Anda di halaman 1dari 15

SENI DAN KESINAMBUNGAN KEHIDUPAN

1. Pengenalan

Dalam perkembangan sejarah seni, persoalan berhubung apakah kepentingan

yang dapat dilakukan oleh seni dalam kehidupan manusia menjadi bahan

perbahasan. Bersandarkan andaian bahawa tafsiran kita tentang seni yang

ditawarkan itu ada kaitan dalam kehidupan manusia dan masyarakat maka

kajian dan perbincangan tentangnya terus diperbahaskan. Apakah hubungan

kita dengan nilai estetik yang ditawarkan dalam seni yang mempengaruhi semua

bentuk tingkahlaku manusia dianggap sebahagian dari peranan seni dalam

kehidupan? Bagaimanakah cara kita menjelaskan peraturan dan kepentingan

seni secara keseluruhannya dalam sistem tingkahlaku manusia?

Terdapat jawapan yang berbeza dalam soalan-soalan berikut dan

bagaimanakah cara yang berbeza dapat dikaitkan dengan kepentingan seni?

Ada yang percaya seni berpengaruh ke atas aktiviti kehidupan manusia

manakala yang lain menganggap tidak ada apa-apa hanya satu kepuasan dan

hiburan.

2. Sumbangan Seni dalam Tamadun Manusia

2.1 Sudut Psikologi dan Teori

Dari pandangan psikologi, proses evolusi dalam seni boleh membuktikan

peranan seni dalam masyarakat dan sumbangannya dalam ketamadunan

manusia. Jika kita mahukan jalan keluar apakah hubungkait antara seni
dalam kehidupan dan jika kita mahu menyelesaikan masalah-masalah seni

mengikut tatacara psikologi, maka kita perlu menerima teori yang ada

sebagai suatu penyelesaian masalah.

Peraturan dari sudut psikologi menunjukkan bahawa seni itu memberi

impak pada emosi berdasarkan kekucar-kaciran atau dengan maksud

kekucar-kaciran emosi itu dikembalikan kesannya ke atas orang lain. Pernah

disebut tentang aktiviti-aktiviti seni adalah bergantung kepada kemampuan

manusia untuk membalikkan kesan ke atas orang lain dalam bentuk emosi

sama ada kuat, lemah, baik atau buruk. Kemampuan yang dimaksudkan ialah

sejauhmana karya itu boleh mempengaruhi pemikiran orang ramai dan

dikaitkan dengan penerimaan pemerhati yang senang untuk mengamati

subjek seni.

Kenyataan di atas membawa maksud, seni itu ada persamaan yang

menjadi permainan emosi, ia berlaku antara lamunan perasaan oleh

pemerhati dan perasaan yang dilahirkan dari penghasilan seni oleh seniman.

Oleh itu seni berfungsi seperti alat pengalun, pembesar suara atau

transmeter untuk memberi kesan kepada perasaan. Seni tidak dikhususkan

jaraknya, suatu evolusi seni perlu menerima secara perlahan untuk sebati

pada semua jarak yang ada dan digunakan nanti untuk membangkitkan

perasaan. Seni mungkin baik atau sebaliknya buruk ke atas perasaan. Seni

itu dengan sendirinya baik atau buruk; adalah bahasa perasaan yang mana
perlu dilepaskan secara betul melalui ekspresi. Kesimpulannya secara

semulajadi bahawa seni itu boleh membangunkan perasaan baik dan dapat

dikaitkan dengan sudut pandangan, representasi dan akal. Banyak kritikan

yang membuat kesimpulan serupa seperti yang telah dinyatakan dengan

membangunkan karya seni itu berdasarkan kandungan (contents) dan dalam

waktu yang sama menyuarakan persetujuan untuk dipuji atau untuk dikritik.

Sama dengan nilai yang indah, cantik, sedap mata memandang dan ada

kekaguman di sebalik nilai estetika, inilah slogan kepada teori seni.

