Anda di halaman 1dari 13

MINGGU KE 10

PENGHAWAAN DI DALAM BANGUNAN

1.0 PENGENALAN

Di dalam negara yang beriklim panas-lembap tropika seperti negara kita, tiupan
angin atau alir udara diperlukan untuk mempercepatkan peroses penguapan supaya
ketidaknyamanan oleh kelekitan kulit dapat dikurangkan. Proses ini sajalah yang
didapati sangat berpengaruh untuk memberi kenyamanan kepada kulit di samping
penurunan suhu udara yang kerap kali sangat sulit untuk dipenuhi sekiranya kita
bergantung kepada metoda alami tanpa bantuan alat-alat mekanikal seperti
pendingin hawa. Penghawaan dan alir udara untuk sesebuah bangunan perlu
disediakan apakah secara alami atau secara mekanikal. Perkara ini jelas
diperuntukkan di dalam Peraturan Bangunan Seragam 1984 (UBBL) yang
menghendaki bukaan-bukaan minimum untuk tujuan pencahayaan dan penghawaan
alami. Perkara 39(1) hingga (4), 40(1) dan (2) dan 41 (1) hingga (4) di dalam
peraturan ini lazimnya diberlakukan oleh pemerintah setempat tempatan terhadap
rencana-rencana bangunan yang baru sebagai salah satu syarat perizinan. Di dalam
hal ini kita jarang sekali mempersoalkan apakah peruntukan yang disediakan di
dalam rencana itu pada akhirnya benar-benar dimanfaatkan oleh penghuninya
ataupun sebaliknya. Kita seringkali bertemu dengan beberapa kes yang melibatkan
renovasi bangunan diluar pengendalian, seumpama penutupan secara permanen
telaga udara "air-wells" pada rumah-rumah deret yang pada asalnya diperuntukkan
untuk tujuan penghawaan dan pencahayaan alami. Di dalam kes untuk mendapatkan
perizinan rencana bangunan, terdapat juga kes pelepasan peruntukan untuk
mematuhi perkara 39 dan 40, hanya dengan menuliskan di atas rencana bangunan
perkataan "penghawa dingin akan digunakan". walhal setelah bangunan siap dan
diduduki tidak ada sebarang alat penghawa dingin dipasang dan kalau dipasang
sekalipun hanya seketika saja iaitu sewaktu pemeriksaan untuk izin menduduki
sedang dilakukan. Contoh kasus diatas menggambarkan bahwa pemberlakuan tidak
akan berpengaruh tanpa pemahaman terhadap kepentingan setiap peruntukan
undang-undang yang berkaitan oleh orang banyak.

Untuk menghargai peruntukan-peruntukan bukaan bangunan yang minimum


sebagaimana yang dipersyaratani oleh peraturan bangunan seragam, kita perlu

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch
ARSITEKTUR TROPIS
meneliti beberapa perkara dasar yang berhubungkait dengan diri kita dari segi
kesehatan dan kenyamanan. Penyediaan bukaan pada bangunan apakah dalam
bentuk telaga udara, jendela, kekisi dan elemen-elemen dekoratif untuk tujuan
penghawaan sebenarnya mempunyai pengaruh secara langsung dari segi fisiologi
khususnya di dalam hal kebersihan dan pergerakan udara di dalam bangunan.
Secara tidak langsung penghawaan juga mepengaruhi suhu dan kelembapan udara
di dalam ruang ataupun pada permukaan dinding ruangan.

Sebenarnya peruntukan penyediaan bukaan minimum sebagaimana yang tercantum


di dalam peraturan bangunan ini masih lagi tidak mencukupi sekiranya tahap
kenyamanan sebenar ingin dicapai, khususnya didalam iklim panas lembap tropika
seperti negara kita. Garispanduan rancangan berteraskan iklim menghendaki luas
bukaan pada bangunan di sekitar 40% hingga 80% dari luas dinding. Peraturan
bangunan seragam pula hanya menghendaki bukaan seluas 10% hingga 20% dari
keluasan lantai. Nyatalah bahwa bukaan yang lebih besar diperlukan untuk
penghawaan alami yang lebih berpengaruh, bukan sebaliknya iaitu mengecilkan
bukaan hingga ketahap kritikal dan memudaratkan. Gambar (1) menggambarkan
contoh bukaan jendela pada rumah tradisional yang lazimnya memiliki bukaan boleh
tutup dan juga bukaan permanen yang terdiri dari elemen dekoratif di bahagian atas
jendela.

Gambar (1) Elemen-elemen dekoratif yang berfungsi sebagai bukaan permanen


untuk alir-
udara alami

2.0 PERANAN PENGHAWAAN DAN ALIR-UDARA

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch
ARSITEKTUR TROPIS
Kita perlu memahami peranan atau fungsi penghawaan dan alir udara terlebih
dahulu sebelum kita dapat menghargai betapa pentingnya peruntukan bukaan
kepada bangunan yang sewajarnya dipatuhi. Kegagalan kita untuk menilai perkara
ini akan menyebabkan kita mengambil ringan persyaratan-persyaratan dasar
rancangan bangunan yang sensitif kepada iklim dan dapat memberi kenyamanan
kepada penghuninya. Berikut ialah peranan-peranan yang dasar penghawaan dan
alir udara didalam bangunan:
a) Untuk memenuhi persyaratan kesehatan iaitu mengekalkan kualiti udara di dalam
bangunan di atas satu paras minimum, iaitu menggantikan udara terpakai dengan
udara bersih. Keadaan ini mesti dipatuhi dalam sebarang situasi dan rancangan.
b) Untuk menghasilkan kenyamanan termal , iaitu untuk menambahkan kehilangan
haba badan dan mengurangi ketidakselasaan oleh kulit yang lembab dan lekit.
c) Untuk mendinginkan struktur bangunan apabila berlaku keadaan suhu didalam
ruang bangunan meningkat lebih tinggi dari suhu di luar bangunan.

2.1 Penghawaan untuk memenuhi keperluan kesehatan

Keperluan dasar ini perlu dipenuhi tanpa sebarang pengecualian. Secara mudah
persyaratan ini bermaksud membekalkan oksigen dengan secukupnya untuk
pernafasan dan aktivitas-aktivitas lain, serta untuk mencegah kenaikan kadar
kandungan karbondioksid dan bau yang tidak diingini. Sebagai contoh, sekiranya
sebuah ruang dapur tidak mempunyai lubang udara,ia mestilah dilengkapi dengan
peralatan penghawaan mekanikal lain yang berupaya mengurangi kandungan
karbondioksid dan hasil pembakaran lain dibawah paras bahaya. Syarat-syarat
minimum seperti yang dipersyaratani oleh Peraturan Bangunan Seragam 1984
adalah untuk memenuhi fungsi kesehatan ini. Oleh itu sekiranya persyaratan-
persyaratan ini tidak dipatuhi, perkara-perkara negatif yang mengancam kesehatan
seperti sesak nafas, rasa terpengap dan bau yang tidak di ingini senantiasa
mengganggu hidung akan dialami oleh penghuninya. Suasana tidak nyaman ini
kerapkali berlaku pada waktu malam atau waktu hujan apabila penghuni menutup
semua jendela dan tidak terdapat bukaan permanen diperuntukkan pada dinding
atau atap bangunan.

2.2 Penghawaan untuk kenyamanan termal

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch
ARSITEKTUR TROPIS
Kandungan kelembapan udara dan panas matahari yang senantiasa tinggi
menyebabkan kulit kita senantiasa terasa lekit dan tidak nyaman. Fenomena iklim
panas lembap ini hanya boleh diredakan dengan meniupkan angin untuk
mempercepatkan proses penguapan pada kulit. Di dalam hal menyediakan keadaan
termal yang nyaman iaitu mencegah ketidaknyamanan yang disebabkan oleh
kepanasan dan kelekitan kulit ini, bekalan udara yang cukup kelajuan dan kadar
tukarannya adalah diperlukan. Kadar aliran dan kelajuan udara pula dipengaruhi oleh
geometri ruang dan lokasi bukaan. Oleh itu penentuan awal iaitu semasa peringkat
rancangan perlukan penelitian yang mendalam supaya perkara- perkara ini dapat
diterapkan dan bukan sekadar agakan yang kurang tepat. Perlu juga diingat bahwa
kelajuan udara untuk kenyamanan perlu bertambah apabila suhu semakin
meningkat. Oleh itu metoda-metoda yang innovetif perlu difikirkan agar kenyamanan
masih dapat dipermanenkan walaupun pengaruh iklim meningkat menjadi lebih
kritikal khususnya pada waktu tengah hari dan lewat petang. Matlsangat rancangan
kita mestilah memafaatkan angin yang sedia ada dengan memasukkannya kedalam
bangunan serta melengkapkan bangunan dengan metoda bantuan sekiranya angin
tidak diperolehi.

2.3 Penghawaan untuk penyejukan struktur

Udara sebenarnya memiliki kapasiti termal yang rendah. Oleh itu sekiranya
sesebuah bangunan tidak berpenghawaan, suhu udaranya tetap berada pada aras
suhu permukaan dalam. Suhu permukaan dalam pula berubah mengikut purata suhu
permukaan luar. Terdapat perhubungan terus di antara purata suhu permukaan luar
dan dalam, iaitu ia dipengaruhi pula oleh warna dinding luar bangunan berkenaan.
Suhu lazimnya meningkat sekiranya warna digelapkan. Tahap ketinggian turun-naik
suhu ini pula ditentukan oleh kapasiti termal, rintangan termal dan julat suhu
permukaan luar bangunan. Oleh itu suhu adara didalam bangunan terbukti
dipengaruhi oleh ciri-ciri komponen binaan atau struktur banguanan. Hasil dari
beberapa penyelidikan, telah terbukti bahwa pengaruh penyejukan oleh penghawaan
sememangnya bergantung kepada perbedaan suhu luar dan dalam bangunan.
Penghawaan berupaya menurunkan suhu pada bahagian luar bangunan dan
seterusnya mengakibatkan penurunan suhu bahagian dalam dan suhu udara yang
terkandung di dalamnya. Peranan ini perlu diambilkira khususnya bagi penurunan
suhu atap dan ruang loteng bangunan.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch
ARSITEKTUR TROPIS
3. MEKANISME PENGUDARAN DAN ALIR UDARA

Udara akan mengalir atau bergerak melalui sebuah bangunan hanya sekiranya
terdapat perbedaan tekanan. Terdapat dua bentuk tekanan yang akan menyebabkan
aliran ini berlaku iaitu:
a) Tekanan termal iaitu cerunan suhu antara bahagian luar dan dalam bangunan.
b) Tekanan angin yang akan mangalirkan angin luaran kedalam bangunan.

3.1 Tekanan termal


Apabila purata suhu udara di luar dan di dalam bangunan adalah berbeda, maka
perbedaan ketumpatan juga berlaku dan menyebabkan cerunan tekanan udara
secara menegak terbentuk. Sekiranya suhu didalam lebih tinggi dan dua bukaan
disediakan, satu pada bahagian atas dan satu lagi pada bahagian bawah dinding,
udara akan mengalir keluar pada bahagian atas bukaan yang disebabkan oleh
tekanan yang lebih tinggi terbentuk pada bahagian atas ruang bangunan. Sementara
itu tekanan rendah terbentuk pada bahagian bawah yang menyebabkan udara sejuk
mengalir masuk kedalam bangunan.

Mekanisme ini dapat memenuhi keperluan kesehatan tetapi tidak berupaya


meyebabkan udara bergerak laju untuk memenuhi keperluan kenyamanan termal. Di
Pulau Pinang, Majlis Perkotaan Pulau Pinang biasanya mensyaratkan bangunan
dilengkapi dengan serombong asap pada bahagian dapur kecuali dapur gas
digunakan dan semua telaga udara tidak

dibenarkan ditutup samasekali kecuali dengan penutup boleh ubah dan atap
bertingkat yang berbukaan permanen (sila rujuk Gambar 2). Syarat-syarat ini
sebenarnya bertujuan untuk menyediakan tukaran udara bersih secara alami berlaku
tanpa gangguan sepertimana yang dipersyaratani oleh Peraturan Bangunan
Seragam.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch
ARSITEKTUR TROPIS
Gambar 2: Telaga udara boleh ditutup dengan atap bertingkat

Prinsip tukaran udara menerusi tekanan termal dapat berfungsi dengan lebih aktif
lagi sekiranya ketinggian rumah yang lebih dapat diadakan dengan bukaan pada
bahagian teratas dan terbawah sekali. Sebagai contoh, konsep "split level" dan
isipadu berganda dapat diterapkan dalam rancangan rumah kediaman untuk
memastikan pengaruh yang optimum terhadap pertukaran udara. Gambar 3
menggambarkan bagaimana dapur berperanan sebagai sumber udara panas di
dalam sebuah rumah diterapkan dengan konsep isipadu berganda untuk
menghasilkan pengaruh tekanan termal yang lebih berpengaruh. Udara panas dari
dapur akan bergerak keatas dengan lebih berpengaruh oleh pengaruh isipadu
berganda dan keluar menerusi rongga di puncak atap. Seterusnya udara sejuk akan
mengalir masuk melalui ruang tamu ke ruang dapur oleh proses perolakan. Prinsip
rancangan ini sebenarnya lebih berpengaruh dari rancangan lazim yang meletakan
dapur pada tingkat bawah dan mengharapkan tukaran udara berlaku menerusi
bukaan pada tingkat bawah saja.

Gambar 3: Penerapan kosep isipadu berganda

( Tekanan termal menjadi lebih berpengaruh apabila perbedaan tingginya lebih


besar)

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch
ARSITEKTUR TROPIS
Satu lagi contoh penerapan pengalirkan udara secara tekanan termal ialah menerusi
prinsip peneduhan dengan menggunakan elemen landskap. Gambar (4a)

menggambarkan peneduhan dan penghawaan secara terus iaitu pohon-pohon yang


rimbun meneduhi atap rumah supaya panas matahari dapat dikurangkan. Gambar
(4b) pula menggambarkan bagaimana udara sejuk dari rimbunan pohon-pohon yang
berada berhampiran dengan rumah dapat disedut kedalam rumah secara tidak
langsung dengan metoda tekanan termal.

Gambar 4a: Penyejukan secara terus

Gambar 4b: Penyejukan secara tidak langsung

3.2: Tekanan angin

Salah satu sumber penghawaan alami ialah tiupan angin yang bertiup dengan
kelajuan dan arah yang tertentu. Apabila angin bertiup kearah sebuah bangunan,
alirannya yang lurus akan terpecah-pecah dan terlencong keatas dan kesisi
bangunan berkenaan. Bahagian bangunan yang menghadap arah angin akan
mengalami tekanan dan bahagian yang membelakangi arah angin akan mengalami
pengaruh sedutan. Sekiranya terdapat bukaan pada kedua-dua bahagian bangunan
ini, angin akan mengalir masuk menerusi ruang dalam bangunan (sila rujuk Gambar
4).

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch
ARSITEKTUR TROPIS
Gambar 4: Fenomena tekanan angin

Disamping perubahan arah dan kelajuan, pengaruh-pengaruh sampingan lain juga


akan terjadi apabila angin menghadapi halangan. Salah satu pengaruh sampingan
ini ialah pengaruh sedutan dan aliran undur yang juga berupaya mengalirkan angin
pada arah yang bertentangan tetapi memiliki kelajuan yang bersesuaian untuk
kenyamanan. Pengaruh negatif ini sebenarnya dapat dimanfaatkan untuk tujuan
penghawaan di dalam bangunan. Gambar 5a menunjukkan bagaimana sebuah
bangunan tinggi yang diletakkan dibahagian belakang deretan rumah menyebabkan
aliran undur terjadi. Gambar 5b pula menggambarkan sekiranya bangunan tinggi ini
berada di hadapan, pengaruh sedutan oleh aliran undur menjadi lebih aktif lagi.

