Anda di halaman 1dari 14

BAB 5

MAINAN

Telah sampai masa untuk memulakan permainan. Pemuda itu melambungkan tupai jantannya ke
udara dan dengan pantas kedua-dua tangan memegang temiang,membidik tupai kerawak jantan
namun tersasar. Begitu juga percubaan keduannya tersasar hanya seinci dari kaki belakang tupai.Dia
terus mengejar tupai tersebut dan mulai memahami erti keseronokan permainan tersebut yang
tidak terdapat di Kiribati dan Banaba tempat kelahirannya. Mustahil dia akan terlibat dalam
permainan itu kalau telah maut ketika hanyut lebih enam puluh hari di lautan beberapa tahun
dahulu. Dia berasa kesal kerana dua kali tersasar damaknya sedangkan sebelum ini damak-
damaknya menusuk sasaran. Dia kembali mengigati sesalanya beberapa tahun lalu kenapa dia tidak
berpatah balik ke pantai Banaba yang masih kelihatan.Kehilangannya akibat dipukul ombak ketika
itu dicari oleh keluarganya.Ibunya bermimpi yang membawa alamat
kematiannya tetapi sebaliknya mendapat berita gembira di mana dia telah dijumpai hampir maut
di pantai barat Gora-Gora.Dia dirawat di hospital Tubua selama tiga minggu.Hampir setiap hari
akhbar Ogonshoto menyiarkan kisah 'mati hidup semula' pemuda dari Banaba itu. Hasrat Presiden
ingin mengambilnya sebagai anak angkat mendapat pujian media Ogonshoto.Tindakan itu atas
dasar kemanusiaan dan persahabatan dua negara.Namun bagi pihak pembangkang jika pemuda itu
bukan dari Banaba mustahil Presiden mengambilnya sebagai anak angkat kerana Banaba
mempunyai sejarah panjang untuk bebas daripada kolonial Kiribati . Secara simbolik Presiden
menyokong idea pemisahan. Pemuda itu bingung untuk memulakan hidup baru di negara asing
sebagai anak angkat Presiden. Lalu dia mengambil keputusan lebih banyak diam daripada berkata-
kata.Dia diberikan tugas bekerja di stor sukan.Dia memperlihatkan disiplin serta dedikasi yang tinggi.
Kemudian ditugaskan pemakanan istana.Beberapa tahun kemudian namanya menjadi buah mulut
para pekerja istana kerana kerajinannya, dedikasi dan amanah.

Lebih kurang sebulan lalu dia berjaya menangkap tupai kerawakdan membelanya dalam
sangkar.Suatu hari seorang pekerja istana menceritakan tentang permainan turun- temurun di
Ogonshoto. Permainan itu diadakan sehari selepas gerhana mtahari penuh iaitu
permainan memburu peliharaan.Pada zaman dahulu penduduk asli dijadikan buruan sehinggalah
dihapuskan oleh penjajah Eropah. Waktu permainan ialah dari matahari gelincir rembang sampai
matahari terbenam. Setiap pemburu hanya dibenarkan menggunakan senjata tiga kali sahaja.
Andai tiga kali senjata digunakan namun buruan tidak mati maka binatang itu dibiarkan lepas dan
pemburu mesti pulang tanpa menoleh ke belakang.Jika pemburu melepaskan binatang peliharaan
yang paling disayangi, semakin bermaknalah permainan itu.Tempat permainan sekitar kaki gunung
berapi hingga ke pinggang gunung berhutan. Di pinggang gunung yang berhutan kata orang
terdapat kediaman sejumlah kecil resi.(orang pertapa).

Pemuda itu pun membeli sebatang temiang dan sejumlah damak. Dari minggu ke minggu
dia berlatih menggunakan temiangnya hinggalah berjaya mengenai sasarannya. Menjelang gerhana
matahari penuh semua damaknya mengenai sasaran. Dia memanggil Presiden dengan
panggilan Papa atas permintaan Presiden sendiri. Menurut pekerja istana Papa tidak pernah
ketinggalan berburu semperna dengan peristiwa gerhana matahari penuh. Binatang buruan Papa
seperti musang, babi hutan dan seekor beruk. Pemuda itu teringat semasa di Banaba dia mendapat
keputusan cemerlang dan tergolong dalam sepuluh pelajar terbaik bagi seluruh Karibati. Mengisi
masa lapangnya sementara menunggu keputusan penempatan kolej serta biasiswa pemerintah
Australia di berperahu menagngkap ikan. Hari malangnya tiba apabila tidak berpatah balik ke
Banaba lalu dilanda badai barat. Setelah menetap di Ogonshoto dan menjadi anak angkat
Presiden hidupnya bagai di syurga. Kemewahan dikecapi seperti bilik yang indah, perpustakaan
menarik, makanan bermutu, pakaian cantik, elaun bulanan yang tinggi, beberapa buah kereta
peribadi, beberapa pengiring, bergaul dengan orang ternama dan dilantik sebagai ahli lembaga
pengarah syarikat besar Ogonshoto. Dia berasa terhutang budi kepada Presiden.

Hari yang ditunggu pun tiba. Dia melihat Papa tidak ada binatang di hadapannya.Papa
menyeluk saku, mengeluarkan tangan sambil sambil menunduk mencecah tanah lalau membuka
tapak tangan seolah-olah melepaskan sesuatu kemudian mengejar mainannya.Tupai
kerawak pemuda berjaya mengelak dua bilah damak beracun lalu lari melompat lebih pantas
daripada mainan Presiden. Pemuda Banaba sekarang mendahului presidenmengejar tupainya ke
dalam belukar. Ketika bunyi gendang dan gong sayup-sayup, jauh di kaki gunung pemuda terdengar
suara Presiden yang menyuruhnya tunggu. Dalam fikirannya adakah Presiden akan
menolongnya menembak buruannya dan mereka akan kembali sebagai pemburu yang
berjaya.Namun sebaliknya apabila Presiden mengacukan pistol ke arahnya. Das kedua
tembakan menembusi lengan kanan pemuda Banaba. Das ketiga mengenai betis kirinya. Pemuda
itu lari terjengket-jengket menjauhi Presiden. Apakah yang tersirat dalam hati presiden?.Adakah dia
mainan presiden. Itulah yang bermain dalam fikiran pemuda Banaba.

