Pengajaran akidah amat penting kepada pelajar kerana ia merupakan asas kepada pendidikan
Islam. Oleh itu guru perlu berusaha menyampaikan isi pengajaran, pendekatan, kaedah dan
strategi yang betul supaya pengajaran tersebut lebih menarik dan berkesan. Guru perlu
menghayati objektif utama pengajaran akidah sebelum menyampaikan kepada pelajar. Antara
objektif utama pengajaran akidah ialah:
Soal jawab
Perbincangan
Kuliah
Bercerita
Sumbangsaran
Anologi
Kajian Perpustakaan
Akhbar dalam darjah (ADD)
Projek
Menulis rencana
Forum
Lawatan
Kaedah soal jawab merupakan kaedah dimana guru mengemukakan soalan , manakala pelajar
pula memberi jawapan. Kaedah soal jawab juga biasanya berdasarkan kepada dialog dan
perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya
atau dikritik lagi. Proses pangajaran dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan
dengan kaedah perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran
di samping membantu meningkatkan kecerdasan otak, mencongkil bakat dan dapat
menghidupkan suasana pembelajaran. Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan kaedah ini
semasa proses P&P kerana ia merupakan kaedah interaksi dua hala yang melibatkan pelajar
dan guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada kesan yang positif dan memberikan
kefahaman yang lebih jelas kepada kepada pelajar.
b.Kaedah Perbincangan
Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran, berkongsi
maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan mencari penyelesaian.
Tujuan Perbincangan
Sebelum
Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan
Agih tugas kepada ahli kumpulan
Guru bombing perlantikan pengerusi dan pencatat
Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan
Semasa
Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan
Awasi perbincangan agar tidak terpesong dari tajuk
Bantu murid beri idea
Betulkan kesilapan
Bari galakan kepada setiap ahli supaya mengambil bahagian
Selepas
Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap kumpulan mempunyai bahan yang
mencukupi
Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak untuk diedarkan kepada
semua murid
Beri ulasan dan rumusan
Prinsip Perbincangan
sesi buzz,
sumbangsaran
seminar
forum
Perbahasan
Kaedah Syarahan
Kaedah syarahan merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri
dalam memberi penerangan, huraian dan penjelasan kepada pelajar. Ia juga merupakan satu
bentuk penyampaian atau penerangan mengenai statu isi pengajaran secara lisan oleh guru.
Pembelajaran mengenai kaedah ini merupakan kebergantungan pelajar kepada guru, secara
tidak langsung ia boleh melahirkan rasa hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru.
Dalam melaksananakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan pelajar
dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapannya dengan
jelas. Guru juga perlu bertutur dengan jelas dan terang serta menggunakan bahasa yang
mudah difahami oleh pelajar. Terdapat bebrapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru
untuk mengaplikasikan kaedah ini supaya ianya lebih berkesan. Antaranya ialah:
a) Syarahan hendaklah diberi pada masa yang seauai seperti hendak mengenalkan tajuk atau isi
pelajaran baru.
b) Guru hendaklah menyampaikan syarahan yang ringkas dan bernas
c) Guru perlu menyampaikan syarahan dengan menggunakan intonasi suara yang sesuai supaya
dapat pelajar memahami dengan mudah dan jelas
d) Syarahan perlu diikuti dengan ujian bertulis untuk mengukur kefahaman dan tumpuan pelajar
e) Syarahan juga perlu digabungjalinkan dengan teknik-teknik lain seperti soaljawab,
perbincangan dan sebagainya supaya ianya lebih menarik dan tidak membosankan.
Rasulullah SAW sebagai Rasul, pendidik dan contoh utama umat Islam sentiasa mengambil
contoh dan roh al-Quran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan. Baginda juga telah telah
menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan fitrah manusia.
Antara kaedah yang diamalkan baginda termasuklah kaedah syarahan. Sebagai contoh yang
boleh dilihat ketika baginda menyampaikan pengajaran di rumah Arqam bin Abi Arqam, di
Masjid Nabawi dan di tempat-tempat lain. Baginda telah memanggil orang-orang Quraisy ke
Bukit Safa dan menyampaikan syarahan baginda di sana.
