Anda di halaman 1dari 24

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER I / 2016

AMSS103

KAEDAH PENGAJIAN SYARIAH

NO. MATRIKULASI : CGS01311025


NO. KAD PENGNEALAN : 751007-11-5183
NO. TELEFON : 019-446 1973
E-MEL : mohd.sukri75@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN


TERENGGANU
AMSS5103

ARAHAN
Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK
TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti
bagi tugasan kursus berkenaan.
Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK
termasuk rujukan.
Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman
dan langkau baris 1.5.
Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat
APENDIKS.

1
AMSS5103

Isi kandungan

BIL PERKARA HALAMAN

01 PENGENALAN 1

02 KONSEP NEGARA ISLAM DARI SUDUT PENGERTIAN, 2


TUJUAN DAN CIRI-CIRINYA MENURUT PARA ULAMA

03 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB YANG PERLU 7


DILAKSANAKAN OLEH SESEBUAH KERAJAAN ISLAM
MENURUT PERSPEKTIF ULAMA

04 PERBANDINGAN ANTARA HAKHAK RAKYAT MUSLIM DAN 9


NON-MUSLIM YANG DIJAMIN OLEH ISLAM DENGAN
REALITINYA DI MALAYSIA

05 PERBANDINGAN ANTARA HAKHAK WARGANEGARA 20


MUSLIM DAN NON-MUSLIM YANG DIJAMIN OLEH ISLAM
DENGAN REALITINYA DI MALAYSIA
22
06 KESIMPULAN

2
AMSS5103
PENGENALAN

Agama Islam ialah suatu cara hidup yang syumul dan menyeluruh. Ia memberikan manual
dan etika kepada manusia sejagat dalam semua urusan sama ada urusan dunia maupun
akhirat. Al-Quran dan al-Hadith telah memberikan petunjuk kepada manusia tentang segala
perkara dalam kehidupan. Aspek individu, keluarga, masyarakat, kepimpinan bahkan soal
negara dan khilafah juga disentuh dan diajar di dalam al-Quran dan al-Hadith. Tidak
hairanlah suatu ketika dahulu, empayar kekuasaan Islam sangat meluas meliputi sebahagian
besar peta dunia. Bukan sekadar luas semata-mata, namun khilafah suatu ketika dahulu
pernah mencapai puncak kejayaan tamadun mengatasi tamadun Barat. Ini semua terhasil
apabila sistem dan teknikal yang dijadikan garis panduan oleh Islam diaplikasikan
terutamanya dalam soal pemerintahan dan kenegaraan. Isu-isu kenegaraan merupakan satu
isu yang besar. Isu kenegaraan ini membabitkan persoalan umat dan politik insan. Oleh
kerana politik sentiasa panas, maka kefahaman yang jelas tentang kenegaraan merupakan
sesuatu yang penting. Ia menjadi harapan semua agar insan yang terlibat dalam politik
kenegaraan berusaha memajukan agama, negara dan bangsa. Ia menjadi harapan kita juga
agar perbezaan politik antara masyarakat tidak membawa kepada perpecahan dan
ketidakharmornian. Masalah kajian ini adalah untuk membuat satu kajian perbandingan
antara hakhak rakyat dan warganegara muslim dan non-muslim yang dijamin oleh Islam
dengan realitinya di Malaysia. Tujuan kajian adalah untuk mengupas secara ilmiah berkaitan
tunjang asas dalam sesebuah negara, menyingkap pendekatan Islam dalam pemerintahan dan
kenegaraan, memberi garis panduan kepada rakyat dan pemerintah dalam etika bernegara
serta mengharmonikan system yang sedia ada agar selari dengan panduan Islam.

3
AMSS5103
KONSEP NEGARA ISLAM DARI SUDUT PENGERTIAN, TUJUAN DAN CIRI-
CIRINYA MENURUT PARA ULAMA.

Pengertian Negara Islam


Menurut Syeikh Muhammah Abu Zahrah, negara Islam ialah negara yang berada di bawah
kekuasaan pemerintah Islam, kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam.
Negara seumpama ini wajib dipertahankan oleh setiap Muslim.

Syeikh Abu Ala alMawdudi dalam kitabnya yang bertajuk Nazariyat al-
Islamiyyah menyatakan bahawa negara Islam itu adalah negara yang dibentuk berasaskan
al-Quran dan sunnah RSAW, kedua-dua sumber ini berfungsi sebagai pembimbing negara
yang memberi keadilan kepada rakyat.

Imam Ibn Taymiyyah dalam kitab Fatawa menyatakan bahawa status negara
sebagai Islam dan kufur tidak tetap, bahkan ia adalah sifat yang ditentukan oleh sifat
penduduknya. Maka setiap negara iaitu penduduknya bertakwa dan beriman, ia adalah negara
Islam ketika itu.

Yusuf al-Qardhawi pula berpendapat bahawa Negara Islam adalah negara yang
menerapkan hukum sebagaimana yang diturunkan Allah swt kepada RSAW.

Menurut Imam Al-Shafie, mana-mana negeri yang pernah menjadi negara Islam,
status negara Islam tidak akan hilang berdasarkan hukum Islam sekali pun umat Islam telah
dijajah di negara berkenaan. Ini bermakna bahawa negara-negara Islam yang berada di bawah
pemerintahan komunis dan juga kuasa-kuasa lain adalah dianggap sebagai negara Islam yang
dijajah dan menjadi kewajipan umat Islam membebaskannya apabila mereka mampu.

Dr. Said Ramadhan Al-Buti telah menjelaskan tentang persoalan negara Islam di
dalam kitabnya Al-Jihad Fi Al Islam bahawa negara Islam adalah seperti yang telah
disepakati oleh Imam-Imam Mazhab Empat, iaitu negeri atau negara yang berada di bawah
kekuasaan umat Islam dan kedaulatan mereka dan dengannya umat Islam dapat
mengamalkan Islam secara terbuka dan mampu mempertahankan diri dari serangan musuh.
Kemasukan tersebut berlaku melalui peperangan, perdamaian dan sebagainya.

4
AMSS5103
Perbezaan pandangan para ulama dalam mentakrifkan negara Islam, namun
perbezaannya hanya dari segi susunan lafaznya sahaja. Kesemua takrif tersebut difahami
dalam satu makna yang disepakati oleh semua ulama, iaitu orang Islam mempunyai
kedaulatan ke atas diri mereka di negara berkenaan, mereka boleh menegakkan hukum-
hukum dan syiar-syiar Islam di dalamnya.

