Anda di halaman 1dari 14

KAEDAH PELUPUSAN SAMPAH

Terdapat beberapa kaedah yang biasa di gunakan untuk melupus sampah iaitu kaedah penimbusan
tanah atau lebih dikenali sebagai Landfill dan juga kaedah Insinerator iaitu pembakaran tertutup. Bagi kaedah
Landfill, banyak cara atau kaedah yang digunakan merangkumi:

i. Kaedah Open Dumping

Kaedah ini adalah konvensional dan masih dipraktikkan di merata-rata tempat seluruh Malaysia. Kaedah ini
tidak teratur dan terdedah kepada bau busuk dan pembiakan serangga dan
binatang

ii. Kaedah Sandwich

Kaedah penimbusan ini dibuat secara lapisan demi lapisan secara mendatar.Setiap antara lapisan ini
ditimbus/ditutup dengan tanah. Kaedah ini adalah lebih berkesan tetapi jika tapak pelupusan terlalu lebar
(luas), maka bahan-bahan buangan ini akan ditinggalkan tidak ditutup untuk beberapa hari menyebabkan
bau busuk dan sebagainya.
iii. Kaedah Cell

Kaedah penimbusan ini dibuat dengan cara menimbus sisa buangan dengan lapisan tanah pada setiap hari
iaitu dengan ketebalan 20 cm.
Pada lapisan penutup perantaraan hendaklah pada ketebalan 30cm dan lapisan akhir penutup pada ketebalan
60cm.

Pemilihan tapak landfill


Dari segi bilangan adalah wajar diwujudkan sekurang-kurangnya satu tapak bagi setiap 30,000
penduduk ataupun dalam lingkungan 10km bagi sesebuah kawasan petempatan atau perumahan. Setiap tapak
pelupusan ini pula perlulah mempunyai sokongan beberapa tapak pengumpulan sampah dalam lingkungan 5km.
Tapak pelupusan adalah dihadkan kepada pelupusan buangan sisa pepejal. Pemilihan tapak adalah
berdasarkan kepada beberapa aspek iaitu fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar dan jenis gunatanah yang
tidak sesuai dipertimbangkan adalah seperti berikut

i. Fizikal

a. Tidak termasuk kawasan bekalan air dan tadahan air;

b. Tidak termasuk kawasan banjir;

c. Tidak termasuk kawasan aliran air (sungai dan paya);

d. Paras air bawah tanah yang rendah;

e. Bertanah pawah;

f. Kawasan paya dan berlumpur

g. Muara/pesisiran pantai; dan

h. Tapak yang sesuai untuk pertimbangan adalah zon industri dan terdiri dari
gaung/lurah yang tidak ada kepentingan, bekas tapak lombong, bekas kolam yang digali dan
bekas kawasan taliair dengan memenuhi syarat EIA.
ii. Ekonomi

a. Lokasi jarak masa dari tempat sumber utama bahan hendaklah tidak melebihi
hari perjalanan sebab sisa-sisa ini cepat busuk;

b. Keluasan minimum tapak 50 60 hektar

c. Jangka usia projek kira-kira 20 tahun

d. Mudah mendapatkan tanah untuk penimbusan

e. Mempunyai laluan dan jalan keluar masuk yang sempurna

f. Tidak mempunyai halangan untuk tujuan pembesaran tapak projek

g. Mengambil kira faedah tapak pelupusan selepas siap jangka projek


iii. Sosial

a. Hakmilik tanah utamakan tanah kerajaan untuk memudahkan urusan pengambilan


balik

b. Tanah yang terhad dari aspek gunatanah juga boleh dipertimbangkan.

c. Jauh dari kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan
keutamaan pembangunan hendaklah sekurang-kurangnya 5 10 km sebagai langkah untuk
menyekat dari bau busuk, habuk dan bising

d. Jauh dari kawasan-kawasan yang mempunyai nilai estatik, sejarah dan tempat-
tempat pengekalan (preservation & conservation area)

e. Tempat yang tidak mempunyai kehidupan liar dan binatang terpelihara

f. Tidak memberi kesan ke atas kehidupan laut

g. Jauh daripada kawasan kegunaan awam


iv. Alam Sekitar

a. Pertimbangan dari aspek geoteknikal iaitu gunatanah sediada, jenis permukaan


tanah, paras air bawah tanah dan kestabilan kecerunan termasuk Laporan EIA:

b. Pertimbangan dari kesan pencemaran air bawah tanah dan permukaan air
terutamanya kesan pencemaran kepada air minuman;

c. Pertimbangan juga diambil kira jika kawasan tersebut dilanda banjir; dan

d. Mengambil kira kesesuaian tapak dengan kawasan persekitarannya.


