Anda di halaman 1dari 20

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG JUASSEH,

72500 JUASSEH, NEGERI SEMBILAN, DARUL KHUSUS

ANJURAN :

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG JUASSEH

BERSAMA :

PIBG SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG JUASSEH

TARIKH : 25 MEI 2017


HARI : KHAMIS
MASA : 8.00 PAGI 5.00 PETANG
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SJK (T) LADANG JUASSEH
1.0 PENGENALAN

Sukan Tahunan Sekolah adalah merupakan satu program kokurikulum yang


diwajibkan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukan Tahunan berperanan untuk
memberi peluang kepada murid murid sekolah merasai suasana gembira dan
keseronokkan semasa melakukan aktiviti. Pihak sekolah juga dapat mencungkil
bakat bakat yang terpendam dikalangan mutrid murid sekolah.

Selain daripada murid, Pelaksanaan Sukan Tahunan ini juga dapat memberi
pendedahan kepada guru guru sekolah ini aspek aspek penting di dalam
mengendalikan sesuatu program.Adalah menjadi harapan pihak sekolah, sukan
tahunan ini menambah input kepada guru guru dan seterusnya faedah itu dapat
dikembalikan kepada murid murid.Secara tidak langsung, program ini dapat
membuka mata para guru terhadap bakat bakat yang dimiliki oleh murid.

2.0 RASIONAL

Sebagai sebuah sekolah mementingkan kejayaan akademik dan ko-


kurikulum,adalah menjadi harapan pihak sekolah murid murid yang dihasilkan oleh
sekolah berjaya di dalam kedua dua bidang. Ini selaras dengan hasrat
Kementerian Pelajaran yang menekankan penghasilan murid murid yang
cemerlang dalam semua aspek.

Mewujudkan seorang insan yang sihat dan cerdas serta meningkatkan disiplin
dalam diri setiap individu. Secara tidak langsung, gejala-gejala kurang sihat seperti
melepak dan penyalahgunaan dadah akan dapat dibendung. Ini kerana aktiviti
pelajar telah diisi sepenuhnya dengan penglibatan dalam beberapa aktiviti yang
berfaedah seperti bersukan.
3.0 TUJUAN

3.1 Memberi pendedahan kepada guru dalam pengelolaan dan pelaksanakan


program seperti kejohanan olahraga sekolah.
3.2 Melatih guru menjalankan tugasan dengan sebaik mungkin.
3.3 Melahirkan guru yang mampu merancang, mengelola, memimpin, mengawal,
mentadbir dan melaksanakan sesuatu program.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Melahirkan bakat bakat terpendam dikalangan murid murid.


4.2 Sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan murid murid menegnai
suasana bersukan.
4.3 Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya sukan untuk
kesihatan dan kecergasan dari semua aspek termasuk fizikal atau mental.
4.4 Mengeratkan lagi silaturrahim sesama guru, murid dan masyarakat sekeliling
terutamanya ibu bapa.
4.5 Melahirkan murid yang cintakan sekolah.
4.6 Mewujudkan suasana yang harmonis semasa kejohanan ini berlangsung.
4.7 Menjalinkan ikatan antara sekolah dan ibu bapa sememangnya mempunyai
hubungan yang rapat.

5.0 PERLAKSANAAN

5.1 Tarikh : 25 Mei 2017


5.2 Hari : Khamis
5.3 Masa : 8.00 Pagi 5.00 Petang
5.4 Tempat : Padang SJK (T) Ladang Juasseh

6.0 SASARAN

6.1 Murid-murid sekolah tahun 1 hingga 6 Sek. Jen. Keb. (T) Ladang Juasseh.
6.2 Ibu bapa
6.3 Guru-guru SJK (T) Ladang Juasseh
7.0 JADUAL PROGRAM ( Aturcara Majlis )
Rujuk lampiran 1

8.0 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


Rujuk lampiran 2

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk lampiran 3

JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Pn.Jayathi A/P Subramaniam
Guru Besar, SJK (T) Ladang Juasseh