Teori seni yang gagal apabila tiada kesimpulannya sendiri, tidak berjaya

menonjolkan estetikanya dan tidak terkandung nilai-nilai ketamadunan

manusia yang boleh difahami. Contoh ini menunjukkan, satu kesimpulan

bahawa dengan pemahaman tentang seni dan disokong bersama teori

menjadi dasar kriteria pengaruh mempengaruhi. Seni yang menjalinkan

perasaan halus, paling ringkas dan menunjukkan perasaan gembira boleh

melepasi sempadan pemikiran, ideologi, sempadan bangsa dan budaya.

Tetapi apa kaitannya seni dengan kehidupan? Ini membawa satu kaitan dan

sumbangan seni dalam ketamadunan yang ada jawapannya apabila seni itu

dihayati, teori dan sejarahnya dipelajari.

2.2 Makna Di sebalik Elemen Seni dalam Lingkungan Sosial

Seni juga berperanan membawa perasaan sosial menjadi suatu karya

yang menghubungkan dengan perasaan manusia, ada rasa sensasi dan


beremosi. Satu lumrah dalam seni bahawa aspek kejiwaan, pengalaman

dan emosi pernah dilalui tidak dapat ditinggalkan dalam karya, dikatakan

self vexpressionisme (pemerasaan diri). Cuma sama ada pemerhati

dapat mentafsirkan serupa dengan seniman itu bergantung sejauhmana

dekatnya diri dan kehidupan pemerhati dengan seniman dan karyanya.

Di sebalik lukisan ada misteri yang boleh dibongkarkan serta dapat

difahami. Untuk memperolehi sesuatu yang misteri seni itu boleh dicapai

melalui makna setiap sesuatu elemen yang ada. Kenapa palitan

warnanya kasar? Ada makna misteri di sebalit palitan itu. Kenapa

cahaya banyak jatuh ke bahagian dagu? Ada makna misteri di sebalik

mainan cahaya itu. Banyak lagi elemen seni yang boleh diperhatikan bagi

yang mahu mencari makna di sebalik imej yang dilihat dan kaitannya

dalam lingkungan sosial.

Dalam kehidupan, semua orang mencari kepuasan. Dalam berkarya,

hasil karya itu menjadi kepuasan pembuatnya dan yang memerhatinya

juga inginkan kepuasan. Hingga dikatakan seni itu menggambarkan

aktiviti seharian manusia yang sanggup melukis pada permukaan gua.

Menjadikan seni sebagai upacara agama, memuja roh dan merasakan

kepuasan apabila dapat menyudahkannya.


3. Seni dikaitkan Dengan Masa dan Budaya

Suatu wajah potret manusia dilakar dan diwarnakan. Potret tersebut

melahirkan terjemahan tentang manusia, tentang kehidupannya dan latar

belakang masanya. Kalau diamati sehalus-halusnya boleh dikesan hasil

terjemahan potret manusia itu ialah apa yang terselindung di sebalik potret itu

yang boleh ditafsir dari sudut masa dan budaya. Ada sudut yang tak nampak

oleh mata kasar dan jika ada kemahuan yang lebih akan dapat menemui

manusia di dalam manusia yang sebenar itulah nilai ketamadunan.

Kita menilai karya seni yang sesuai dan secucuk dengan citarasa kita.

Banyak hasil seni yang sesuai dan secucuk tidak dapat digolong untuk

penilaian hanya kerana kita mencari yang secucuk dengan kita. Mungkin

pemberatannya dalam satu arah walaupun sebenarnya ada kaitan dengan

kehidupan yang perlu dinilai dari banyak arah dan mengaitkan dalam

kehidupan yang harmonis.

