Anda di halaman 1dari 7

1.

Analisis Pelajar
Menganalisis pelajar adalah penting, kerana ia dapat membantu guru merancang
P&P yang sesuai bagi mereka. Guru boleh manganalisis pelajar berdasarkan aspek-
aspek berikut:
a) Ciri-ciri umum pelajar
b) Pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar
c) Gaya pembelajaran pelajar

a) Ciri-Ciri umum pelajar


Ciri-ciri umum pelajar termasuklah jantina, umur, tahun, kelas, aliran, penempatan,
daerah, kawasan, budaya, taraf sosioekonomi, budaya dan sebagainya. Pemilihan
kaedah, sumber, bahan dan media dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang
dikenalpasti. Sebagai contoh, bagi pelajar yang lemah dalam penguasaan
bahasanya, guru boleh menggunakan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media
cetak untuk membantu pembelajarnnya. Bagi pelajar yang aktif atau pelajar Tahap 1
(Tahun1 Tahun 3), guru boleh melebihkan aktiviti yang banyak gunakan pergerakan
seperti lakonan, dan mengurangkan aktiviti membosankan seperti latihan menulis
dan membaca teks. Bagi pelajar yang suka buat kerja tangan, guru boleh
menjalankan aktiviti membuat buku skrap ataupun membuat modal landskap
permukaan bumi.

b) Pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar


Pengalaman bagi setiap pelajar adalah berbeza, menganalisis pengetahuan dan
pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang
memanfaatkan pelajar. Guru boleh mengadakan ujian praunit yang akan dipelajari
oleh pelajar, atau mengkaji pembelajaran unit dengan terlebih dahulu mengadakan
sesi soal jawab di dalam kelas, supaya dapat mengenalpasti pengetahuan dan
pengalaman sedia ada pelajar. Setelah guru dapat maklumat pengetahuuan dan
pengalaman sedia ada pelajar tentang topik yang akan dipelajari, mudahlah bagi
guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai untuk
digunakan.
Sebagai contoh, jika pelajar di dalam kelas tersebut adalah membeli
makanan sendiri di kantin sekolah, penggunaan wang kertas dan syiling adalah
kebiasaanya. Semasa mengajar topik penambahan atau penolakan wang dalam
lingkungan RM 50, guru boleh menjalankan aktiviti jual beli di dalam kelas, supaya
pelajar boleh mengaitkan pengalaman sedia adanya dengan pembelajaran. Setelah
aktiviti jual beli itu tamat, guru mengaitkan aktiviti yang dijalankan tadi dengan
menggunakan ayat matematik. Pelajar boleh memahami konsep pembelajaran ini
dengan lebih kukuh melalui aktiviti yang sedemkian.
Sebagai contoh lain, bagi pelajar yang berasal dari kampung, adalah
biasaannya membantu ibubapa membuat kuih raya. Maka, semasa guru bahasa
mengajar membuat karangan yang berunsur urutan membuat sesuatu makanan,
guru bolehlah memilih karangan yang bertema proses membuat dodol, proses
memasak ketupat, cara membuat kuih bakul dan sebagainya.

c) Gaya pembelajaran pelajar


Gaya pembelajaran pelajar merujuk kepada cara yang paling berkesan dan sesuai
untuk pelajar tersebut menguasai pembelajaran, dan setiap pelajar mempunyai gaya
pembelajaran yang tersendiri. Jika guru mengetahui tentang gaya pembelajaran
pelajar, ia dapat membantu guru merancang P&P yang efektif. Gaya pembelajaran
pelajar mempengaruhi cara pelajar tersebut memproses maklumat, membentuk
persepsi pula merupakan faktor motivasi dan tingkahlaku belajar.
Sebagai contoh, bagi pelajar suka belajar melalui perbincangan bersama
rakan, guru boleh melebihkan aktiviti perbincangan dalam kumpulan,aktiviti membuat
buku skrap secara berkumpulan, membuat modal landskap permukaan muka bumi
secara berkumpulan dan sebagainya. Bagi pelajar yang suka belajar dengan
menggunakan 5 deria, guru hendaklah sediakan bahan yang dapat dilihat atau
didengar seperti video klip, bahan yang dapat disentuh, dicium ataupun dirasa.

