Anda di halaman 1dari 18

SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
PENYELIAAN KLINIKAL

ABSTRAK

Penyeliaan Klinikal merujuk kepada hubungan bersemuka dengan guru-guru dengan niat untuk
penambahbaikan dalam pengajaran dan meningkatkan pertumbuhan profesional. (Sergiovanni
& Starratt, 2002). Menurut Goldhammer, Anderson & Krajewski (1993) Penyeliaan klinikal
merupakan satu strategik yang sangat berkesan untuk membawa pembaharuan dalam
pengajaran. Ia adalah penilaian formatif berasaskan konsep dan struktur. Ia berfokus kepada
membina motivasi guru dan komitmen dan turut membantu guru untuk mengubah suai corak
pengajaran sedia ada dalam cara-cara yang masuk akal kepada mereka. Penyeliaan klinikal ni
merangkumi sembilan ciri iaitu: 1. Teknologi meningkatkan pengajaran, 2. Campur tangan yang
disengajakan, 3. Berorientasikan matlamat, 4. Kerja profesional antara guru dan penyelia, 5.
Kepercayaan tinggi bersama, 6. Wujudkan produktif yang sihat untuk merapatkan jurang, 7.
Bersistematik, 8. Analisis PdP dan 9. Latihan Pra-perkhidmatan.Terdapat lima langkah dalam
pencerapan klinikal. Langkah 1. Sidang Pra pemerhatian iaitu mewujudkan kefahaman
menyeluruh, menjalikan hubungan dan menyakinkan guru dalam memilih fokus pembelajaran.
Langkah 2. Proses pemerhatian dimana penyelia memerhati guru yang diajar dan mengumpul
data. Langkah 3. Analisis data yang dikumpul melalui pemerhatian dikaji dan menjelaskan
rumusan yang tepat dan terperinci. Langkah 4 ialah persidangan dengan guru selepas
pemerhatian- penyelia memberi maklum balas kepada guru supaya dapat meningkatkan mutu
pengajaran dan mencapai profesionalisme diri dengan membuat penilaian kendiri. Langkah 5
Analisis Selepas persidangan yang mengkaji masa untuk menyemak prosedur dari awal hingga
akhir memuaskan atau perlu di ulang semula. Penyelia memberi pandangan orang yang diselia
untuk memeperbaiki kelemahan diri. Maka, penyeliaan klinikal ini memberi kebaikan kepada
sekolah rdari segi pengajaran yang berkualiti. Penyeliaan klinikal berunsur persefahaman,
mendorong, menyelesaikan masalah bersama dan dapat mengembang idea untuk
menyelesaikan masalah pengajaran di sesebuah organisasi.

PENGENALAN
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
Era dunia pendidikan pada masa kini penuh dengan pelbagai cabaran dan pergolakan
dari pelbagai peringkat yang perlu ditangani oleh semua lapisan masyarakat. Untuk
menjana satu pembelajaran dan pengajaran yang berkesan guru-guru hendaklah
memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Di antara faktor kejayaan
pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah ialah penyeliaan yang sistematik dan
berkesan. Sebenarnya terdapat pelbagai cara penyeliaan untuk menyelesaikan
masalah pembelajaran dan pengajaran bi bilik darjah. Ada di antara lebih sesuai
dilakukan secara berperingkat dan ada pula penyeliaan secara tidak langsung.
Keadaan ini banyak bergantung kepada motif penyeliaan itu sendiri. Walau
bagaimanapun faktor kejayaan sesuatu penyeliaan itu bergantung kepada
keberkesanan dan penglibatan keua-dua pihak iaitu guru dan penyelia itu sendiri yang
dapat merasa suatu kepuasan dalam tugasan mereka di samping berjaya mengatasi
masalah pembelajaran dan pengajaran yang dihadapi.

Penyelia adalah seseorang yang mempunyai deskripsi tugas merancang, mengagih


tugas, mengarah, memberi kerjasama, membuat penyelesaian masalah, memilih dan
melatih, memotivasi, menasihat, memperbaiki, mengurus tekanan dan mengawal
kemajuan. (Raymond 2004). Secara khususnya perlaksanaan penyeliaan perlu
mempunyai objektif untuk menghasilkan kaedah yang lebih baik untuk proses
pembelajaran dan pengajaran. Ia dapat mewujudkan satu suasana fizikal, sosial dan
psikologi yang berkesan untuk pembelajaran dan pengajaran. Justeru itu, ia mampu
mewujudkan penyusunan secara bersepadu semua usaha dan bahan bagi menentukan
kesinambungngan pembelajaran dan pengajaran disamping menentukan kerjasama
semua staf dalam mengatasi masalah pengajaran di dalam bilik darjah ini.

Menurut Glikman (1991) penyeliaan pengajaran adalah sejenis penyeliaan yang


dinamik dalam proses pendidikan yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi mutu
pembelajaran dan pengajaran. Maka setiap penyeliaan perlu membawa perubahan
yang positif untuk meningkatkan mutu pengajaran yang berkesan. Penyeliaan klinikal
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
merupakan antara pendekatan yang dapat merangkumi semua aspek di dalam
penyeliaan yang sepatutnya dilakukan pada masa kini.