2.2 Tujuan
2.2.1 Melaksanakan undang-undang Islam di atas muka bumi ini. Firman Allah swt yang
bermaksud:

Maka demi tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu sebagai
hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan
dalam diri mereka terhadap apa yang telah kamu putuskan dan mereka menerima dengan
sepenuhnya.
(Surah al-Ahzab: ayat 36)

Walau bagaimanapun, hukum-hukum Islam ini tidak dapat dilaksanakan sehinggalah


wujudnya sebuah negara Islam. Ibnu Taimiyah pernah menyatakan:

Mendirikan negara adalah kewajipan manusia yang besar terhadap agama malah tidak dapat
ditegakkan agama melainkan dengannya kerana Allah swt mewajibkan menyuruh kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran dan segala kewajipan berkaitan jihad, menegakkan
keadilan dan melaksanakan hukum-hukum Islam tidak akan sempurna kecuali adanya
kekuasaan (kekuatan) dan negara.

2.2.2 Menegakkan syiar Islam dalam kehidupan seharian masyarakat. Firman Allah swt yang
bermaksud:

Orang yang kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini necaya mereka
mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar
dan kepada Allahlah segala urusan.
(Surah al-Hajj: ayat 41)

5
AMSS5103
Ayat ini memberi gambaran bahawa orang Islam yang hidup di atas muka bumi Allah
swt perlu sentiasa menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan
zakat sambal menyeru kea rah kebaikan dan mencegah keburukan.

2.2.3 Membawa keadilan kepada seluruh umat manusia dan alam sejagat. Ini kerana
pemerintahan Islam merupakan system pemerintahan yang adil dan saksama tanpa
mengira bangsa mahupun warna kulit. Ini menunjukkan bahawa semua aspek yang
berkaitan dengan manusia tertakluk dengan undang-undang dan hokum-hukum Islam.
Sabda RSAW yang bermaksud:

Demi Allah sekiranya Fatimah mencuri nescaya aku akan potong tangannya.

2.2.4 Melahirkan masyarakat yang penyayang dan bersaudara. Ini merangkumi hubungan
yang akrab dan baik sesame sendiri. Segala pergaduhan, persengketaan, hasad dengki
dan dendam hendaklah dijauhi. Sabda RSAW yang bermaksud:

Antara orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, mereka
menguatkan antara satu sama lain.

2.2.5 Mengembang dan menyebarkan agama Islam kepada semua manusia di seluruh pelusuk
dunia serta berjihad pada jalan Allah swt dalam mempertahankan kesucian agama Islam
daripada serangan musuh-musuh Islam.

2.3 Ciri-ciri
Untuk memahami ciri-ciri negara Islam, maka hendaklah difahami ciri-ciri sebuah Darul-
Islam. Para ulama memberi pendapat yang agak berbeza tentang Darul-Islam.

Antaranya, perlaksanaan syariat Islam atau hukum dalam susuatu kawasan. Maka
mana mana-mana negara yang melaksanakan syariat Islam maka negara itu adalah Darul-
Islam walaupun majoriti penduduknya bukan Muslim. Namun dengan terlaksananya syariat
Islam maka ia menjadi asas kepada Darul-Islam.

Ada yang berpendapat bahawa Darul-Islam itu ialah kawasan yang terlaksana dakwah
Islam dalam kalangan masyarakatnya dan hukum Islam dapat dilaksanakan.

6
AMSS5103

Ada juga yang berpendapat bahawa Darul-Islam ialah kawasan di mana umat Islam
mendapat keamanan dan perlindungan bagi diri dan agamanya. Oleh itu, neraca utama Darul-
Islam ialah keamanan bagi individu Muslim dan umat Islam.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DILAKSANAKAN OLEH


SESEBUAH KERAJAAN ISLAM MENURUT PERSPEKTIF ULAMA.

Secara teori berdasarkan situasi manusia pada zaman silam, Imam al-Mawardi Syafii di
dalam al-Ahkam as-Sultaniyah yang bersumberkan kefahaman daripada nas al-Quran dan al-
Hadith, beliau menggariskan tugas-tugas di dalam sebuah negara Islam tulen, antaranya:
1. Menjaga din atau asal usulnya yang tetap dan yang diijmakkan ulama salafus-soleh serta
menjalankan kewajipan hak-hak, hudud agar agama terjaga daripada kehancuran.
2. Melaksanakan hukum di antara dua kumpulan berpecah dan menamatkan permusuhan
sengketa.
3. Menjalankan hukum hudud bagi menjaga larangan Allah swt daripada dicerobohi serta
menjaga hak manusia.
4. Jihad menentang penentang Islam selepas usaha dakwah.

Seterusnya Al-Mawardi menjelaskan secara umumnya tugas pemerintah Islam ialah menjaga
kepentingan agama dan mentadbir urusan negara dan umat. Menurut Ibnu Taimiyah:

Urusan pemerintahan adalah antara kewajipan agama yang terbesar; malah agama itu sendiri
tidak dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintahan.

(al-Siyasah al-Syariyah).

Al-Mawardi menghuraikan secara terperinci tugas-tugas tersebut yang dapat dirumuskan


seperti berikut:

1. Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh
memesong akidah dari ajaran Islam sebenar seperti yang diijtimak oleh ulama yang
berlandaskan al-Quran dan al-Hadith.

7
AMSS5103
2. Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas
pemerintahan. Menurut Al-Mawardi:

Harus melantik orang kafir yang menjadi warga negara Islam (Zimmi) sebagai menteri
untuk melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh pemerintah Islam (Wazir Tanfiz).

Mengenai perlantikan wanita sebagai menteri dan jawatan-jawatan awam yang lain, para
ulama mempunyai pendapat yang berbeza.

Sebahagian ulama seperti Al-Mawardi berpendapat tidak harus, manakala sebahagian yang
lain seperti Imam Abu Hanifah dan Ibnu Jarir At-Tabari berpendapat harus melantik wanita
memegang jawatan-jawatan awam kecuali jawatan tertinggi sebagai ketua negara. Dr.
Ibrahim Abdul Hamid dari Universiti Al Azhar dalam kajiannya Nizamul Qada Fil Islam
menyokong pendapat terakhir ini, kerana tiada sebarang dalil yang kukuh melarangnya.

Bahkan di dalam sejarah Islam terdapat contoh-contoh dalam mana wanita dilantik
memegang jawatan awam. Antaranya ialah Saidina Umar r.a. pernah melantik seorang wanita
bernama Assyifa sebagai ketua perbandaran di zaman pemerintahannya. Saidina Aisyah r.a.
pernah menjadi pemerintah tertinggi salah satu pasukan tentera yang terlibat dalam
peperangan Al-Jamal. Beliau adalah seorang ahli Ijtihad dari kalangan sahabat.

3. Menyediakan tentera yang mampu mempertahankan negara dan agama dari


pencerobohan dan menjamin keamanan dalam negeri.

4. Mewujudkan sistem kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan


keadilan.

5. Mendirikan sembahyang lima waktu, sembahyang Jumaat dan sembahyang hari Raya,
dengan membina masjid-masjid dan melantik imam-imam.