Pengajaran ibadah yang berkesan membolehkan pelajar dididik untuk menghayati hukum dan
peraturan Islam. Ia juga melatih pelajar menunanikan kewajipan menunaikan ibadah khusus
seperti solatt, puasa, zakat, haji, sembelihan dan ibadah lain. Oleh itu, proses pengajaran
ibadah secara berkesan memerlukan kaedah dan strategi pengajaran secara betul dan
menarik. Antara objektif utama pengajaran ibadah ialah:
Sebenarnya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan
isi dan situasi pembelajaran yang akan memberikan mereka pengalaman, pengetahuan dan
kemahiran.
Bagi pembelajaran ibadah, kaedah ini sangat praktikal dilakukan kerana ia melibatkan ibadah
amali, dengan ini pelajar mampu mempraktikkan ibadah tersebut di luar waktu pengajaran.
Antara contoh tajuk memerlukan kaedah tunjuk cara ialah:
1. Cara menyucikan najis
2. Jenis solat
3. Tayammum
4. Haji
5. Mandi Wajib
6. Wudhu
Kaedah ini telah dilakukan oleh malaikat Jibril ke atas nabi Muhammad saw ketika baginda
diajar berwudhu dan melakukan solat. Tujuan kaedah ini dilaksanakan ialah:
- Pelajar dapat melihat dengan jelas perkara yang belaku
- Pelajar dapat melakunkan semula dengan cara yang betul dan sah
- Memotivasikan pelajar melakukan ibadah di luar waktu sekolah
Penggunaan kaedah ini melibatkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara
melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam keadaan yang terkawal. Melalui
lakonan murid-murid dapat menunjukkan cara bagaimana sesuatu masalah diselesaikan.
Kaedah pembelajaran sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Oleh kerana sejarah
berhubung erat dengan fakta maka guru perlu menguasai bebebrapa klemahiran mengajar
supaya ia lebih menarik dan berkesan. Kesan pengajaran sirah terhadap pelajar ialah mereka
dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah-kisah yang dipelajari. Antara objektif
utama pengajaran sirah ialah:
1. Menyedarkan pelajar tentang kisah hidup dan perjuangan Nabi saw dalam menegakkan
agama Islam
2. Mengambil iktibar dan pengajaran yang telah berlaku terhadap umat dahulu
3. Menjadi nabi saw sebagai contoh ikutan yang baik
4. Menanam semangat cintakan agama
Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang biasa digunakan oleh guru untuk
pelajaran sirah. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengaajaran sirah antaranya ialah:
Bercerita
Projek
Latih tubi
Perbincangan kumpulan
Kuliah atau penerangan
Simulasi
Pengurusan grafik
Forum
Soal jawab
Sumbang saran
a.Kaedah Bercerita
Dalam konteks pendidikan kaedah bercerita ialah seorang guru menyampaikan isi pengajaran
dan pembelajaran secara bercerita dalam suasana menghiburkan. Bagaimapun, guru perlu
mematuhi perinsip bercerita supaya ia sesuai dengan murid yang mendengar cerita tersebut.
Ketika sesi pengajaran dijalankan, guru hendaklah bercerita secara ikhlas dan ada unsur
dakwah dengan tujuan mendidik murid supaya berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah swt.
Justeru itu, cerita yang dipilih hendaklah mempunyai unsur didikan dan pengajaran. Elakkan
membawa cerita berunsur khayalan, seks,karut dan khurafat.
Bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai, guru perlu terlebih dahulu merangka langkah-
langkah bercerita iaitu:
b. Kaedah Projek
Satu kaedah di mana murid-murid menjalankan sesuatu aktiviti atau kegiatan dalam situasi yang
sebenar. Ia juga melibatkan penyelidikan atau kajian yang terperinci tentang sesuatu tajuk yang
dilakukan oleh murid secara individu atau berkumpulan di dalam atau di luar bilik darjah. Contohnya
projek gotong royong membersihkan kawasan surau sekolah, membuat buku skrap salasilah keluarga
dan lain-lain.
Projek dapat meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan
kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain Murid-
murid mendapat pengetahuan yang baharu dan dapat mennggunakan pengetahuan sedia ada kepada
situasi kehidupan seharian,
Ciri-ciri;
Garis panduan merangkumi maklumat tentang tujuan, hasil yang akan diperolehi, prosedur-
prosedur dan tarikh projek hendaklah disediakan terlebih dahulu
Peranan utam aguru sebagai pembimbing dan pendorong
Murid bebas mengemukakan pendapat dan memilih projek
Oleh itu,akhlak bermaksud perilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun. Akhlak mulia
bermaksud seluruh perilaku manusia yang sesuai dengan tuntunan al-Quran dan al-Hadith
sebagaimana yang dicontoh dan diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kepada seluruh
manusia. Akhlak baginda adalah Al-Quran.