KAEDAH PENYELIAAN KLINIKAL

Menurut Ibrahim (2001) penyeliaan klinikal merupakan pemerhatian secara langsung ke


atas pengajaran seseorang guru dalam bilik darjah. Segala perlakuan guru sama ada
positif atau negatif dicatat oleh penyelia, tidak kira perbuatan, pertuturan atau tabiat
dicatat sewaktu penyeliaan dijalankan. Cara ini dapat memastikan guru mendapat
maklum balas yang jelas, terperinci dan segera daripada penyelia tentang kekuatan dan
kelemahannya semasa menjalankan pengjaran. Rumusan, laporan dan bimbingan yang
berterus terang daripada penyelia membolehkannya membaiki pengajarannya.

Manakala, Pajak (2002) berpendapat bahawa ilmu pengetahuan Penyeliaan Klinikal


mempunyai sejarah yang agak lama di negara Amerika Syarikat. Ia diikuti sejak tiga
abad yang lalu secara berterusan. Perlaksanaan penyeliaan klinikal telah dimulakan
oleh Morris Cogan dan Robert Goldhammer di Universiti Harvard dalam tahun 1960-an
dan kemudian di Universiti Pittsbugh. Selain itu, para sarjana telah memberi pendapat
dan perspektif yang berbeza berkaitan dengan persoalan asasnya penyeliaan klinikal
ini. Di samping itu, banyak buku dan artikel telah diterbitkan tentang penyeliaan klinikal
dari tahun ke tahun, namun keterangan-keterangan baru dan kefahaman yang teliti
serta mendalam masih belum dapat dilihat pada ketika ini.

MODEL PENYELELIAN KLINIKAL


Penyeliaan klinikal ini merangkumi empat jenis kumpulan keluarga Penyeliaan Klinikal
(Four Families of Clinical Supervision).
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012

Model Klinikal Tulen Original Clinical Models


Yang pertama ialah model klinikal tulen Orginal Clinical Models mula dilaksanakan
pada tahun 1960-an. Ia dicadangkan oleh Goldhammer, Monsher, Purple dan Cogan.
Pelbagai sumber pemikiran berdasarkan empirikal, fenomenalogikal, behavioral dan
perspektif-perspektif yang ditekankan dalam perlaksanaan model ini. Objektif
perkasanaan model ini ialah memberi tumpuan kepada kepentingan hubungan rakan
sejawat antara para penyelia dan para guru, kerjasama untuk meneroka maksud
sebenar dan perkembangan gaya pengajaran individu yang unik.

Model Humanistik/ Artistik Humanistic/ Artistic models


Seterusnya ialah, model humanistik atau lebih dikenali model artistik yang telah mua
diperkenalkan pada tahun 1970-an. Blumberg dan Eisner yang memperkenalkan model
ini yang berasaskan kepada prinsip-prinsip eksistentialisme dan estenik. Ia secara
langsung menjelaskan prosedur-prosedur dan hubungan dalam melaksanakan
interpersonal yang terbuka dan perkembangan secara peribadi, kemahiran dan
keperilakuan seseorang. Selain penyelia juga perlu membantu para guru untuk
memahami dan merasai kekayaan dan keunikan pengajaran guru yang dinilai.

Model Teknikal/ Didaktik Technical/ Didactic Models


Model teknikal atau didaktik Technical/didactic Models telah mula di perkenalkan oleh
Acheson dan Gall, Hunter, Joyce dan showers pada tahun 1980-an. Mereka mengambil
manfaat dari kajian-kajian proses yang merangkumi produk dan keberkesanan
pengajaran. Teknik-teknik pemerhatian dan maklum balas yang boleh mengukuhkan
sesetengah tingkah laku yang berkesan dan pra penentuan model-model pengajaran
yang guru-guru bercadang untuk dituruti merupakan antara objektif utama model ini.

Model Perkembangan/ Reflektif Development/ Reflective Models


Model perkembangan merupakan model oleh Glickman, Costa dan Garmston, Schon,
Zeicher dan Liston, Garman, Smyth dan Retallick, Bowers dan Flinders, dan Waite yang
menitik beratkan kepada perbezaan individu, pengelolaannya, sosial, politik dan budaya
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
dalam konteks pengajaran. Model ini mengalakkan refleksi di kalangan guru, memupuk
perkembangan profesional, meneroka konteks spesifik dalam amalan dan memupuk
keadailan serta kesamarataan dalam kalangan guru-guru.

CIRI-CIRI PENYELIAN KLINIKAL


Menurut Goldhammer, Anderson dan Krajewski (1993) penyeliaan klinikal adalah suatu
konsep atau suatu struktur dalam proses pengajaran dan merangkumi sembilan ciri
yang menggambarkan penyeliaan klinikal sebagai suatu konsep yang berjaya.
Antaranya ialah ia merupakan satu teknologi dan interversi yang disengajakan untuk
mempertingkatkan pengajaran. Malah ia juga berorientasikan matlamat,
menggabungkan keperluan-keperluan perkembangan individu tertentu yang bertugas di
sekolah. Turut model ini mengandaikan satu hubungan profesional di antara para guru
dan para penyelia mewujudkan satu situasi perkongsian kepercayaan yang tinggi dan
diterjemahkan dalam bentuk persefahaman, sokongan dan komitmen untuk
berkembang. Selain itu ia berbentuk sistematik, walaupun memerlukan kefleksibiliti dan
perubahan metodologi yang berterusan dan menghasilkan ketegangan yang produktif
untuk merapatkan jurang antara kebenaran dan ideal yang dapat membantu para
penyelia mengetahui secara mendalam tentang menganalisis pengajaran dan
pembelajaran serta interaksi antara manusia yang produktif. Justeru itu, ia memerlukan
para penyelia mengikuti pra latihan khasnya dalam teknik-teknik dan membuat refleksi
dalam perkhidmatan yang berterusan serta pendekatan yang berkesan.

