Puteri sekolah. Saya berharap agar supaya saudari memahami keadaan saya.
Dalam surat saudari tempoh hari, saudari ada bertanya kepada saya akan masalah pencemaran
udara yang berlaku di sini. Memang benar, saudari. Beberapa bulan dulu, Malaysia mengalami
pencemaran udara yang agak teruk. Keadaan ini dikenalpasti sebagai jerebu. Punca utama
berlakunya jerebu ini adalah disebabkan oleh pembakaran hutan di Sumatera, Indonesia.
Kebakaran secara besar-besaran untuk tujuan pertanian ini menyebabkan habuk yang terhasil
dibawa angin hingga ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sebagai akibatnya, kawasan tersebut
mengalami masalah jerebu yang teruk. Demi untuk keselamatan rakyat, beberapa buah kawasan
akhirnya diisytiharkan sebagai kawasan darurat jerebu setelah ukuran Indeks Pencemaran Udara
(IPU) mencapai status berbahaya. Mujurlah udara yang berjerebu itu tidak merebak hingga ke
Terengganu yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Saudari,
Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak kerajaan Malaysia telah menawarkan bantuan kepada
kerajaan Indonesia. Anggota bomba dan penyelamat daripadaMalaysia telah dihantar ke Indonesia
untuk membantu pihak di Indonesia memadamkan kebakaran hutan tersebut sebelum menular.
Mujurlah masalah jerebu ini melanda selama seminggu sahaja.
Walaupun saya di Terengganu tidak terjejas oleh jerebu, namun apabila masalah jerebu selesai,
saya turut berasa lega. Manakan tidak, abang, kakak, dan beberapa orang sanak-saudara serta rakan
saya tinggal di kawasan Pantai Barat Semenanjung. Melalui perbualan dengan mereka melalui
telefon, saya mendapat tahu bahawa keadaan jerebu tersebut amat melemaskan mereka. Udara yang
disedut tercemar lalubanyak aktiviti-aktiviti luar terpaksa dilupakan buat sementara. Malah, ada
antara mereka yang mengalami pedih mata, gatal-gatal kulit, sakit tekak, dan batuk-batuk.
Saya berharap agar saudari berpuas hati denganapa yang saya sampaikan. Akhir kata,
sambutlah salam ceria dari saya. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Aina Sabrina
LATIH TUBI KESALAHAN EJAAN DAN SPM 2015 - Betulkan satu kesalahan ejaan dan
satu kesalahan imbuhan dalam ayat