2. Nyatakan objektif / hasil pembelajaran


Guru perlu menyatakan objektif P&P dengan jelas, kerana ia adalah sebagai hala
tuju P&P. Ia juga adalah penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas
menjalani proses pembelajaran, maka objektif yang dibuat oleh guru mestilah
spesifik. Selain itu, pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media, bahan
dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu, barulah guru dapat menentukan
langkah aktiviti P&P. Jika tidak menyatakan objektif dengan terlebih dahulu, guru
tidak dapatlah menilai pencapaian pelajar.Dalam hal ini, satu pernyataan objektif
yang baik mestilah mengandungi 4 kriteria berikut:
a) Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
b) Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru)
c) Bagaimanakah hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
d) Apakah tahap pencapaian minimum? (Standard pencapian)

a) Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)


Kumpulan sasar yang dimaksudkan adalah pelajar, kerana fokus penulisan objektif
guru adalah pembelajaran. Proses pembelajaran akan berlaku hanya sekiranya
pelajar terlibat dengan aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara fizikal
ataupun mental. Jika proses pembelajaran yang dijalankan tidak menarik perhatian
pelajar, ini memberi makna kepada pelajar bahawa proses P&P yang dijalankan oleh
guru adalah membosankan bagi mereka. Maka objektif guru adalah gagal dicapai.

b) Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru)


Merujuk kepada pelajar, tingkahlaku yang dinyatakan dalam objektif P&P hendaklah
yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Selain itu, tingkahlaku ini juga
hendaklah yang wajar dan berasaskan situasi sebenar. Contoh perkataan yang
sesuai digunakan ialah: melakar, meramal, membaca, menamakan, melukis,
menjawab, menilai, melabel, menjelas dan sebagainya.

c) Bagaimanakah hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)


Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif P&P hendaklah termasuk syarat
bagaimana tingkahlaku baru itu dapat diperhatikan. Dengan adanya penyataan
syarat pencapaian objektif ini, ia dapat membantu guru menyediakan suasana
dalam langkah P&P. Contoh syarat yang digunakan ialah: dalam lingkungan 100,
sehingga tiga tempat perpuluhan, yang melibatkan operasi darab, sekurang-
kurangnya 7 nama negeri di Semenanjung Malaysia dan sebagainya.

d) Apakah tahap pencapaian minimum? (Standard pencapaian)


Standard pencapaian atau darjah pencapaian minimum merujuk kepada darjah
ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkahlaku, tempoh masa yang ditetapkan dan
sebagainya. Penyataan pengukuran pencapaian ini dapat membantu guru
menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum mencapai objektif
P&P dalam bentuk aktiviti pengayaan ataupun aktiviti pemulihan. Penulisan tahap
pencapaian terdapat dua bentuk, iaitu dalam bentuk kualitatif atau kuantatif.

Berikut adalah contoh penulisan objektif P&P:


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat
Mendarab nombor perpuluhan sehingga satu tempat perpuluhan dengan satu digit,
10, 100 dan 1000.
Mendarab nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor
satu digit, 10, 100 dan 1000.
Menyelesaikan masalah yang melibatkan mendarab nombor perpuluhan.

3. Pilih kaedah, media dan bahan sumber


Jika pemilihan kaedah, media dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan
terancang, ia dapat menhasilkan perancangan pengajaran yang baik. Proses
pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:
Membuat keputusan mengenai kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang
hendak dicapai.
Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih tadi.
Memilih, mereka bentuk atau mengubahsuai bahan sumber pembelajaran.
Soalan-solan yang berikut perlu ditanya demi memilih bahan sumber yang sesuai:
Adakah bahan ini menepati kurikulum yang ditetapkan oleh KPM?
Adakah isi pelajarannya menepati kurikulum yang ditetapkan oleh KPM?
Adakah bahasa yang digunakan jelas?
Adakah bahan ini dapat menarik perhatian atau memotivasikan pelajar?
Adakah bahan ini dapat mengatifkan penglibatan pelajar.
Adakah bahan ini berkualiti?
Adakah sebarang bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
Adakah bahan ini bebas daripada iklan atau kecenderungan memihak?
Adakah mengandungi panduan pengguna?
Guru haruslah bijak memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan
objektif P&P yang ingin dicapai, kerana ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa,
malahan dapat menjimatkan kos juga.
Sebagai contoh, guru boleh memuat turun video klip yang sesuai melalui
laman web yang disediakan oleh KPM, Youtube, Google secara percuma. Guru tidak
perlu bersusah payah membeli CD, VCD ataupun DVD. Semua bahan yang dimuat
turun tidak memerlukan tapak yang khas untuk menyimpannya. Guru boleh
menyimpan video klip tersebut dalam thumdrive atau dalam komputer sekolah
sahaja. Tetapi CD, VCD dan DVD memerlukan tempat khas untuk menyimpan, dan
setelah gunapakai beberapa kali, mungkin terdapat calar di bahagian cakera
justeru CD tersebut tidak dapat ditonton lagi.