Apabila sampai di pinggang gunung berapi Gora-Gora dia menunggu hingga matahari tenggelam
untuk kembali ke istana.Tiba-tiba muncul Presiden lalu tembakan keempat dilepaskan
yang menghancurkan tapak tangannya. Muncul pula tentera elit presiden memotong lidah
dankedua-dua pergelangan tangannya. Presiden memberi amaran supaya jangan kembali ke istana
dan berada di Ogonshoto. Persoalan timbul dalam fikirannya adakah dia mangsa permainan ? jika
benar sepatutnya dia ditinggalkan sesudah tiga kali ditembak kerana itu peraturan permainan.
Namun peraturan permainan tidak dipatuhi Presiden. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan
seterusnya kerana dia tidak mungkin kembali ke istana atau keluar dari Ogonshoto kerana tanpa
lidahnya dia bisu.Dia terus meredah ke puncak dengan harapan bertemu resi. Tetapi akhirnya resi
telah menemuinya dan merawat kakinya dahulu. Timbul persoalan dalam fikiran pemuda
Banaba mengapa dia menjadi binatang buruan. Adakah kerana dia menyembunyikan kepintaran
bahasa Inggerisnya di mana dengan kepintarannya dia telah membaca catatan-catatan peribadi
serta novel-novel Presiden ataupun disaat-saat akhir presiden memilihnya sebagai buruan kerana
tidak membawa apa-apa ke medan perburuan. Sekarang dia mula menyesali betapa palsunya
dunia warna warni Ogonshoto. Pintu Ogonshoto sudah tertutup baginya dia menggerakkan jari
kakinya berlatih menulis aksara demi aksara. Sekarang barulah dia memahami sebab-sebab resi
mengubati kakinya dahulu.

BAB 6

PENTAFSIR

Seorang lelaki tua yang gemar menyelam merupakan satu-satunya resi yang dikenali penduduk Aitu.
Orang-orang Aitu percaya ketika menyelam lelaki tua itu bukan sahaja memencilkan diri dalam
lautan malah telah meninggalkan kekotoran di atas garis pantai.Dengan menyelam dirinya
dapat menyelamierti kesucian dan kebenaran. Orang tua itu berwajah lembut dan tenang dengan
sepasang mata jernih yang tidak sanggup ditentang. Dia enggan bercakap banyak. Katanya terpilih
dan tidak mempunyai makna tunggal.Terdapat seorang penduduk Aitu yang cuba mendampinginya
di daratan selama sepuluh tahun lalu. Pendamping itu telah menerima dan belajar menggunakan
bahasa resi tentang serpihan-serpihan kehidupan. Selama beberapa bulan pendamping cuba
mencantumkan serpihan pelbagai warna dan makna. Akhirnya dia berpendapat masanya telah tiba
untuk memperagakan seluruh cantuman menurut tafsirannya sendiri.

Pada suatu petang pendamping bercerita kepada rakannya yang tidak ke laut. Megikut katanya
sekarang dia bukan lagi pendamping tetapi sebagai seorang pentafsir. Pada masa dulu di Aitu
terdapat hanya sebelas rumah termasuk keluarga resi. Aitu jauh terpencil di Ogonshotto di mana
penduduknya cepat tidur dan lambat bangun. Pada suatu hari perkampungan itu dilanda debu
gunung berapi dan kematian seekor paus terdampar di pantai Aitu. Dua petanda buruk datang
serentak iaitu satu dari puncak daratan dan satu lagi dari lantai lautan. Si resi muda mula melihat
jiran tetangga mula menjadi pentafsir mencari jawapan mengapakah Tuhan menghantar tanda-
tanda buruk ini. Tafsiran bertambah dari hari ke hari. Pada hari kedelapan resi muda menyelam
untuk membersihkan dirinya daripada debu gunung berapi dan bau bangkai paus. Tetapi pada
peringkat seterusnya ketika sendirian dalam air dia teringat akan pelaajarannya dengan resi tua
dahulu. Dia mula mentafsir tentang Tuhan mengutus tanda-tanda celaka di daratan.

Aitu didatangi sebuah kapal besar dari Tatamanu. Kelasi kapal memberitahu sejak sepuluh hari
lalu Ogonshoto mempunyai Presiden baharu.Penduduk Aitu begitu mengenali Presiden baru yang
mempunyai riwayat hidup yang luar biasa iaitu kepintaran nya yang menjadi teladan anak-anak
muda Eropah. Begitu juga rasa tidak malunya mempunyai ibu yang tua dan hodoh dengan memeluk
kaki ibunya di pantai.Keesokan harinya semasa resi menyelaman mata hatinya kembali merenung
dua tanda petaka itu.Ketibaan tanda petaka itumenurut pemikirannya mengiringi detik pelantikan
presiden Ogonshoto, iaitu dua tanda buruk dan satu peribadi luar biasa.Baginya sukar untuk
memahami hubungan ini.

Presiden akan datang ke Aitu sempena seratus hari pertama Presiden berkuasa. Tujuan
kedatangannya untuk merancang pembangunan Aitu serta mengadili satu sayembara.Sayembara
itu tentang ciptaan yang hidup dan hadiahnya sebutir kelapa emas. Penghuni Aitu kebingungan
dalam membuat tafsiran ciptaan yang hidup hanya tiga orang yang berani menyertai
sayembara itu. Seorang daripadanya resi muda. Si resi muda menyelam beberapa kali untuk
mentafsir ciptaan yang hidup. Akhirnya dia berpendapat yang mampu dilakukan hanya
menjadikan benda tidak hidup ciptaannya tampak seakan-akan hidup. Ciptaan itu mesti meniru
sesuatu yang hidup.Resi mula menbuat ciptaannya dengan mengambil tanah liat, mengumpul
beberapa helai daun tembakau, beberapa jenis buah dan daunan yang boleh direbus menghasilkan
warna. Akhirnya saiplah ciptaanya.

Apabila tiba hari pertandingan ketiga-tiga peserta membawa ciptaan masing-masing ke tepi
pantai. Akan tetapi tidak seorang pun dapat melihat ketiga-tiga ciptaan itu kerana semuannya
dibungkus. Hanya Presiden yang boleh menghampiri ciptaan-ciptaan itu. Presiden turun dari kuda
dan membuka kain penutup ciptaan peserta. Pesrta pertama dan kedua tidak berjaya kerana
ciptaan mereka menyalahi tafsiran. Apabila tiba pada ciptaan resi Presiden melompat naik pelana
lalau bergerak pada jarak yang agak jauh. Dari jarak yang agak jauh ciptaan resi menampakkan ikan-
ikan daripada tanah liat memeperagakan warna-warni tubuh sama ada bewarna tunggal atau
pancawarna.Ikan-ikan itu tampak berkejaran berenang . Segalanya seperti hidup padahal yang
sedang bergerak hanyalah air laut yang mulai pasang sedangkan ikan-ikan itu tetap tidak hidup di
atas pasir putih pantai Aitu. Presiden mengeluarkan kelapa emas sebagai hadiah. Pandangan resi
buah kelapa itu bukan ditempa daripada emas mungkin sebuah kelapa kuning biasa yang dilumur
minyak agar tampak berkilau.Presiden menghampiri ciptaan resi lalu dilontarkan kelapa
itu menghentam segala ikan ciptaan resi hancur ditelan lautan. Bagi penduduk Aitu mungkin begitu
cara seorang presiden memberi hadiah namun bagi resi cara Presiden itu menampakkan
kebodohan seorang yang dianggap terpelajar.Kelapa emas dihanyutkan laut.Resi buat pertama
kalinya mengarahkan semua penduduk balik kecuali dirinya. Malam itu resi melakukan ritual
penyelaman sepanjang malam. Semasa timbul untuk kali penghabisan terlihat olehnya sekumpulan
ikan-ikan bewarna-warni berenang mengelilinginya. Ikan-ikan itu mengingatkannya kepada iakan-
ikan daripada tanah liat ciptaannya. Pada fikirannya mungkinkah Tuhan mengganticiptaannya
dengan ciptaan yang benar-benar hidup.Semasa penyelaman kali terakhir dia ternampak beberapa
ekor hidupan laut, bertubuh bulat , berduri tajam memamah karangan laut.Bentuk hidupan itu
mengingatkannya kepada kelapa emas. Tafsiran resi muda Tuhan telah menggantikan ciptaanya
dan juga menggantikan hadiah Presiden itu di mana dua benda yang tidak hidup, sekarang
menjadi sesuatu yang hidup. Yang satu indah pancawarna dan yang satu lagi kelabu merosak
karang.Dia mulai berasa yakin bahawa kuasa baik sedang diintai oleh kuasa jahat. Bandingan ini
dapat mengaitkan dua tanda celaka itu dengan perlantikan Presiden.Bagi resi Tuhan tidak pernah
berlaku silap apabila menghantar isyarat-isyarat ke dunia.

Pada resi walaupun dia kerdil untuk melawan presiden namun dia tetap tidak boleh berdiam
diri. Wajar baginya hidupan laut perosak karang itu dimusnahkan yang secara perlambangan
merupakanpernyataan sikap terhadap pemerintahan Ogonshoto.Bagi pemikiran resi sesiapa yang
melawan kuasa jahat akan diberi balasan nirwana. Sebab itulah hingga sekarang mengikut
pentafsir resi itu sering bertapa di laut sambil membunuh hidupan laut perosak karang.

Dua puluh hari selepas pendedahan pendamping resi tentang tafsirannya. Aitu dikunjungi
oleh seorang dari pejabat Presiden di Tatamanu. Dia bertanya pentafsir tentang benarkah lelaki tua
itu ada menyebut tentang imbuhan nirwana kepada sesiapa yang membunuh hidupan laut perosak
karang itu.Pentafsir mengiakan lalu disuruh membawanya berjumpa lelaki tua tersebut.Keesokan
harinya mereka pergi bertemu resi tua yang ketika itu bersiap-siap hendak ke laut. Orang dari
Tatamanu itu mengatakan resi tua boleh dihukum kerana memberi pendapat yang
mengelirukan iaitu imbuhan nirwana kepada sesiapa yang membunuh hidupan laut perosak
karang. Imbuhan nirwana hanya ditentukan Tuhan jawap resi tua. Jawapan resi tua amat mudah
bagi orang Tatamanu di mana dia tidak perlukan pentafsir untuk membuat tafsiran kerana
baginya apa yang dikataka resi itulah maknannya tanpa perlu tafsiran. Mendengar resi tua berkata "
Akan tiba" orang Tatamanu menjawab dia akan menunggu ketibaannya. Dia membuat
tafsirannya Tuhan akan datang dari laut. Dia menunggu ketibaan Tuhan kerana Tuhan yang hanya
boleh memberi jawapan. Tafsirannya tidak dipercayai penduduk Aitu. Orang Tatamanu itu
menunggu Tuhan setiap hari di pantai. Beberapa penduduk kasihan melihatnya lalu dibuatkan
pendok kecil dan diberikan makanan kepadanya. Beberapa Tahun kemudian orang dari Tatamanu
itu meninggal duniadengan matanya terbuka memandang ke laut.Mayatnya dibawa pulang ke
Tatamanu.Akhirnya terjawab juga maksud "akan tiba" di mana pentafsir membuat tafsiran iaitu ada
kebenaran yang hanya akan ditemui di dunia yang akan datang iaitu di hadapan Tuhan.Resi
menangis teresak-teresak apabila mendengar tafsiran pentafsir tanpa berkata apa-apa lalu
memegang lengannya berjalan seiring. Pada fikiran pentafsir itu menandakan resi tua menyetujui
pendapatnya.
BAB 7

JARI

Seorang guru yang pernah menjadi guru sains sekolah Tinggi Tatamanu kini mengajar di pedalaman

Kuri. Yang menarik perhatian rakan dan jiran tetangga ialah sepotong jari berendam cecair pengawet
dalam sebuah tabung kaca turut dibawa pindah dari Tatamanu. Pada suatu hari ketika guru kidal itu
tidak ke sekolah mereka ke rumahnya untuk bertanya tentang jari tesebut. Guru kidal itu
mengisahkan riwayatnya kepada tetamunya.Beberapa tahun lalu golongan pengkritik mengkritik
pemerintahan Ogonshoto terutama Presiden yang tidak lagi mahu mendengar pendapat orang
lain termasukperibumi.Namun reaksi Presiden ialah secara tegas menyebut sesiapa sahaja bebas
untuk memberikan kritikan konstruktif, tanpa perlu berasa takut dan khuatir, tanpa tanggapan
karut sang pengkritik konstruktif, atau keluarganya, atau saudara-maranya akan dikenakan tindak
balas yang keras dari pemerintah.Lalu guru kidal itu memberitahu siswanya tentang kepincangan
kerajaan. Walaupun memeranjatkan banyak pihak tetapi tiada sebarang tindakan ke atasnya. Guru
kidal mulai yakin kata-kata presiden tentang demokrasi Ogonshoto akan menjadi contoh terbaik
fahaman demokrasi moden di Pasifik.

Tidak lama kemudian dia menyiapkan makalah yang agak panjang untuk akhbar Ogonshoto.
Dia mempertaruhkan jari manisnya akan dikerat jika makalah itu diterbitkan dan tiada apa-apa
tindakan dikenakan kepadanya dan keluarganya. Beberapa hari kemudian makalahnya yang
bertajuk "Daratan" diterbitkan.Makalah yang mengisahkan tentang Adam yang terapung di
angkasa mencari daratan di dunia. Daratan yang dulunya milik peribumi Ogonshoto kini telah
dibahagikan oleh Presiden kepada musuhnya untuk memenangi hati mereka dan kepada pengikut
setianya tanpa mengkaji implikasinya. Tanah pemberian Presiden kepada bekas musuh politiknya
membuatkan mereka lupa perjuangan asal dan membangunkannya dengan bantuan pelabur
asing atau menjualkannya terus kepada orang Amerika dan Eropah. Kesannya harga tanah berlipat
ganda meningkat tidak mampu dimilki rakyat tempatan. Ponyokong kerajaan yang mendapat tanah
juga akan terus menjualkannya tanah masing kerana sasaran mereka hanyalah lima tahun, atau
lima tahun akan datang apabila pemilihan umum diadakan.Ini berlaku kerana untuk mengukuhkan
ledudukan mereka perlu ada wang.Akibatnya Ogonshoto sedang mengecilkan daratan.Misalya
tujuh puluh peratus daratan Futu-Ata dimiliki orang-orang Jepun. Begitu juga di tempat-tempat lain
banyak kawasan daratan dimiliki orang-orang Inggeris, Amerika, Australia, New Zealand, Jerman,
Itali, Switzerland dan Perancis. Sekali mereka mendapat tanah daratan mereka tidak akan
melepaskannya. Dia mengakhiri tulisannya dengan menyebut pembinaan stesen angkasa adalah
kerana manusia ghairah mencari daratan baru di atas sana. Ogonshoto terus menyerahkan daratan
kepada bangsa-bangsa lain, mengabaikan peribumi sendiri.

Setelah dua bulan berlalu tanpa apa-apa tindakan dia mulai percaya bahawa demokrasi mulai
segar kembali di Ogonshoto. Lalu guru kidal tersebut teringat akan janji-janjinya.Namun sukar
baginya untuk memotong jarinya. Lalu dia pergi ke perumahan para lepra (penyakit kusta). Di sana
dia menemui sahabatnya bekas tukang kayu yang telah dipindahkan ke kawasan perumahan
tersebut kerana mengidap penyakit kusta.Di sana sahabatnya memotong jari manisnya .
Sahabatnya menganggap perbuatannya sebagai bodoh.

Hukuman datang lewat setepas dia mengorbankan sebatang jarinya di mana dua minggu
kemudian setelah lukanya kering barulah dia menerima surat mengarahkannya pindah dalam
tempoh dua puluh empat jam. Jadi dia telah dipindahkan ke pedalaman sebagai hukuman
atas penulisan makalahnya.Begitu juga terjadi kepada saudara maranya yang menyalahkannya
kerana mereka turut menerima hukuman atas perbuatannya.

Beberapa minggu kemudian pedalaman Kuri gempar kerana gabungan tiga syarikat Turki, Jepun
dan Jerman akan datang menebang hutan di kawasan itu untuk dijadikan padang golf.Guru itu
menganggap perbuatan itu gila kerana Ogonshoto pernah dilanda kemarau parah selama sembilan
bulan akibat penebangan hutan dan kawasan tadahan dimusnahkan.Kesanya ratusan orang telah
mati ada yang terpaksa meminum air kencing sendiri. Guru itu berani mempertaruhkan jari
hantunya dengan yakin projek itu tidak akan dilaksanakan kerana belum mendapat kelulusan
kajian alam sekitar. Bagi penduduk Kuri guru itu seorang yang mempunyai keyakinan luar biasa
kerana setelah kehilangan jari manisnya atas pertaruhan yang sia-sia sekarang dia mempertaruhkan
jari hantunya pulak.Keyakinan guru itu berdasarkan Ogonshoto telah belajar daripada peristiwa
kemarau yang lalu.Dia yakin tidak akan kehilangan jari hantunya.

Projek diKuri di batalkan kerana bantahan kumpulan pencinta alam sekitar yang
mengemukakan kajian ilmiah setebal tujuh puluh lima halaman. Berita itu tersiar di radio, guru
menari-nari mengangkat tangan kanannya tanda kegembiraan lebih-lebih lagi jari hantunya
terselamat. Orang-orang Presiden gembira kerana projek itu dibatalkan dan memarahi pegawai
negeri itu lalu mengenakan tindakan terhadapnya kerana telah meluluskan projek bukan kepada
orang-orang presiden. Presiden menyuruh orang-orangnya bersedia untuk mengambi alih perojek
itu pada ketika yang sesuai iaitu ketika kemarahan pecinta alam telah reda kerana projek itu
menguntungkan. Apa yang akan mereka lakukan ialah mewujudkan golongan pecinta alam bikinan
mereka untuk menyediakan laporan balas lapan puluh halaman yang menyokong agar hutan
pedalaman Kuri boleh ditebang.

Guru berhasrat ingin mengadakan jamuan thanksgiving petang esoknya kerana bersyukur
hutan pedalaman kuri selamat dan lebih-lebih lagi jari hantunya terselamat tidak akan bercerai
daripada tapak tangannya. Petang sabtunya jiran-jiran datang menolong dan jamuan iti berlangsung
dengan meriahnya. Akan tetapi kemudian berkemundang di radio penguguman daripada pejabat
Presiden tentang Rancangan pembinaan di pedalaman Kuri diteruskan di mana dua buah syarikat
antarabangsa dari Amerika dan Scotland terlibat dengan memindahkan konsep tradisional St.
Andrews. Dengan itu Ogonshoto akan memiliki padang golf bertaraf antarabangsa dan sekali gus
Ogonshoto akan sedarjat dengan negara-negara kapitalis yang maju di dunia.Kerajaan mendapati
laporan pencinta alam yang berpejabat di Kuri mengandungi banyak kesilapan fakta dan data.
Berpegang kepada laporan golongan pecinta alam Tatamanu projek itu tidak memudaratkan Kuri,
Futu-Ata atau Ogonshoto dalam jangka masa pendek atau panjang.

Penduduk Kuri menasihati guru itu supaya tidak menunaikan janjinya kerana akan mecacatkanya
nanti namun guru itu berkata dia bukannya seorang yang suka berdolak-dalik.Lalu dia
menghubungi perumahan penghidap lepra dengan telefon untuk bercakap dengan
rakannya.Jawapan yang diterima ialah rakannya telah meninggal dunia tiga hari yang lalu. Dia sugul
lalu ke dapur menggunakan kapak kecil memotong jari hantunya. Para tetamu meluru ke dapur di
mana mereka mendapati guru itu terjelepok di suatu sudut mungkin pengsan. Darah merah
berhamburan di lantai.Jari kirinya memegang jari hantunya. Di dinding beberapa kaki atas kepala
guru terlihat tulisan darah, TERRA FIRMA!

BAB 8

KAMERA

Tentang seorang pemuda yang baru pulang dari Tokyo ke Tatamanu.Dia telah dipilih dan di hantar
ke Tokyo di bawah program Penyelidik Muda Asia-Pasifik. Pada mulanya dia tidak menaruh
sebarang harapan kerana ada beberapa orang penyelidik muda lain yang berbakat di Tatamanu. Dia
pula berasal dari Runakita kota pambangkang dan lebih buruk lagi abang tuanya dahulu merupakan
seorang aktivis hak asasi manusia yang telah menghilang diri hingga sekarang. Dia ditempatkan di
sebuah politeknik pinggir Tokyo. Di Ogonshoto sejak di sekolah dasar dia tidak pernah dididik secara
formal untuk memahami dan menikmati kesenian.Oleh itu dia tidak meminati teater tradisional
seperti teater Noh yang hanya melelapkan matanya. Cuma satu kesan daripada menonton
teater Noh ialah topeng-topeng yang dipakai pelakonnya.Baginya, bagaimana kalau banyak manusia
memakai beberapa topeng di dunia ini, hingga menenggelamkan peribadi sebenar.

Setelah empat bulan di Tokyo sebelum kembali ke Ogonshoto dia ke Bandar Elektrik Akihabara
membeli beberapa barangan untuk kamera eksperimentalnya. Iaitu sebuah kamera hitam, perakam
suara saiz mini, sebuah radio transistor, termometer elektronik, pengesaan pergerakan udara
elektronik, buku elektronik tentang jadual cuaca global, sbuah kalendar elektronik dan beberapa
utas wayar yang sesuai.

Sayangnya semasa penerbangan dia hanya membawa kamera hitam ke kabin. Masanya
terbuang. Andaikata dia membawa semua barangan elektronik itu ke kabin bolehlah dia memasang
kamera eksperimentalnya itu. Semasa di dalam teksi dalam perjalanan pulang sewakyu menyelak
akhbar dia ternampak iklan akhbar seperempat halaman memuatkan foto seorang lelaki tua bekas
komandan tentera yang memohon maaf kepda semua pihak atas kesilapannya sepanjang
berkhidmat dalam angkatan tentera Ogonshoto. Pemandu teksi memberitahu sejak dua minggu
lalu dia sakit dan meracau dan ramai orang ke rumahnya yang kemudian mendengar cerita
tentangnya. Anank-anaknya tidak seorang pun datang untuk menjaganya. Hanya isteri tua yang
lumpuh menjaganya.Dia menyuruh pemandu teksi membawanya ke rumah komandan
tersebut.Sesampainya ke rumah lelaki tua bekas komandan itu dia pun menghampiri pintu untuk
masuk tetapi langkahnya terhenti kerana terdengar suara orang mengerang dan bercakap-cakap. Dia
ke jendela yang terbuka memerhatikan keadaan rumah dari luar.

Seorang lelaki tua, bekas komandan terbaring dan mengerang di atas katil. Isterinya yng sudah
tua dan lumpuh duduk di atas lantai simen di sisi katil.Ada seorang lelaki tegap sedang berdiri
menentang bekas komandan itu. Lelaki tegap itu mengatakan bekas komandan itu bodoh kerana
memohon maaf kerana betapa besar salah dan dosa bekas komandan dia hanya perlu memohon
maaf kepada Tuhan. Bekas komandan menjawab dengan mengatakan sejak beberapa minggu lalu
dia teringat semula kejahatan yang dilakukannya.Terbayang di matanya mayat-mayat mereka
hidup semula datang membalas dendam. Lelaki tegap itu mengatakan bekas komandan itu tolol
kerana sudah didoktrinkan dan diajar supaya tidak berasa berdosa demi Presiden dan Republik.Tiba-
tiba bekas komandan menjerit sambil menuding siling rumah sambil berkata lelaki aktivis hak asasi
menjelma di mana dia ingat lima tahun lalu di jurang gunung berapi Gora-Gora semuanya
berlaku atas perintah sulit presiden. Lelaki tegap menyambar bekas komandan untuk di bawa ke
hospital tentera dan tiga jam lagi isterinya pula akan dibawa ke rumah orang tua-tua.

Di dalam kamar rumah bujangnya di Tatamanu dia memasang kamera eksperimentalnya.