Asas pengajaran akhlak adalah berorientasikan qudwah hasanah atau menunjukkan contoh
teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh murid-murid dalam kehidupan harian. Di
samping guru sebagai role model, guru juga perlu menguasai beberapa kaedah, teknik serta
kemahiran mengajar supaya pengajaran akhlak menjadi menarik dan lebih berkesan. Kesan
daripada pembelajaran akhlak yang menarik, pelajar dapat mengamalkan akhlak mulia dalam
kehidupan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akhlak merupakan sesi yang sangat penting
yang perlu diambil perhatian oleh guru pendidikan Islam.
Kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran akidah . Antaranya:
Perbincangan
Lakonan
Soal jawab
Kuliah
Penerangan
Tunjuk cara atau demonstrasi
Latih tubi
Bercerita
Sumbang saran
Simulasi
Akhbar dalam darjah (ADD)
Menulis rencana
Projek
a. Kaedah Perbincangan
Perbincangan sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa aktiviti seperti perbualan,
mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan saling berkongsi maklumat
mengenai sesuatu topic atau masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Tujuan
kaedah ini ialah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang
pelajar tentang sesuatu topic. Secara langsung kaedah ini dapat menarik minat dan
merangsang pelajar serta guru dapat membimbing mereka mendapatkan pengetahuan baru.
Kaedah perbincangan ini terbahagi kepada dua iitu:
1. Perbincangan formal
2. Perbincangan Tidak Formal
Perbincangan Formal
Biasanya dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dans ebagainya.
Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:
Aktiviti susulan
Setisp sktiviti perbincangan perliikuti dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran akhlak, tajuk forum
boleh juga dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara ini pelajar akan lebih member
tumpuan mereka terhadap perkara itu
Ulasan guru
Apabila perbincangan telah selesai, guru perlu memberi ulasan dan pandangan. isi
perbincangan perlu ditambah begitu juga dengan aspek ulasan guru.
Perbincangan seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi sebagaimana situasi formal. Ciri-ciri
perbincangan tidak formal ialah:
Kawalan Kelas
Guru yang tegas dan bijak mengawal situasi amat diperlukan supaya murid tidak berebut dan
berlaku pertentangan idea secara serius. Guru perlu menjadikan pebincangan lebih berdisiplin
dan teratur.
Pembahagian Kumpulan
Selain secara kelas, murid juga boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil
untukmembincangkan sesuatu sub topic dan mereka diminta member laporan hasil
perbincangan kumpulan tersebut.
Kaedah ini amat sesuai dijalankan dalam sesi pengajaran guru. Dalam bidang akhlak, mereka
diajar bagaimana cara menyatakan pendapat dan menerima pandangan orang lain seterusnya
memupuk sikap saling menghormati pendapat sendiri dan pendapat orang lain. Mereka juga
berpeluang berkerjasama dalam merancang sesuatu sebelum membuat keputusan.
1. Permulaan Pengajaran
Guru mengaitkan masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat berpunca dari akhlak
Guru perlu memastikan sejauh mana pengetahuan pelajar tentang tajuk yang akan
dibincangkan tersebut.
2. Sesi Perbincangan
Lantik Pengerusi, pencatat dan pelapor
Pastikan pelajar tahu cara perbincangan dijalankan
Galakkan pelajar mencatat idea yang disarankan
Fokus perbincangan kepada tajuk
Kemukakan persoalan perbincangan
Minta murid mengemukakan hasil perbincangan
Membuat rumusan idea-idea perbincangan
3. Penutup
Guru perlu memberikan aktiviti lanjutan ulangkaji untuk kefahaman murid
Guru membuat penilain lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi mempastikan pengajaran
akhlak lebih bermakna.
b. Kaedah Lakonan
Kaedah lakonan merupakan kaedah pengajaran berbentuk drama pendek atau sketsa
melibatkan lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang
diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran akhlak,
pelajar diminta melakonkan watak Imam Ghazali dengan penyamun semasa beliau
mengembara menuntut ilmu pengetahuan. Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan
murid lain memerhatikannya.