Pengerusi : Cik.Menaga A/P Naagayar


GPK Ko - Kurikulum

Naib Pengerusi : Puan Kalliswary A/P Marimuthu


GPK Kurikulum

: Pn.G.Thamilvaanni
GPK Hal Ehwal Murid

Setiausaha : Cik.Sathia Tharishiny A/P Balakrishnan

Bendahari : Pn.Nor Afida Binti Hassan

Pegawai Teknik : Cik.Sathia Tharishiny A/P Balakrishnan

Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Tahunan 2017


Penasihat : Pn.Jayathi A/P Subramaniam
Guru Besar, SJK (T) Ladang Juasseh

Pengerusi : Cik.Menaga A/P Naagayar


GPK Ko - Kurikulum

Setiausaha : Cik.Sathia Tharishiny A/P Balakrishnan

Bendahari : Pn.Nor Afida Binti Hassan

Pegawai Teknik : En.V.Ratnakumar

01. JK SAMBUTAN DAN PROTOKOL

1. Pn.Jayathi A/P Subramaniam (Guru Besar)


2. Cik.Menaga A/P Naagayar (GPK Kokurikulum)

02. JK TEKNIK, PADANG, PERALATAN DAN PERSIAPAN TEMPAT

1. Cik.Sathia Tharishiny A/P Balakrishnan


2. Cik. Menaga A/P Naagayar
3. En.Ratna Kumar
4. En.Kanasen A/L Nagamuthu

03.JK HADIAH DAN CENDERAMATA

1. Pn.M.Kalliswary

04. JK JAMUAN

1. Pn.S.Kanthimathi

05. JK BUKU PROGRAM

1. Pn.A.Yogeswari

06. JK PERSEMBAHAN
1. Cik. Sathia Tharishiny A/P Balakrishnan
2.Cik.Menaga A/P Naagayar

07. JK SIARAYA / SERANTA

1. En.RatnaKumar

08. JK PERBARISAN DAN LINTAS HORMAT

1. Pn. G.Thamilvaani

09. JK GAMBAR & DOKUMENTASI

1. Pn.A.Yogeswari

10. JURUACARA MAJLIS

1. Pn.Elandevi A/P Sampat

11.JK Jemputan & Surat-menyurat

1. Pn.S.Thilagah

12. JK KESELAMATAN

1. Semua AJK PIBG dan Pengawal Sekolah

Pegawai-pegawai Temasya Sukan Tahunan 2017

PENGERUSI : Cik.Menaga A/P Naagayar


GPK Kokurikulum

JURI RAYUAN : Pn.Jayathi A/P Subramaniam


Guru Besar
Pn.Parameswari A/P Perumal
YDP PIBG SJK(T) Ladang Juasseh

PENYELARAS KEJOHANAN : Cik.Sathia Tharishiny A/P Balakrishnan

PELEPAS

1. Cik.Menaga A/P Naagayar

PENAMAT

1. Cik.Sathia Tharishiny A/P Balakrishnan

JK PENYELIA PESERTA PUSAT

1. Pn.Thilagah A/P Sandaran (Rumah Merah)


2. Pn.Yogeswari A/P Ayothi (Rumah Biru)
3.Pn.Thamil Vaani A/P Ganeson (Rumah Hijau)

JK KEHAKIMAN / KEPUTUSAN AKHIR

1. En.RatnaKumar

JK PENYELIA PESERTA HADIAH

1. Pn.M.Kalliswary

JK STATISTIK / PERANGKAAN / PENCATAT

1.Pn.G.Thamilvaanni

JK PERTOLONGAN CEMAS / KESELAMATAN

1. Cik.Menaga A/P Naagayar

GURU RUMAH SUKAN


1. MERAH

a. Pn.S.Kanthimathi (K)
b. Pn.S.Thilagah
c. Pn.S.Jayathi

2. BIRU

a. Pn.C.Gomathi (K)
b. Cik.S.Elandevi
c. Pn.A.Yogeswari

3. HIJAU

a. Pn.K.Kalliswary (K)
b. Pn.G.Thamilvani
c. En.V.Ratnakumar

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA


01. SAMBUTAN / PROTOKOL

1.Menyediakan dan menghantar kad-kad jemputan khas


2.Menyediakan roset untuk tetamu kehormat
3.Menyambut tetamu
4.Menyediakan minuman air mineral di meja tetamu
5.Mengiringi tetamu jemputan ke tempat duduk VIP

