Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Teori Penyuburan diperkenalkan oleh George Gerbner dan rakan-rakannya di


Annenberg School of Communication, University of Pennsylvania, Amerika Syarikat
(1973). Teori ini terhasil setelah Gerbner menjalankan Cultural Indicator Project pada
lewat 1960an dan merupakan teori yang amat popular di bidang komunikasi,
terutamanya media televisyen pada tahun 1970an dan 1980an. Ia merupakan
penyelidikan terhadap kesan tontonan televisyen kepada penonton yang merupakan
penonton berat (heavy viewer) kepada rancangan televisyen yang dipaparkan. Hasil
daripada kajian ini, Gerbner mendapati bahawa kesan yang timbul akibat dari proses
pendedahan maklumat yang sama dan sumber yang sama secara berterusan dan
berpanjangan akan mempengaruhi pembentukan pandangan, nilai dan peranan
seseorang terhadap dunia (world view).

Teori ini juga mengatakan bahawa penonton tersebut akan mempercayai dunia
televisyen sebagai sosial yang sebenar (social reality) apabila semakin banyak
menonton televisyen dan seterusya mempengaruhi budaya masyarakat secara
keseluruhannya. Oleh itu, jika seseorang banyak menghabiskan masanya menonton
televisyen, maka pandangannya terhadap realiti kehidupan adalah lebih mirip kepada
apa yang digambarkan dan apa yang ditonton dalam televisyen, ini adalah kerana
televisyen merupakan simbolik bagi menggambarkan realiti, menyampaikan mesej
tertentu berdasarkan pengalaman peribadi seseorang serta cara seseorang itu
mengetahui tentang dunia. Penyuburan menunjukkan suatu proses kumulatif di mana
televisyen menyuburkan suatu keyakinan tentang realiti sosial daripada program
televisyen kepada penonton.

Teori Penyuburan juga dikatakan muncul akibat perdebatan antara kelompok


ilmuan komunikasi yang meyakini kesan media massa yang sangat kuat (powerfull
effects model) dengan kelompok yang mempercayai keterbatasan kesan media
massa (limited effects model), dan juga perdebatan antara kelompok yang
menganggap kesan media massa yang bersifat langsung dengan kelompok kesan
media massa yang bersifat tidak langsung atau kumulatif. Teori Penyuburan muncul
bagi meningkatkan keyakinan bahwa kesan media massa lebih besifat kumulatif dan
lebih memberi kesan kepada sosial-budaya berbanding individual.
2.0 PERKEMBANGAN TEORI

Pada awal perkembangan, Teori Penyuburan lebih memfokuskan kajiannya kepada


televisyen dan penonton, khususnya pada tema-tema kekerasan atau keganasan di
televisyen. Kemudian kajian berkembang di luar tema kekerasan. Salah satu temuan
terpenting dalam kajian ini adalah bahawa penonton televisyen dalam kategori
penonton berat (heavy viewers) mempunyai keyakinan yang berlebihan tentang dunia
sebagai tempat yang berbahaya dan menakutkan. Oleh itu, kekerasan yang mereka
saksikan di kaca televisyen menyuburkan ketakutan sosial (sosial paranoia) yang
membangkitkan pandangan bahwa lingkungan mereka tidak aman dan tidak ada
orang yang dapat dipercayai. Gerbner berpendapat bahwa media massa
menyuburkan sikap dan nilai tertentu dan seterusnya memelihara dan menyebarkan
sikap dan nilai tersebut di kalangan anggota masyarakat. Media mempengaruhi
penonton manakala penonton pula menyakini apa yang ditonton. Maka, para
penonton televisyen akan mempunyai kecenderungan sikap yang lebih kurang sama
antara satu sama lain.

Gerbner dan rakannya telah memulakan analisis sistem mesej pada tahun
1967-69. Analisis ini mengawasi program-program di televisyen yang mengandungi
unsur keganasan pada waktu tayangan perdana dan juga pada hujung minggu di
waktu siang. Hasil daripada analisis tersebut telah digunakan sebagai kaedah untuk
menjalankan ujian ke atas pelbagai pembolehubah seperti umur, jantina, taraf
pendidikan dan sebagainya. Teori Penyuburan juga dikenali sebagai Hipotesis
Penyuburan atau Analisis Penyuburan secara umumnya.

Sebelum tahun 1980, teori ini digunakan untuk menyelidik siri Cultural Indicator
untuk membuktikan bahawa impak ke atas pendedahan televisyen yang tinggi di
kalangan penonton menyebabkan penonton mempercayai dunia televisyen adalah
sosial yang benar (Gerbner 1980). Gerbner dan rakannya telah berjaya mendapat
hasil (keputusan) yang baru dan menulisnya dalam artikel bertajuk The Mainstreaming
of America: Violence Profile No. 11 pada tahun 1980 untuk mengukuhkan lagi
penyataan-penyataan yang dibuat sebelum itu (Gerbner 1980) setelah meninjau
semula kajian-kajian yang dilakukan sebelumya. Penemuan kesan-kesan
mainstreaming dan resonance telah dapat memberikan hujah-hujah balasan
kepada para pengkritik tentang teori tersebut, di mana penyuburan televisyen berlaku
secara berterusan ke atas konsep dan tingkahlaku di kalangan penonton, malah ia
menyatupadukan mereka yang berasal daripada pelbagai corak kehidupan (Gerbner
1980).

3.0 METODOLOGI

Teori penyuburan mempunyai dua bahagian dalam reka-bentuk penyelidikannya, iaitu


analisis sistem mesej atau dikenali sebagai analisis isi kandungan dan analisis
penyuburan (Gerbner 1980). Analisis sistem mesej memfokuskan kepada mengawasi
program rangkaian sebagai sampel tahunan sepanjang waktu perdana dan waktu
siang di hujung minggu. Manakala analisis penyuburan merupakan satu pendekatan
yang berasaskan kepada andaian-andaian teoritikal dan kaedah penilaian mengenai
keberkesanan televisyen ke atas konsep anggapan penonton terhadap dunia yang
sebenar (social reality) (Signorielli 1990).

Penanda (indicator) yang utama dalam analisis ini adalah jumlah masa
penonton menonton televisyen memberi kesan terhadap cara berfikir dan
berkelakuan. Selain itu terdapat pelbagai Cultural Indicator yang digunakan sebagai
punca penyelidikan, contohnya kajian siri Violence Profile, sex roles dan minorities,
children, occupational conceptions, educational achievements and aspirations, family
images and impact, sexual depictions and lessons, dan death and dying (Gerbner,
1980).
4.0 IDEA TEORI

Secara umunnya terdapat dua andaian yang penting dalam teori penyuburan
(Gerbner et al. 1979, Perse 1986). Pertamanya, teori penyuburan adalah hasil
daripada sikap tidak memilih (unselective) dan pandangan yang pasif (passive
viewing) di kalangan penonton manakala andaian kedua mengatakan bahawa
kandungan yang ditampilkan dalam televisyen adalah benar. Pembolehubah-
pembolehubah yang dipilih dalam kajian adalah bertumpukan kepada demografik
sebagai pengasas yang dikaji. Andaian-andaian dan pembolehubah-pembolehubah
ini menjadi panduan kepada Gerbner dan rakannya dalam proses menghasilkan teori
penyuburan. Kaedah-kaedah dan andaian-andaian tersebut adalah berunsur umum
dan menekankan keberkesanan daripada kumulatif pendedahan kepada media
(Signorielli 1990).

