Anda di halaman 1dari 8

PERATURAN AM

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG


PENDIDIKAN KHAS JPWPKL TAHUN 2015

1. UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia


(KOAM), Peraturan-Peraturan Am Majlis Kokurikulum Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia
( MKPKPM ), Peraturan-peraturan IPC dan IBSA dan Peraturan Kejohanan Olahraga
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. KATEGORI DAN HAD UMUR PESERTA

2.1 Kategori yang akan dipertandingkan adalah bagi pelajar lelaki dan perempuan . Tiga
kategori peserta adalah seperti berikut :

2.1.1 Bermasalah Pendengaran - menggunakan singkatan BD.


2.1.2 Bermasalah Pembelajaran - menggunakan singkatan BP.
2.1.3 Bermasalah Penglihatan - menggunakan singkatan BL.

2.2 Kelayakan Peserta :

2.2.1 Kelayakan peserta sila rujuk Rujuk Peraturan 3 ceraian 3.1 3.2 dalam
Peraturan-Peraturan Am MKPK KPM.

2.3 Kiraan umur adalah dikira berdasarkan tahun kelahiran dalam tahun pertandingan itu
diadakan .

Contoh :

2.4.1 Lahir pada 2001 dan ke atas layak menyertai kategori BP Junior
pada pertandingan yang diadakan pada tahun 2015.

2.4.2 Lahir pada 2000 dan ke bawah layak menyertai kategori BP


Senior pada pertandingan yang diadakan pada tahun 2015

2.4 Kategori Masalah Pembelajaran :

2.3.1 BP Senior / SR BP
2.3.2 BP Junior / JR BP

2.5 Kategori Masalah Pendengaran


2.5.1 BD Junior / JR BD
2.5.2. BD Senior / SR BD

2.6 Kategori Masalah Penglihatan


2.6.1 BL1, BL 2 Junior / JR BL 1, BL 2
2.6.2 BL1, BL 2 Senior / SR BL1, BL 2

2.7 Seseorang peserta hanya dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan
umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama kecuali sesuatu
ketetapan khas dilakukan. .(Seperti acara terbuka yang diwartakan semua peserta
dari semua peringkat umur boleh menyertai tanpa menjejaskan penyertaannya dalam
kategori peringkat umurnya tetapi penyertaannya diambil kira dalam jumlah
penyertaan individunya)

2.8 Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta dibenarkan menyertai


pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya.

2.9 Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan dan Kad OKU
asal untukpemeriksaan oleh pihak pengelola pertandingan sebelum pertandingan
dijalankan. Kegagalan menunjukkan dokumen tersebut menyebabkan
peserta tersebut dihalang dari menyertai pertandingan atau dibatalkan
penyertaannya.

3. JENIS-JENIS PERTANDINGAN DAN TIMBANGAN ALAT- ALAT PERTANDINGAN

Acara-acara pertandingan:

3.1 Kategori :BP , BD dan BL Junior

Bermasalah Penglihatan
Bermasalah Bermasalah
Pembelajaran Pendengaran
Bil Acara BL 1 BL2

L P L P L P L P

1 100 m X x x x x x - -

2 200 m X x x x

3 L Jauh X x x x x x - -

4 L Peluru x x x x x x - -
4 kg 4 kg 4 kg 4 kg 4 kg 4 kg -

5 4x 100 m X x

Jumlah Peserta 5 5 4 4 3 3 - -
3.3 Kategori : BP, BD dan BL Senior

Bermasalah
Bermasalah Bermasalah Penglihatan
Pembelajaran Pendengaran
Bil Acara BL 1 BL2

L P L P L P L P

1. 100 m X x x x x x x X

2. 200 m X x x x x x x x
3. 400 m X x x x
4. 4 x 100 m X x x x
5. 4 x 400m X x
6. 800 m X x
7. 1500m X x
L Jauh X x x x x x x x
8.

L Tinggi X x
9.
10. L/Peluru x x x x x x x x
5.45 kg 4kg 5.45 kg 4kg 5.45 4kg 5.45 4kg

11. L/Cakera x x x x
1.5kg 1kg 1.5kg 1kg
12. Rejam X X X X
Lembing 700gm 600gm 700gm 600gm
Jumlah 12 12 8 8 4 4 4 4

4. HADIAH-HADIAH

4.1 Acara Individu : Tempat pertama hingga ketiga.


4.2 Acara Berpasukan : Tempat pertama hingga ketiga dengan empat orang
peserta.
4.3 Sijil : Sijil Pemenang

5. CARA PERTANDINGAN

5.1 Acara Balapan

Setiap kontinjen adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada EMPAT


orang ( 4 ) mengikut kelas peserta.

5.2 Acara Padang

Setiap kontinjen adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada DUA orang (
2 ) mengikut kelas peserta.

5.3 Bilangan maksimum penyertaan seorang peserta adalah seperti berikut :


Kategori Individu Lari Berganti-ganti

Senior 3 2

Junior 3 1

5.4 Setiap peserta BL (B1 & B2 BUTA / RABUN ) dibenarkan seorang guide runner
dengan menggunakan tali ( mengikut standard paralimpik IPC ) dan hanya
dibenarkan berlari seiring dengan peserta dan tidak boleh ke hadapan.

5.4 Peserta BL (B1) MESTI memakai kain penutup mata berwarna HITAM.

5.5 Bagi acara 4 x 100 m, peserta MESTI lari dalam lorong masing-masing dan
pertukaran baton MESTI dibuat dalam zon pertukaran baton. Selepas memberi
baton ( changer over ) peserta-peserta hendaklah berada dalam lorong masing-
masing sehingga pertukaran baton di tempatnya selesai supaya tidak mengganggu
peserta lain.

5.6 Permulaan larian bagi acara pecut dengan mulaan dekam (crouch start) dengan
menggunakan starting block adalah digalakkan, kecuali peserta BL B1.

5.7 Peserta acara balapan wajib menggunakan spike

5.7.1 Paku spike yang dibenarkan ialah tidak melebihi 6mm untuk acara balapan dan
9mm bagi acara padang.

5.8 Pelepas bagi peserta kategori BD hendaklah menggunakan airhorn dan bendera
serta dilaksanakan secara serentak.

5.9 Kesalahan Fault start - peserta yang melakukan kesalahan kali kedua akan
dibatalkan penyertaan

5.9.1 Apabila berlaku fault start untuk peserta BD, pengadil lorong hendaklah
masuk ke dalam lorong untuk menahan perserta dari meneruskan larian.

6. PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA

6.1 Pendaftaran peserta hendaklah dihantar pada atau sebelum 26 MAC 2015 dengan
menggunakan BORANG PENYERTAAN RASMI yang dihantar oleh jawatankuasa
pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan
disahkan oleh pihak sekolah.

6.2 Peserta-peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti
dikehendaki mendaftar juga.

7. PENGESAHAN PESERTA-PESERTA

7.1 PENGUNDIAN

7.1.1 Pengundian akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola dan adalah


muktamad.
7.2 TAKLIMAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN
7.2.1 Sebarang penggantian tidak akan dilayan selepas borang penyertaan
dihantar.

8. MELAPORKAN DIRI PESERTA

8.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 15 minit bagi


acara balapan dan 15 minit bagi acara padang, sebelum waktu acara berkenaan
dijadualkaan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan
oleh Penyelia Peserta / Marsyal.

8.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai


Teknik dalam arena pertandingan.

8.3 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti


disematkan dengan pin setiap penjuru di baju lari masing-masing.

8.4 Peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka
dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara
tersebut dan akan dianggap telah tarik diri.

9. PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

9.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena
pertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta .
9.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah
berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim
balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat rehat peserta
dengan serta-merta selepas itu.

10. MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di luar arena pertandingan.

11. PENENTUAN KE ACARA AKHIR

11.1 BAGI ACARA BALAPAN BERMASALAH PENGLIHATAN


11.1.1 Peserta berdasarkan masa terbaik ( tiada saringan )
11.1.2 Peserta yang mencatatkan masa terbaik akan dikira pemenang.
11.1.3 Giliran berlepas adalah berdasarkan undian.

11.2 BAGI ACARA BALAPAN MASALAH PEMBELAJARAN ( BP )

11.2.3 DUA SEPARUH AKHIR


Tiga peserta pemenang setiap separuh akhir dan dua peserta yang mencatat
masa yang terbaik layak ke pertandingan akhir.
11.2.4 Jika terdapat bilangan peserta yang mencatat masa terbaik lebih daripada
bilangan yang dihadkan di atas maka penentuan kelayakan akan bergantung
kepada kedudukan peserta. Jika berlaku kedudukan yang sama, cabutan
undi akan dilakukan oleh juri rayuan.
11.3 Semua pengundian lorong untuk acara akhir semasa kejohanan dijalankan, akan
dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil Statistik dengan pengawasan atau penyeliaan
Jawatankuasa Teknik.

12. PENENTUAN PESERTA TERBAIK

12.1 KATEGORI PESERTA TERBAIK

12.1.1 Peserta terbaik lelaki dan perempuan mengikut kategori :


- BP, BD, BL Senior
- BP, BD, BL Junior

12.2 PESERTA TERBAIK

12.2.1 Hadiah peserta terbaik akan diberi kepada peserta berdasarkan


pencapaiannya mencatat rekod baru di Kejohanan Balapan dan Padang
Pendidikan Khas.

12.2.2 Sekiranya tiada rekod baru dibuat, jumlah pungutan pingat emas dalam
acara individu akan diambil kira.

12.2.3 Sekiranya pungutan emas masih sama, pungutan pingat perak dan
seterusnya gangsa dalam acara individu akan diambil kira.

12.2.4 Sekirannya pungutan pingat masih sama, maka keutamaan akan diberi bagi
acara balapan.

12.2.5 Sekiranya kedudukan masih sama, maka peserta berkenaan akan


diisytiharkan sebagai peserta terbaik bersama.

13. JOHAN KESELURUHAN

Johan keseluruhan akan ditentukan melalui jumlah pungutan pingat terbanyak antara
Zon ( kategori BP )

14. HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN DIRI PESERTA

14.1 Sekolah / zon perlu menyediakan nombor pengenalan diri peserta.


14.2. Warna kain dan nombor:
14.2.1 BP - Nombor warna hitam atas kain putih
14.2.4 BD - Nombor warna hijau atas kain putih
14.2.5 BL - Nombor warna biru atas kain putih

14.4 Senarai zon / sekolah dan nombor peserta :

BIL KATEGORI BP NO PESERTA


1 ZON KERAMAT K 01
2 ZON SENTUL S 01
3 ZON BANGSAR B 01
4 ZON PUDU P 01

KATEGORI BL
5 SK PENDIDIKAN KHAS JLN BATU (B) SE 2700
6 SMK PENDIDIKAN KHAS SETAPAK (B) KL 1450

KATEGORI BD
7 SMK DESA PERDANA BM 700
8 SMK (L) METHODIST BJ 550
9 SMK DATO' IBRAHIM YAACOB SN 3150
10 SK PENDIDIKAN KHAS JLN PEEL (P) PD 1900
11 SK PENDIDIKAN KHAS KG BAHARU KG 1200

16. BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan Jawatankuasa kecuali perkara-


perkara berikut:

16.1 Jika masalah bantahan berkenaan kelayakan (status) seseorang peserta tidak
dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan dimulakan maka
peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan. Perkara tersebut
akan dikemukakan kepada Pengerusi Teknik.
16.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan,
hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada
i. 15 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara peringkat awal.
ii. 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat
akhir.

16.3 Sebarang bantahan bertulis kepada juri rayuan mesti disertakan dengan wang
pertaruhan sebanyak RM 200.00.

16.4 Borang bantahan boleh didapati dari urusetia dan keputusan adalah muktamad.

17. HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

17.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan.
Tetapi jawatankuasa pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga
Pendidikan Khas Negeri berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika
berlaku pindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu.

17.2 Jawatankuasa pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak


dinyatakan dalam undang-undang.

17.3 Jawatankuasa pengelola tidak akan bertanggungjawab atas kemalangan, kematian,


kecacatan anggota, kecederaan atau kehilangan harta benda walaupun beberapa
persediaan dan langkah-langkah keselamatan telah diambil oleh jawatankuasa
pengelola, semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat penginapan, ke stadium /
venue pertandingan dan sebaliknya. Ia termasuklah :

i. Semasa kejohanan dijalankan


ii. Di dalam dan di luar kawasan stadium
iii. Di tempat-tempat pertandingan.