02. BUKU PROGRAM

1.Menyediakan buku program dengan sebaik mungkin dan siap sebelum tarikh
pertandingan
2.Menyediakan buku program khas danserahkan kepada JK Sambutan / Protokol
3.Mengedarkan buku program kepada pegawai / guru dan jemputan yang hadir
4.Menyediakan buku dummy sebelum dicetak

03. TEKNIKAL

1.Menyediakan kertas kerja pertandingan dan serahkan kepada Pengerusi


2.Menyediakan peraturan, undang-undang dan aturcara pertandingan
3.Memastikan kawasan pertandingan disiapkan dengan lengkap sebelum pertandingan
4.Memastikan susun atur kelengkapan padang dalam keadaan kemas dan teratur
5.Menyediakan pelan kawasan pertandingan dan susun atur kemudahan peralatan
6.Menggantung kain rentang kejohanan dan dipamerkan di tempat strategik

04. PERALATAN

1.Menyediakan kerusi / meja yang sesuai untuk tetamu, jawatankuasa hadiah,


juruacara, pencatat dan jawatankuasa lain yang memerlukan peralatan
2.Bertanggungjawab memastikan semua peralatan disimpan selepas pertandingan
3.Mendapatkan senarai peralatan yang diperlukan daripada Pengurus Kejohanan
4.Bertanggungjawab ke atas semua peralatan semasa pertandingan dijalankan

05. KEPEGAWAIAN

1.Memastikan tiada penipuan berlaku kepada peserta


2.Memastikan keselamatan murid diutamakan
3.Memastikan semua peserta sampai ke garisan penamat dan melaporkan kepada
Pengurus Pertandingan apabila murid akhir sampai ke garisan penamat
4.Melaporkan secepat mungkin jika terdapat peserta yang memerlukan bantuan
kecemasan segera kepada Pengurus Pertandingan

06. PENGURUSAN HADIAH

1.Mendapatkan hadiah daripada Pengurus Pertandingan dan menyemak bilangan


hadiah serta memastikan ianya cukup dan betul
2.Menyemak piala-piala dan pastikan piala tersebut dihantar semula ke tempat
asalnya selepas pertandingan
3.Mendapatkan senarai nama pemenang daripada pencatat jika perlu
4.Menyampaikan hadiah dengan betul mengikut pengumuman daripada Juruacara.

07. PENYELIA PESERTA

1.Memastikan semua peserta dalam keadaan teratur mengikut kategori sebelum


permulaan
2.Melepaskan peserta ke tapak permulaan dalam keadaan teratur
3.Mengawal peserta ketika permulaan

08. JAMUAN GURU / VIP / PEGAWAI

1.Menguruskan tempat jamuan dan pastikan ianya dalam keadaan cantik dan
bersih
2.Menguruskan jamuan hingga selesai
3.Menyediakan minuman untuk para pegawai
4.Menyiapkan menu untuk jamuan

09. PENCATAT

1.Mendapatkan keputusan bagi setiap kategori dan mencatatkannya dalam borang


yang telah disediakan
2.Menyampaikan keputusan yang diterima kepada Ketua Juri dan Ketua Juri akan
mengira markah dan menyerahkan pada pengacara dan keputusan akhir kepada
Pengurus Pertandingan secepat mungkin
3.Keputusan yang diperolehi adalah rahsia semua pencatat.
4.Amanah dalam menjalankan tugas

