Anda di halaman 1dari 5

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

YO YO CINA (Diabolo)
KATEGORI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

1. PENGENALAN

Permainan Yo-Yo Cina adalah mainan dari China yang terdiri daripada dua cakera
yang sama saiz disambung dengan gandar yang panjang. Satu gerakan seli
mengangkat dan menjatuhkan dengan menggunakan dua batang, setiap satu yang
dipegang dalam satu tangan, membolehkan yo-yo beputar pada tali yang diikat
diantara batang kayu.

Pada zaman moden, ia digunakan sebagai mainan kanak-kanak dan sebagai


alat persembahan di sarkas dan juga terdapat dalam tarian Cina. Permainan ini
boleh dimainkan dengan pelbagai gaya yang boleh menjadi semudah melontar yo-yo
ke udara atau melambung di sekitar belakang pengguna. Yo-yo barat ia
mengekalkan gerakan berputar melalui kesan berputar berdasarkan pemuliharaan
momentum sudut.

Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo


daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Min sekitar
tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi.
2. MATLAMAT

- Mendidik pelajar mengenali permainan tradisional pelbagai kaum selain


daripada memelihara serta menghayati warisan yang sedia ada agar tidak
hilang ditelan zaman.

3. OBJEKTIF

a. Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui

permainan tradisional.

b. Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta

pengalaman sesama mereka.

c. Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif.

d. Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid.

e. Mengamalkan semangat toleransi, berdisiplin dan bekerjasama.

f. Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan.

g. Memperluaskan integrasi nasional.

4. PENYERTAAN

a. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah / menengah


kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan.

b. Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai 12-16 orang.

c. Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau


campuran dan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum (minimum 2 kaum).
5. PERTANDINGAN (syarat)

Jenis Pertandingan
BERPASUKAN
Peralatan permainan
Pembuatan Yo-yo Cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya
mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetengah yo-yo cian
dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju.
Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.
Bagaimanapun, yo-yo cina sekarang diperbuat daripada plastik untuk
menambahkan daya tahan. Manakala tongkat masih menggunakan kayu
keras sebagai bahan utama, tongkat yang diperbuat daripada kayu lebih
murah dan lebih sesuai kepada pemula. Ada juga tongkat yang diperbuat
daripada aluminium Lucite, korban, logam dan Fibreglass. Fibreglass bersifat
ringan dan kuat. Tongkat logam menawarkan sifat ringan tanpa
mengurangkan kekuatan dan merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang
ingin melakukan high stress whips dan trik-trik lain. Sesetengah yo-yo cina
mempunyai alur dipasang ditepi cakera, alur ini membolehkan yo-yo cina
membuat suara bersiul apabila berputar dengan kelajuan tinggi.

Cara bermain
Yo-yo Cina juga dikenali sebagai Diabolo memerlukan pemainnya memegang
stik kayu yang diikat dengan tali nilon dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan. Fungsi stik kayu tersebut ialah sebagai alat untuk menggerakkan tali
nilon mengikut cara yang dikenhendaki. Pemain perlu mengimbangi yo-yo
daripada terjatuh dan memutarkan diabolo dengan laju untuk melakukan
pelbagai aksi yang mengagumkan. Diabolo yang ringan mudah digunakan
tetapi putarannya mungkin hanya seketika. Kebanyakan pemain yang handal
akan memilih diabolo berat untuk melakukan pelbagai aksi. Diabolo mudah
dipelajari tetapi mengambil masa panjang untuk menjadi mahir.
6. PAKAIAN

a. Setiap peserta wajib memakai pakaianan tradisional yang bersesuaian ketika


bertanding.

7. SISTEM PEMARKAHAN
Syarat Hakim

Seorang hakim tidak layak menjadi hakim pertandingan jika terlibat sebagai

penulis, penggubah, jurulatih atau pemimpin mana-mana kumpulan yang

bertanding.

Ciri Penghakiman

Penghakiman akan dinilai dari beberapa aspek seperti berikut:-

Kemahiran : 25markah
Kekemasan : 25markah
Kreativiti : 20markah
Persembahan : 30markah
JUMLAH : 100Markah

Bahagian A:

I. Speed up Diablo / whipping

II. Cats Craddle

III. Jumps/ Up the String

IV. The Grind (switcth grind/finger grind).

V. Tricks(arm / lehh)

Bahagian B:

I. Persembahan Pentas
Penetuan Kumpulan Terbaik Mengikut Acara.

-Kumpulan yang mendapat skor tertinggi dalam setiap acara kumpulan akan

diistiharkan sebagai pemenang.