Menurut Glickman, Gordon dan Ross-Gordon (2004) turut menjelaskan struktur


penyeliaan klinikal boleh dipermudahkan kepada lima langkah yang tersusun yang rapi.
Pra persidangan dengan guru, pemerhatian di dalam bilik darjah, membuat analisis dan
interpretasi pemerhatian serta menentukan pendekatan konferens, persidangan
selepas pemerhatian dan menganalisi secara kritikal terhadap keempat-empat langkah
terdahulu merupakan anatara langkah-langkah tersebut.

STRUKTUR PENYELIAAN KLINIKAL


SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
Dalam langkah pertama pra persidangan dengan guru ini merupakan peringkat
permulaan dalam proses pencerapan klinikal ini. Tujuan langkah ialah untuk membina
persefahaman antara pembimbing dan guru tentang pengajaran yang akan dijalankan.
Dalam sesi ini para penyelia berduduk bersama guru untuk menentukan sebab dan
tujuan pemerhatian dengan fokuskan kepada kaedah dan bentuk pemerhatian yang
bakal digunakan. Ia juga boleh diadakan untuk merancang persediaan mengajar
dengan persetujuan guru berkenaan.

Langkah kedua ini adalah menumpukan masa untuk memastikan kesefahaman yang
dipersetujui sewaktu langkah satu dipatuhi. Penyelia mungkin dapat menggunakan
sejenis bentuk pemerhatian atau kombinasi-kombinasi pemerhatian seperti kekerapan
mengikut kategori, petunjuk-petunjuk dalam persembahan, penggunaan diagram
visual, penguasaan ruang, bahasa, perbincangan bebas atau susunan huraian,
penglibatan, soalan-soalan berfokus, kritikan membina dan sistem pemerhatian
mengikut keperluan. Penyelia memerhati di dalam kelas dan mengumpul data tentang
pembelajaran dan pengajaran. Data mengenai aktiviti bilik darjah menjai asas untuk
perancangan masa depan, bimbingan dan penyeliaan.

Pada peringkat analisis dan interpretasi serta menentukan strategi, penyelia akan
meninggalkan bilik darjah dengan hasil data pemerhatiaannya. Penyelia mencari
penyelesaian masalah di sesuatu sudut atau pejabat dengan berpandukan rekod-
rekod pemerhatian dan mengkaji maklumat yang diperolehi. Sebagai penyeliayang
berkesan beliau mengambil kira kekerapan yang wujud, melihat kesilapan yang
berulang-ulang, pengasingan peristiwa-peristiwa yang utama dan menemui petunjuk-
petunjuk dalam persembahan guru yang wujud atau sebaliknya. Malah beliau juga
perlu peka dengan penggunaan instrumen yang tidak diambil kira, soal selidik, soalan
yang berjenis terbuka dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang penting semasa
analisis data penyeliaan dijalankan. Dengan dapatan analisis, penyelia dapat membuat
interpretasi yang tepat.

Seterusnya peringkat persidangan dengan guru selepas analisis dijalankan. Setelah


SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
borang pemerhatian yang lengkap diisi, analisis yang lengkap dan borang interpretasi
serta penggunaan pendekatan interpersonal yang dipilih, penyelia barulah bersedia
mengadakan pertemuan dengan guru dalam peringkat ini. Persidangan ini diadakan
untuk membincangkan tentang analisis pemerhatian dan akhir sekali untuk
menghasilkan satu perancangan untuk meningkatkan pengajaran. Keberkesanan
persidangan ini bergantung pada perancangan yang dibuat antara pembimbing dan
guru. Sebagai penyelia elakkan daripada membuat hukuman berasaskan data. Guna
data yang dikumpul untuk membimbing guru memikirkan pengajaran secara kritis dan
kreatif. Penyelia lebih banyak mendengar daripada bercakap. Oleh itu penyelia perlu
membiarkan guru mengimbau kembali supaya beliau dapat melihat sendiri atau
mengingat kembali apa yang telah dilaluinya. Seterusnya penyelia akan menggunakan
pendekatan yang telah dipilih sama ada membuat kawalan pemberian maklumat
secara berarah, kolaboratif atau bukan berarah.

