Anda di halaman 1dari 16

Peranan Kerajaan

Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membentuk

perpaduan antara rakyat berbagai kaum ialah Penubuhan Jabatan Perpaduan

Negara bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan

masyarakat di negara kita. Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah

membuka mata banyak pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih

serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang

terdapat dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan

peristiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan.

Pada 1 Julai 1969 Jabatan Perpaduan Negara dibawah perintah MAGERAN

telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula

perpaduan masyarakat di negara kita.

Penerimaan budaya orang lain samada dari segi pakaian, makanan atau

tempat tinggal di taman-taman perumahan yang sama. Keadaan ini akan

menggalakkan lagi hubungan etnik dalam kalangan rakyat melalui aktiviti

setempat.

Memperkasakan sekolah Wawasan. Sistem pendidikan pelbagai aliran

menyebabkan ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah mengikut

kaum masing-masing. Usaha untuk memupuk perpaduan hendaklah dimulai

dari awal dengan membabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang

sama. Maka usaha-usaha perlu diambil untuk memperkasakan sekolah

kebangsaan dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang

lebih kukuh ke arah menyatu padukan rakyat berbilang kaum dinegara ini.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ia mula dilaksanakan pada tahun

2004 dan merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan secara

berkhemah dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM). PKLN dilaksanakan berteraskan Rukun Negara. Ia bertujuan untuk

meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,

memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.

2. Peranan Ngo

Pertubuhan-pertubuhan yang diasaskan oleh golongan etnik sama ada pada

peringkat negara atau persatuan seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan

Peniagaan dan Perusahaan Malaysia, Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia

Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan sebagainya perlulah

dianggotai oleh pelbagai kaum untuk mempercepatkan lagi proses perpaduan

antara kaum.

3. Peranan Masyarakat

Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan

kuat kuasanya Peraturan-Peraturan Perlu ( Rukun Tetangga 1975 ). Pada

peringkat awal tujuan rukun tetangga adalah untuk mengawal keselamatan di

kawasan kediaman masing-masing. Mulai 1 Januari 1983 kerajaan telah

memperkenalkan satu pembaharuan dengan memberi penekanan pada

konsep kejiranan yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi

semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Pada tahun 2000,

pendekatan Rukun Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan memberi


mandat yang lebih luas iaitu pembangunan masyarakat secara meluruh ke

arah mewujudkan perpaduan nasional.

Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim

perayaan. Setiap golongan etnik di Malaysia akan sering kunjung mengunjungi

ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh, semasa

perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan, Iban dan pelbagai

lagi akan mengunjungi ke rumah orang Melayu dan begitulah sebaliknya bagi

etnik lain. Etnik Cina misalnya akan berusaha menyediakan makanan yang

halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah

sewaktu Tahun Baru Cina. Hal ini menunjukan etnik Cina begitu mengambil

berat dan memahami budaya etnik Melayu. Begitu juga dengan etnik Melayu

tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka

datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. Pertimbangan ini

memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam

kalangan rakyat dan memahami dan menghormati budaya masing-masing

4 Peranan Guru Dalam Menangani Masalah Perpaduan

Banyak sekolah di negara ini mempunyai pelajar berbilang kaum, yang

menjadi tempat mulanya perkenalan kanak-kanak dan remaja dengan

rakan-rakan dan remaja pelbagai kaum. Awalnya disekolah jugalah mereka

belajar dan mula tahu mengenai adat resam, budaya dan agama rakan-rakan

daripada kaum lain. Namun persahabatan terjalin mesra dalam pergaulan

mereka tanpa berasa harus ada pengasingan atau peminggiran atas dasar

kelainan itu.
Pengalaman berkawan dengan rakan daripada kaum lain di alam

persekolahan ini membina perspektif unit dalam diri kanak-kanak dan remaja

sehinggalah dewasa apabila mereka mudah menerima serta mesra dalam

pergaulan dengan rakan-rakan dari kaum yang lain.

Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia

bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat

memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Untuk itu, pihak sekolah perlu

mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk

sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan. Antara

langkah-langkah yang boleh diambil ialah

Aktiviti kurikulum yang seragam

Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu

pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk

semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan

dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata

pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan

Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat

mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti

tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk

tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.

Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya
menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung

mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng

terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan

kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh

musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum

di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan

datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat

menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hanya

sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat

perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.

Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum

yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai

bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi

pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan

disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan

profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan

tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, untuk semua

peringkat persekolahan.