6. Mengedalikan urusan ibadat mengerjakan ibadat Haji.

7. Mengendalikan urusan pemungutan dan pembahagian zakat seperti perlantikan amil


dan sebagainya.

8. Memungut hasil dari sumber-sumber yang ada dalam negara (Kharaj).

8
AMSS5103
9. Hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan tanah (Ehya al-Mawat)

10. Mewujudkan pentadbiran yang cekap bagi mengendalikan urusan-urusan kewangan,


harta benda kerajaan, pekerja dan juga pasukan bersenjata.

11. Membenteras jenayah dan mengenakan hukuman terhadap penjenayah dengan


hukuman yang sesuai sam ada had (jenayah) yang ditetapkan hukumannya oleh syarak
dengan syarat-syarat tertentu seperti zina, minum arak dan sebagainya. Atau taazir (jenayah-
jenayah lain yang diberi kuasa kepada pemerinta menetukan bentuk hukumannya).

12. Melaksanakn tugas hisbah yang dalam konteks negara moden dikenali dengan bahagian
penguatkuasaan. Ia bertujuan memastikan supaya adab-adab, akhlak dan syiar Islam serta
peraturan-peraturan yang diwujudkan untuk kesejahteraan masyarakat dapat ditegakkan.

PERBANDINGAN ANTARA HAKHAK RAKYAT MUSLIM DAN NON-MUSLIM


YANG DIJAMIN OLEH ISLAM DENGAN REALITINYA DI MALAYSIA

Hak-hak umum ialah hak-hak yang mesti dinikmati oleh setiap individu sebagai anggota
masyarakat yang tidak semestinya wajib memperolehinya. Hak-hak umum ini bertujuan
untuk melindungi diri, kebebasan dan harta. Ahli undang-undang membahagikan hak ini
kepada dua iaitu persamaan dan kebebasan. Persamaan terbahagi kepada dua iaitu dari segi
undang-undang dan keadilan. Persamaan dalam syariat Islam ialah melibatkan semua peranan
manusia yang sama dalam salasilah keturunan iaitu berasal daripada Nabi Adam as dan yang
membezakan darjat seseorang adalah bergantung kepada perbuatan seharian di atas muka
bumi yang melibatkan perkara-perkara kebaikan dan membawa pahala. Contohnya,
melakukan perbuatan amar makruf nahi mungkar sebagaimana yang disebutkan oleh Allah
swt. Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan semua manusia tanpa mengira bangsa,
agama, keturunan, budaya untuk saling bekerjasama dalam mengerjakan sesuatu perkara
dalam kehidupan sehari-harian. Allah swt mahukan semanagat toleransi dan kerjasama tanpa
memilih sebarang kaum yang istimewa dan ianya membahagikan keadaan yang sama rata.
Dasar persamaan ini amat penting dalam mengatasi masalah-masalah perkauman ala jahiliah
yang berbangga dengan keturunan atau warna kulit. Seseorang dianggap yang terbaik di sisi
Allah swt ialah mereka yang mempunyai sifat-sifat kebaikan dalam diri, budi pekerti yang
baik dan sifat takwa yang tertanam dalam hati yang suci.

9
AMSS5103
Dari segi undang-undang, konsep persamaan dapat dilihat sebagai perkara yang amat
penting dalam semua umat Islam dan bukan Islam iaitu dari segi bangsa, warna kulit, pangkat
kekayaan, kaum kerabat atau kawan dan soal-soal akidah yang hanya untuk umat Islam. Ini
dapat dilihat daripada hadith Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa hukuman yang sama
tetap diberikan kepada semua kaum sama ada kaum itu adalah kaum yang kuat (Bangsawan)
dan kaum yang lemah (Hamba) jika dibuktikan mereka salah. Nabi Muhammad SAW juga
tidak berkompromi untuk menjatuhkan hukuman ke atas saudara maranya atau isterinya
(Fatimah ra) jika beliau telibat dalam melakukan sesuatu kesalahan. Kepentingan konsep
persamaan dalam undang-undang ialah rakyat merasa terjamin terutamanya bagi golongan
yang lemah.

Jika adanya persamaan dalam undang-undang ini golongan kaya tidak dapat menindas
golongan yang lemah dengan mudah dan sesuka hati. Ini kerana hak-hak mereka terpelihara
sebagaimana yang termaktub dalam sesuatu undang-undang. Seseorang yang membuat
kesalahan tidak kira ianya golongan yang kuat atau lemah harus dikenakan hukuman yang
setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya. Dengan adanya konsep undang-undang ini,
maka negara akan berada dalam keadaan yang aman damai dan tidak runtuh dan rakyat akan
sentiasa taat dan hormat kepada negara mereka. Namun begitu, jika sesuatu hak itu dicabuli
atau tidak adil maka rakyat akan merasakan bahawa diri mereka telah dianiayai oleh negara
mereka sendiri. Kesannya, ketaatan rakyat kepada negara tiada dan mereka tidak peduli
bahawa negara mereka utuh atau roboh asalkan hak-hak mereka terpelihara dan terjamin. Jika
tidak dibendung, rakyat akan terus menzalimi negara mereka sendiri dan sesebuah negara
akan terus berada dalam keadaan yang terancam, roboh dan runtuh. Ini dapat dilihat bahawa
sesebuah negara itu akan runtuh dan musnah tidak mengira kaum muslim ataupun kafir jika
konsep persamaan dalam undang-undang tidak berlaku dalam hak-hak rakyat. Ini dapat
dilihat dalam hukuman yang diterima oleh anak Amru Ibn al-Ash (Gabenor Mesir) daripada
Umar Ibn al-Khattab akibat menampar seorang Qibti yang hanya mengalahkan beliau dalam
sesuatu perlumbaaan. Darjat atau pangkat seseorang tidak boleh sesuka hati menghukum
kaum yang lemah jika kaum yang lemah itu tidak melakukan kesalahan dan jangan sekali-
kali menindas kaum hamba padahal mereka juga lahir dapripada rahim ibu mereka yang
dikurniakan oleh Allah SWT Oleh itu, jelaslah bahawa semua umat adalah sama di sisi Allah
S.W.T tanpa mengira pangkat dan kekuasaan.

10
AMSS5103
Dari segi keadilan pula, konsep persamaan dapat dilihat sama dari segi kaedah
pembuktian, pelaksanaan undang-undang, tatacara dalam membuat dakwaan ataupun
penggugatan dan keadilan di antara dua pihak yang bergaduh dalam menerima hukuman.
Dalm konsep persamaan bidang kehakiman, seseorang hakim mestilah bersikap adil dan jujur
dalam mengenakan sesutu hukuman ke atas kedua-dua pihak yang bergaduh. Hakim itu
mestilah bersikap sama rata tanpa bersikap berat sebelah terhadap mana-mana pihak yang
bergaduh. Allah swt telah berfirman bahawa umat Islam seharusnya memperjuangkan diri
kerana Allah swt, kedua ibu bapanya dan kaum keluarganya dan jangan terlalu bertidak
mengikut hawa nafsu yang boleh menyebabkan seseorang itu bersikap tidak adil dalam
menetapkan sesuatu perkara.