Akhirnya kamera eksperimentalnya siap. Dia mencuba kamera eksperimentalnya. Hasilnya berjaya di
mana dia dapat merakam peristiwa yang telah berlaku. Mengikut rakannya ciptaan ini luarbiasa.Dia
menceritakan kepada sahabatnya tentang apa yang didengarnya semasa bekas komandan meracau
iaitu tentang peristiwa di kawah gunung berapi Gora-Gora dan tentang aktivis hak asasi.
Baginya mungkinkah lelaki aktivis itu abang tuanya. Dia mengajak rakannya mendaki gunung berapi
Gora-Gora untuk mencari bukti. Setelah dua hari mereka tiba di puncak. Mereka dapat melihat
beberapa imej hitam putih di pemidang tilik kamera eksperimental lalu mengelik beberapa
kali.Apabila dicuci filemnya hanya tiga frame yang menjadi. Pencipta kamera eksperimental itu
menjerit apabila mengenali wajah seorang lelaki yang matanya diikat dengan sehelai kain
iaitu abanya tuanya sendiri.Foto satu gambarnya mata abang tuanya diikat dengan sehelai kain
dengan kedua-dua tangannya digari kebelakang. Melalui pita suara kedengaran abanya tuanya
merayu supaya jangan apa-apakan dia namun Komandan menyuruh membaya abang tuanya
kepinggir jurang. Foto dua tentera menjauhkan diri dari abangnya dan abangnya sudah melutut
betul-betul di tepi jurang gunung berapi Gora-Gora.Komandan berdiri tegak kira-kira lina kaki dari
abang tuannya sambil mengacukan pistol ke arah kepala abang tuanya. Melalaui pita suara
kedengaran abang tuanya merayu supaya dirinya tidak dibunuh dan dibawa ke pengadilan dan
kedengaran bunyi letupan pistol. Foto tiga Tentera menerajang mayat abang tuanya masuk ke dalam
kawah gunung berapi. Kepala abang tuanya terjunam ke bawah dan Komandan menyarungkan
pistolnya.Melalui pita suara kedengaran bunyi angin malam dan gelegak bara yang mengerikan.

Pencipta kamera eksperimental ingin membawa perkara tersebut ke pengadilan.Walaupun


tidak begitu yakin hasratnya akan berjaya namun dia akan mencuba.Dia menulis manual
penggunaan kamera eksperimentalnya untuk ditinggalkan kepada rakannya sekiranya apa-apa
terjadi kepada dirinya atau temannya kelak. Dia meninggalkan rakannya untuk pergi mencari
keadilan. Dalam sebuah bagunan dia sedang menunggu salinan laporannya selama tiga jam. Baginya
keadilan mesti ditegakkan dengan membawa bekas komandan dan tentera ke muka pengadilan
kerana hanya mereka yang tahu sama ada pembunuhan itu kehendak mereka sendiri atau atas
arahan pihak lain. Dua orang tentera datang menahannya atas kesalahan yang amat besar kerana
menggunakan kamera yang belum diluluskan penggunaannya di Ogonshoto.Tanpa
pengetahuannya salinan tiga keping foto dan pita suara telah dihantar ke hospital tentera tempat
komandan itu diawasi. Apabila diperlihatkan foto dan diperdengarkan pita suara komandan itu
menjerit melolong dan pengsan.Begitulah yang berlaku kepada bekas komandan itu dua hari dua
malam di mana akhirnya dia meninggal dunia.

Pencipta kamera eksperimental ditahan di lokap tentera. Dia belum lagi dimaklumkan hari
perbicaraannya walaupun sudah dua hari ditahan kerana kebiasaanya pada hari ketiga penangkapan
perbicaraan akan dilakukan. Anehnya dia belum di dimaklumkan bilakah kes pembunuhan abang
tuanya akan dibawa ke muka pengadilan. Dia terbayang-bayang akan kamera eksperimentalnya.
Entah ditangan siapa.Kamera itu mampu merakam kan masa lalu pada masa ini. Memasang dan
menciptanya mudah, boleh diinovasi. Pendeknya boleh didapati di mana-mana tidak lama lagi. Tiba-
tiba di tercium bau belerang di mana dia mati ditembak
BAB 9

BAHTERA

Mengikut perkiraan lelaki berumur akhir lima puluhan, bakal nakhoda bahtera itu esok hari yang
paling sesuai untuk diluncurkan bahtera ke laut. Dia sudah membuat perkiraan baik buruk tiap-tiap
hari bulan mengikut cara perhitungan orang tua-tua Ogonshoto.Hampir setahun lalu ketika dia
bersampan cadik sebelah petang yntuk pulang ke rumahnya dia terlihat seekor penyu raksaksa
hijau lumut kehitam-hitaman menyusup di bawah sampan cadiknya. Sesampainya di pantai dia ke
warung lalu menceritakan tentang penyu raksaksa itu. Tiada seorang pun mempercayainya. Ada
yang mengejeknya dan carut-mencarut berpanjangan.Menurut lelaki tua itu kedatangan penyu
raksasa ke pulau karang itu tidak penting kerana ada gua besar tempat tinggalnya tetapi yang
penting ialah bila penyu itu akan meninggalkan guanya.Kerana menurutnya hanya penyu rasaksa
yang dapat mengesan gegaran kerak bumi. Seribu tahun lalu berlaku gempa bumi luar biasa di
mana hilang lenyap beberapa pulau. Tinggallah Gora-Gora, Futu-Ata, Rai-Rapa dan pulau-pulau pasir
karang. Jadi mereke memerlukan bahtera yang boleh membawa sebanyak mana penduduk
Ogonshoto. Penduduk Ogonshoto makin ramai mempercayainya. Mereka berbaris-baris mendaftar
diri sebelum dibenarkan menaiki bahtera.

Pada peringkat awal dulu bukan sahaja tidak mempercayai kisah kemunculah penyu rasaksa
malah memperolok-olokan usahanya membina bahtera.Penyu raksaksa membawa alamat buruk,
jadi mereka harus berpindah mencari daratan baharu. Bahtera besar perlu dibina.Berminggu-
minggu kemudian barulah dia didatangi pengikut-pengikut yang percaya kepadanya termasuk lelaki
pendiam dan beberapa orang resi yang mengasingkan diri dalam hutan. Namun dia ditentang anak
lelakinya yang tinggal di asrama di Tatamanu yang mengatakan Ogonshoto terletak jauh dari plat
lingkaran gunung berapi pasifik. Namun dia faham pemikiran anak muda berbeza dengan orang tua.
Sukar baginya yang buta huruf untuk memberi penjelasan kepada anaknya
tentang kebenaran daripada cita rasa dan deria lampau berbanding ilmu yang dipelajari.