Televisyen merupakan media yang unik. Ini adalah kerana televisyen bersifat
pervasive (menyebar dan hampir dimiliki seluruh keluarga), assesible (dapat diakses
tanpa memerlukan kemampuan literasi atau keahlian lain), dan Coherent
(mempersentasikan pesan dengan dasar yang sama tentang masyarakat melintasi
program dan waktu). Televisi mempunyai kemampuan untuk menggambarkan apa
yang terjadi, apa yang penting dalam berbagai kejadian, dan menjelaskan hubungan-
hubungan serta makna yang ada di antara kejadian-kejadian itu. Oleh itu, televisyen
dan media massa membentuk lingkungan simbolis di mana televisyen berfungsi
menyuburkan ideologi. Usaha untuk menganalisa akibat-akibat penyuburan ideologi
oleh televisyen inilah yang disebut dengan Analisi Penyuburan.

Semakin banyak seseorang menghabiskan waktu untuk menonton televisyen,


semakin bertambah kecenderungan seseorang menyamakan dunia televisyen
dengan realiti sosial di mana dunia nyata (real world) di sekitar penonton
dipersamakan dengan dunia rekaan yang pertontonkan oleh media tersebut (symbolic
world) ataupun penonton mempersepsi apapun yang tayangkan dalam televisyen
sebagai kenyataan sebenarnya. Namun teori ini tidak menyatakan pengaruh tersebut
berlaku untuk semua penonton, tetapi lebih cenderung pada penonton dalam kategori
heavy viewers (penonton berat). Dapatan kajian menunjukkan bahwa heavy viewers
mempersepsi dunia ini sebagai tempat yang lebih kejam dan menakutkan (the mean
and scray world) berbanding kenyataan sebenarnya. Fenomena inilah yang kemudian
dikenal sebagai the mean world syndrome (sindrom dunia kejam) yang merupakan
sebentuk keyakinan bahwa dunia sebuah tempat yang berbahaya, di mana orang
sekeliling adalah merbahaya dan tidak boleh dipercayai. Perbezaan antara heavy
viewers dan light viewers dipengaruhi pula oleh latar belakang demografik di antara
mereka.

Light viewers (penonton ringan) cenderung menggunakan jenis media dan


sumber informasi yang lebih bervariasi, manakala heavy viewers (penonton berat)
cenderung mengandalkan televisyen sebagai sumber informasi mereka. Kelompok
heavy viewers, umumnya memiliki akses media yang lebih terbatas. Oleh itu mereka
mengandaikan televisyen sebagai sumber informasi dan hiburan mereka. Ini
menyebabkan kepelbagaian informasi yang mereka miliki menjadi terbatas. Ini
adalah penyebab mengapa mereka membentuk gambaran tentang dunia dalam
pikirannya sebagaimana yang digambarkan televisyen. Sebaliknya kelompok light
viewers memiliki akses media yang lebih luas, sehingga sumber informasi mereka
menjadi lebih pelbagai. Karena kenyataan ini, maka pengaruh televisyen tidak cukup
kuat pada diri mereka.

Menurut teori ini, media massa khususnya televisyen diyakini memiliki


pengaruh yang besar atas sikap dan perilaku penontonnya (behavior effect).
Pengaruh tersebut adalah bersifat kumulatif dan tidak langsung. Seterusnya
pengaruh yang muncul pada diri penonton merupakan tahap lanjut setelah media itu
terlebih dahulu mengubah dan membentuk keyakinan-keyakinan tertentu pada diri
mereka melalui berbabagai acara yang ditayangkan. Teori ini juga menyatakan
pengaruh televisyen kepada masyarakat secara keseluruhan dan bukan terhadap
individu. Secara implisit teori ini juga berpendapat bahwa pemirsa televisi bersifat
heterogen dan terdiri dari individu-individu yang pasif yang tidak berinteraksi satu
sama lain. Namun mereka memiliki pandangan yang sama terhadap realiti yang
diciptakan media tersebut.

Televisyen membentuk mainstreaming dan resonance. Mainstreaming adalah


kemampuan memantapkan dan menyeragamkan berbagai pandangan di masyarakat
tentang dunia di sekitar mereka (Tv stabilize and homogenize views within a society).
Dalam proses ini televisyen pada mulanya akan mengaburkan (bluring), kemudian
membaurkan (blending) dan melenturkan (bending) perbezaan realiti yang beragam
menjadi pandangan mainstream tersebut. Sedangkan resonance mengimplikasikan
pengaruh pesan media dalam persepsi realiti dikuatkan ketika apa yang dilihat
penonton dalam televisyen adalah seperti apa yang mereka lihat dalam kehidupan
nyata.

5.0 PENGGUNAAN TEORI

Penggunaan teori penyuburan sungguh luas, di mana terdapat banyak kajian telah
dijalankan selain daripada Gerbner dan rakannya di Universiti Pennsylvania sejak
lewat 1970an. Menurut Morgan dan Signotielli (1990) bahawa terdapat ramai
penyelidik menjalankan kajian teori penyuburan dengan pelbagai pembolehubah dan
proses, seperti meninjau aspek-aspek teknologi dan psikologi. Di antaranya seperti
Hawkins dan Pingree (1990) telah mengaitkan penyuburan analisis dengan proses
psikologikal (1980, 1983 dan 1987) seperti melalui proses learning dan memori,
didapati ia mampu menjelaskan kenyataan tentang heavy viewers yang menafsirkan
imej-imej televisyen sebagai dunia yang benar. Begitu juga dalam kajian Perse
Elizabeth (1986, 1990), di mana beliau mendapati bidang psikologi amat memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi kesan teori penyuburan (1986 dan 1987).
Beliau telah menerokai tentang penglibatan para penonton televisyen di kalangan
pelajar universiti dan didapati hasilnya positif. Dengan demikian, beliau telah
menyatakan bahawa penglibatan mempengaruhi persepsi dan motivasi seseorang
individual dalam memiliki rancangan yang ingin ditonton.

Penggunaan analisis penyuburan hanya dikatakan berkesan ke atas erti


sebenar (perceived reality) oleh Potter (1986) setelah mengkaji dengan teliti melalui
dimensi-dimensi dan kontigen-kontigen yang dikandungi dalam erti sebenar seperti
Magic Window, Pengajaran (Instruction) dan Identiti. Pada awal kajian dijalankan
(1983), Potter telah menolak kesan teori penyuburan apabila beliau memulakan
demografik yang terkawal, dan ini adalah akibat daripada jumlah masa menonton
televisyen tidak memberi kesan kepada pengertian dunia yang sebenar dalam ujian
penganggaran mangsa (victimization estimates). Selain meninjau kepada
pembolehubah, Diefenbach dan West (2001) telah menggunakan teori penyuburan ke
atas kajian pembandingan antara kadar jenayah yang ditayangkan dalam televisyen
yang mengandungi unsur keganasan dengan kadar jenayah negara yang
sebenarnya. Hasilnya menunjukkan positif ke atas hipothesis penyuburan yang
dikonstruk oleh Gerbner dan rakanya, di mana heavy viewers menganggarkan kadar
jenayah adalah lebih tinggi dibandingkan dengan light viewers.

Teori Penyuburan sering digunakan untuk menganalisis berbagai bentuk


praktik komunikasi, terutama komunikasi massa khususnya televisyen atau dikenali
sebagai Analisis Penyuburan. Penonton berat akan cenderung melihat dunia nyata
seperti apa yang digambarkan dalam televisyen. Semakin sering kita menonton suatu
program televisi, kita akan semakin terpengaruh oleh program itu. Dalam pandangan
penyuburan dikatakan bahwa adegan yang dipertontonkan dalam setiap program
televisyen menggambarkan dunia kita sebenarnya. Contohnya, semakin kerap kita
menonton suatu drama tempatan, kita akan semakin beranggapan bahwa drama itu
adalah suatu realiti. Jika kita sering melihat watak ibu tiri yang kejam di dalam sesutu
drama, maka di dunia nyata kita akan beranggapan bahwa ibu tiri itu kejam dan kita
akan membenci ibu tiri jika ayah kita menikah lagi. Hawkins dan Pingree menemukan
model proses penyuburan, iaitu bahwa proses penyuburan dalam pikiran kita terbagi
dua, iaitu learning dan constructing. Apa yang dilihat oleh penonton kemudian akan
melalui tahap belajar dan diikuti tahap mengkonstruksi dalam pikiran penonton
tersebut.
6.0 KEKUATAN TEORI

