Anda di halaman 1dari 1

ESEI: MENGGALAKKAN GOTONG-ROYONG....!

Soalan:

PENDAHULUAN:-

Gotong-royong telah menjadi amalan turun-temurun masyarakat Melayu.


Kehidupan mereka tidak dapat lari daripada semangat tolong-menolong, sandar-
menyandar ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Namun sayang seribu kali sayang, kini amalan gotong-royong semakin dilupakan
terutamanya dalam kalangan pelajar.
Pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan bagi menggalakkan amalan gotong-royong
dalam kalangan pelajar.

ISI-ISI PENTING:-

Ibu bapa sewajarnya menanamkan amalan gotong-royong kepada anak-anak sejak di


dalam buaian lagi.
Ibu bapa juga mestilah lebih mempamerkan teladan yang baik terhadap anak-anak
mereka.
Anggota keluarga juga perlu memainkan peranan menggalakkan anak-anak
mendekatkan diri dengan aktiviti gotong-royong.
Guru-guru di samping tugas hakiki mendidik anak bangsa, seharusnya sentiasa
memberikan nasihat dan tunjuk ajar tentang kelebihan gotong-royong.
Kementerian Pelajaran melalui pihak sekolah mestilah memperbanyak aktiviti yang
mendorong pelajar menjalankan aktiviti gotong-royong.
Masyarakat sekeliling sentiasa menyokong segala program yang diatur untuk tujuan
tersebut di samping menjadi cerminan kepada golongan pelajar.
Peranan media massa menyebarkan maklumat tentang kepentingan gotong-royong
kepada golongan pelajar melalui kempen-kempen yang berkesan.
Golongan pelajar juga perlu sedar betapa berfaedahnya amalan gotong-royong ini jika
sentiasa diutamakan.
Golongan pendakwah boleh membantu menyemaikan amalan ini dalam kalangan
pelajar.

PENUTUP:-

Kesimpulannya, semua pihak perlu lebih komited menyemaikan amalan gotong-


royong dalam kalangan pelajar agar amalan yang mulia ini terus hidup dalam
kalangan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai