Anda di halaman 1dari 8

Dunia siber kini merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejagat yang

memainkan peranan penting malah sudah dikenal pasti dapat mengubah pelbagai
aspek kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, dunia siber bukan sahaja
memberikan kesan yang positif, malah turut membawa kesan negatif kepada
masyarakat, terutamanya golongan remaja yang begitu mudah terdedah kepada
perlakuan jenayah dan masalah sosial yang kian leluasa. Antara perlakuan jenayah di
dunia siber adalah seperti gejala penipuan, pornografi, pelaburan haram, keganasan
dan masalah penyalahgunaan dadah. Oleh itu, pendidikan yang diberikan kepada
seseorang mestilah bersesuaian dengan zaman kemajuan mutakhir. Terdapat beberapa
langkah yang dapat dilakukan oleh masyarakat, khususnya ibu bapa atau penjaga
untuk menjauhkan diri anak-anak daripada terjebak dalam pelbagai gejala negatif
sosialisasi secara maya.

Pertama sekali, ibu bapa haruslah melaksanakan pengawasan yang rapi, yakni
memantau setiap aktiviti harian anak-anak. Contohnya, ibu bapa perlu meletakkan
komputer (sama ada komputer riba, komputer meja atau telefon pintar) di ruang yang
terbuka bagi memudahkan pengawasan dan pemantauan terhadap kegiatan anak-
anak. Tambahan pula, ibu bapa disyorkan agar memasang kata kunci atau kata laluan
gajet atau peranti komunikasi pada komputer milik anak-anak. Pemantauan ibu bapa
atau penjaga seperti ini sebenarnya dapat mengelakkan anak-anak daripada
mengakses laman sesawang yang berunsurkan pornografi dan keganasan, mahupun
bersubahat atau melakukan aktiviti jenayah siber seperti mencetak rompak bahan
media, menyebarluaskan fitnah, mencetuskan provokasi dan menggodam laman
sesawang di alam maya. Yang jelas, tindakan pengawasan dan pemantauan ibu bapa
terhadap anak-anak semasa menggunakan kemudahan Internet atau media sosial atas
talian merupakan tindakan yang bijaksana selain langkah pencegahan secara
berterusan, bak kata peribahasa Melayu, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Dalam konteks untuk menangani gejala negatif ini, ibu bapa atau penjaga
perlulah memberikan pendidikan agama dan nilai-nilai moral/sivik dan
kewarganegaraan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Sebagai contoh, ibu
bapa dapat mengelakkan anak-anak mereka terjebak dalam gejala sosialisasi secara
maya melalui didikan, kasih sayang dan nasihat selain pemantauan berterusan agar
mereka menggunakan kemudahan Internet atau media sosial dengan betul dan tidak
menyalahi undang-undang negara. Dengan usaha yang berterusan ini, maka, anak-
anak dapat mengukuhkan benteng pertahanan diri untuk mengelakkan diri mereka
daripada terjebak atau terjerumus ke dalam dunia siber yang negatif. Sekiranya, ibu
bapa mendapati anak-anak mereka telah menyalahgunakan Internet, maka tindakan
yang sewajarnya haruslah dilakukan secepat mungkin, sebelum sebelum nasi menjadi
bubur!

Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa haruslah berpengetahuan dan


berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta menguasai
genre Internet dengan lebih efisien agar mereka dapat melangkah seiring dengan
perkembangan anak-anak. Contohnya, ibu bapa bolehlah memuat turun aplikasi yang
digunakan oleh anak-anak ketika bersosialisasi secara maya seperti "follow, add, like,
dan retwitt". Usaha sedemikian difikirkan amat perlu dan wajar agar ibu bapa dapat
mengetahui isu-isu semasa yang berlaku dalam kalangan anak di alam maya dan
seterusnya dapat mengelakkan diri mereka daripada melakukan perbuatan yang negatif
dari semasa ke semasa. Jelaslah bahawa ibu bapa seharusnya mempelajari dan
menguasai sebanyak mungkin aplikasi yang sering digunakan oleh anak-anak selain
menggunakan Internet dan media sosial untuk menyampaikan ilmu yang berguna
kepada masyarakat.

Ibu bapa juga seharusnya menyemaikan nilai-nilai yang positif dalam diri anak-
anak. Mereka dapat bertindak menasihati, membimbing, dan memberikan peringatan
kepada anak-anak mereka dari semasa ke semasa agar menggunakan teknologi
maklumat untuk tujuan yang berfaedah. Sebagai contoh, ibu bapa dapat mendedahkan
segala maklumat yang berkaitan dengan Internet dan menerangkan kebaikan serta
keburukan penggunaan Internet. Sekiranya, anak-anak sudah didedahkan lebih awal
secara teratur, sudah tentulah anak-anak akan lebih berhati-hati dan lebih bijaksana
menggunakan kemudahan Internet, bak kata pepatah, melenturkan buluh biarlah dari
rebungnya.