Aktiviti kokurikulum.

Menurut http://suhaizlah.wordpress.com/2011/06/14/

antara-langkah-langkah ke--menwujudkan-perpaduan-di-kalangan-pelajar/

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak

kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan


kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga

turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum

membantu pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik

darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan

hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat.

Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara

langsung menuju ke arah integrasi nasional.

Aktiviti kokurikulum juga menekankan pemupukan dan perkembangan diri

individu melalui psikomotor, kognitif dan efektif. Justeru, aktiviti kokurikulum

yang dilaksanakan seperti program sukan, kelab, persatuan, pameran,

ceramah dan pelbagai lagi haruslah dipergiat dan dipertingkat lagi dalam

kalangan pelajar pelbagai kaum. Di luar sistem akademik, para pelajar harus

dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan

badan beruniform. Hal ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga

dalam memahami bagaimana kehidupan rakyat Malaysia.

Aktiviti sukan

Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah.

Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk

perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah


mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara

pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam

sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan

bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang

majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar.

Program Anak Angkat

Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk

sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada

pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau

dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh

pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang

pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat.

Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan

penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi

nasional.

Program integrasi di sekolah.

Mantan Perdana Menteri malaysia yang kelima Tun Abdullah Haji Ahmad

Badawi pada masa pemerintahannya mahukan program integrasi di sekolah

diteruskan bagi membolehkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar

pelbagai kaum ditingkatkan. Beliau berkata langkah ini perlu kerana melalui

program tersebut akan membawa kebaikan kerana wujudnya perasaan saling

hormat-menghormati antara kaum dapat dipereratkan. Antara kata-kata beliau


semasa sidang akhbar selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan

Pemimpin Persatuan Guru dan Sekolah (PIBG) Parlimen Kepala Batas di

Penang Golf Resort

Kita nak kebaikan supaya setiap kemajuan negara dapat dinikmati semua

kaum dan ia setiap kaum sama-sama menyumbang kepada negara dan

menguntungkan semua pihak. Kalau kita tidak berusaha untuk memberi

kesempatan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum

seperti sukan, debat, kegiatan alam sekitar dan landskap, hubungan antara

mereka akan terpisahdan bersendirian menjadikan intergrasi sukar untuk

dilaksanakan.

http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&

id=207%3Aperlu-program-intergrasi-di-sekolah&lang=en

Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah.

Prinsip Rukun Negara hendaklah terus menjadi agenda dalam pembangunan

modal insan dari generasi ke generasi bagi memastikan prinsip itu kekal

diterima dan menjadi teras perpaduan masyarakat di negara ini. Hal

demikian kerana ideologi yang terkandung di dalam Rukun Negara amat

holistik dan mencakupi nilai-nilai bersama yang diamalkan oleh masyarakat

pelbagai kaum di Malaysia. "Oleh itu, penerapan prinsip ini dalam diri generasi

muda amat penting sekali untuk pembangunan sahsiah golongan tersebut.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap dalam

Majlis Tokoh Negara: Kolokium Sekretariat Rukun Negara anjuran Taylors

Universiti berkata
Oleh itu, penerapan prinsip ini dalam diri generasi muda amat penting sekali

untuk pembangunan sahsiah golongan tersebut

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121217/dn_03/Rukun-Ne

gara-perlu-kekal-jadi-teras-perpaduan-rakyat-pelbagai-kaum

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000

di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi

selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya

Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.

Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di

Pahang, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang

teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan

kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun

Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab

Rukun Negara di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan

warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun

Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat

dipertingkat dan diperkukuhkan..

http://www.scribd.com/doc/19412497/masalah-perpaduan-di-malaysia

Sekolah Penyayang

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan

konsep Sekolahku Syurgaku dan Yang Tua Dihormati, Yang Muda


Disayangi dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan

Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta

kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan

menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan

kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama

ibubapa para pelajar.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986.

Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan

kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005.

KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara

murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan

antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka

akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan

adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan

peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan

terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat

tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula ke arah

merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup

bersatu padu dan harmoni.