Dia tidak faham birokrasi Ogonshoto, permohonannya ditolak dari satu jabatan ke satu
jabatan. Akhirnya dia meminta bantuan sebuah Firma Jepun dari Futu-Ata yang kagum dengan
rancangannya. Peruntukan besar dikeluarkan untuk memberi rasuah kepada politikus dan
birokrattertentu di Ogonshotto. Seminggu kemudian barulah dia dan pengikutnya mendapat
keizinan untuk membina bahtera. Kebenaran di beri untuk mengambil kayu di hutan seluas lima
ratus ekar di Futu-Ata dalam tempoh maksimum dua tahun dan di puncak layar mesti dikibarkan
bendera Ogonshoto.Itulah hutan terakhir di Ogonshoto. Dia mula mengarahkan pengikutnya bekerja
seperti mengali perigi, membina bangsal,mendirikan gudang, dan membuat tapak galangan.Dia
kembali mengingat ilmu bahtera yang dipelajarinya dulu.Siang malam pengikutnya bekerja
menyiapkan bahtera. Dia mengejar masa, di mana sebaiknya biarlah bahtera sudah terapung
apabila penyu raksaksa mula tinggalkan pulau itu. Seseorang diperintah untuk memerhatikan
penyu tersebut.

Terdapat seorang lelaki dan dua orang wanita yang sakit parah ingin menaiki bahtera namun
dihalang pengikutnya.Nakhoda buat sementara waktu menyuruh mereka beristirehat di gudang alat
utas. Nakhoda bertanya mereka sejak bila mereka sakit. Lelaki itu memberitahu sejak balik dari
jamuan di istana Presiden dua hari lalu. Lelaki itu berharap nakhoda membenarkan mereka bertiga
naik kapal namun ditolak nakhoda.Mereka memberitahu sebenarnya telah ada lima penumpang
yang mereka kenal yang turut dalam jamuan Presiden berada dalam ke dalam bahtera. Nakhoda
ingin mengesan kelima orang penumpang itu dengan mengatakan makanan dalam bahtera tidak
seenak hidangan di istana Presiden namun tidak seorang pun menyambut umpanannya tentang
hidangan di istana Presiden.

Nakhoda menatap mata dan bibir setiap orang. Sesiapa yang mata dan bibirnya layu diarahkan
pindah ke geladak namun jumlahnya melebihi lima iaitu lapan belas. Tiba-tiba lelaki yang bertugas di
dulang-dulang melaung sambil melambai-lambai nakhoda. Nakhoda bergegas ke ke dulang-dulang
lalu meneropong ke arah prairan pulau karang. Penyu raksaksa dilihat telah meninggalkan pulau
karang ke timur. Bahtera yang panjangnya seratus dua puluh meter , lebarnya dua puluh lima meter
dan dalamnya lima belas meter diluncurkan ke laut.Menurut firasat Nakhoda pelayaran akan
bermula esok harinyamengikut penyu raksaksa itu. Malam itu nakhoda berasa lega kerana anaknya
akan ikut bersamanya namun yang perlu difikirkan ialah nasib dua wanita dan seorang lelaki
digedung itu di mana membawa mereka seakan-akan sengaja menyebarkan wabak penyakit yang
mungkin akan membunuh semua orang dalam bahtera tetapi meninggalkan mereka seolah-olah
membiarkan mereka mati dalam malapetaka.

Dalam waktu yang sama anak nakhoda menulis sesuatu dalam buku catatannya iaitu bagaimana
bapanya tahu malapetaka akan tiba. Sebenarnya mereka yang berpenyakit itulah bagi anaknya
yang akan membawa malapetaka besar dalam bahtera. Di mana bahtera bapanya ibarat sebuah
pulau, sekali malapetaka melanda semua akan mati di atas pulau binaan bapanya itu.Buku catatan
itu diletakkan di sisi lampu Hurricane dalam kamar bapanya.

Akhirnya nakhoda membenarkan mereka yang berpenyakit itu naik ke bahtera. Ketika dalam
perahu tiba-tiba mereka didatangi seorang lelaki tinggi berpakaian serba putih merayu untuk naik
ke bahtera. Nakhoda membenarkannya naik bersama-sama tiga orang yang berpenyakit tadi.Ketiga-
tiga orang yang berpenyakit itu di tempatkan di buritan kapal. Sewatu Nakhoda menyebut masakan
tidak seenak hidangan istana lelaki tinggi berpakaian puti itu bersuara menyatakan dia adalah ketua
tukang masak. Nakhoda menyuruh lelaki itu mengikutinya ke dalam kamar.Sauh diangkat dan
bahterapun belayarlah. Sewaktu itulah anak Nahoda terjun berenang ke pantai.

Bahtera itupun belayarlah mengikut laluan penyu.Di dalam kamar nakhoda lelaki itu
menceritakan lebih sepuluh tahun dia menjadi tukang masak Presiden. Baru-baru ini Presiden ingin
memakan bubur tradisional Ogohshoto paling enak iaitu bubur taro. Campurannya gandum, sotong,
dan daging rusa, ditambah sayur-sayuran. Apa yang memeningkan tukang masak ialah ketiadaan
daging rusa. Sehari sebelum jamuan besar itu, seorang lelaki datang ke rumahnya.Lalu dibunuhnya
lelaki itu dilapah dan dikisar dagingnya dan dijadikan ramuan bubur. Dua tiga hari tetamu mula
sakit termasuk Presiden. Tukang masak akhirnya tahu bahawa lelaki itu pengidap sakit kelamin
yang parah daripada surat mangsa yang terdapat dalam dompetnya.Mendengar cerita itu Nahoda
mengarahkan tukang masak itu ke geladak. Suara tukang masak itu berubah menjadi halus , menarik
lapisan atas rambutnya, lalu mengurailah rambutnya yang panjang hingga ke bahu.Apabila pakaian
serba putihnya ditanggalkan rupanya dia adalah seorang wanitalampai bergaun labuh.Wanita itu
meninggalkan kamar nakhoda.Nakhoda menjumpai buku catatan anaknya yang ditinggalkan
berhampiran lampu hurricane.Setelah membacanya ketahuilah dia anaknya telah meninggalkan
bahtera itu. Dia menjadi gementar dan longlai.

Tiba-tiba terdengar dentuman luar biasa seperti halilintar.Asap gunung berapi kian menebal.
Gelombang besar lagi tinggi muncul di barat Ogonshoto melanyak kepulauan, bangunan dan semua
yang hidup di atasnya.Gelombang itu bergerak ke timur. Bahtera Nakhoda dilanda gelombang dan
terangkat enam ratus kaki ke udara dan perlahan-lahan menggelonsor menuruni lereng gelombang.
Ogonshotto hilang tidak bersisa.Teringat dia akan anaknya. Pada fikirannya dia akan menurunkan
penumpang yang dijangkiti di pulau yang mula-mula ditemui namun dia membatalkan hajatnya
kerana baginya biarlah dia menyelamatkan mereka kerana dia telah kehilangan seorang anak
lelaki .Setelah berminggu-minggu belayar akhirnya pada suatu pagi kedengaran laungan 'Tuan
nakhoda! Daratan'.