Seterusnya, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dengan


memperkenalkan medium atau modul pembelajaran dan pemudahcaraan menerusi
Internet kepada anak-anak, terutamanya anak-anak yang masih di bangku sekolah.
Tanpa disedari, sudah kedapatan banyak aplikasi dan laman sesawang yang berkaitan
dengan pendidikan terkini, namun malangnya laman-laman tersebut kurang mendapat
sambutan daripada pengguna-pengguna Internet di Malaysia. Jika ditelusuri, anak-anak
akan dapat memanfaatkan kemudahaan Internet yang disediakan serta bertindak bijak
mengisi masa lapang dengan melayari laman sesawang yang membawa kebaikan.
Jelaslah bahawa daya usaha ibu bapa secara berterusan memperkenalkan medium
atau modul pendidikan melalui Internet merupakan antara usaha yang berkesan dan
bermanfaat kepada anak-anak yang bakal menjadi umarak bangsa dan negara pada
masa depan.

Bukan itu sahaja, secara kreatif, ibu bapa dapat mengadakan aktiviti-aktiviti yang
menarik seperti aktiviti gotong-royong, beriadah, menghadiri kenduri-kendara atau
berdarmawisata untuk mengalihkan perhatian anak-anak daripada terlalu tertumpu
pada alat teknologi maklumat semata-mata secara bersendirian. Pada masa lapang
dan terluang, ibu bapa haruslah membawa anak-anak melancong ke luar negara selain
menikmati keindahan alam dan landskap tempatan sekali gus mengenali sosiobudaya
masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini bukan sahaja dapat membolehkan anak-anak
mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah malah berkemampuan untuk
mengurangkan tahap tekanan yang dialami sepanjang pembelajaran dan
pemudahcaraan di sekolah bak kata peribahasa Melayu, sekali merengkuh dayung,
dua tiga pulau terlampau.

Sebagai kesimpulannya, gejala negatif dunia siber ini sebenarnya dapat dikawal
dan dibanteras dengan mudah sekiranya ibu bapa memainkan peranan mendidik dan
membentuk watak dan perwatakan anak-anak di rumah dengan sebaik-baiknya. Selain
didikan, keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa yang berterusan akan melahirkan
generasi muda yang berkualiti, berakhlak dan berketerampilan persis kata mutiara,
pemudi tiang negara, pemuda harapan bangsa. Oleh itu, ibu bapa sebagai suri
teladan haruslah memainkan peranan utama di barisan hadapan sebelum gejala negatif
dunia siber membarah serius dan memusnahkan dunia dan masa depan generasi
muda di persada kehidupan pada alaf globalisasi ini.
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang Arif Dan Berpaksikan
Keadilan, Saudara Penjaga Masa Yang Setia Dengan Randiknya, para guru, rakan-
rakan serta hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Salam satu Malaysia diucapkan.

Junjungan rahmat dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana berkat rahmatnya dapat kita
berhimpun di sini dalam Karnival Bahasa Melayu Daerah Serian.

Hadiri hadirat sekalian,

Berdirinya saya di sini, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyampaikan pidato
saya yang bertajuk Pengaruh Internet Terhadap Remaja.

Hadirin,

Sebelum saya memulakan pidato saya, moleklah kiranya saya mendefinisikan tajuk
pidato saya satu-persatu.

Menurut Kamus Dewan edisi yang keempat, pengaruh bermaksud kuasa yang
meninggalkan kesan kepada orang lain. Internet bermaksud rangkaian komputer
antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung
antara satu sama lain. Dan remaja membawa maksud seseorang yang sudah akil
baligh.

Internet, kata yang tidak asing di telinga setiap orang, terutama para remaja yang
senantiasa bergaul dengan mewahnya dunia yang berteknologi dan praktis. Internet
boleh dicapai di mana sahaja kita berada dengan bermodalkan telefon selular yang
memiliki rangkaian internet. Dunia Informasi Tanpa Batas, begitulah orang-orang
menyebutnya. Dengan adanya internet, akses atau jalan terhadap penyampaian
informasi-informasi yang ada di dunia ini dapat diambil dengan mudah.

Internet ini adalah media yang paling efektif dan mudah untuk didapati dan diakses oleh
sesiapa sahaja sehingga maklumat maklumat seperti gambar-gambar yang tidak
senonoh, atau video-video aneh yang bersifat terlampau dapat mempengaruhi jiwa dan
keperibadian remaja itu sendiri, sehingga mereka terpengaruh dan mengganggu
konsentrasi terhadap proses pembelajaran di sekolah.

Umumnya, internet digunakan oleh setiap remaja untuk mencari atau mendapatkan
informasi yang berhubungan dengan subjek yang diajar di sekolah. Ini dapat
menjadikan remaja lebih kreatif dan aktif dalam mencari sumber informasi dan ilmu
pengetahuan berbanding remaja yang hanya duduk diam di depan meja dan
mendengar guru mengajar.

Tidak dinafikan internet mampu menjadi pendorong terhadap remaja untuk terus
berkembang. Sebaliknya jika disalahgunakan ia juga dapat berfungsi sebagai
penghancur generasi muda.
Remaja yang sentiasa melayari internet akan lebih peka terhadap perubahan informasi
di sekitarnya.Tetapi, remaja yang memiliki kecenderungan pada hal yang negatif akan
nampak pasif kerana hanya leka dengan kemudahan yang sarat dengan informasi
daripada internet tersebut.

Maka, alangkah baiknya jika kita bijak menggunakan kemudahan ini dengan sebaik-
baiknya dalam hal yang positif demi kemajuan diri dan peribadi kita. Selaku remaja, kita
semua harus dapat menguasai teknologi yang sedang berlari kencang pada era ini,
kerana dengan demikian kita pun akan ikut berlari menongkah masa depan.
Internet merupakan rangkaian perhubungan yang banyak digunakan dalam era
globalisasi ini. Kebaikan internet banyak tidak terperi, namun internet juga
mendatangkan keburukan kepada kita juga disalahgunakan. Oleh itu, para pengguna
perlu sedar akan keburukan internet supaya tidak terjerumus ke dalam lembah yang
mampu merugikan diri sendiri.

Pertama, tatkala pelajar asyik melayari laman web yang kurang berfaedah dan bermain
permainan video, mereka membazirkan masa yang berharga dan turut mengabaikan
pelajaran. Pelajar akan menghabiskan masa di depan komputer dan akhirnya gagal
dalam pelajaran. Misalnya, remaja pada masa kini terlalu leka dalam dunia siber dan
tidak sanggup membesar menjadi modal insan yang bermutu. Fenomena ini akan
menjejaskan pembangunan negara kerana remaja yang bakal menentukan
kesejahteraan serta kemakmuran negara kita pada masa hadapan. Imam Al-Bukhari
pernah mengungkapkan "Jika anda ingin melihat masa hadapan negara, lihatlah
golongan remaja yang ada sekarang."

Selain itu, internet menjadikan kita kurang bersabar. Hal ini disebabkan pengguna telah
biasa memperoleh maklumat yang diingini dan menyiapkan sesuatu melalui internet
dengan pantas. Namun, tatkala maklumat tidak dapat diproseskan dengan cepat, kita
akan mudah mengalami kegusaran dan emosi kebosanan yang menggelegak. Lantas,
kita akan menjadi insan yang kurang bersabar dalam pergaulan seharian dan tidak
digemari orang kerana senantiasa menginginkan kepantasan proses dalam kehidupan.

Seterusnya, remaja yang kurang berfikiran matang senang dipengaruhi oleh unsur-
unsur negatif yang dipaparkan dalam laman web internet. Misalnya, paparan budaya
kuning, aksi-aksi keganasan dan lain-lain. Maka, remaja akan meniru aksi-aksi yang
menjejaskan nilai murni yang telah dipupuk dalam sanubari mereka sejak bangku
sekolah. Lagipun, ada juga yang terikut-ikut dengan budaya hegemoni Barat dalam
hidup dan mengalami keruntuhan akhlak.

Keburukan lain termasuklah kesahihan maklumat yang boleh diragui. Bukan semua
maklumat yang diperoleh dari internet adalah benar. Maklumat itu mungkin ditokok
tambah dan sengaja menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna internet.
Bahkan terdapat khabar angin yang disebarkan melalui internet mampu menjejaskan
imej orang lain. Lebih parah lagi seandainya maklumat tersebut mampu
menghancurkan keharmonian sesebuah negara.

Akhir sekali, keselamatan kita diugut kerana "hacker" akan menggunakan internet untuk
mendapatkan maklumat peribadi seseorang dan berbuat jenayah yang membahayakan
keselamatan kita. Tambahan pula, kita mungkin terpedaya oleh tipu helah mereka
kerana hanya mengenali mereka melalui gambar yang dipaparkan dalam internet.
Selalunya kes-kes penipuan yang terpapar dalam dada akhbar sering dikaitkan dengan
penipu yang menyalahgunakan internet.

Tuntasnya, internet merupakan media massa berteknologi yang mendatangkan


keburukan sekiranya disalahgunakan. Ibu bapa harus berganding usaha dan
menggembleng tenaga dengan pihak berkuasa untuk memantau anak-anak mereka
yang sering melayari internet. Lantas, anak-anak mereka tidak mudah terjerumus ke
dalam lembah kejahatan. Sekiranya internet dapat digunakan dengan sebaik-baiknya,
pastilah masyarakat kita dapat berfikir secara saintifik dan berminda kelas pertama
seperti mana yang diungkapkan oleh Imam Al-Bukhari "Ilmu itu ibarat benih yang
tumbuh mekar jika dibajai dengan baik." Internet ibarat madu, maka janganlah tukarkan
menjadi hempedu.

Anda mungkin juga menyukai