Kita menumpukan perhatian kepada seniman yang berjaya dan

membuktikan responsnya dalam menangani banyak medium. Kadang-kala

kita terpengaruh secara emosi atau fantasi sehingga meninggalkan impak

pada diri dan kehidupan. Kita mahu membandingkan kualiti karya dengan

yang lain atau dikaitkan dengan masa dan budaya. Kita mencari kaitan seni

itu dalam tamadun bangsa dan budaya membolehkan karya seni dirujuk dari
banyak sudut yang berkaitan dengan sosio-budaya, sosio-ekonomi, agama-

moral, politik dan ideologi.

3.1 Kesan Seni Ke atas Kehidupan

Penilaian sesebuah karya yang dihubungkan dengan gaya dalam

kehidupan di sesuatu zaman akan ditemui ada kehidupan di dalam seni

dan ada seni yang hidup di dalam kehidupan itu. Ketika agama berada di

puncaknya, seni diguna sebagai manifestasi bagi menjadikan bahasa

tampak itu membantu mendakwahkan masyarakat. Ketika ideologi politik

dan fahaman materialistik diletakkan di atas singgahsana, seni telah

dialatkan bagi mencapai matlamat. Kesan-kesan seni ke atas kehidupan

cepat meresap dan mempengaruhi fikiran masyarakat yang ketika itu

seni mendapat perhatian dan diletakkan pada martabat tinggi.

Walaubagaimanapun perlu diingat hasil karya yang dinilai itu berada

pada banyak titik yang melampaui jangkaan kita. Antaranya ia bernilai

dari sudut; pertamanya representasi peniruan semula dalam bentuk

realisme. Karya yang tergolong dalam bentuk ini mengenengahkan

persoalan realisme yang mendekatkan seni dengan suasana

kemanusiaan. Objek-objeknya lebih kepada lanskap yang dilihat benar-

benar hidup untuk menyedarkan manusia bahawa seni dan kehidupan ini

perlu seimbang antara alam dan persekitaran dengan kehendak

manusia.
Keduanya; dari sudut abstrak yang terdapat banyak karya berada

dalam kategori ini dan ianya masih terikat dengan unsur seni dan prinsip

seni. Seniman masih tertarik dengan garisan, rupa bentuk dan warna

yang dekat dengan diri dan kehidupan. Sesudah itu tumpuan beralih

kepada objek seperti figura atau lanskap itu sendiri yang dihidupkan di

dalam seni.

Ketiganya; gaya ekspresionisme yang berkocak di sekitar emosi

mengenengahkan karya berasaskan perasaan, mood dengan idea yang

cuba dihubungkan melalui imej visual melebihi unsur realistik.

Tumpuannya masih banyak pada figuratif, kehidupan, lanskap dan

objek-objek kehidupan yang dipiuhkan.

Keempatnya; gaya surealisme, fantasi diolah sebagai suatu bentuk

karya yang menumpukan pada imaginasi dunia di bawah sedar. Artis

yang berkarya dalam kategori ini memberi tumpuan pada objek secara

realistik, namun realisitk yang ditonjolkan itu tidak berpijak pada

kenyataan.
3.2 Seni dalam Diri Peribadi dan Masyarakat

Bertanya dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan karya seni

dalam kehidupan melibatkan tumpuan kepada diri peribadi dan

masyarakat. Rujukan berasaskan pokok persoalan bagaimanakah

wujudnya unsur realistik itu di dalam sesebuah karya seni? Jika kita

menemuramah seorang seniman bersama karyanya, atau memberi

apresiasi dalam sesuatu karya, kita akan mendapat jawapan kepada apa

yang sedang difikirkan. Setiap jawapan itu berkisar pada diri, masyarakat

dan ideologi. Jika ada kaitan dengan yang lain ianya masih dalam

lingkungan kehidupan yang dekat dengan diri manusia.