EPILOG:

TSUNAMI

Bahtera dari Ogonshoto mendahului Kawai Maru berlabuh di pulau itu. Kedua kapal itu datang dari
arah berlainan. Apabila mereka bertemu di darat buat pertama kalinya peristiwa tsunamilah yang
mula-mula mereka perkatakan.Gora-gora, Rai-rapa, dan Futu-Ata hancur luluh. Mujurlah Kawai
Maru danbahtera itu tidak turut ditelannya.Sepuluh penumpang bahtera terbunuh. Yang sakit
dimasukkan ke dalam wad dan yang lain ditempatkan di khemah-khemah khas sementara
menunggu keputusan pemerintah pulau itu.Nakhoda menyerahkan nasibnya dan para pengikutnya
kepada pemerintahpulau itu sama ada menerima mereka tinggal di situ atau meneruskan
perjalanan mencari daratan lain.

Berminggu-minggu lamanya Kawai Maru berlabuh di sana jadi keraplah mereka bertemu
dengan nakhoda dan pengikutnya. Perhubungan mereka menjadi akrab. Disanalah juga watak-
watak yang masih hidup dalam semua naratif Ogonshoto temui.Daripada tokok tambah merekalah
naratif-naratif Ogonshoto ini menjadi lengkap seperti seekor ikan yang lengkap. Semua itu telah
berlalu berpuluh-puluh tahun yang lampau. Aku berumur lapan puluh tahun dan sudah dua puluh
tahun meninggalkan Kawai Maru. Semua rakan-rakannya memilih jalan sendiri. Peristiwa
pertemuan dengan nakhoda dan pengikutnya terjadi ketika umurku empat puluh tahun lima bulan.

Kawai Maru telah digantikan dengan tenaga-tenaga muda lepasan sekolah tinggi. Mereka
tidak pasti Tuan Kawai masih hidup atau meninggal dunia. Kebanyakan teman-teman aku telah
pulang ke kampung masing-masing. Kehidupan di kampung halaman membingungkan kerana tidak
ada teman masa kecil atau kenalan akrab. Kehidupan menjadi sunyi tidak seperti hiruk-pikuk di
Kawai Maru.Tidak semua isteri dapat menerima kehadiran suami mereka yang tiba-tiba muncul di
hari tua.Kebingungan berada di rumah yang sempit dan berduaan sahaja dengan isteri membuatkan
lelaki tua mulai mengikut ke mana sahaja isterinya pergi. Akhirnya pergerakan yang merimaskan ini
menyebabkan berlakunya penceraian.

Aku tidak pulang ke kampung halamannya. Isteri aku di kampung telah meninggal dunia tiga
puluh tahun yang lalu ketika Kawai Maru berada di Jurang Marianas. Perkahwinan mereka tidak
mendapat zuriat jadi sebaik sahaja berhenti dari Kawai Maru aku memilih tinggal di sebuah rumah
orang tua di Daerah Kita, Tokyo.Kompleks kediamannya terletak di sudut sebuah taman yang luas.
Persekitarannya amat sunyi sedangkan di luar taman di kota Tokyo hiru-pikuk. Taktala membuka
mata, aku berada di wad hospital. Jururawat memberi tahu pembedahan sangat berjaya dan
mungkin hujung minggu ini aku boleh pulang ke rumah.Telah lama aku merahsiakan penyakit ini
daripada pengetahuan keluarga dan sahabat.Ketika menjalankan tugas di sebuah organisasi Asia-
Pasifik di Tokyo penyakit semakin serius lalu terpaksalah aku menyerah untuk dibedah. Aku
memejamkan matanya mengingati kampung halamnnya.
BAB WATAK & PERWATAKAN

8 JARI

(Hal: 115

131)

1) GURU SAINS

a) Seorang guru sains yang juga dipanggil sebagai guru kidal.

b) Berpindah tempat bertugas dari Sekolah Tinggi Tatamanu (119)

c) Membawa bersama barang-barang seperti buku, peralatan dan balang berisi jari.

d) Jujur menceritakan kisah sebenar perkara yang menimbulkan tanda tanya orang ramai tentang
angan

kanannya yang kurang satu jari.

e) Berani mempertaruhkan jari manisnya bahawa makalah yang ditulis oleh beliau, setelah
diterbitkan beliau

dan keluarga tidak akan dikenakan tindakan. Makalah tersebut berkenaan dengan kepincangan
dalam agihan

tanah daratan yang dikuasai oleh orang asing yang mengabaikan hak orang tempatan (117-119).

f) Bertindak terburu-buru yang mengakibatkan kerugian pada dirinya. Contohnya dia bertaruh, jika
makalah

yang dihasilkannya akan diterbitkan, yang dia dan keluarganya tidak dikenakan apa-apa tindakan.

g) Menepati janji untuk mengerat jari manisnya setelah melihat pihak pentadbiran Ogonshoto tidak
mengambil

tindakan atas dirinya dan keluarganya.. Beliau mendapatkan bantuan sahabatnya yang mengidap
lepra

h) Bernasib malang kerana :

- setelah dua minggu jari manisnya dipotong (122) dia menerima surat arahan dua puluh empat jam

berpindah dari Tatamanu ke pedalaman Kuri (123).

- keluarganya turut menerima padah iaitu ada yang dipindahkan, diturunkan pangkat, diberhentikan

(penghapusan keturunan dalam skala kecil).

i) Dianggap oleh penduduk Kuri sebagai orang yang bijak yang boleh memberikan pendapat dan
pandangan

tentang rancangan kerajaan untuk membuka padang golf di pedalaman Kuri.

j) Tidak serik dengan kejadian lalu. Guru Sains pertaruhkan jari hantunya pula.

k) Berani mempertaruh jari hantunya pula kerana menyangka bahawa projek pembinaan padang
golf di Kuri
akan dibatalkan.

l) Bersyukur kerana hutan pedalaman Kuri akan selamat(129). Oleh itu Guru Sains mengadakan
jamuan

thanksgiving yang meriah (128).

m) Akhirnya memotong sendiri jari hantunya, setelah mendapat berita bahawa sebuah padang golf
bertaraf

antarabangsa akan direalisasikan di Kuri (129-130)

Anda mungkin juga menyukai