Gambar 5a: Bangunan tinggi berada di belakang deretan rumah-rumah

Gambar 5b: Aliran undur oleh halangan dihadapan

3.3: Pengaruh campuran

Dalam keadaan sebenar, tekanan termal dan tekanan angin kerap bertindak
bersama untuk menghasilkan alir udara dan penghawaan didalam bangunan.
Penghawaan oleh kuasa termal bergantung kepada hasil perbedaan suhu di dalam

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch
ARSITEKTUR TROPIS
dan di luar bangunan serta perbedaan tinggi diantara bukaan yang teratas dan
terbawah. Untuk bangunan kediaman, perbedaan tingginya terlalu kecil iaitu disekitar
2 meter saja, menyebabkan keberpengaruhannya kurang nyata. Apabila keadaan
agak panas, kuasa termal terlalu rendah untuk menghasilkan aliran udara yang
berpengaruh, kecuali tandas dan ruangan air yang mempunyai paip penghawaannya
sendiri. Metoda ini sebenarnya akan menjadi lebih berpengaruh sekiranya saloran
ventilasi boleh diadakan untuk bangunan bertingkat dengan mengambil kira
ketinggian keseluruhan atau sebahagian bangunan ini. Kuasa termal yang
membentuk aliran udara dengan perbedaan tekanan saja menghasilkan aliran
dengan kelajuan yang rendah.
Aliran udara yang dihasilkan oleh tekanan angin akan mengalirkan angin hampir
keseluruh ruangan ruangan, sementara aliran oleh kuasa termal hanya tertumpu di
bahagian yang berhampiran dengan bukaan saja. Sekiranya kedua-dua makanisme
ini dapat dikawal menerusi perincian rancangan yang tepat dan dibenarkan bertindak
bersama, alir udara yang lebih berpengaruh dari segi tukaran udara dan kelajuan
akan dapat di hasilkan. Sebagai contoh, rumah tradisonal Melayu kerap menerapkan
bukaan jendela yang memanjang hingga keparas lantai dan tidak ada bersiling
supaya ketinggiannya menjadi optimum. Oleh yang demikian udara panas akan naik
dan terus keluar pada bahagian tebar layar dipuncak atap. Angin pula akan bertiup
mesilangi ruang rumah tanpa halangan. Kedua-dua metoda ini saling bantu
membantu untuk menghasilkan penghawaan alami yang paling berpengaruh.

4.0 FAKTOR RANCANGAN YANG MEMPENGARUHI ALIRAN UDARA

Untuk menghasilkan taburan aliran udara yang berpengaruh di dalam sesebuah


ruang faktor-faktor yang mempengaruhinya perlulah diteliti terlebih dahulu. Terdapat
dua faktor utama yang mempengaruhi corak aliran udara di dalam sesebuah
ruangan:
a. Taburan tekanan disekeliling bangunan
b. Inersia udara yang bergerak.

Keadaan topografi,tumbuh-tumbuhan, objek-objek tiga dimensi seperti bangunan


dan tembok akan menyebabkan taburan tekanan di sekeliling dan di luar bangunan
berubah atau menyebabkan arah asal angin utama melencong. Oleh itu objek-objek
seperti tembok dan tumbuh-tumbuhan boleh diterapkan untuk memperbaiki taburan
dan arah atau sebaliknya. Sebagai contoh pohon-pohon yang sederhana rimbunnya

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch
ARSITEKTUR TROPIS
boleh ditanam pada jarak yang sesuai supaya angin akan tertumpu pada arah yang
dipersyaratani (sila rujuk Gambar 6). Kelajuan udara juga boleh ditingkatkan
sekiranya angin dibenarkan menumpu melalui dua deretan pokok-pokok sebelum
masuk kedalam bangunan (sila rujuk Gambar 7).

Gambar 6: Pelencungan angin oleh pohon-pohon

Gambar 7: Pengaruh penumpuan untuk meningkatkan kelajuan


Disamping dua faktor yang tersebut di atas, terdapat juga faktor-faktor geometri yang
boleh dikawal oleh perekebentuk serta berupaya menentukan corak dan juga
kelajuan angin didalam ruang.