4. Guna media dan bahan sumber


Sebelum media dan bahan sumber tersebut digunapakai dalam proses P&P di dalam
kelas, terdapat langkah yang perlu dibuat oleh guru. Guru hendaklah semak,
pratonton dan kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam bilik darjah. Langkah-
langkah ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut adalah benar-benar
sesuai dengan objektif P&P.
Sebagai contoh, sebelum menjalankan eksperimen, guru perlu menjalankan
eksperimen tersebut sebelum ditunjukkan atau mengarahkan pelajar
menjalankannya. Langkah ini dapat menjamin eksperimen tersebut tidak
merbahayakan pelajar atau proses P&P dapatkah dijalankan dengan lancar,
mendapatkan kepastian bahawa semua bahan dan alatan yang digunakan tidak
merbahayakan dan masih boleh digunapakai lagi.
Video klip yang ingin menayangkan kepada pelajar juga guru perlu menonton
sebelum ditunjukkan kepada pelajar. Langkah ini adalah demi memastikan isi
kandungannya sesuai dengan objektif P&P, tanpa mengandungi unsur ganas, lucah,
iklan dan sebagainya. Langkah-langkah sedemikian dapat juga menjamin kelancaran
P&P dijalankan, dan guru boleh juga mengawal peruntukan masa yang diperlukan
dengan berkesan.
Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, guru
hendaklah sediakan:
a) Bahan untuk penggunaan dalam kelas.
b) Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
c) Sediakan pengalaman pembelajaran untuk pelajar.

a) Bahan untuk penggunaan dalam kelas


Bagi guru Sains yang ingin menjalankan eksperimen, maka bahan yang perlu
disediakan adalah seperti bikar, tabung uji, Penunu Bunsen, penyala api ataupun
bateri, magnet, benda logam, benda bukan logam dan sebagainya. Tetapi bagi guru
mata pelajaran yang lain, mungkin bahan yang diperlukan adalah lain pula. Seperti
jika guru tersebut ingin menayangkan Power Point ataupun video klip, bahan yang
diperlukan kemungkinan besar adalah projekter, komputer, notebook, skrin,
pembesar suara, tetikus dan sebagainya.

b) Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran


Bagi guru Sains yang disebutkan tadi, kawasan persekitaran yang sesuai adalah
makmal Sains. Makmal Sains mempunyai kerusi meja yang sesuai membuat
experimen secara berkumpulan, semua bahan yang diperlukan untuk membuat
eksperimen terdapat dalam almarinya. Selain itu, makmal Sains adalah jauh
daripada bilik darjah, maka pelajar boleh menjalankan eksperimennya tanpa
gangguan daripada pelajar dari kelas lain.
Bagi guru yang kedua disebut tadi, kawasan persekitaran yang sesuai adalah
Bilik Tayangan atau mana-mana bilik darjah yang disediakan dengan skrin. Jika bilik
darjah tersebut tidak mempunyai skrin, guru tidak dapat menayangkan apa-apa
untuk pelajar. Jika bilik darjah tersebut mempunyai skrin tetapi tidak mempunyai
projekter dan juga komputer, ia bukanlah masalah besar, kerana guru boleh
membawa projekter dan juga notebook masuk ke dalam bilik darjah dan
memasangkannya. Dengan menggunakan notebook, terdapat ke tidak tetikus bukan
lagi perkara yang penting lagi. Kerana notebook terdapat tapak yang boleh
menggunakan sentuhan jari untuk memilih atau menggerakkan icon yang diperlukan.

c) Sediakan pengalaman pembelajaran untuk pelajar


Guru boleh bertindak sebagai penyampai utama menyampaikan media, ataupun
bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran. Sebagai contoh, guru
boleh menjalankan eksperimen tersebut, dan pelajar hanyalah sebagai penonton.
Akan tetapi, guru juga boleh memberikan arahan yang jelas, supaya pelajar boleh
menjalankan eksperimen tersebut dengan keupayaan sendiri.
Ketika menayangkan CD courseware yang disediakan oleh KPM, soalan
yang ditayangkan pelajar akan menjawabnya, guru boleh menggunakan cara iaitu
pelajar jawab secara lisan, dan guru akan klikkan untuk pelajar. Ataupun pelajar
diarahkan menjawab secara lisan dan kemudianya klikkan jawapan tersebut dan
melihat adakah jawapan yang dipilihnya adalah betul.
Semasa kelas Pendidikan Jasmani, guru boleh melakukan demokrasi
pergerakan kepada pelajar, dan mengarahkan pelajar untuk melakukannya. Akan
tetapi, guru juga boleh mengarahkan pelajar yang mempunyai kemahiran tersebut
melakukan demokrasi pergerakan, guru hanyalah sebagai penasihat.