Kekuatan teori penyuburan yang paling ketara ialah kesan Mean World yang
dihasilkan daripada kajian-kajian ke atas televisyen, para penonton dan program
keganasan. Di mana keadaan ini berlaku apabila heavy viewers menganggap dunia
merupakan benua yang lebih bahaya atau tidak selamat (nastier place) jika
dibandingkan dengan light viewers (Gerbner 1980). Kenyataan ini berasas daripada
andaian bahawa kandungan yang ditampilkan dalam televisyen adalah benar
(Gerbner et al. 1979, Perse 1986). Di samping itu, terdapat dua kesan iaitu,
mainstreaming dan resonance.

Kesan mainstreaming menyatakan bahawa perkongsian norma berlaku di


kalangan heavy viewers yang berlingkungan demografik yang sama di mana light
viewers akan melihat pandangan yang pelbagai (divergent views). Akan tetapi dalam
kajian Gerbner dan rakannya didapati bahawa satu kes di mana light viewers
mempunyai pandangan yang mendekati kepada convergent outlook dengan heavy
viewers (Gerbner 1980).

Contohnya, dalam hasil penijauan semula 1980 didapati bahawa heavy viewers
dan light viewers pada peringkat pendapatan yang rendah mempunyai pandangan
atau fikiran yang agak sama. Kesan resonance merupakan kesan yang berkaitan
dengan pengalaman penonton yang mempunyai kesamaan dengan dunia televisyen
dan didapati ia memberi impak berganda double dose dalam perkembangan teori
penyuburan (Gerbner 1980). Gerbner dan rakannya (1980) telah menganalisis kesan
resonance dengan data-data yang berasal daripada Nation Opinion Research Center
(NORC) yang menyatakan bahawa jantina dan kawasan kediaman merupakan
pembolehubah yang penting & ketara (significant) terhadap kesan resonance. Mereka
menjelaskan bahawa watak wanita yang biasa ditampilkan sebagai mangsa dalam
rancangan keganasan mengakibatkan para penonton wanita yang heavy vewing
bukan saja akan meransangkan kesan mainstreaming malah merasa ketakutan
memandangkan mereka adalah golongan yang terlibat. Begitu juga heavy viewers di
kawasan bandar akan berasa lebih bahaya atau tidak selamat terhadap
persekitarannya jika dibandingkan dengan heavy viewers di luar bandar.
7.0 KELEMAHAN TEORI

Apabila Gerbner dan rakannya menyiarkan satu siri kajian tentang teori penyuburan
di dalam jurnal-jurnal bidang komunikasi seperti Journal of Communication, Journal
Broadcasting dan sebagainya, ini telah mengakibatkan segolongan ahli teori di bidang
ini berasa tidak puas hati tentang penjelasan teori tersebut. Mereka seperti Hugh,
NewComb, Hirsch, dan McQuail telah mengemukakan beberapa punca kelemahan
teori tersebut. Kelemahan yang ketara ialah dari segi penjelasan Gerbner dan
rakannya adalah terlalu umun (over-simplification) tentang punca sebenar yang
mengakibatkan impak Scary World. Hirsch (1980) dan Hugh (1980) mengkritikan
bahawa pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam analisis merupakan
jenis control variables dan ia mengakibatkan hasilnya akan memihak kepada
keinginan penyelidik dan kesilapan ini dikenali sebagai spurious relationship.