RIMUP diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi

semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. Ia merupakan program yang

menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat dalam

pelbagai aktiviti yang dirancang di sekolah. Program memberi penekanan

kepada bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat

melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi unggul,

bersemangat muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif

dan bersepadu. Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan

Kesenian, Kementerian Pelajaran, Hj. Mohd Anuar Abdul Hamid berkata,

menerusi RIMUP, progran yang berkonsepkan perpaduan dan amalan

nilai-nilai murni didedahkan kepada peserta.

http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id

=578:rancangan-integrasi-murid-untuk-perpaduan&catid=47:fokus

Antara contoh aktiviti yang boleh dianjurkan ialah Program Perkhemahan

Padu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia, Program

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia. Setiap aktiviti yang

dijalankan adalah bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama,

tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan

terancang. Ia juga bagi melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid

pelbagai kaum di sekolah.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan


Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati

hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat

sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan

Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan

Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG,

Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan

Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah

seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik,

pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, hiasan bilik

darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran,

melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik

kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan

oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan

pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan

semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka

dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan

kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah

Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke

tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial,

Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak

Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang

kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan


semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong

royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan

sebagainya. Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan

memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa,

mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum

dan keturunan.

Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah

Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan

beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya.

Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk

memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta

perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula wujud apabila menjalankan

aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala

cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan

tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah

perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah

yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian

kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak

seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang

dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian,

kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan

yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar.


Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai

keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman

dan damai.

Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah

Matlamat pendidikan Sejarah bagi peringkat menengah rendah dan

menengah atas ialah memupuk semangat taat setia kepada bangsa dan

negara serta berbangga menjadi warganegara Malaysia. Kandungan

kurikulum yang disediakan, memberikan fokus kepada pemahaman yang

menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka masa lima ratus

tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun. Pengajaran

dan pembelajaran Sejarah seharusnya memberi tumpuan kepada

pemerolehan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan pemupukan

nilai-nilai. Kurikulum ini bertujuan untuk memberi pemahaman menyeluruh dan

satu gambaran yang lengkap tentang sejarah negara. Dalam rentetan

peristiwa ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang mempunyai kaitan

dengan sejarah negara. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar

untuk mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya dengan Sejarah

Malaysia (PPK 2002). Pendidikan Sejarah dilihat dapat mewujudkan ingatan

bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan

dan persefahaman antara bangsa (PPK 2002) kerana tujuan pendidikan

Sejarah itu adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan

bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan perasaan bangga

sebagai rakyat Malaysia.


Persekitaran pendidikan

Menurut Zaidi Ahmad (2010) persekitaran pendidikan di malaysia

menyediakan ruang fizikal untuk pelajar pelbagai etnik berinteraksi. Di semua

pusat pendidikan, penyertaan pelajar pelbagai etnik dalam semua aktiviti

adalah tinggi. Aktiviti yang berstruktur yang diamalkan disemua institusi

pendidikan di Malaysia akan melibatkan pelajar secara menyeluruh dan

berkenalan. Guru atau tenaga pengajar akan menjadi pusat tumpuan dan

menggerakkan aktiviti dan tugasan yang perlu dilaksanakan. Polo interaksi

sosial begini akan melibatkan interaksi dan pelajar akan memilih sahabat

walaupun daripada kumpulan etnik yang berbeza.

Semasa melaksanakan aktiviti seseorang pelajar, dapat mengenalpasti kriteria

pelajar lain dan situasi ini dapat membantunya memilih seorang sahabat.

Dalam situasi ini, pola interaksi sosial dalam kalangan pelajar dalam kumpulan

etnik yang berlainan dapat diadakan jika murid ini ditempatkan dalam satu

persekitaran yang multietnik, jadi persekitaran pembelajaran di Malaysia

menepati kriteria ini. Teori polo interaksi sosial dapat diaplikasikan dalam

keadaan ini yang mana peluang disediakan untuk berinteraksi sosial. Pelajar

mengenali antara satu sama lain walaupun daripada etnik yang berlainan.

Apabila berinteraksi, minat dan sifat dapat dikenalpasti yang selanjutnya

membuka ruang untuk perkongsian merentasi etnik.

KESIMPULAN
Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat

Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan

masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman

dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal

kemerdekaan lagi.

Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik

di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini

adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan

kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa

dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan

masyarakat.

Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan

masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn

peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13

Mei berulang semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang

ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara

ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih

aman, maju, selamat dan makmur. Oleh itu, segala kerjasama semua pihak

seperti kerajaan, masyarakat dan pertubuhan badan bukan kerajaan amatlah

diperlukan untuk meningkatkan hubungan etnik di nagara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai