Anda di halaman 1dari 4

960916-01-6108

BAB 1 : PENGENALAN

1.O KONSEP ADAT

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka edisi keempat (2007 ) adat bermaksud suatu
peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat
sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Perkataan adat adalah dari
bahasa arab adah yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara
berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan.

Adat adalah aneka dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada keadaan dan situasi
sesuatu masyarakat itu. Ringkasnya, adat adalah peraturan hidup sehari-hari. Ia merupakan
gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan,
kelembagaan dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah. Secara umumnya,
kelaziman atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan itu telah sebati dalam kehidupan
masyarakat. Adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi
ke generasi secara bertulis ataupun secara bertulis.

Adat dalam masyarakat melayu tradisional ialah segala yang berkaitan dengan proses
kehidupan manusia bermula apabila seseorang itu lahir hingga seseorang itu meninggal dunia.

Menurut ensiklopedia edisi (1996 ) Jilid 1, adat bermaksud bentuk tingkah laku dan
cara manusia berfikir yang telah wujud dan diamalkan sebegini lama sehingga menjadi
sebagai satu tradisi, perkara yang termasuk dalam konsep ini ialah cara hidup sehari-hari dan
pola budaya yang jelas dilihat melalui kekerapan amalannya. Sebelum sesuatu tingkah laku
itu menjadi adat dan tradisi, tingkah laku tersebut mestilah diperakui, diamalkan dan
seterusnya diperturunkan kepada generasi berikutya. Ada kalanya, penerimaan sesuatu amalan
itu diperteguhkan lagi oleh hukum adat. Mereka yang melanggar adat akan didenda atau
dikenakan isbat sosial. Isbat sosial yang paling popular ialah pulau.

2.0 KONSEP RESAM

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat (2007) resam bermaksud
peraturan yang menjadi adat; adat yangg dipakai turun-temurun. Resam juga bermaksud
peraturan atau adat yang biasa. Resam juga ialah apa-apa yang selalu dilakukan, tabiat,
kebiasaan.
1
960916-01-6108

3.0 KONSEP ADAT RESAM

Menurut kamus Dewan dan Pustaka edisi keempat ( 2007 ) istilah adat resam sebagai
adat kebiasaan, aturan-aturan, bersopan santun ketika bertutur di mana ia menjadi sifat, tabiat
manusia semulajadi yang diikuti sejak turun-temurun.

Setiap suku bangsa di Malaysia mmpunyai adat resam masing-masing. Adat resam
yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan. Peraturan dan
panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat
tersebut. Sesebuah masyarakat menjalani kehidupan mereka berdasarkan amalan nenek
moyang mereka sebagai menyempurnakan atau melaksanakan sebagai satu peraturan. Adat
resam dalam setiap suku bangsa itu semestinya terdapat perbezaan dan berlainan dari cara
perlaksanaan dan pemakaiannya. Adat resam dapat mencerminkan jiwa suatu masyarakat atau
bangsa dan merupakan suatu keperibadian dari suatu masyarakat atau bangsa.

4.0 KONSEP REWANG

Sebenarnya perkataan rewang ini berasalnya dari bahasa jawa yang membawa maksud
beramai-ramai membanting tulang bergotong-royong dalam menyediakan persiapan sesuatu
majlis. Selalunya majlis yang memerlukan kerja Rewang adalah majlis kahwin, sambut
menantu, cukur jambul dan seangkatannya.

Kerja Rewang ini selalunya dilakukan beberapa hari sebelum majlis dilangsungkan.
Bagi menyediakan persiapan hari bahagia, bantuan diperlukan dari jiran serta saudara-mara
terdekat. Sebagai contoh aktiviti rewang ini seperti beramai-ramai kupas bawang, kentang,
potong daging, buat bunga rampai, letakkan telur di dalam karung bunga telur, sediakan
bunga manggar, basuh pinggan, dan sediakan 'goodies'.

2
960916-01-6108

Foto 1 : Aktiviti Mengupas Bawang

Sumber : Lapangan

Foto 2 : Persiapan Sebelum Majlis Perkahwinan

Sumber : Lapangan

3
960916-01-6108

Foto 3 : Aktiviti Memotong Daging Lembu

Sumber : Lapangan

Foto 4 : Aktiviti Memotong Lada

Sumber : Lapangan

Anda mungkin juga menyukai