Di samping itu, Hugh juga mempersoalkan tentang pembolehubah-


pembolehubah yang digunakan di mana ia mengakibatkan faktor pencelah (third
variable). Contohnya, bangsa berkulit hitam adalah berkaitan dengan isu pengasingan
(alienation) yang mengakibatkan mereka menonton lebih banyak televisyen dan
begitu juga dengan persoalan tentang takut jalan sendiri pada waktu malam di sekitar
kawasan. Hugh (1980) juga membangkitkan bahawa kaedah yang mengkategorikan
tahap tontonan televisyen (television viewing level) adalah tidak sejajar seperti yang
dikemukakan oleh NORC dan Michigan yang telah digunakan dalam Gerbner et al.s
Reporting on Children Under 18 Years of Age. Dengan sedemikian, beliau telah
mempersoalkan kepercayaan terhadap kenyataan yang dikemukaan dalam laporan
tersebut.

NewComb (1978) membangkitkan kritikan dari segi perspektif kemanusiaan


terutamanya tentang andaian-andaian yang dinyatakan dalam kajian Violence Profile.
Beliau membangkitkan bahawa mengandai semua penonton menerima maklumat
yang sama dan pasif merupakan satu andaian yang tidak pernah dibuktikan. Dengan
itu, andaian tersebut tidak boleh menjaminkan kenyataan yang dibuat adalah kukuh
(NewComb 1978). Kritikan dari Hugh, Hirsch dan NewComb mandapat sokongan
daripada McQuail (1990) di mana beliau menyatakan bahawa teori penyuburan
merupakan satu kemuskilan untuk berbincang secara yakin kerana mempunyai
hubungan yang kompleks dalam proses menyuburkan para penonton yang didapati
banyak faktor lain yang berkemungkinan besar menyebabkan penukaran pandangan
dan tingkahlaku penonton.

Kaedah penyelidikan juga dipersoalkan terutamanya daripada tinjauan yang


dijalankan adalah secara umun dan tanpa dibuktikan dengan kerja-kerja eksperimen
(Hirsch 1980). Soalan-soalan seperti: Adakah teori penyuburan hanya memenuhi
heavy viewers di Amerika sahaja? Atau disebabkan oleh latarbelakang di antara
negara yang berbeza? Merupakan soalan-soalan yang dinyatakan dalam kajian-
kajian Wober dan Doob McDonarld di British dan Kanada. Di mana keputusan kajian
mereka telah menolak kesan penyuburan di kedua-dua negara tersebut (Hirsch 1980,
McQuail 1990).

8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, teori penyuburan telah banyak mempengaruhi dalam


bidang penyelidikan komunikasi terutamanya mengenali hubungan media terhadap
masyarakat. Tidak dapat dielakkan bahawa kewibawaan teori ini dari segi impak
televisyen yang ditelitikan oleh Gerbner dan rakannya amat penting dalam
perkembangan sejarah komunikasi. Kesan-kesan penyuburan seperti Mean World,
mainstreaming dan resonance telah dihujah melalui siri kajian yang dijalankan,
akan tetapi terdapat kelembahan-kelemahan teori ini seperti dijeneralkan, kaedah
yang tidak mantap dan penggunaannya tidak bersifat sejagat memang menjadi
rintangan yang amat mencabarkan kepada golongan penyelidik yang ingin melakukan
kajian-kajian berdasarkan teori ini. Sungguhpun begitu, rintangan tersebut tidak
menjadikan halangan malah telah memandukan para saujana mengembangankan
teori ke arah yang lebih luas dan membentuk pelbagai corak. Ini dapat ditelitikan dari
awalnya yang hanya ditumpukan kepada jumlah masa menonton televisyen, dan
seterusnya mengarah ke tingkahlaku penonton dan kemudian kepada aspek psikologi
termasuklah motivasi dan penglibatan penonton. Selain ini kaedah penyelidikan juga
berkembang daripada penggunaan pembolehubah berdasarkan demografik kepada
dimensi-dimensi yang dikandungi dalam erti sebenar (perceived reality).

Anda mungkin juga menyukai