5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran


Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar berfikir dengan aktif atau beraktiviti
akan menghasilkan perubahan tingkahlaku yang kekal. Fakta ini disokong oleh
semua teori pembelajaran yang terdapat dalam modul seperti Teori Behavioris dan
juga Teori Kognitif. Apabila pelajar mengalami perasaan berjaya, mereka akan
mengekalkan motivasi belajar mereka terhadap aktiviti pembelajaran yang dijalankan
oleh guru tersebut.
Guru boleh menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat mengekalkan
penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran, seperti latihan dalam bentuk
perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa, lakonan dan
sebagainya. Selain itu, pertandingan kuiz antara kumpulan adalah aktiviti yang paling
digemari oleh pelajar saya. Mereka akan berebut-rebut untuk menjawab soalan yang
diberi oleh guru, selain itu, mereka juga akan berkerjasama membantu pelajar yang
lebih lemah supaya mereka juga dapat menjawab soalan dan mengumpul markah
untuk kumpulan.
Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta merta diberi selepas pelajar
memberi tindak balas yang betul. Bagi pelajar yang gagal menguasai pembelajaran
tersebut, guru juga perlu menjalankan kegiatan pengayaan ataupun aktiviti
pemulihan. Sebagai contoh, bagi pelajar yang telah mencapai objektif seperti operasi
darab nombor dua tempat digit dengan nombor satu digit dalam lingkungan 1000,
guru boleh memberi latihan pengukuhan yang berkaitan dengan kemahiran tersebut.
Tetapi bagi pelajar yang masih belum dapat mencapai objektif tersebut, guru
bolehlah memberi aktiviti pengayaan seperti latihan operasi darab nombor satu digit
dengan nombor satu digit dalam lingkungan 100 sahaja.

6. Nilai dan semak semula


Nilai dan semak semula merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE.
Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan
juga penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dilakukan sepanjang proses P&P
untuk memastikan pemilihan objektif, kaedah, media dan bahan sumber sesuai
dengan keupayaan pelajar. Untuk menjalankan penilaian tentang kekuatan dan
keberkesanan bahan media itu secara menyeluruhan, soalan-soalan berikut harus
difikirkan:
a) Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai?
b) Adakah alat atau bahan media yang digunakan membantu proses P&P?
c) Adakah semua pelajar menggunakan alat atau bahan media dengan cara yang
betul?
d) Adakah suasana pembelajaran yang disediakan selesa atau sesuai?
e) Adakah peluang-peluang pemerhatian pelajar diberi?

a) Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai?


Adakah objektif pembelajaran yang guru tetapkan itu tercapai? Berapakah bilangan
pelajar yang tercapai dan berapakah bilangan pelajar yang tidak tercapai? Guru
perlu mengambil kira bilangan pelajar yang tidak tercapai, supaya penambahbaikan
boleh dijalankan.
b) Adakah alat atau bahan media yang digunakan membantu proses P&P?
Adakah semua alat atau bahan media sesuai dan mencukupi digunakan? Perlukah
bilangan atau kriteria alat diubahsuaikan? Jika sesuai, guru boleh menggunakan alat
atau bahan media yang sedemikian untuk proses P&P yang agak sama. Jika tidak
sesuai, guru perlu mencari sebabnya, dan membuat penambahbaikan demi proses
P&P yang baik bagi masa akan datang.

c) Adakah semua pelajar menggunakan alat atau bahan media dengan cara yang
betul?
Adakah pelajar dapat menggunakan alat atau bahan media yang disediakan dengan
cara yang betul? Jika tidak, adakah masalah tersebut timbul disebabkan arahan
yang diberikan oleh guru kurang jelas? Ataupun, guru perlu menukarkan alat atau
bahan media tersebut kepada alat atau bahan media yang lebih mudah gunapakai
oleh pelajar? Setelah mendapat jawapan, guru bolehlah mengubahsuaikan
rancangan pengajaran pada masa akan datang.

d) Adakah suasana pembelajaran yang disediakan selesa atau sesuai?


Setelah menggunakan bilik darjah, Makmal Sains, Makmal komputer, Bilik Tayangan,
Bengkal KH dan sebagainya, untuk menjalankan proses P&P, guru perlulah
membuat penilaian bahawa adakah tempat-tempat ini sesuai. Jika sesuai, guru boleh
menggunakannya bagi proses P&P yang agak sama pada masa akan datang. Tetapi
jika tidak sesuai, guru haruslah mencari sebabnya dan membuat pengubahsuaian.

e) Adakah peluang-peluang pemerhatian pelajar diberi?


Peluang-peluang pemerhatian pelajar perlu diberikan juga, jika guru mendapati
peluang tersebut adalah kurang, guru perlulah memilihkan gaya pengajaran yang
dapat memberi peluang-peluang pemerhatian pelajar yang mencukupi.