Anda di halaman 1dari 2

PENDIDIKAN DENGAN SAINS SOSIAL (HT17)

SEMESTER 1 SESI 2016/2017

PERBANDARAN DAN PEMBANDARAN

TG30303

DR. DAYANG NORIZAH BINTI AWANG KIFLEE

MAKLUMBALAS SUBJEK PERBANDARAN DAN PEMBANDARAN

NAMA NO. MATRIK


MUHAMMAD IZZAT BIN HANIF BP14110362

MAKLUMBALAS SUBJEK PERBANDARAN DAN PEMBANDARAN


Subjek ini yang telah dilaksanakan sepanjang 14 minggu pada Sem 1 sesi 2016/2017
berjalan dengan baik yang mana telah dikendalikan oleh Dr Dayang Norizah. Subjek ini
yang terdiri daripada 10 bab dan terdapat pelbagai penekanan terhadap konsep dan ciri-
ciri perbandaran dan pembandaran yang telah diterangkan dengan baik oleh Dr Dayang.
Seterusnya penyampaian dan penggunaan bahasa yang baik serta mudah difahami telah
memudahkan para pelajar untuk memahami setiap tajuk dan sub-tajuk yang diajar
kerana diberikan dengan contoh yang sesuai dan contoh situasi semasa. Oleh itu,
pemahaman dan penekanan terhadap setiap tajuk dan sub-tajuk telah dilakukan dengan
baik dalam memahami konten subjek ini. Seterusnya, kerja yang diberikan sebagai
pengukuhan dalam setiap tajuk juga telah dilakukan seperti mendapatkan jurna-jurnal
untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang perbandaran dan pembandaran
dan secara tidak langsung telah menambah pengetahuan pelajar terhadap subjek ini.
Seterusnya dengan kerja berkumpulan dan individu juga menitikberatkan terhadap
kajian lapangan yang mana melihat kepada situasi sebenar bagi proses perbandaran
dan pembandaran yang membolehkan pelajar menjalankan kajian mengenai subjek ini
dengan maklumat yang lebih terperinci. Secara keseluruhannya, subjek ini telah diajar
dengan baik malah dengan kajian lapangan yang dilakukan pada kerja individu dan
berkumpulan telah mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap subjek ini.

Anda mungkin juga menyukai