Pada peringkat terakhir, penyelia perlu meninjau sama ada format dan prosedur-
prosedur yang bermula dari preconference sehingga ke postconference adalah
memuaskan atau semakan semula mungkin diperlukan sebelum mengulangi sesuatu
peringkat mengikut urutannya.Pada akhir post conference penganalisisan secara
kritikal mungkin akan dilaksanakan atau satu lagi konferens secara berasingan
dilakukan selepas beberapa hari. Penyelia memberi pandangan orang yang diselia
untuk memperbaiki kelemahan diri. Pada peringkat ini, ia menunjukkan bahawa para
penyelia turut terlibat dalam usaha-usaha dalam memperbaiki diri sama juga dengan
orang yang diselia. Maklum balas daripada para guru memberi peluang untuk
membuat keputusan tentang amalan-amalan yang boleh diteruskan, disemak semula
dan perubahan yang perlu dilakukan apabila bekerjasama dengan para guru mengkaji
tingkah laku yang pada mulanya dipersetujui.

KAEDAH PENYELIAAN KLINIKAL


Penyeliaan klinikal (Clinical supervision) adalah satu penyeliaan secara langsung
(direct) yang boleh dilakukan oleh Penyelia, Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong
Kanan, Pensyarah, Ketua Panatia dan sesiapa sahaja yang dipertanggungjawabkan
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah pengajaran-pembelajaran (Ismail
dan Othman (1994). Penyeliaan klinikal ini hanya dapat dilaksanakan sepenuhnya
apabila mendapat kerjasama dan persefahaman di antara kedua-dua pihak yang boleh
mencapai ke arah perubahan positif. Kaedah penyeliaan klinikal ini mengandungi lima
langkah yang perlu diambil perhatian oleh penyelia dan guru iaitu Persidangan Pra
Pemerhatian (Pre Observation Planning Conference), Pemerhatian Di Bilik Darjah
(Classroom Visit/ Observation), Analisi Selepas Pemerhatian (Post-Observation
Analiysis), Perbincangan Selepas Pemerhatian (Post-Observation Conference) dan
Analisis Selepas Perbincangan (Post-Conference Analysis).

Dalam proses pertama guru itu sendiri berjumpa sendiri dengan penyelia dan meminta
bimbingan tentang sesuatu masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah ataupun
penyelia mengenalpasti masalah yang dihadapi di dalam kelas itu semasa membuat
rondaan kelas. Penyelia dan guru membuat rundingan dan meminta guru tersebut
untuk meluahkan segala masalah yang dihadapi. Penyelia menjadi pendengar dan
menetapkan masa yang sesuai untuk membuat pemerhatian mengikut kesesuaian
kedua-dua pihak.

Seterusnya proses pemerhatian. Yang mana peringkat yang paling penting dalam
penyeliaan. Guru menjalankan tugas sebagai pengajara dan penyelia menepati masa
yang ditetapkan. Tidak pula mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang
sedang dijalankan. Begitu juga apabila hendak keluar kelas tanpa mengganggu
pengajaran. Mengumpul data pemerhatian
Setelah segala maklumat dikumpul guru berkenaan dijemput untuk berbincang dengan
penyelia. Penyelia harus memainkan peranan dengan menyakinkan guru itu bahawa
tidak ada satu masalah pun yang tidak boleh diselesaikan. Penyelia hendaklah sentiasa
berhati-hati memberikan komen dan tegurannya. Keikhlasan kedua pihak
mengeluarkan pendapat masing-masing dalam suasana mesra serta saling hormat
menghormati menjadi faktor penting terhadap kejayaan penyeliaan klinikal ini.
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
Seterusnya proses analisis selepas persidangan perlu dibuat. Proses penyeliaan
klinikal ini banyak bergantung kepada penyelia itu sendiri sebagai pelakon utama dalam
mengendalikan peranannya. Penyelia yang bersifat terbuka dan fleksibel dapat
mengatasi masalah dengan sekali penyeliaan sahaja. Dalam hal ini tindakan ikut oleh
penyelia dan yang diselia adalah perlu, sekiranya langkah penyeliaan yang diambil
kurang berkesan, prosedur tersebut bolehlah diulang.

PROSES PENYELIAAN KLINIKAL


Konferens Sebelum Penyeliaan
Perbincangan dengan guru-guru yang berkenaan adalah perlu untuk mencapai
beberapa matlamat dan mewujudkan hubungan guru-guru dengan penyelia. Strategi ini
adalah perlu walaupun kedua-dua pihak (penyelia dan guru) pernah bekerja bersama
sebelum ini. Untuk mendapat keterangan yang lebih mendalam mengenai objektif
pengajaran guru dan kaedah-kaedah pengajaran yang akan digunakannya, proses ini
(konferensi sebelum penyeliaan) wajar dilakukan kerana menurut beberapa
penyelidikan, jika seseorang mempunyai objektif yang jelas, maka usaha serta strategi
ke arah pencapaian objektif tersebut tentu lebih berkesan.

Tambahan lagi banyak kajian berkenaan role expectation, mencadangkan bahawa


apabila penyelia dan guru bersetuju dengan objektif dan pelaksanaan strategi untuk
mencapai objektif, banyak hasil positif dan faedah akaan muncul. Secara ringkas, jika
penyelia dan guru tidak bersefahaman mengenai apa yang diseliakan dan untuk tujuan
apa penyeliaan yang berkenaan, salah faham akan timbul dan munglin penyelia akan
dituduh sebagai mencari salah dan tidak objektif dalam menjalankan tugasnya
sebagai penyelia.

Penyeliaan Pengajaran Di Dalam Bilik Darjah


Penyeliaan pengajaran di dalam bilik darjah mempunyai banyak kelemahan sebagai
satu alat penilaian dan pengukuran kerana kehadiran penyelia sendiri dalam bilik darjah
adalah satu gangguan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah,
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
Guru dan murid akan menjadi peka terhadap kehadiran penyelia di dalam bilik darjah.
Oleh kerana penyelia dianggap sebagai seorang asing, berbagai-bagai persoalan
mengenai tugas dan peranan berhubung dengan lawatan penyelia dalam bilik darjah
timbul dalam minda murid dan guru. Tambahan lagi, kalau lawatan penyeliaan ini
bersifat sekali-sekala maka tahap kesahannya boleh dipersoalkan. Dalam konteks ini,
penyeliaan pengajaran sebagai satu alat pengukur adalah tidak sah.
Walaupun terdapat masalah dan kelemahan berhubung dengan penyeliaan, teknologi
masa kini dapat menjadikan lawatan penyelia ke bilik darjah sebagai satu proses dan
kaedah yang wajar dan sesuai sekali untuk mendapatkan data-data petunjuk prestasi
guru.

Di samping kaedah penyeliaan secara langsung yang memerlukan kehadiran penyelia


dalam bilik darjah untuk membuat cerapan pengajaran, terdapat juga kaedah
penyeliaan secara tidak langsung di mana penyelia cuba memerhati sambil berjalan lalu
di bilik darjah. Penyelia akan mendapat sedikit data tentang prestasi guru sebagai
pengajar dengan merujuk kepada suasana kelas dan apa sahaja yang dapat
dicerapkan daripada luar bilik darjah. Penyeliaan perlu dilihat sebagai satu langkah
untuk perkembangan dan kemajuan yang berterusan ke arah pencapaian matlamat
Falsafah Pendidikan Negara.

Seperti yang diterangkan tadi, salah satu tujuan penyeliaan adalah untuk mendapatkan
maklumat mengenai prestasi guru dan mengenalpasti guru-guru yang kurang cekap
untuk tindakan selanjutnya, sama ada untuk kenaikan pangkat ataupuin untuk
mengadakan latihan dan kursus dalam sekolah. Tetapi cara dan kaedah memperolehi
data dan mencari bukti haruslah sah dan tidak dipengaruhi oleh sebarang prasangka.

Menganalisis Data dan Menyusun Strategi


Peringkat ketiga merupakan peringkat yang amat penting dalam keseluruhan pusingan
Penyeliaan klinikal. Walaupun diandaikan bahawa pencerapan yang kurang tepat telah
dilakukan pada peringkat penyeliaan yang lain, ia tidak dapat menyempurnakan tugas
penyeliaan pada keseluruhannya. Ada aspek-aspek lain yang berkaitan dengan
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
pengajaran yang harus dibincangkan dengan guru dan ada juga cadangan-cadangan
yang perlu dibuat untuk tindakan guru yang berkenaan. Perlu diingatkan bahawa
kaedah penyeliaan adalah tidak terhad, ada banyak lagi kaedah atau teknik penyeliaan
pengajaran dalam bilik darjah, yang menggabungkan peringkat pencerapan atau
pengamatan dengan analisis yang terdapat dalam pusingan penyeliaan. Jika seseorang
menggunakan teknik sedemikian, maka kebanyakan analisis adalah ditentukan terlebih
dahulu dengan memilih satu sistem pencerapan.

Oleh itu, kriteria-kriteria yang berikut perlu diambil kira semasa seseorang penyelia
hendak memilih item-item atau corak tingkah laku guru yang telah dicerapkan.
Antaranya ialah kepentingan penyeliaan. Ia merujuk kepada corak tingkah laku guru
yang diselia, yang dirasakan penting yang boleh mempengaruhi kejayaan atau gagal
sesuatu pelajaran. Seterusnya bilangan yang kecil faktor yang dipilh. Ini adalah kerana
penyelia mempunyai masa yang terhad untuk berinteraksi dnegan guru yang diselia
dan penyelia haruslah tertumpui kepada perkara-perkara yang lebih genting dan
penting. Perkara-perkara yang akan dibincangkan nanti haruslah terdiri daripada
perkara-perkara yang boleh diperbaiki sekiranya guru yang diselia menggandakan
usaha. Seseorang penyelia seharusnya mempunyai kebolehan dan ekmahiran dalam
emengenal pasti tingkah laku (guru yang diselia) yang boleh diperbaiki berasaskan
kepada pengalaman dan pengetahuannya terhadap seseorang guru atau berkenaan
pengajaran secara amnya. Dalam keadaan yang tertentu, ada kemungkinan kedapatan
corak tingkah laku guru yang penting kepada keberkesanan pengajaran dalam bilik
darjah, tetapi tidak ada cara yang konkrit untuk mengubah tingkah laku demi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Maka penyelia mungkin
tidak akan memilih corak tingkah laku tersebut sebagai salah satu perkara
perbincangan dengan guru yang diselia.