10. HAKIM PENAMAT

1.Bertanggungjawab menentukan kedudukan peserta di garisan penamat


2.Menyediakan kad nombor hingga lima belas L dan P untuk kelicinan pengurusan
3.Ketua Hakim perlu memastikan semua hakim menjalankan tugas dengan amanah
4.Memastikan semua keputusan diperolehi dengan suasana tenang tanpa ada
gangguan pihak luar
5.Membuat keputusan dengan tegas dan MUKTAMAD
6.Mempunyai kuasa untuk membuat teguran kepada ibu bapa yang mengganggu
tugas dengan cara yang elok

11. SIARAYA

1.Memastikan peralatan PA Sistem dalam keadaan baik dan tidak ada gangguan
2.Memastikan pembesar suara berfungsi sepanjang masa
3.Memasang lagu selingan yang bersesuaian ketika acara dijalankan
4.Menyediakan PA Sistem mengikut aturcara dan tempat yang telah dirancang

12. DEEJAY / JURUACARA

1.Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat


2.Mengendalikan majlis dengan tertib dan lancar
3.Mengumumkan nama-nama peserta yang berjaya dengan nada suara yang
sesuai
4.Mengendalikan majlis dengan suara yang lantang dan menceriakan suasana

13. KESELAMATAN / PERTOLONGAN CEMAS

1.Membantu pihak DBKL memberi bantuan kepada peserta yang sakit


2.Menyediakan first aid kit untuk tindakan kecemasan
3.Memberi bantuan secara cepat sekiranya berlaku kecederaan peserta di laluan
4.Menemui anggota paramedic di awal pertandingan untuk mendapatkan
maklumat daripada mereka

14. JURUKAMERA / DOKUMENTASI

1.Mengambil gambar yang sesuai bermulanya perasmian sehingga selesai


pertandingan
2.Mendokumentasikan segala maklumat dan serahkan kepada Pengurus
Pertandingan
3.Menyediakan satu set gambar yang sesuai untuk dijual kepada peserta / guru

15. JURI RAYUAN

1.Membuat pertimbangan setiap rayuan yang diterima mengikut saluran yang


betul
2.Membuat keputusan dengan segera setelah mengadakan perbincangan

16. DISIPLIN / KEBERSIHAN TEMPAT

1.Mengawasi peserta dalam keadaan terkawal dan mengikut peraturan sekolah


2.Meminta pengawas membantu menjaga keadaan
3.Memastikan kawasan sekitar sekolah dalam keadaan bersih selepas Pertandingan

17. PENGURUS PERTANDINGAN

1.Bertanggungjawab menentukan kelicinan perjalanan pertandingan


2.Menentukan semua pegawai melapor diri dan perlu cari pengganti jika perlu
3.Mengurus pertandingan sehingga selesai

18. GURU KETUA RUMAH

1.Memastikan semua peserta rumah dalam keadaan cergas dan sihat sebelum
memulakan pertandingan
2.Sentiasa bekerjasama dengan Penyelia Peserta bagi mangawal peserta
sebelum permulaan acara
3.Memastikan semua peserta rumah tiba dalam bilangan yang cukup sama
seperti sebelum permulaan
4.Memaklumkan kepada Pengurus Pertandingan atau Ketua Marshall jika
berlaku kecemasan dan masalah-masalah lain berkenaan peserta
5.Memaklumkan kepada semua peserta agar menjaga kebersihan sekolah.

19. PENGURUS PENERIMA HADIAH

1.Menguruskan susun atur perjalanan peserta untuk menerima hadiah dengan


teratur dan betul
2.Mengumpul peserta di tempat yang mengganggu perjalanan acara dan
menyusun dengan betul bagi mendapatkan hadiah
3.Menunggu pengumuman daripada juruacara dan mengawal peserta bagi
menampakkan kelicinan pengurusan untuk menerima hadiah
4.Mendapatkan peserta yang menang daripada hakim setelah mereka mendaftar
nama pada pencatat.

20. PERANGKAAN / STATISTIK

1.Mendapatkan keputusan daripada pencatat dan membuat pengiraan dengan betul


dan telus
2.Menghantar jumlah pada runner untuk ditulis pada papan markah
3.Memaklumkan jumlah keseluruhan kepada Pengurus Pertandingan untuk
pengumuman pemenang di akhir kejohanan

21. PERSEMBAHAN

1.Mendapatkan peserta untuk persembahan perasmian yang berbentuk senamirama


2.Membuat latihan mengikut masa yang bersesuaian supaya kemas dan teratur
3.Mendapatkan sekurangnya 8-10 orang peserta
4.Menyeragamkan peserta mengikut kreativiti dan idea tersendiri
5.Masa persembahan tidak lebih 7 minit

22. PERBARISAN LINTAS HORMAT

1.Mendapatkan peserta seramai 13 orang peserta iaitu 10 orang untuk barisan


lintas hormat, 2 orang pembawa bendera dan seorang ketua komandan
2.Membuat latihan mengikut masa yang bersesuaian
3.Menyeragamkan peserta agar menampakkan kemasan dan disiplin

23. PELEPAS / PELEPAS PANGGIL BALIK / PENOLONG PELEPAS

1. Pelepas hendaklah mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-peserta yang


sedang dalam keadaan sedia
2. Sebelum permulaan dimulakan, pelepas hendaklah memastikan penjaga-penjaga
masa, hakim-hakim dan pegawai menjaga penyukat angin bersedia dengan tugas
masing-masing
3. Pelepas berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh semua peserta
sebelum dilepaskan
4. Penolong pelepas hendaklah memastikan semua peserta bertanding dalam saringan
dan larian yang betul dan memakai nombor dengan betul.
5. Pelepas panggil balik hendaklah berada dikedudukan supaya dapat memerhatikan
dengan jelas setiap peserta yang diawasinya
6. Penolong-penolong pelepas adalah bertanggungjawab terhadap kedudukan bersedia
yang betul bagi semua pelari pertama dalam acara lari berganti-ganti.
Lampiran 1

ATURCARA TEMASYA SUKAN TAHUNAN


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG JUASSEH

2.00 Petang Ketibaan Tetamu Kehormat


2.30 Petang Perbarisan Lintas Hormat Kontijen Rumah Sukan
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Ikrar
2.45 Petang Ucapan Ydp Pibg
2.50 Petang Ucapan Aluan Oleh Guru Besar
2.55 Petang Ucapan Perasmian Oleh Tetamu Kehormat
3.00 Petang Perarakan Keluar Kontijen
3.10 Petang Persembahan Senamrobik
3.15 Petang Sukaneka Murid
3.30 Petang Larian 100 M : Lelaki Tahap 1
3.40 Petang Larian 100 M : Perempuan Tahap 1
3.50 Petang Larian 100 M : Lelaki Tahap 2
4.00 Petang Larian 100 M : Perempuan Tahap 2
4.10 Petang Sukaneka Ibubapa
200m L & P (Bekas Pelajar)
Acara Pra Sekolah L/P
4.30 Petang Upacara Penyampaian Hadiah
4.50 Petang Majlis Perasmian Penutupan
5.00 Petang Majlis Bersurai
Lampiran 2
SENARAI ACARA TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2016