4. Seni Suatu Sosiologi

Terdapat cabang ilmu dalam kajian seni yang menekankan pada selok belok

masyarakat yang dipanggil sosiologi seni. Kajian sosiologi seni wujud di antara

kajian sejarah seni sengan sosiologi seni. Bidangnya mengkaji kedudukan serta

kepentingan seni secara am dalam masyarakat manusia. Bidang ini masih muda

dan muncul dengan tersebarnya seni atas kesedaran perkaitan antara

masyarakat dengan semua aspek kehidupan manusia sehingga ke cabang

sosial, agama, bahasa, politik, sosiologi dan sains.

Kesedaran akan peranan manusia dan masyarakat dalam menentukan

kehidupan telah sedikit sebanyak mengambil alih kepercayaan yang

membabitkan kepercayaan agama kepada kehidupan. Dalam sejarah manusia,

agama dan ketuhanan menjadi landasan muktamad dalam tindak tanduk


masyarakat. Perubahan kepada manusia itu bukan sahaja ditakdirkan oleh

agama tetapi berlaku dari kebebasan berfikir. Kepercayaan itu tidak 100%

mengongkong kebebasan dalam seni.

Masyarakat Eropah beralih dari agama kepada sekularisme. Salah satu bukti

ialah kemunculan bidang-bidang sosiologi tertentu. Bidang ini melihat

masyarakat itu sendiri yang menentukan sejarah manusia. Begitu juga dalam

bidang seni yang dianggap istimewa, di mana penghasilan karya daripada

seorang manusia istimewa atau seniman ‘gila’. Istilah yang dikaitkan ialah bakat

iaitu anugerah semulajadi yang diberikan Tuhan semata-mata kepada seniman.

Keistimewaan ini menjadikan masyarakat menganggap seni itu sebagai media

yang berkepentingan dalam kehidupan. Faktor-faktor sampingan telah

mengangkat martabat seni itu menjadi keutamaan dalam kehidupan dan

akhirnya keutamaan seni itu menjadi suatu kepentingan dalam masyarakat.

Buktinya dalam sejarah manusia, kaitan seni dan agama begitu rapat dan

meluas. Jika agama diterima dengan pendekatan yang unik maka seni juga

adalah perkaitan rapat dengan agama yang patut diberi pengikhtirafan yang

sama.

Oleh sebab seni merupakan suatu fenomena kehidupan yang dijalini oleh hal-

hal yang subjektif seperti emosi dan perasaan maka ia dibiarkan sebagai suatu
yang harus dialami oleh individu yang subjektif. Ini merupakan dua andaian

menjadikan seni mendapat pengikhtirafan isitmewa.

Misalnya sosiologi menjadikan seni itu difahami dalam konteks masyarakat.

Apa yang muncul dalam sosiologi seni merupakan hasil atau produk masyarakat

kerana itu, seni dilihat sebagai hak masyarakat. Dari kefahaman ini, seni juga

difahami sebagai kelahiran dari masyarakat dan kehidupan. Di sebalik itu

perubahan dalam seni, kepelbagaian dalam seni pada suatu masa dikatakan

boleh memperjelaskan beberapa sudut dalam sosiologi.

Seni itu dirujuk pada kepelbagaian jenis seni. Dalam pemahaman sosiologi

seni ada perkaitan antara seni dengan masyarakat yang ketara dalam

mengemukakan berbagai jenis seni. Kefahaman dari masyarakat kepada

golongan sosial, perbezaan etnik dan kefahaman dari masyarakat membawa

pelbagai jenis seni yang ada dalam kehidupan.

Istilah seni itu sendiri ialah mengkategorikan benda-benda yang wujud dalam

semua lapisan masyarakat. Ia mungkin berbeza dari segi kepentingan nilai,

kewangan dan makna perlambangan. Kalau diperhatikan di sekeliling

masyarakat bandar misalannya bukan sahaja dari segi tanggapan dan kritikan

malah seni itu membawa status yang berbeza dalam strata masyarakat. Orang

bandar di katakan pandai menilai seni danorang kampung tidak pandai menilai

seni, ini adalah anggapan yang menyeleweng. Mereka tidak perlu didesak untuk

memahami seni yang ada di bandar.