Seluruh proses Penyeliaan Klinikal sampai ke kemuncaknya semasa konferensi. Di


sinilah seluruh percubaan yang dibuat semasa konferensi sebelum penyeliaan, semasa
penyeliaan dan semasa analisis data dan menyusun strategi digabungkan untuk
dijadikan satu asas untuk membuat keputusan dengan guru yang diselia. Jika
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
konferensi ini dapat mendorong guru membuat semakan ke atas persepsinya terhadap
faktor-faktor kelemahan dan kekurangan pengajarannya dalam bilik darjah, ini
bermakna bahawa konferensi telah mencapai sebahagian daripada matlamatnya.
Persetujuan haruslah dicapai berkenaan apakah jenis atau bentuk perubahan yang
harus dibuat kepada pelajaran-pelajaran seterusmnya, dan perubahan-perubahan ini
akan menjadi bahan penting dalam konferensi selepas penyeliaan iaitu proses
seterusnya dalam pusingan penyeliaan.

Dalam pada ini, hanya praktik klinikal yang luas dalam situasi yang sama, iaitu
konferensi dan perbincangan dapat memberikan pengalaman dan kemahiran serta
pengetahuan praktik yang sangat diperlukan oleh para penyelia. Penyelia pendidikan
yang menghadiri konferensi tanpa sebarang bantuan diibaratkan sebagai seorang ahli
ilmu jiwa yang memperolehi pengalaman awal melalui pelanggannya. Tindak balas
manusia kepada sesuatu rangsangan luar adalah suatu perkara yang rumit difahami,
apa lagi ingin meramalkannya. Penyelia-penyelia perlu berhati-hati apapbila berbincang
dengan seseorang guru yang tidak berpengalaman tentang perwatakan dan prestasi
pengajarannya dalam bilik darjah.

Dalam keadaan seseorang penyelia sahaja yang bertugas dalam sebuah bilik darjah,
mungkin boleh diaturkan satu pusingan penyeliaan dengan kehadiran penyelia-penyelia
lain memerhati rakan sejawat mereka. Jika seorang penyelia sahaja yang bertugas
dalam satu situasi tertentu, konferensi selepas penyeliaan boleh dijadikan sebagai
semakan semula prestasi sendiri. Salah satu kemungkinan ialah penyelia boleh
meminta bantuan guru-guru yang diselia untuk membuat beberapa kenyataan
penilaiannya tentang prestasinya sendiri sebagai penyelia.

MASALAH DALAM PERLAKSANAAN PENYELIAAN KLINIKAL


Kejayaan pelaksanaan penyeliaan klinikal bukanlah mudah. Adalah sukar untuk
menyampaikan satu kenyataan sumatif yang boleh memberikan satu gambaran tentang
aspek-aspek kompleks yang berkaitan dengannya. Maka apa yang akan dinyatakan
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
sememangnya mempunyai kekurangan dari segi kesesuaian dan strategi yang ideal
tetapi kalau kita berpegang teguh kepada tiga kriteria yang dikemukakan di awal
perbincangan ini, maka beberapa isu yang penting dan yang mempunyai hadnya, boleh
dicuba oleh seseorang pengetua dan boleh dibincangkan.

Oleh itu, mereka ini tidak akan boleh menjadi kaunselor yang berjaya. Tambahan pula
kemahiran mereka mungkin sangat terhad berhubung hal penyeliaan pengajaran dalam
bilik darjah terutama sekali jika seseorang pengetua membezakan perbezaan antara
mata pelajaran, ataupun latar belakang prestasi sesebuah sekolah. Pengetua-pengetua
yang kurang mahir harus mencuba sedaya upaya untuk memperolehi kemahiran yang
berkaitan. Yang tidak berjaya dalam memperolehi kemahiran itu harus dinasihatkan
supaya tidak melibatkan diri dalam penyeliaan klinikal kecuali dalam keadaan yang
membolehkan mereka memainkan peranan bukan sebagai penyelia, tetapi sebagai
pengelola dan pemudah cara. Sebagai seorang pengamal penyeliaan klinikal,
pengelola dan pemudah cara, pengetua sekolah memainkan peranan yang penting.
Merekalah yang bertanggungjawab terhadap kejayaan dan kegagalan usaha penilaian
formatif hasil interaksi antara penyelia dengan guru.

Pengetua sekolah juga perlu memiliki kemahiran sendiri atau bantuan daripada luar
sekolah untuk menentukan keperluan Penyeliaan Klinikal. Namun, dengan
kepelbagaian peranan pengetua yang kompleks ini, jangan terlalu mengharapkan serta
terlalu bergantung kepada pengetua sehubungan dengan penyeliaan klinikal. Guru-guru
sekolah harus berinisiatif untuk memperolehi kemahiran Penyeliaan Klinikal kerana ia
boleh dan akan membantu mereka dalam soal interaksi dengan rakan sejawat dalam
proses penyeliaan.

Menerusi Penyeliaan klinikal bukan sahaja boleh mempereratkan lagi hubungan antara
Penyelia dengan guru, malahan meningkatkan lagi tahap profesionalisme dan bakat
guru sebagai pendidik. la juga dapat menyelesaikan masalah kekurangan penyeliaan
kerana kekurangan penyelia dan aktiviti penyeliaan dapat dikendalikan dengan lebih
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
kerap lagi. Ia juga boleh menyelesaikankan masalah berkaitan dengan perbezaan
antara mata pelajaran dan merentasi gred.

Jika ini adalah hakikat umum, maka boleh dicadangkan bahawa para pengetua,
penolong kanan dan guru-guru kanan sekolah dalam sistem pentadbiran sekolah,
melaksanakan kaedah, dan konsep Penyeliaan Klinikal, mengubah pandangan mereka
terhadap Penyeliaan Klinikal dan menerima serta menghayati Penyeliaan Kliniikal
sebagai satu amalan profesional. Penyeliaan Klinikal telah pun diterima sebagai satu
kaedah yang efektif dalam menggalakkan perkembangan profesional di kalangan guru-
guru. Kaedah ini menjadi bertambah popular kerana fleksibilitinya, serta kerjasama
rakan sekerja yang digalakkan oleh kaedah ini. Menurut Pool dan Evans (1991), apabila
Kaedah Penyeliaan Klinikal diperkenalkan, banyak model-model bimbingan Penyeliaan
Klinikal berkenaan teknik cerapan serta penilaian sebelum pembelajaran turut
diperkenalkan (Johnson, 1988; Martin dan Yoder, 1985; Wood, 1987). Program-program
Penyeliaan Klinikal juga dipasarkan, misalnya program yang memerlukan pengetua
sebagai penyelia menilai setakat mana pelajar adalah responsif terhadap pengajaran,
dan juga kualiti interaksi antara guru dengan pelajar (Glatthorn, 1990). Selain itu,
Seminar demi seminar diadakan berkaitan Penyeliaan Klinikal.

KELEMAHAN KAEDAH PENYELIAAN KLINIKAL

Dalam banyak model, program dan seminar tentang penyeliaan klinikal, tiada satu pun
menyentuh gangguan kerana kehadiran penyelia dalam bilik darjah yang boleh
mempengaruhi proses pengajaran-pembelajaran dan mempengaruhi proses interaksi
guru-pelajar (Pool dan Evans, 1991). Malahan penyokong Penyeliaan Klinikal
mengandaikan bahawa penyelia adalah tidak dapat dilihat. Penyeliaan klinikal bukan
tanpa kekurangannya. Pool dan Evans (1991) menyebut sekurang-kurangnya tiga
impak hasil danpada cerapan tidak menonjol (Unobtrusive observation), yakni: tanda
pendahuluan untuk pelajar (Advance cuing of students), interaksi guru-pelajar, dan
pencapaian objektif pelajaran.
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012

Konferensi pra cerapan diadakan untuk membincang objektif dan strategi pengajaran
dan ia boleh dijadikan sebagai satu tanda isyarat kepada pelajar tentang kedatangan
"pelawat" supaya mereka bersiap sedia. Ia akan mempengaruhi hasil cerapan. Pelajar-
pelejar diberitahu tentang kedatangan pengetua untuk membuat cerapan pembelajaran,
mereka akan mencuba sedaya upaya supaya pengetua sebagai penyelia adalah
tertarik dengan kebolehan dan kemahiran mereka.

Selain itu, interaksi antara guru dengan pelajar turut dipengaruhi oleh kehadiran
seorang penyelia yang duduk di belakang bilik darjah. Oleh kerana sensitif terhadap
kehadiran seorang penyelia dalam bilik darjah, para pelajar biasanya teragak-agak
dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Oleh kerana Penyeliaan Klinikal
menilai iklim pembelajaran berdasarkan kepada interaksi ini, maka hasil cerapan dan
data diperolehi itu menjadi tidak sah. Ada kalanya para pelajar tidak dapat memberi
respon yang betul kepada soalan yang dikemukakan oleh guru kerana mereka merasa
ketegangan apabila ada "pelawat" di dalam bilik darjah, apatah lagi dalam kes ini
penyelianya adalah pengetua sekolah.

Di samping itu, kalau penyelia ingin menilai keberkesanan pengajaran dengan merujuk
kepada tingkah laku pelajar, penilaian jenis ini adalah tidak sah kerana tingkah laku
para pelajar adalah berbeza semasa penyelia ada berada bersama di dalam bilik darjah
dan semasa penyelia tidak berada di dalam bilik darjah. Merujuk kepada huraian di
atas, kehadiran penyelia dalam bilik darjah boleh ditafsirkan sebagai satu tanda yang
"mengancam", dan oleh itu mempengaruhi beberapa aspek interaksi antara guru
dengan pelajar serta proses pengajran-pembelajaran.

Pool dan Evans (1991) berpendapat bahawa cerapan dan penyeliaan boleh dijadikan
satu perkara yang "tidak mengancam" dalam keadaan suasana beramah, rasa
berkongsi, belas kasihan, humor, kejujuran dan berinteraksi. Kehadiran penyelia
membuat cerapan dalam bilik darjah boleh dijadikan satu ciri positif sekiranya yang
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
membuat cerapan dan yan dicerap itu bersama-sama melibatkan diri serta mengambil
bahagian dalam proses penyeliaan itu.

Penyeliaan pengajaran-pembelajaran guru di dalam bilik darjah bukan sahaja bertujuan


mempertingkatkan profesionalisme guru dan prestasi guru berhubung dengan
pengajaran dan prestasi pelajar berkaitan pembelajaran, memungut data yang menjadi
asas perbincangan profesional antara pengetua dengan guru, penyeliaan juga
digunakan sebagai satu alat atau kaedah dalam sistem penilaian guru.