Kaedah Insinerator

Model Ringkas Insinerator

Insinerator adalah satu alat yang berupa tungku pembakaran yang dapat digunakan untuk pengolahan
limpah padat.Teknologi incinerator ini merupakan teknologi yang banyak digunakan dipelbagai negara
maju untuk mengatasi masalah limpah padat yang berasal dari industri mahupun domestik.
Kaedah ini merupakan jalan yang sesuai untuk melupuskan bahan yang tidak terbiodegrasi dan bahan
dikitar semula. Kaedah insinerator dibuat pengasingan atau pemilihan sisa untuk dibakar supaya hanya
bahan kimia tertentu sahaja yang akan dibebaskan. Tidak perlu kawasan tapak yang luas dan
meminimunkan penggunaan tanah. Ia boleh digunakan dalam penghasilan tenaga elektrik.
Pada masa ini terdapat 7 sistem incinerator mini dilaksanakan dengan kos sekitar 17 billion di
beberapa pulau peranginan seperti P ulau Langkawi, Pangkor, Tioman dan Labuan. Tidak keterlaluan jika
dikatakan insinerator adalah satu-satunya jalan penyelesaian drastik.
KESAN KESAN AKIBAT PENGGUNAAN KAEDAH TERSEBUT

Kaedah Incinerator

Kaedah ini mewujud ancaman kepada alam sekitar kerana ia melibatkanpembakaran yng boleh
menghasilkan bahan toksik seperti dioksin ,furan dan merkuri. Dioksin, furan dan merkuri yang dibebaskan
boleh menyebabkan kemandulan dan penyakit kanser. Bahan kimia tersebut juga bpleh merosakkan sistem
ketahanan badan dan mengganggu fungsi hormon lalu menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Dua bahan kimia
yang dikait rapat dengan incinerator,iaitu bahan berklorin akan membebaskan dioksin manakala bahan
berhalogen akan membebaskan Furan

Kaedah Landfill

Kaedah ini juga boleh menyebabkan wujudnya 2 masalah utama yang membabitkan alam selkitar
iaitu :
1. Leachate
2. Gas landfill (metana)

1.) Leachate

Leachate merupakan cecair yang mengandungi bahan kimia terlarut serta campuran bakteria
yang berbahaya.. Ia terhasil apabila sampah yang di longgokkkan akan bersentuhan dengan air
permukaan atau air bawah tanah yang masuk kedalam longgokkan sampah tersebut (landfill).
Sekiranya air tersebut masuk, ia akan melarutkan segala bahan kimia dalam sampah secara tindak
balas kimia serta biokimia lalu menghasilkan bahan kimia terlarut yang dikenali sebagai
leachate. Walau bagaimanapun, tabii dan kekuatan leachate bergantung kepada;
a) Komposisi air sampah
a) Jangka masa sentuhan antara air dan sampah
b) Kuantiti air yang bersentuhan melalui sampah

Terdapat 2 komponen utama leachate iaitu, bahan kimia organik dan logam berat. Bagi bahan
kimia organik, ia merangkumi segala bahan larut hasil daripada proses penguraiaan keatas sampah
contohnya; keton, benzena, eter dan alkohol. Logam berat pula termasuklah; Ni, Pb, Cd, Zn dan
merkuri. Apa yang menjadi masalah ialah, leachate akan masuk ke dalam air permukaan seperti
sungai dan sekaligus akan mencemarkan air sungai dan secara tak langsung akan mengubah flora dan
fauna dalam sungai tersebut. Di samping itu juga, leachate boleh mencemari air bawah tanah dan
mempengaruhi kualiti dan pH air. Apabila leachate memasukki air bawah tanah ia akan menggangu
aliran air bawah tanah. Hal ini boleh menganggu kitaran air dan ekosistem air bawah tanah. Untuk
membaik pulih keadaan tersebut pastinya memerlukan kos pemulihan yang agak tinggi.