Ada golongan tertentu yang berkuasa dalam politik dan budaya meletakkan

seni sebagai tanda kecanggihan budaya. Dikatakan orang yang tidak berupaya

menghayati seni abstrak maka dianggap golongan yang tidak modenisasi.

Dengan meletakkan anggapan sebegini, martabat seni itu dengan sendiri

membawa perbezaan kelas dalam kehidupan manusia. Kesenian menjadi suatu

lambang pada masa, budaya dan status yang dicipta sendiri oleh manusia.

Masyarakat tradisional yang diwarisi datang dari tradisi raja-raja dan kaum

bangsawan boleh dijadikan bukti dalam konteks sejarah orang Melayu. Buktinya

seni tradisional dan objek-objek berkaitan dengan kehidupan di istana telah

diletakkan pada status yang tinggi dalam masyarakat berbanding hasil seni yang

halus dan kreatif dari ciptaan rakyat biasa.

Warisan seninya ialah seperti pakaian songket, kitab-kitab, perhiasan seni

halus dari emas dan barangan seni yang dekat dengan diri golongan

bangsawan mendapat nilai yang tinggi. Sebenarnya terdapat banyak warisan

tradisional Melayu yang semakin pupus dan ada yang telah luput. Ini kerana

dalam sejarah masyarakat Melayu, penilaian objek seni berada pada tahap raja

dan golongan bangsawan. Barangan yang dianggap seni yang berstatus dalam

kehidupan telah telah mengangkat nilai obejek seni itu dan mengenepikan orang

bawahan yang terdiri dari masyarakat kampung. Maka seni yang berada pada

tahap orang kampung terpinggir sedangkan nilai halus dalam seni tidak kurang

penting jika diambil kira. Contoh antara emas dengan kayu, pakaian diraja
dengan pakaian orang kampung. Oleh sebab sanjungan terhadap seni yang

wujud pada peringkat atasan, akhirnya menjadi lambang kedaulatan, tamadun

dan warisan budaya. Masyarakat yang bersistem monarki (sistem beraja) seperti

Thaliland, Britain, Jepun antara contoh yang masih menganggap karya seni

adalah warisan yang dimonopoli oleh golongan atasan.

Masa kini, boleh dirumuskan jenis seni yang diutamakan seperti seni halus

moden yang disokong oleh pemerintah, di dalamnya ada unsur-unsur kuasa

dalam konteks status sosial. Ini lebih jelas dalam seni halus moden, merupakan

seni yang memerlukan kepakaran istimewa untuk memahaminya dan wujud

daripada orang yang terdidik, golongan tertentu dari pihak berkuasa yang

mendokong seni halus moden.

5. Nilai Seni dan Ekonomi dalam Kehidupan

Seni yang dikatakan bernilai muncul dari faktor-faktor tertentu. Sesuatu yang

indah mungkin diertikan sebagai suatu kecenderungan daripada golongan sosial

tertentu mengikut kepelbagaian dalam kehidupan. Namun begitu dari segi

keutamaan seni dalam kehidupan, nilainya bukan lagi dari segi estetika. Dari

sudut kehidupan seni itu telah menjadi ideologi yang sebahagian besar nilainya

terletak di sebalik rasional pemasaran seni yang tidak ada kena mengena

dengan nilai estetik.


Seni dalam kehidupan moden ini adalah seni yang bernilai ekonomi dalam

pasaran bebas. Seni bukannya nilai seperti manusia yang memperdagangkan

manusia untuk pelacuran. Dipilih yang muda, cantik dan masih dara sunti dan

akan turun nilainya apabila sudah banyak kali dijamah, ditonton dan

‘dipergunakan’. Sebaliknya nilai seni dalam kehidupan menjadi ideologi untuk

menganggap ia lebih mahal dan unggul apabila masa dan budaya itu dikaji.