KESIMPULAN
Menurut Robinson (1998) selagi para pendidikan masih meneruskan usaha untuk
mencari kaedah-kaedah pengajaran untuk memperbaiki dan mempertingkatkan
pendidikan para pelajar, penyeliaan klinikal turut terus menjadi berdaya maju walaupun
secara tidak langsung kaedah ini bertujuan untuk mencapai matlamatnya tersendiri.
Pavan (1993) pula mengatakan bahawa dalam model-model penyelidikan klinikal jika
para pentadbiran dapat mengubahsuai amalan penyelidikan klinikal untuk
meningkatkan kepuasan kerja guru. Maka akan lebih ramai guru berpuas hati untuk
meneruskan serta mempertingkatkan amalan pengajaran mereka.

Kamarudin Kachar (1989) berpendapat institusi pendidikan di Malaysia pada masa kini
telah menjadi semakin kompleks dan tidak bercorak ringkas seperti pendidikan zaman
penjajahan British dahulu. Perkembangan pendidikan yang terbaru khususnya dalam
bidang sains dan teknologi maklumat memerlukan kepimpinan yang berkesan, khasnya
kaedah pengajaran.
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012

Maka kaedah penyeliaan seperti penyeliaan klinikal untuk meningkatkan prestasi


pembelajaran dan pengajaran perlu dilaksanakan dengan berkesan melalui pemupukan
kebolehan guru, dan membentuk serta menyelaraskan semua daya usaha guru-guru.
Kualiti pendidikan yang tinggi hanya dapat dicapai jika para pendidik dan penyelia
pendidikan mempunyai dedikasi dan tanggungjawab yang tidak berbelah bagi.
Penyeliaan yang berkualiti akan memberi kesan yang baik kepada pertumbuhan
pelajar.

RUJUKAN

Abdul Shukor Abdullah. (1998). Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah-Isu Dan
Strategi. Jurnal Kementerian Pendidikan, 32 (7): 33-39.

Alimuddin Mohd Dom. (2006). Kepimpinan Instruktional : Peranan Pengetua Dan Guru Besar
Dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Putrajaya :
Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan.

Al Ramaiah. (1999). Kepimpinan pendidikan: cabaran masa kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn.
Bhd. m.s.8.

Alma Harris. (2003). Teacher leadership: A New Orthodoxy. In Davies, B & West Burnham J.
(EDS) Handbook of Leadership and Management London: Pearson Publishing.

Aminuddin Adam. (2005). Penyeliaan dan Penilaian. Kertas kerja yang dibentang dalam
Seminar Kepimpunan Instruktional Untuk Pengetua/Guru Besar

Boardman, W. Charles, Dougless R. Harl, dan Bent K. Rudyard. (1953). Democratic


Supervision In Secondary School. Massachusetts: Houghton Mifflin Company.

Chan Yuen Fook & Gurnam Kaur Sidhu. (2009). Investigating Leadership Characteristics of an
Excellent Principal in Malaysia. International Education Studies, 4(2), 106 116.

Fisher, K. (2001). 'Building Better Outcomes: The impact of school infrastructure on student
SUGANTHI A/P SUPAIAH PENYELIAAN KLINIKAL

PGD 160012
outcomes and behaviour', Department of Education, Training and Youth Affairs: Australia.

Glanz, J. (2007). On vulnerability and transformative leadership: An imperative for leaders of


supervision. International Journal of Leadership in Education 10: 115_35.

Hamdan Bin Said & Nurlia Binti Mohamad. (2011). Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kota Tinggi, Johor. Journal. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.

Hashim Hamad. (2000). Peranan Pengetua Sebagai Penyelia dan Pemimpin di Sekolah. Tesis
Sarjana, UPM.

Mohd Hamsam Abd Latif. (2002). The Effectiveness of Teaching Supervision Towards Living
Skills Teachers at the Secondary in the Kluang District, Johor.Universiti Teknologi
Malaysia, Unpublished Final Year Project Report.

Mohd Ruzi Muhammad Shafie. (2001). Persepsi Guru Terhadap Pencerapan Pengajaran di
Lima Buah Sekolah Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana
Muda.

Nazaruddin Hj. Mohd. Jali. (1992). Penyeliaan Pendidikan: Kepimpinan Instruksi Guru Besar &
Pengetua. Jurnal Pendidikan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2012). Kementerian Pelajaran Malaysia,


September 2012.

Ramaiah, A. L. (1999). Penyeliaan Klinikal : Satu Pendekatan Terhadap Pengajaran-


Pembelajaran di Sekolah. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sharifah Md. Nor., & Azizah Abd. Rahman. (1989). Penyeliaan Pengajaran Sebagai Satu Ciri
Kepimpinan Profesional. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. 33.20.39.

Surat Pekeliling Ikhtisas. Bil: 3/ 1987. Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas


Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah.

Sergiovanni. Thomas. J., & Starratt. Robert. J. (2002). Supervision: A Redefinition. 7th Edision.
New York: McGraw-Hill Companies,Inc.

Anda mungkin juga menyukai