Dalam kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang merasai sendiri
situasi dan masalah. Murid juga digalakkan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang
dikupulkan semasa sesi lakonan tersebut dijalankan. Pada akhir pelajaran guru dan murid akan
memberi ulasan.
Melalui kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan,
membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah:
1. Uswah Hasanah
2. Seminar
3. Perbahasan
4. Sumbangsaran
5. Forum
6. Syarahan,kuliah atau khutbah
7. Lawatan
KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN JAWI
Guru yang mengajar pelajaran jawi hendaklah mementingkan keberkesanan pelajaran ini sama
pentingnya dengan pengajaran pelajaran yang lain lain. Guru perlu berusaha untuk memperolehi
pengetahuan asas tentang cara mengajar jawi di samping mempunyai sikap sedia mengajar dan
melaksanakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai dan menarik. Program jawi yang dirancang
dengan baik mengandungi ciri-ciri kepelbagaian kaedah dan cara pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
a.Kaedah
Huruf
Satu kaedah yang memberi penekanan kepada murid-murid mengenal nama dan bunyi huruf.
Menunjukkan huruf alif, ba, ta dan sebagainya dengan bahan bantu seperti manila kad atau flash
kad
Guru memperkenalkan dan menyebut huruf tersebut
Murid-murid diminta menyebut huruf tersebut berulang-ulang secara individu, kumpulan,
berpasangan atau secara kelas
Guru memperkenalkan huruf vocal dan menggabungkannya dengan huruf-huruf tersebut iaitu
ba,bi,bu dan sebagainya.
Kemudian bunyi-bunyi itu disambung menjadi suku kata, perkataan dan rangkaikata
- Guru hendaklah melakukan aktiviti secara latih tubi
- Guru meminta murid menulis menulis perkataan-perkataan yang dibentuk.
b.Kaedah Mengeja
Iaitu satu kaedah di mana murid dikehendaki menyebut huruf dan mengeja serta membina suku
kata tersebut. Selain itu, murid juga boleh mengeja terus sesuatu perkataan.
Iaitu kaedah membunyikan suku kata dan menyambungkannya dengan suku kata yang lain.
Guru menunjukkan suku kata pertama dan meminta murid membunyikannya suku kata tersebut
tanpa mengeja
Murid diminta membunyikan suku kata tersebut berulang kali secara individu, berpasangan,
kumpulan atau kelas.
Guru menunjukkan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan suku kata tersebut
Guru mencantumkan suku kata pertama dengan suku kata kedua dan meminta murid
membunyikan kedua-dua suku kata tersebut dan membentuk perkataan
Kaedah ini lebih berkesan sekiranya perkataan-perkataan yang dibentuk peringkat permulaan
pengajaran terdiri dari suku kata yangs ama bunyinya kemudian diikuti dengan perkataan yang
berlainan bunyi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contoh perkataan yang
sama bunyi ialah; Baba, bubu, titi, cucu.
Dari perkataan yang sama bunyi itu kemudian dibentuk pula perkataan yang berlainan bunyi
dari suku kata yang telah dipelajari, contohnya;
Melalui cara ini, murid dapat membentuk perkataan walaupun tanpa mengeja terlebih dahulu. Di
samping itu, murid juga dapat menguasai kemahiran membaca atau membunyikan perkataan
dengan cepat.
Kaedah merupakan satu kaedah yang bergantung erat kepada bahan bantu atau gambar
kerana kaedah ini hanya dapat dilaksanakan dengan membunyikan perkataan atau
rangkaikata melalaui gambar atau membunyikan ayat melalaui gambar yang ada cerita.
Cadangan aktiviti:
e.Kaedah bermain
Bermain sambil belajar merupakan satu kaedah atau teknik yang baik untuk melatih murid sebagai
seorang manusia dan menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan
akan memperolehi pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai
dengan minat, tujuan dan faedah mereka.
Di antara permainan yang biasanya digunakan dalam bilik darjah ialah teka silangkata, teka-teki, sahibba,
domino, kad-kad bergambar, kad perkataan, membentuk perkataan dari kad-kad huruf, menyambung
titik-titik, cantuman gambar, kad nombor, dam ular dan sebagainya.