Lebih lama budaya ketamadunan dan masanya maka nilainya dalam kehidupan

dianggap mempengaruhi nilai material ringgit dan seni, dirham, dolar dan paun

atau sama nilai dengan emas. Walaupun ia boleh dilelong seperti melelong

manusia namun nilainya lebih tinggi dari segalanya.

Akan timbul syarikat dan gudang lelongan hasil seni yang telah dieksploitasi

seni dan harga oleh orang lain. Ada dua golongan masyarakat iaitu; mereka

yang sedar, ada golongan dalam masyarakat yang menghargai seni itu kerana

nilai seninya. Bagi golongan yang satu lagi ianya tidak penting pada nilai seni itu,

syarikat adalah ‘orang tengah’ yang boleh membuat wang dari seni dan mereka

yang menentukan nilai seni berdasarkan nilai wang.


6. Kesimpulan

Seni itu bukan bermakna kepada semua orang. Jika kekaguman seni itu,

dipandang tinggi cuba kaji ianya dari aspek struktur sosial yang membawa

makna kepada golongan tertentu. Cuba fahami dari sudut sosial dan sosiologi

yang kesimpulannya seni itu harus diletakkan dalam konteks sejarah. Munculnya

seni itu sekadar perjalanan sejarah masyarakat tertentu.

Di Malaysia, sejarah masyarakatnya berlainan berbanding dari latar sejarah

negara lain. Contohnya jika Malaysia tidak dijajah, mungkin penilaian seni lukis

moden mendapat penghargaan yang berbeza. Harus juga dikatakan dari sudut

sejarah dan sosiologinya patut dilihat dari perspektif global iaitu sosiologi seni

ialah ideologi dari satu pemahaman yang menekankan konsep kefahaman

kolektif golongan sosiologi. Jika seni itu dilihat dari fahaman politik, seni itu

dikatakan lahir dari ideologi tesebut.

Seni dikatakan tidak berupaya dikuasai oleh individu-individu tertentu kerana

kepentingan seni dalam kehidupan diberikan adalah kecenderungan dari

ideologi tertentu. Setiap ideologi itu ada kepentingan dan berkait dalam

kehidupan. Kepentingan sejarah diberikan pada seni adalah kecenderungan

untuk mengaitkan sejarah dengan kehidupan dan seni menjadi aktiviti terdekat

dalam kehidupan.
Karya seni adalah suatu komoditi, maksudnya ada nilai wang dan boleh

dijual beli. Ia muncul dari ideologi kapitalis yang melihat apa sahaja di dunia ini

boleh dijual beli. Jadi seni dan kehidupan itu hanya akan menjadi unik kepada

“seseorang” apabila ianya mengaitkan seni dengan kenyataan tertentu.

Selalunya seni bukan sesuatu yang istimewa tetapi boleh menjadi teristimewa

apabila peranannya dalam kehidupan dapat dikaitkan dengan tindak tanduk

masyarakat, sosio-budaya, ideologi dan sejarah.

Bibliografi

David G. Wilkins, Bernard Schultz, Katheryn M.Linduff.


Art Past Art Present (Second Edition). New York: Prentice Hall, Inc., Harry
and Abrams, 1994

J.P. Hodin. Modert Art and Modern Mind. London: Cleveland, the Press of
Case Western University, 1972

Melvin Raders & Bertram Jessup. Art and Human Values. New Jersey:
Prentice-Hall, Inc., Englewood Cliffs, 1976

Ralph A. Smith. The Sense of Art. New York: Routledge, Chapman and Hall,
Inc., 1989

Zakaria Ali. ‘Seni Masa Depan’ dalam Seni dan Budaya Pada Alaf Baru-
Festival Pekan Seni Ipoh IV, 30 Oktober – 13 November 1999. Yayasan
Kesenian Perak, 1999 (hlm: 10)

Anda mungkin juga menyukai