Berikut ialah faktor yang berkenaan:


a. Orientasi jendela
Berdasarkan kepada beberapa kajian, angin pada arah 45 darjah kepada lubang
masuk akan bertindak memenuhi seluruh ruangan dengan peningkatan kelajuan
pada sisi dinding dan pada penjuru ruangan. Penghawaan yang lebih baik dicapai
apabila aliran udara bertukar arah di dalam ruangan dari aliran yang terus menerus
dari lubang masuk ke lubang keluar. Penemuan-penemuan ini sangat berfaedah
kerana dapat membantu para perancangan dari terus terkonkong oleh andaian
secara teori yang memerlukan arah angin mestilah menghala tepat kearah dinding
dan sekatan- sekatan di dalam ruang akan menjadi penghalang terus aliran angin.
Oleh itu orientasi untuk kemasukan angin adalah lebih fleksibel dari orientasi untuk
haba matahari yang agak spesifik dan sekatan boleh diadakan tetapi mestilah dapat
menghasilkan penghawaan yang baik.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch
ARSITEKTUR TROPIS
b. Ukuran jendela
Sekiranya sebuah ruangan itu mempunyai bukaan masuk dan keluar dengan
penghawaan silang yang baik, kelajuan udaranya boleh dikawal dengan
menambahkan ukuran jendelanya. Dengan memperbesarkan bukaan masuk dan
keluar secara serentak, kelajuan udaranya juga akan bertambah. Sekiranya ukuran
jendela ruangan berbeda-beda, kelajuan udara yang lebih tinggi boleh diperolehi
dengan ukuran bukaan keluar yang lebih besar dari bukaan masuk. Keadaan ini
boleh dimanfaatkan di dalam rancangan bangunan khususnya di dalam
mempelbagaikan rancangan fasad disamping memenuhi keperluan penghawaannya.

c. Penghawaan silang
Penghawaan silang dapat dipenuhi dengan menghubungkan ruang pada bahagian
sedutan dan tekanan angin. Lazimnya bukaan pada dua sisi dinding yang
bertentangan diperlukan untuk membolehkan keadaan ini berlaku. Tetapi di dalam
keadaan sebenar, kita mungkin tidak dapat menyediakan bukaan pada sisi yang
bertentangan kerana susunan ruangan yang tidak mengizinkannya.
Walaubagaimanapun penghawaan silang masih boleh berlaku dengan menyediakan
dua bukaan pada sisi yang sama dengan syarat aliran angin pada arah oblik.
Sekiranya angin datang pada arah 90 darjah tepat kepada dinding, aliran udara tidak
akan berlaku di dalam bangunan. Sebenarnya penghawaan yang lebih baik dapat
dicapai dengan melengkapkan kedua-dua jendela dengan unjuran menegak (sila
rujuk Gambar 8).

Gambar 8: Memperbaiki penghawaan silang bukaan pada satu sisi.


Kesimpulannya, perubahan yang menggalakkan masih dapat dicapai oleh bangunan
yang memiliki satu bahagian dinding luar seumpama bangunan pejabat atau
ruangan-ruangan darjah, dengan syarat aliran angin mestilah pada arah oblik di
antara 20-30 darjah dan bukaan ditambah dengan unjuran menegak tetapi tidak
terlalu panjang sehingga mengganggu aliran jendela yang satu lagi.

d. Lokasi jendela secara menegak


Kedudukan jendela pada kedudukan menegak dan rancangan bukaan masuk adalah
lebih kritikal dari bukaan keluar, kerana ia akan menentukan corak aliran angin yang

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch
ARSITEKTUR TROPIS
akan masuk ke dalam ruangan. Ketinggian ambang jendela akan menentukan
samaada angin akan bertiup pada zon kediaman atau sebaliknya. Sekiranya ambang
jendela terlalu tinggi, sudah tentulah angin tidak akan bertiup pada bahagian kepala
saja dan begitulah sebaliknya. Begitu juga jendela yang berbagai jenis berupaya
mempengaruhi aliran angin di dalam bangunan. Oleh itu pilihan yang paling baik
dapat dibuat berdasarkan kepada keperluan. Sebagai contoh, jendela "nako" yang
mempunyai bilah-bilah pepisau boleh laras berupaya menyalorkan angin pada arah
yang dipersyaratani hanya dengan mengubah bilah-bilah pepisaunya (sila rujuk
Gambar 9).

Gambar 9: Aliran dilaraskan oleh jendela boleh laras

e.Sekatan dan pembahagian ruang dalaman


Apabila lebar bangunan melebihi lebar sebuah ruangan, penghawaan untuk setiap
ruangan lazimnya bergantung ruangan-ruangan yang lainnya. Masalah ini boleh
diatasi dengan meletakkan ruangan yang lebih besar menghadap arah angin dan
ruangan yang lebih kecil pada bahagian belakangnya ( sila rujuk Gambar 10).

Gambar 10: Susunan ruangan yang optimum

6.0 PENGHAWAAN DAN PERANCANGAN KOTA


Penghawaan alami bergantung sepenuhnya kepada angin yang sedia ada. Seperti
yang telah disentuh di dalam bahagian 4, kehaziran dan kelajuannya dipengaruhi
oleh keadaan persekitan yang sebahagian besarnya ditentukan pada tahap yang
lebih dasar iaitu di tahap perancangan lagi. Oleh itu adalah penting untuk
menanamkan pemahaman dan peri pentingnya dasar-dasar prinsip penghawaan
secara menyeluruh di dalam aspek perancangan kota dan wilayah supaya
penerapan elemen-elemen perancangan tidak bercanggah dengan keperluan
kenyamanan manusia dan seluruh penghuni alam. Perancangan kota mempengaruhi
faktor-faktor persekitaran yang penting kepada kenyamanan manusia, terutamanya
cahaya matahari, peneduhan, ketinggian bangunan, pengawalan sinar matahari,

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch
ARSITEKTUR TROPIS
hujan, debu di luar bangunan dan keadaan penghawaan di dalam dan di luar
bangunan. Ketinggian sesuatu struktur mesilangi potongan kota, jarak bangunan,
persamaan dan perbedaan ukuran, tinggi, potongan, taburan dan pembahagian
tempat lapang dan taman mempengaruhi aliran angin.
Matlsangat perancangan kota di kawasan yang beriklim panas lembap tropika ialah
mengioptimumkan penghawaan alami serta memaksimumkan pengendalian
peneduhan matahari kepada bangunan, jalan dan tempat permainan. Sesebuah
bangunan yang lebih tinggi dari bangunan di sekitarnya boleh mengubah corak aliran
angin disekitar bahagian bawah bangunan. Oleh itu pengendalian angin serta hujan
yang khusus sangat perlu untuk kenyamanan penduduk di sesebuah daerah.

7.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada penjelasan yang telah diberikan, penghawaan perlu diadakan
didalam bangunan samaada secara alami atau mekanikal. Peruntukan bukaan
minimum untuk tujuan pencahayaan dan penghawaan secara alami telah pun
tersedia sepertimana yang terkandung di dalam Peraturan Bangunan Seragam
(UBBL) 1984. Pemahaman terhadap peranan bukaan (jendela, pintu dan bukaan-
bukaan permanen lain) pada bangunan khususnya di dalam menyediakan alir-udara
secara alami dan kaitannya dengan kesehatan dan kenyamanan penghuni serta
penyejukan ruang dalamam sesebuah bangunan akan dapat menginsafkan kita agar
senantiasa mematuhi persyaratan (UBBL) dan persyaratan-persyaratan penguasa
tempatan. Kita sepatutnya memperbaiki dan meperluaskan kefungsian bukaan
secara kreatif dan bijaksana untuk memakmurkan dan memanjangkan hayat
bangunan. Faktor-faktor seperti ukuran, kedudukan bukaan,dan ciri-ciri lain adalah di
dalam pengendalian perancangan, perlu diterapkan dari peringkat awal lagi iaitu
semasa diperingkat rancangan bangunan. Disamping itu faktor-faktor luaran yang
terangkum di dalam aspek perancangan kota seperti susunatur, pengzonan,
kawasan terbuka dan sebagainya juga perlu pertimbangan awal agar tiupan angin
dapat dimanfaatkan. Seterusnya keseluruhan elemen-elemen landskap yang dapat
membantu memberi kenyamanan menerusi penghawaan secara alami juga perlu
disepadukan.

Literatut tambahan: oleh Dr.Abdul Majid Ismail

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch
ARSITEKTUR TROPIS

Anda mungkin juga menyukai