Anda di halaman 1dari 2

Cadangan kajian seterusnya

Dalam kajian yang telah dijalankan ini, terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti.
Kelemahan yang pertama adalah saiz sampel yang kecil iaitu hanya seramai 20 orang responden
yang terlibat dalam kajian ini. Saiz sampel perlu diperbesarkan bagi mendapat gambaran sebenar
tentang tajuk kajian. Kajian ini juga tidak mengaitkan faktor pembolehubah seperti jantina, taraf
ekonomi dan kedudukan sosial. Oleh sebab itu, dapatan kajian tidak dapat digeneralisasikan
keseluruhan komuniti. Pengaruh faktor pembolehubah perlu dikaji bagi mengetahui kesannya
terhadap faktor halangan dan cara mengatasi halangan yang wujud. Seterusnya, instrumen
borang pemerhatian perlu diperbaiki dari segi rujukan dan panduan yang digunakan oleh guru
untuk menilai amalan kreativiti murid yang diperhatikan. Panduan yang lebih teliti harus
disediakan supaya data yang diperoleh mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

cadangan kepada guru

Fokus kajian ini adalah lebih terarah kepada tahap penguasaan murid dalam mengatasi halangan
kreativiti yang wujud dalam diri. Namun begitu, dalam mencapai matlamat kajian, peranan guru
dilihat memberi kesan yang besar. Jika guru tidak menjalankan peranan dengan sebaliknya maka
sesuatu objektif kajian itu agak sukar dicapai. Oleh itu, peranan guru dalam memupuk kreativiti
dalam mengatasi halangan kreativiti perlu dikaji. Selain itu, ciri-ciri guru yang kreatif juga perlu
diteliti bagi membangunkan citra masyarakat yang intelek.

Selain itu, sebagai seorang yang sentiasa mengamalkan pengajaran dan pembelajaran sepanjang
hayat bagi mempertingkatkan diri dengan kemahiran pedagogi, guru seharusnya
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan perlu menggunakan kaedah pengajaran yang
bersesuaian dengan topik yang diajar. Di samping itu, guru juga perlu bijak memilih bahan bantu
mengajar yang bersesuaian dengan perkembangan dunia ilmu pendidikan. Guru perlu berfikiran
jauh dalam menentukan hala tuju yang lebih baik kepada murid-murid.

Cadangan kepada pentadbir sekolah

Pihak pentadbir sekolah memastikan keperluan murid dipenuhi dengan melengkapkan bilik Reka
Bentuk dan Teknologi bahan yang berkaitan dengan kreativiti. Di samping itu, dana yang
disalurkan kepada matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi harus digunakan dalam
memperbanyak peralatan bengkel dan bahan bantu belajar yang rosak. Pihak sekolah juga harus
memberi peluang kepada murid untuk menunjukkkan kreativiti mereka dengan memberi
kebebasan daripada memberi tekanan kepada mereka dengan pengetahuan berorientasikan
peperiksaan semata-mata.