NO. ACARA ACARA ACARA PENYERTAAN


(L/P)
01 50 meter Tahun 1 ( P )
02 50 meter Tahun 1 ( L )
03 100 meter Tahun 2 ( P )
04 100 meter Tahun 2 ( L )
05 100 meter Tahun 3 ( P )
06 100 meter Tahun 3 ( L )
07 100 meter Tahun 4 ( P )
08 100 meter Tahun 4 ( L )
09 100 meter Tahun 5 ( P )
10 100 meter Tahun 5 ( L )
11 100 meter Tahun 6 ( P )
12 100 meter Tahun 6 ( L )
13 200 meter Kelas 3 (P)
14 200 meter Kelas 3 (L)
15 200 meter Kelas 4 (P)
16 200 meter Kelas 4 (L)
17 Sukaneka : Semua murid
23 Lontar Peluru Kelas 3 (P)
24 Lontar Peluru Kelas 3 (L)
25 Lontar Peluru Kelas 4 (P)
26 Lontar Peluru Kelas 4 (L)
27 Lompat Jauh Kelas 3 (P)
28 Lompat Jauh Kelas 3 (L)
29 Lompat Jauh Kelas 4 (P)
30 Lompat Jauh Kelas 4 (L)
31 4 X 50 meter Kelas 4 (P)
32 4X 50 meter Kelas 4 (L)
33 4 x 100 meter Kelas 3 (P)
34 4 x 100 meter Kelas 3 (L)
35 200 meter Bekas Pelajar (L)
36 200 meter Bekas Pelajar ( P )
37 Acara Ibubapa Ibubapa ( P )
38 ACara Ibubapa Ibubapa ( L )
39 Sukaneka PRA SEKOLAH (L)
40 Sukaneka PRA SEKOLAH (P)
BIL PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH BESAR CATATAN

Perbarisan (Hamper)
Johan RM 50.00
1.
Naib Johan RM 30.00 } = RM 100.00 RM 100.00
Ketiga RM 20.00

Keseluruhan Terbaik (Hamper)


Johan RM 50.00
2.
Naib johan RM 30.00 } = RM 100.00 RM 100.00
Ketiga RM 20.00

Hadiah Padang dan Balapan


Johan
Naib Johan RM 4.00 X 126 } = RM 504.00
Ketiga

Trofi Olahragawan RM 15.00


3. Trofi olahragawati RM 15.00 } = RM 30.00 RM 710.00

Hadiah Sukaneka (Trofi) RM 4.00 X 44 } = RM176.00


Johan
Naib JohaN
Ketiga

4. Bendera & Peralatan sukan RM100.00 RM100.00

Hadiah Pra Sekolah


5. RM 3.00 X 10 RM 30.00
(Trofi / Alat Tulis)

6. Hadiah Bekas Pelajar RM 10.00 X 6 RM 60.00


7. Hadiah Ibu bapa RM 10.00 X 6 RM 60.00
Khemah (2) + PA SISTEM RM 400.00
8. RM 400.00

Cenderamata VIP (3)


9. RM 80.00
Bakul Buah-buahan RM 20.00 X 4

10. PERSIAPAN RUMAH RM 100.00 x 3 RM 300.00

11. MAKANAN VIP RM 3.00 X 30 RM 90.00

12. MAKANAN MURID RM 2.00 X 44 RM 88.00 SUMBANGAN

13. MAKANAN IBU BAPA RM 2.00 X 50 RM 100.00

14. PODIUM RM 200.00 RM 200.00


RM 2418.00
JUMLAH

Lampiran 3
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
9.1 Temasya Sukan Tahunan dianggarkan menelan belanja
sebanyak RM 2, 418.00.
10.0 PENUTUP

Pihak sekolah mengharapkan semoga segala perancangan yang disediakan


akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Segala bantuan dan sokongan daripada
pihak ibu bapa dan masyarakat sekeliling amatlah dihargai. Begitu juga dengan
pihak pentadbir sekolah yang memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan
program ini. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar program ini memberi
manfaat kepada peserta dan dapat digunakan di sekolah bagi meningkatkan
kecermerlangan murid-murid khususnya dalam bidang kokurikulum.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


( SATHIA THARISHINY A/P BALAKRISHNAN) (MENAGA A/P NAAGAYAR)
Setiausaha Sukan GPK Kokurikulum

Disahkan oleh:


(JAYATHI A/P SUBRAMANIAM)
Guru Besar
SJK (T) LADANG JUASSEH

Anda mungkin juga menyukai