2.) Gas landfill (metana)

Gas landfill adalah salah satu kesan akibat daripada kaedah landfill ini. Ia mengandungi
metana (55%), CO2(45 %) dan lebih dari 100 terdiri daripada unsur-unsur surih. Metana terbentuk
hasil daripada tindak balas anaerobik ke atas sisa organik. Gas metana ini mudah terbakar dan
merupakan gas rumah hijau. Gas metana yang terhasil dalam landfill mudah meresap keluar secara
lateral atau menegak. Walau bagaimanapun, ia juga boleh dijadikan sebagai sumber tenaga dimana,
gas tersebut di kumpulkan dan dibakar bagi menghasilkan tenaga elektik

Langkah-langkah mengatasi

1.) Kawalan Keselamatan

i. Kawalan Ke Atas Air Kurasan (Leachate Control)

Air kurasan akan terbentuk apabila proses pereputan (decomposition) terjadi dalam
bahan sisa buangan pepejal.
Air kurasan ini mengandungi kandungan Biochemical Oxygen Demand (BOD) dan
Chemical Oxygen Demand(COD) yang tinggi. Anggaran komposisi air kurasan di tapak
pelupusan adalah kira-kira 800mg/l kandungan BOD dan 1200 mg/l kandungan COD.*

a. Kawalan ke atas permukaan air iaitu disalur keluar melalui perparitan yang
disediakan berasaskan piawaian parameter yang ditetapkan bagi kawalan air kurasan dan air
bawah tanah oleh Jabatan Alam Sekitar.
b. Sistem peparitan perimeter dyke sementara, kolam perangkap mendap dan
perangkap mendap hendaklah dibina di kawasan punca bahan timbus. Sebarang pelepasan
dari kolam perangkap ini tidak boleh mengandungi pepejal terampai melebihi 150
mg/l. Laporan pengawasan pelepasan dari perangkap mendap ini hendaklah dikemukakan
kepada Jabatan Alam Sekitar setiap 3 bulan sekali dari tarikh kerja tanah.

c. Kemudahan leachate collection hendaklah disediakan. Sebarang pelepasan air


kurasan tidak dibenarkan dilepaskan ke dalam mana-mana alur air kecuali diolah terlebih
dahulu untuk mematuhi Piawai B. Jadual ketiga, Peraturan-peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Premis yang ditetapkan) (Kumbahan, Pengolahan dan Pelupusan Buangan
Berjadual) 1989.

ii. Kawalan Ke Atas Pelepasan Gas (Gas Venting Control)

Pewujudan dan pergerakan gas terutamanya carbon dioxide dan methane di dalam
tapak penimbusan menjadi aktif walaupun bertahun-tahun lamanya selepas projek penimbusan
ini selesai di mana akan memusnahkan tumbuh-tumbuhan di sekitarnya dengan cara
mengosongkan oksigen dari zon akar tumbuh-tumbuhan tersebut.

Bentuk kawalan yang diperlukan ialah:;


a. Mematuhi syarat-syarat geologi, hydrologi dan menggunakan tanah-tanih asal untuk
tujuan penimbusan.
b. Permeable Method Pergerakan gas secara sisian ke arah tanah bersebelahan boleh
disekat dengan menggunakan sumber bahan yang dapat menelapkannya iaitu lohong/lubang-
lubang batu kerikil (gravel vents) atau parit-parit yang dipenuhi batu kerikil (gravel filled
trenches).
c. Permukaan atas lohong-lohong batu kerikil tidak boleh ditimbus dengan tanah-tanih
ataupun ditanami sebarang tumbuh-tumbuhan supaya dapat mengekalkan kelembapan dan
menyekat pelepasan gas.
d. Impermeable method (Gas Barrier Membranes) pergerakan gas melalui tanah boleh
dikawal dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak telap di mana gas-gas ini tidak boleh
serap di sekitarnya dan dialirkan ke permukaan atas. Bahan-bahan yang tidak telap adalah
seperti lapisan tanah liat dengan ketebalan di antara 50 120 cm ataupun menggunakan
kaedah lapisan sintetik
Bahagian- bahagian Tapak Pelupusan Sampah

Figure 3. Rajah menunjukkan keratin rentas struktur asas tapak


pelupusan sampah.Anak panah menunjukkan arah pergerakkan
leachete

Bahagian asas tapak Pelupusasn sampah pada rajah diatas menunjukkan:

I. Sistem utama memisahkan sisa buangan dan leachete daripada air bawah tanah
II. Sistem pengumpulan air hujan mengumpul air hujan yang terdapat pada tapak pelupusan sampah
III. Sistem pengumpulan leachete mengumpul dan menapis leachete
IV. Sistem pengumpulan gas metana mengumpul dan mengawal pembebasan gas metana

Lampiran Gambar
Gambar 1: Salah satu kawasan tapak pelupusan sampah

Gambar 2: Paip pengumpulan air dari landfill disalurkan ke


sistem saliran air

Gambar 3: Kolam pengumpulan leachate yang direka untuk


mengelekkan pencemaran berlaku
Gambar 4: Paip pengumpulan gas metana digunakan untuk
memerangkap/ menapis gas berbahaya

Gambar 4: Paip penunjuk aras air bawah tanah


Gambar 5: Pelapik digunakan di bahagian atas landfill