Konsep kebebasan pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu kebebasan peribadi,
hak memiliki, hak keistimewaan tempat tinggal, kebebasan beragama dan beribadah, hak
memberi pendapat, hak belajar dan hak untuk mendapatkan perlindungan dari negara.
Konsep kebebasan ini meliputi kebebasan manusia untuk mendapatkan pelbagai hak dalam
kehidupannya sebagai insan dalam masyarakat.

Kebebasan peribadi menyatakan bahawa seseorang itu bebas untuk bergerak kemana
sahaja tanpa ada sekatan daripada orang lain temasuklah dalam negeri dan luar negeri.
Seseorang itu sentiasa dilindungi oleh undang-undang dan orang lain tidak boleh menceroboh
dan mengganggu kebebasan peribadi setiap manusia serta tidak boleh ditangkap, diseksa atau
dikurung sesuka hati melainkan undang-undang yang berkuasa untuk membuat seseorang itu
diperlakukan sedekimian. Pencerobohan keatas peribadi seseorang dianggap sesuatu
perbuatan yang zalim dan dikeji serta diharamkan oleh Allah swt. Hukuman yang dikenakan
ke atas seseorang individu yang bersalah mesti bersandarkan bukti dan bukan menghukum
seseorang yang tidak jelas kesalahan yang telah mereka buat. Negara Islam telah mejamin
hak seseorang individu agar berhak untuk berhijrah ke merata tempat dalam mencari rezeki,
mencari ilmu dalam meneruskan kehidupan seharian di atas muka bumi Allah swt ini dan
ianya telah disuruh oleh Allah swt kerana di hari kiamat nanti tempat inilah jua mereka akan
kembali. Sesebuah negara harus menjaga dan melindungi diri seseorang daripada
pencerobahan nyawa, diri atau nama baik, kemanusiaannya dari penghinaan dan perlakuan
yang tidak wajar.

11
AMSS5103
Seseorang muslim itu seharusnya bersyukur di atas segala ketentuan yang telah
ditetapkan oleh Allah swt ke atas mereka sebagai umat Islam dan sesungguhnya martabat
mereka sebagai umat islam dianggap berada dalam kedudukan yang tertinggi dan termulia di
sisi Allah swt. Allah swt amat mementingkan harga diri dan maruah umat Islam yang harus di
jaga dengan sebaik mungkin agar tidak dihina oleh kaum kafir. Orang Islam seharusnya
berani mempertahankan hak kebebasan peribadi seperti melindungi kehormatan dan
kemuliaan daripada ditindas oleh negara sendiri dan anasir-anasir luar. Hal ini kerana, Allah
swt itu maha berkuasa di atas sesuatu kejadian dan manusia hanya perlu takut kepada Allah
swt sahaja berbanding manusia biasa yang berada di atas muka bumi ini yang tidak dapat
menandingi kekuasaan Allah swt. Oleh itu, seseorang individu itu harus berani untuk
melindungi kehormatan individu daripada ditindas oleh orang jahat sehingga seseorang
individu itu dapat hidup sebagaimana yang dituntut oleh akidahnya. Selain daripada itu,
kebebasan peribadi bagi orang bukan Islam juga sama seperti orang-orang Islam. Hak dan
tanggungjawab orang bukan Islam adalah sama dengan orang Islam malahan dalam hadith
Rasulullah SAW ada menyebut bahawa orang bukan Islam mendapat perlindungan yang
banyak dari syariat dan negara Islam. Orang bukan Islam juga lahir daripada Allah swt. Cuma
yang membezakannya adalah amalannya sahaja maka orang bukan Islam juga harus
dilindungi keselamatannya dan orang Islam haram untuk menyakitinya seperti mengumpat,
menjatuhkan nama baik, serta menganiayai mereka. Sesungguhnya jika umat Islam
melakukan perbuatan ini maka adalah sama dengan mensia-siakan tanggungan Allah swt.

Kebebasan beragama dan beribadah penting dalam hak rakyat dalam negara Islam.
Islam tidak memaksa seseorang itu untuk menukar akidahnya untuk memeluk agama Islam
walaupun Islam mengajak mereka ke arah ini. Namun, seseorang itu berhak untuk menganuti
agama masing-masing megikut bangsa dan kaum masing-masing dan umat Islam hanya
bertanggungjawab untuk menyeru orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam dengan
cara yang bijaksana, nasihat yang baik dan berdebat dengan cara yang baik bukannya dengan
sifat paksaan dan ini amat dilarang oleh Allh swt. Orang Islam harus menghormati agama
bukan Islam dan orang bukan Islam harus menghormati agama orang Islam. Allah swt amat
melarang orang Islam dalam mengganggu akidah dan ibadah orang bukan Islam kerana
masing-masing telah diberi kebebasan dalam beragama dan beribadah mengikut agama
masing-masing, ini dapat dilihat dengan penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan
agama yang terdiri daripada pelbagai kaum.

12
AMSS5103
Oleh itu, masyarakat Malaysia harus menjaga tempat-tempat beribadah dengan sebaik
mungkin daripada dicerobohi dan menjaga kesucian dan kemuliaan agama masing-masing.
Konsep murtad tidak ada hubungannya dengan seseorang itu bebas dalam beragama. Ini
adalah kerana, murtad adalah perbuatan yang paling dihina dan haram di sisi Allah swt.
Apabila umat Islam itu murtad maka secara tidak langsung dia telah melanggar hukum-
hukum Islam dan akidah yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Seseorang itu akan berdosa
besar dan segala amalannya semasa menganut agama Islam akan ditarik oleh Allah swt dan
diibaratkan seperti kehidupan orang-orang kafir. Oleh itu, umat Islam tidak seharusnya
memandang ringan terhadap isu murtad ini kerana ianya akan menjejaskan kedudukan agama
Islam dan kedudukan sesebuah negara itu sendiri.

Seterusnya ialah hak keistimewaan tempat tinggal. Setiap manusia memerlukan


tempat tinggal untuk berlindung daripada hujan dan panas dan berlindung daripada perkara-
perkara yang boleh membahayakan diri. Tempat tinggal merupakan salah satu daripada
keperluan asas seseorang untuk meneruskan kehidupan seharian. Tanpa adanya tempat
tinggal, manusia akan hidup terumbang-ambing seperti pelarian dan keselamatan manusia
akan terjejas dan tidak terjamin. Setiap individu harus melindungi dan menjaga temapat
tinggal masing-masing daripada dicerobohi oleh orang-orang luar untuk masuk ke rumah
tanpa ada izin. Manusia seharusnya menikmati tempat tinggal ini dengan sebaik mungkin
kerana rumah merupakan tempat untuk menyimpan segala rahsia peribadi dan penginapan
utama keluarga daripada diancam pelbagai musibah yang tidak diingini. Menceroboh rumah
seseorang adalah dilarang oleh Allah swt kerana perbuatan ini mengganggu hak peribadi
seseorang dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Allah swt melarang setiap orang
masuk menceroboh tempat tinggal orang muslim yang lain tanpa izin. Seseorang itu tidak
boleh masuk ke dalam rumah seseorang jika tidak mendapat keizinan daripada tuan rumah.
Jika masuk juga ini boleh di anggap sebagai menceroboh dan pecah masuk rumah orang.
Perbuatan ini boleh dianggap suatu kesalahan dan boleh disabitkan hukuman di sisi undang-
undang.

Seterusnya ialah kebebasan individu dalam bekerja. Islam telah menggalakkan


seseorang untuk bekerja bagi menampung kehidupan sehari-harian selagi ianya halal dan sah
disisi agama. Islam amat menyeru umatnya agar berusaha sekeras-kerasnya untuk mencari
rezeki bukan mengambil jalan mudah dengan meminta simpati, pertolongan daripada orang
lain tanpa berusaha dan bekerja keras untuk mencari sesuap nasi. Perbuatan menegmis adalah
13
AMSS5103
dilihat sebagai perbuatan yang dipandang hina oleh Allah swt. Ini adalah kerana seseorang itu
tidak berusaha untuk bekerja secara halal dan tidak nampak hasil jerih payahnya dalam
mendapatkan rezeki. Seseorang itu bebas untuk bekerja asalkan pekerjaan itu adalah halal
dan sah di sisi islam. Contohnya, bidang pertanian, perusahaan, perdagangan dengan syarat
ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam seperti riba. Amalan riba adalah di haramkan
sama sekali dan jika seseorang itu melakukannya akan berdosa besar.

Aspek moral sesuatu pekerjaaan juga amat penting agar ianya tidak dicegah oleh
negara Islam dan sesuatu pekerjaan yang diusahakan itu mestilah tidak merugikan orang lain.
Usaha yang dilakukan dalam pekerjaan dalam menjalani kehidupana seharian akan menjadi
hak mutlak yang sepenuhnya jika seseorang itu mengusahakan sesuatu pekerjaan dengan
betul dan ikhlas. Sesengguhnya mereka ini akan mendapat balasan yang mulia oleh Allah swt
dalam menjaga anak-anak dan isteri mereka sendiri. Negara boleh melarang pegawainya
untuk berniaga jika ada alasan yang munasabah dan kukuh walhal sepatutnya syarat negara
yang tidak boleh melarang sesiapa pun dari menjalankan kerja-kerja yang harus. Mogok
secara jelasnya tidak boleh dilakukan ke atas majikan kerana ianya tidak dapat diterima
dalam negara Islam. Namun begitu, jika ada seseorang pekerja yang tidak berpuas hati
dengan majikannya iaitu dari segi gaji, tidak adil, berat sebelah dan sebagainya dia boleh
berterus terang dan berbincang dengan majikannya tentang ketidakpuasan yang terpendam
itu. Setiap majikan harus menunjukkan sikap yang baik terhadap pekerjanya kerana tanpa
pekerja majikan itu tidak boleh bergerak secara sendirian. Ini kerana, pekerja sememangnya
ada hak dan bebas dalam memilih pekerjaan yang disukainya sesuai dengan kelayakan yang
telah mereka dapat dan mereka juga bebas untuk meninggalkan sesuatu pekerjaan yang
mereka tidak suka serta meletak jawatan mengikut kemahuan mereka dengan syarat ianya
tidak memberikan kesan yang negatif kepada kepentingan umum. Pihak majikan seharusnya
tidak pilih kasih dan berat sebelah dalam memberikan gaji kepada pekerja-pekerjanya. Gaji
yang diberi kepada pekerja adalah mesti sama banyak dan adil dan ini amat penting dalam
menjaga nama baik syarikat dan hubungan di antara pekerja dan majikan. Seterusnya, jika
adanya konsep ini maka negara tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah yang boleh
menggugat ekonomi negara dan dilanda krisis ekonomi yang teruk.

Selain itu, kebebasan dalam hak memiliki juga memainkan peranan yang penting
dalam hak rakyat beragama Islam. Islam mengiktiraf dan menghormati kebebasan milik dan
hak individu untuk memiliki sesuatu dan mengharamkan sebarang pencabulan terhadapnya.
14
AMSS5103
Islam menganggap pencabulan yang berlaku itu sebagai satu kesalahan yang dikenakan
hukuman berat. Pengiktirafan yang diberikan tidak dapat diragui kerana ia merupakan satu
kaedah hidup dan kaedah ekonomi dalam Islam dan ianya tidak akan bercanggah kecuali
dalam keadaan darurat. Buktinya, Islam memberikan pengikitirafan dan penghormatan hak
milik individu iaitu menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan penentuan
bahagian waris daripada harta si mati. Walaupun islam mengiktiraf hak milik individu ini dan
bebas untuk melakukan sesuatu ke atas miliknya terdapat juga batas-batas yang mengelakkan
masyarakat daripada penganiayaan dan kezaliman. Batas-batas itu ditentukan dengan prinsip-
prinsip tertentu iaitu dalam konsep milik, menentukan cara halal untuk memiliki sesuatu,
menentukan cara pengembangan harta dan cara penggunaanya.

Di antara prinsip-prinsip pemilikan ialah individu hanyalah merupakan wakil


masyarakat dalam memiliki harta kerana semua itu adalah milik Allah swt dan manusia
hanyalah wakil Allah swt dan seluruh kegiatan manusia ke atas harta mestilah mengikut
kebenaran pemilik yang asal. Prinsip seterusnya ialah penggunaan harta bergantung kepada
keahlian pemilik dan Islam tidak membenarkan penimbunan harta kepada sekumpulan
tertentu dalam masyarakat. Cara-cara untuk mendapatkan harta yang halal dan sah pula ialah
dengan berburu untuk mendapatkan sesuatu, mengusahakan tanah kosong yang tidak
diusahakan dan tidak dimiliki oleh seseorang, usaha-usaha tambanhan untuk mengeluarkan
hasil bumi seperti melombong, memproses bahan-bahan mentah yang boleh memberi
manfaat kepada pengguna, bentuk-bentuk perniagaan, mengambil upah daripada kerja-kerja
yang diusahakan, harta rampasan yang terhasil daripada peperangan, tanah pemberian
kerajaan, pemberian zakat dan pelbagai bentuk dan perkhidmatan yang bertujuan untuk
mengembangkan cara hidup manusia. Setiap individu bebas untuk mengembangkan hartanya
selagi ianya berlandaskan syarak dan tidak haram. Contohnya melakukan bentuk perniagaan
asalkan tidak menipu, mencuri, merampas, berjudi, menggunakan pengaruh, rasuah, riba dan
sebagainya. Terdapat beberapa batas yang harus dipatuhi oleh pemilik dalam membelanjakan
harta miliknya dan ianya telah ditetapkan oleh Islam. Antaranya ialah jangan boros dan
jangan kedekut, jangan membazir dan jangan membuat perkara yang haram. Islam juga telah
menetapkan beberapa kewajipan sosial seperti membiayai keluarga dan zakat. Sekiranya
kedua-dua ini tidak dapat menampung keperluan golongan fakir miskin maka keperluan itu
bolehlah di ambil daripada milik individu tersebut.

15
AMSS5103
Kebebasan bersuara dan berfikir penting dalam kehidupan seharian orang Islam.
Kerajaan tidak boleh menyekatnya dan individu juga tidak boleh bertolak ansur dalam
mendapatkannya. Ini dinyatakan dalam konsep amar makruf nahi mungkar iaitu menyuruh
berbuat baik dan mencegah dari membuat kemungkaran yang memerlukan kepada kebebasan
berfikir termasuk peranan kaum lelaki dan perempuan. Sudah menjadi kewajipan bagi
individu muslim agar mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah daripada
melakukan perkara-perkara yang dilarang. Kedua-dua ini terlaksana sepenuhnya jika manusia
mempunyai kebebasan untuk memberi nasihat, membuat penjelasan, menganalisa,
mengkritik dan membuat penilaian. Seseorang harus bangkit dan berani dalam mencegah
kemungkaran kerana perbuatan ini dibenci oleh Allah swt.

Umat Islam harus menggunakan pelbagai cara untuk mencegah perkara ini daripada
terus berlaku agar tidak merosakkan pemikiran umat Islam. Ini dapat dicegah dengan sebaik-
baik cara termasuklah dengan menggunakan anggota panca indera termasuklah peranan hati
yang boleh disifatkan sebagai selemah-lemahnya iman. Kebebasan berfikir dan bersuara amat
penting dalam mengekalkan institusi sesebuah negara daripada runtuh. Contohnya seperti
prinsip Syura yang sangat memerlukan individu untuk berfikir. Prinsip ini tidak akan dapat
hidup dengan subur dan berfungsi dalam kehidupan masyartkat dan negara tanpa kebebasan
berfikir dan menberikan pendapat. Dalam sejarah Islam, Syura merupakan satu prinsip yang
amat penting dan berlaku dengan luasnya baik dalam masa hidup Rasululullah S.A.W atau di
zaman Abu Bakar, Umar, Othman dan di Zaman Tabiin. Adalah menjadi perbuatan yang sia-
sia sekiranya sebuah negara mengisytiharkan prinsip Syura sedangkan ianya menghalang
kebebasan berfikir dan merampasnya daripada rakyat. Di sini betapa pentingnya peranan
rakyat dalam bersuara tentang kepuasan dan tidak kepuasan hati dalam pembinaan sesebuah
kerajaan. Amatlah rugi bagi seeorang yang tidak menggunakan hak yang diberikan ini dalam
menjalani kehidupan seharian kerana negara pada zaman moden ini sudak berlaku banyak
perubahan dan rakyat sudah cerdik dan pandai dalam menilai sesuatu perkara.

Jika rakyat tidak berani bersuara malah hanya menurut sahaja kata orang maka negara
akan berada dalam keadaan yang mundur dan tidak berkembang. Rakyat seharusnya berani
dalam mengutarakan pendapat tentang ketidakpuasan hati dalam pentadbiran demi
menegakkan kebenaran dan keadilan. Jika rakyat tidak berani bersuara maka secara tidak
langsung dia berjinak-jinak untuk melakukan kezaliman. Umat islam seharusnya mempunyai
kekuatan hati, keberanian dan tidak takut kepada tindakan pemerintah iaitu dengan
16
AMSS5103
memantapkan akidah tauhid dalam dirinya sama juga dengan menghayati erti dan jiwa tauhid
dengan sepenuhnya. Ini harus ada dalam jiwa seseorang Islam kerana hanya Allah swt sahaja
yang berkuasa di atas segala-galanya. Tidak ada makhluk lain yang boleh menandingi
kekuasaan Allah swt. Oleh itu, amat penting bagi umat islam untuk mendekatkan diri kepada
Allah swt dalam melakukan sesuatu perkara dan membuat sesuatu perkara adalah berniat
kerana Allah swt. Dengan adanya jiwa yang mendalam terhadap Allah swt maka umat Islam
tidak ragu-ragu dan teragak-agak untuk melakukan sesuatu perkara. Ini amat penting
kerjasama daripada semua pihak bukan melibatkan individu sahaja.

Namun begitu seseorang Islam yang ingin bersuara juga harus mematuhi batas-batas
yang telah ditetapkan oleh Allh swt. Seseorang tidak boleh bersuara dengan sewenang-
wenangnya kerana kebebasan ini bukan bersifat mutlak. Salah satu daripada batasan tersebut
ialah harus dimulakan dengan niat yang baik dan tulus. Ini adalah kerana, setiap perkara yang
hendak dilakukan haruslah dimulai dengan niat terutamanya niat kepada Allah swt agar
mendapat keredhaan dan keberkatan di sisi-Nya. Jika kita hendak memulakan perkara-
perkara kebaikan sememangnya kita hendak menunjukkan contoh yang terbaik jika tidak
orang lain tidak akan mentaati kita. Seterusnya ialah kebebasan bersuara ini bukan untuk
mengaibkan mana-mana pihak dan bukan bertujuan untuk berbangga diri dan bukan untuk
mendapatkan ganjaran yang lumayan sebaiknya ianya dilakukan ikhlas kerana Allah swt dan
untuk kebaikan bersama-sama dalam menikmati faedah yang diberikan. Selain itu, seseorang
harus menjaga prinsip dan akidah agama Islam kerana ianya amat penting dalam menyokong
seseorang dalam bersuara. Jika salah bersuara ianya akan mengundang pelbagai perspektif
yang negatif dan akan dihina oleh orang Islam dan orang bukan Islam. Agama Islam tidak
boleh dipandang remeh dan di ambil mudah kerana ianya sudah termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia. Seseorang itu juga akan murtad jika salah bercakap mengenai agama
Islam dan sememangnya dia wajib dihukum. Sesungguhnya sesuatu hukuman itu tidak dapat
menandingi seseorang yang bebas bersuara kerana ianya sudah terdapat dalam undang-
undang negara.

Akhir sekali ialah, seseorang itu hendaklah menghormati kaedah-kaedah akhlak


Islamiyyah. Islam amat menekankan bercakap tentang perkara-perkara kebaikan bukan
bercakap tentang perkara-perkara keburukan. Contohnya, mengumpat dan memfitnah
seseorang adalah lebih besar daripada membunuh. Oleh itu, amat penting seseorang itu
menggunakan panca indera yang diberikan oleh Allah swt dengan sebaiknya bukan bertujuan
17
AMSS5103
untuk menyinggung perasaan seseorang. Kebebasan bersuara amat diperlukan untuk
menjamin keselamatan dan keamanan sesebuah negara. Rakyat berhak untuk menyuarakan
pendapat terhadap tindakan pemerintah dan urusan negara. Mereka berhak untuk memilih
yang mana satu yang terbaik untuk kehidupan dan keturunan mereka nanti. Negara tidak
boleh menghukum atau mengambil tindakan yang keras jika seseorang individu itu tidak
melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Negara juga tidak harus menghalang,
menindas dan memerangi orang yang berbeza pendapat dengannya selagi ianya tidak
memaksa orang lain untuk menerima pandangannya dengan kekerasan atau ancaman. Negara
seharusnya mengambil inisitaif yang lembut dan halus iaitu dengan menasihatkan orang
berkenaan dan menjelaskan akan kesilapan pendapatnya. Negara harus menjelaskan tentang
kebenaran dan kesalahan yang sesuai dengan kembali berpegang kepada jalan yang benar dan
mengikut jamaah.

Hak untuk belajar juga amat penting dalam rakyat agama Islam kerana Islam amat
menuntut umatnya mencari ilmu hingga ke hujung dunia dengan kata pepatah tuntutlah ilmu
sampai ke negara China. Ilmu sangat berkait rapat dengan amal seseorang. Jika seseorang
tidak berilmu maka dia tidak dapat berfikir sepenuhnya dan diibaratkan seperti mempunyai
akal yang kosong tanpa ilmu pengetahuan. Amal yang diterima oleh Allah swt adalah amal
yang ihklas kerana Allah swt dan berlandaskan syarak. Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu
fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain ini bermaksud pekerjaan yang wajib dilakukan
oleh setiap individu Islam dalam cukup syarat-syaratnya seperti sembahyang lima waktu
manakala ilmu fardhu kifayah pula kefardhuan yang wajib dikerjakan oleh seseorang atau
satu kumpulan yang mewakili masyarakat Islam, sebuah negara Islam, negeri ataupun negara
seperti ilmu perusahaan, ilmu-ilmu teknikal, pentadbiran, dan sebagainya. Dengan itu, dapat
ditegaskan bahawa fardhu kifayah mempunyai ruang lingkup yang luas yang melibatkan
seluruh aspek kehidupan seperti soal-soal ekonomi, politik dan perundangan, ketenteraan dan
sebagainya. Peranan negara dalam membantu rakyat untuk mempelajari ilmu pengetahuan
adalah amat penting agar negara dapat berkembang pesat dan maju. Contohnya,
memperbanyakkan institusi-institusi pendidikan, penbinaan sekolah yang terancang,
melahirkan guru yang bertauliah dan sebagainya. Ilmu adalah sangat penting termasuklah
ilmu yang disuruh oleh Allah swt dan ilmu yang dilakukan di dunia ini bagi menjamim
seseorang itu memperolehi kehidupan yang lengkap dan selamat di sisi Allah swt.

18
AMSS5103
Akhir sekali ialah hak umat Islam dalam mendapatkan perlindungan daripada negara.
Hak ini bermaksud setiap individu rakyat dapat menikmati jaminan sosial dari negara apabila
ianya ditimpa kesusahan seperti miskin dan hidup melarat. Di sini betapa pentingnya negara
Islam yang memegang prinsip bekerjasama dan tolong-menolong rakyat yang berada dalam
kesusahan hidup berkaitan dengan perkara-perkara kebaikan. Peranan golongan yang kaya
juga amat penting untuk saling membantu golongan ynag lemah ini supaya beban mereka
akan menjadi lebih ringan dalam menampung keperluan untuk hidup. Negara amat
bertanggungjawab dalam membela nasib rakyatnya yang susah dan fakir miskin. Pemimpin
negara juga bertanggungjawab dalam membantu golongan yang lemah ini dan harus bersikap
adil terhadap golongan ini dan bukannya bersikap sambil lewa sahaja. Setiap individu itu
wajib menyempurnakan tanggungjawabnya dalam mencari rezeki untuk menyara kehidupan
seharian bukan hanya sekadar mengharapkan bantuan dan pembelaan daripada negara sahaja.
Seseorang itu seharusnya berdikari dalam bekerja dan mencari sendiri untuk menyara kos
sara hidup dalam sehari-harian. Mereka seharusnya berusaha dalam mencari rezeki walau
dengan cara apa sekalipun asalkan ianya halal dan sah dalam agama Islam. Allah swt
melarang umatnya daripada mengemis dan meminta simpati daripada orang lain tanpa
berusaha terlebih dahulu dan perbuatan ini adalah haram dan bukanlah perbuatan yang terpuji
di sisi Allah swt.

Dalam menangani daripada berlakunya perbuatan seperti mengemis ini, negara


perlulah memainkan peranan dalam memudahkan rakyat untuk mencari rezeki. Contohnya,
menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan dalam menangani kes pengangguran kerana
rakyat sememangnya perlu bekerja dan bukan duduk goyang kaki di rumah sahaja. Negara
seharusnya memperbanyakkan projek-projek bagi memberi ruang kepada rakyat yang tidak
bekerja. Negara seharusnya memberi kredit atau pinjaman kepada individu-individu yang
memenuhi kriteria dan syarat untuk mereka berusaha dalam bekerja. Ini dapat memberi
peluang dan ruang kepada rakyat agar dapat menabur bakti kepada negara mereka sendiri dan
sekaligus dapat menghindarkan perbuatan meminta sedekah. Jika seseorang itu masih tidak
cukup dalam menampung kos sara hidupnya dengan berbekalkan pekerjaan sperti kais pagi
makan pagi dan kais petang makan petang maka menjadi tanggungjawab ahli keluarganya
yang kaya untuk membantu dirinya dalam memenuhi keperluan-keperluan asasinya. Ini
adalah amat penting agar tidak berlaku perkara yang lebih buruk tehadap diri individu
tersebut. Bagi seseorang yang tidak mampu dalam pelbagai segi seperti tidak ada seseorang
pun yang mahu menolongnya maka dia wajib untuk menerima zakat.
19
AMSS5103
Zakat harus diberikan kepada orang-orang yang lebih berhak menerimanya bukan
sekadar memberi dengan begitu sahaja. Hal ini kerana, zakat merupakan suatu jaminan sosial
yang umum untuk para fakir miskin dan dilaksanakan sepenuhnya oleh negara. Negara
seharusnya bertanggungjawab dalam memastikan hak rakyat yang miskin mendapat
kehidupan yang sempurna dan terjamin. Negara seharusnya mengeluarkan peruntukan yang
layak bagi setiap fakir dari harta Baitul Mal jika semua perkara tidak dapat dikeluarkan bagi
membantu rakyat. Sekiranya negara pula tidak mampu adalah amat penting untuk masyarakat
yang mampu atau mempunyai kelebihan banyak harta dalam membantu rakyat yang susah
ini. Negara juga harus berlaku adil kepada orang bukan Islam bukan hanya untuk orang Islam
sahaja kerana meraka juga banyak yang terdiri dalam kalangan yang susah dan berhak untuk
mendapat bantuan daripada negara.

Sebagai kesimpulannya, jelas bagi kita bahawa pentingnya konsep persamaan dan
kebabasan ini yang sangat berkait rapat dengan hak-hak rakyat dalam negara Islam. Tanpa
adanya ketiga-ketiga perkara ini sudah tentu manusia akan hidup dalam keadaan yang
terumbang-ambing dan tidak mempunyai arah tuju. Sememangnya islam telah memberikan
kepada manusia kebebasan yang diperlukan oleh manusia. Kebebasan yang dapat menjamin
kehormatan mereka sebagai manusia disamping menjamin kesejahteraan dan kebahahagiaan
hidup individu dan masyarakat.

PERBANDINGAN ANTARA HAKHAK WARGANEGARA MUSLIM DAN NON-


MUSLIM YANG DIJAMIN OLEH ISLAM DENGAN REALITINYA DI MALAYSIA.

Hak Kebebasan Individu


Dalam sebahagian undang-undang demokrasi terutama di Malaysia, hak kebebasan individu
merupakan hak asasi manusia yang wajib dihormati. Oleh itu, setiap individu sama ada
warganegara muslim ataupun non muslim bebas melakukan apa sahaja dengan syarat tidak
melanggar undang-undang. Namun dalam sisi yang lain, wujud sistem yang tidak
membenarkan insan bercakap sesuatu untuk menegur atau mengkritik pentadbiran negara,
parti yang memerintah, pemimpin tertinggi dan sebagainya.

Hak individu diberikan dengan sebaik-baiknya namun bukan bebas tanpa kawalan.
Hak individu yang melampau akan mewujudkan kecelaruan. Hak masyarakat dan negara
diberikan dengan sewajarnya. Hak negara yang melampau akan mewujudkan suasana kuku
20
AMSS5103
besi dan diktator. Oleh itu, wujud had kawalan dalam setiap hak. Individu bebas melakukan
apa sahaja. Syaratnya jangan sampai melanggar hukum syariat bagi warganegara muslim.
Sebaik-baiknya adat masyarakat dan undang-undang moden juga dipatuhi dan dihormati oleh
semua warganegara sama ada warganegara muslim ataupun non muslim.

Hak Bersuara
Setiap individu sama ada warganegara muslim ataupun non muslim bebas bersuara
menyatakan pandangan dan pendapat. Bebas memberi kritikan kepada sesiapa sahaja hatta
kepada pemimpin negara. Sesungguhnya konsep syura maupun konsep berparlimen yang
diamalkan di Malaysia tidak akan berjaya jika kebebasan bersuara tidak wujud. Walau
bagaimanapun, kebebasan bersuara mestilah diikat dengan peraturan dan adab.

Kadang-kadang berlaku kongkongan yang keterlaluan dalam hak bersuara. Alasannya


untuk menjaga keharmornian adalah wajar dan munasabah. Maka dalam hal ini, konsep syura
maupun konsep berparlimen sebagai dasar pentadbiran tidak akan Berjaya. Oleh sebab itu,
kebebasan bersuara adalah dasar yang asal. Sekatan hanya dikenakan jika wujud kemudaratan
yang besar dan pasti.

Hak Berekonomi
Islam menjamin kebebasan ekonomi untuk berusaha mendapatkan kekayaan dan harta. Oleh
itu, kebebasan pekerjaan dan hasil usaha adalah terjamin dalam Islam. Cuma Islam tidak
membenarkan ekonomi yang jelas keharamannya bagi masyarakat muslim. Maka jualan arak
tidak dibenarkan untuk golongan muslim. Manakala bagi masyarakat non muslim, ini
dibenarkan kerana kebebasan ekonomi yang berasaskan kepada kebebasan akidah. Oleh itu,
perkara yang memudaratkan masyarakat tidak dibenarkan.

Pihak kerajaan juga ada keharusan untuk membantu masyarakat sama ada
warganegara muslim ataupun non muslim dalam bidang ekonomi seperti mana yang
diamalkan oleh kerajaan Malaysia kini. Islam juga menjamin hak pemilikan harta. Maka
insan boleh berusaha dan berlumba-lumba untuk memiliki harta kekayaan. Syaratnya jangan
sampai menipu dan menzalimi orang lain.

21
AMSS5103
KESIMPULAN
Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan
Demokrasi Berparlimen perlu mengiktiraf hak-hak golongan bukan Islam dari
banyak aspek seperti hak kebebasan mendirikan rumah ibadat, beragama,
berpolitik dan juga bersosial, selagi mana hak-hak tersebut tidak menindas
umat Islam serta membawa kemudaratan untuk negara. Kajian lanjutan daripada
kupasan ini boleh dilakukan dengan membincangkan hukum terperinci berhubung
penglibatan pihak bukan Islam dalam sebuah pemerintahan negara Islam.
Dengan demikian, kerjasama kalangan Muslim dan bukan Islam perlu diteliti
secara holistik dalam menjamin keharmonian dan perpaduan masyarakat dalam
sebuah negara, demi menjamin kestabilan dan keamanan dalam pembangunan
sebuah negara Islam berdaulat.

22
AMSS5103

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Khaliq Ali Muhammad al-Anbariy. (2008). Sistem Politik Islam. Kuala Lumpur:

Telaga Biru Sdn. Bhd.

Mohd Hafiz bin Daud, (2013), Non-Muslim Menurut Kaca Mata Rasulullah SAW.

Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Mohd Nasrul al-Hadri. (2001). Pembangunan Negara Islam. Selangor: PTS

Publications Sdn. Bhd.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2013), Indahnya Kenegaraan Islam. Kuala

Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Muhamad Zuhaili Saiman, (2013), Sembang-sembang Politik Islam. Kuala Lumpur:

Telaga Biru Sdn. Bhd.

Zaharuddin Abdul Rahman, (2013), Indahnya Politik Cara Islam, Selangor: Galeri

Ilmu Sdn. Bhd.

23

Anda mungkin juga menyukai