Anda di halaman 1dari 6

PERPADUAN

Oleh sebab perpaduan sangat penting, pelbagai langkah perlulah diambil untuk
meningkatkan perpaduan di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang perlu
diambil untuk mengukuhkan perpaduan.

Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk
dari semasa ke semasa. Usaha ini amat penting dilakukan untuk memastikan
keamanan negara sentiasa terpelihara. Pernahkah terlintas dalam benak kita
tentang apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan rakyat? Mengikut definisi
yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perpaduan rakyat dapat
diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa
menyelesaikan masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-
langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat
dikekalkan dan ditingkatkan?

Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah
mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat
penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan atau
perselisihan faham yang akan memecahbelahkan rakyat Malaysia. Menurut Tun
Dr. Mohathir Mohamad, mantab Perdana Menteri Malaysia ke-4, kita haruslah
mengetepikan emosi yang akan menyebabkan perpecahan. Oleh itu, rakyat
Malaysia haruslah meneruskan kehidupan dalam suasana yang aman dan saling
membantu atau bekerjasama serta mengikis sikap bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing untuk memastikan perpaduan dalam
kalangan rakyat terus berkekalan.

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting
dengan mengadakan pelbagai kempen untuk meningkatkan perpaduan. Dalam
hal ini, mereka hendaklah menganjurkan ceramah yang bertajuk seperti
Perpaduan Teras Kejayaan. Aktiviti sebegini haruslah diadakan secara
berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal ini amat
penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan terdedah dengan
kepentingan perpaduan. Persengketaan dan perpecahan yang berlaku seperti di
kebanyakan negara di dunia disebabkan mereka tidak sedar akan kepentingan
perpaduan. Puncanya ialah ketiadaan kempen yang dijalankan secara berterusan.
Oleh hal yang demikian, sesebuah negara yang dahulunya mempunyai perpaduan
yang erat dalam kalangan rakyat, kini, mereka hidup porak-peranda. Adakah kita
mahu agar perkara sebegini berlaku di negara kita? Jawapannya tentulah tidak!

Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti


yang melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum
akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain. Dengan ini, perpaduan
rakyat dapat dikekalkan. Sebagai contohnya, mereka haendaklah menganjurkan
aktiviti Majlis Rumah Terbuka sempena hari perayaan supaya dapat dihadiri oleh
semua penduduk. Melalui aktiviti seperti ini, perkara sensitif yang melibatkan
kaum tertentu dapat dielakkan dan rakyat pula tidak akan membangkitkan
persoalan tersebut dan seterusnya mengelakkan berlakunya pertelingkahan
mahupun pertelagahan yang tidak diingini. Mereka juga harus memahami
bahawa bersatu teguh bercerai roboh.

Pernahkan terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan
yang penting bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan? Ibu bapa
merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi
tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai yang
murni seperti toleransi. Berbalik pada zaman tradisi, asuhan dalam keluarga
merupakan pendidikan yang paling ampuh bagi kanak-kanak mempelajari nilai-
nilai murni daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah
menunjukkan teladan kepada anak-anak mereka agar anak-anak bergaul dengan
kawan-kawan daripada pelbagai kaum dengan harmoni. Pepatah Melayu
mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Melalui cara ini,
anak-anak akan menjaga sensitiviti kaum lain dan tidak akan menimbulkan
masalah atau pergaduhan yang akan menyebabkan perpaduan tidak dapat
dikekalkan.

Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit


sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan
dalam kalangan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia
untuk mencapai wawasan 2020. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus
menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang. Ingatlah bahawa sekali sahaja
perpaduan hancur, maka sukarlah untuk kita membinanya kerana telur
sesanggkak, pecah sebiji pecah semuanya.
KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit


lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia
tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-
pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu
dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namum, persoalan sedemikian
hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap
anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula,
aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan
Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan
perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada
seluruh rakyat Malaysia.

Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan
politik. Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin
keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu
dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan
dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia
dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi
mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi
keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi
membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan
kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang
lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu pucuk dicta, ulam
mendatang kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia.

Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya


mengetahui bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti
rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai
pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu.
Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng
Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah
berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara
yang tercinta. Kini, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara
perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan
dan keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa
perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju yang
lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan pula, ada segelintir
pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk
membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian
negara,

Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang
perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi
ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau
berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang
mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa
berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat
bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan.
Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha
meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan
kawasan luar bandar. Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum
amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.

Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap


individu menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha yang
telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan
terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa,
maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati cogan kata bersatu
teguh, bercerai roboh dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kita tentang peri
penting hidup bersatu-padu.
USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT
MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat


berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat
bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang
kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu
memegang pada kekuatan jata negara, yakni Bersekutu Bertambah
Mutuuntuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di
Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.

Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman


perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat
yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman
perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali
antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka
tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan
merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita
mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat
menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah


rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat
menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati.
Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum
rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap
buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan
semangat perpaduan yang tersedia utuh.

Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi


memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada
peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat
memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga
dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan
dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain
dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan
sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih
mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati
antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan
perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan
menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat
melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan
pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu
padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan
bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk
memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku
sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk
mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah
mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum
sejak kecil.

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk


memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara
dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin
dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman
prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan
penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat
perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020
menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

Anda mungkin juga menyukai

  • Ujian 1 Jawapan
    Ujian 1 Jawapan
    Dokumen3 halaman
    Ujian 1 Jawapan
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • KELUARGA6
    KELUARGA6
    Dokumen2 halaman
    KELUARGA6
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Hormon dan Sistem Saraf
    Hormon dan Sistem Saraf
    Dokumen5 halaman
    Hormon dan Sistem Saraf
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • KELUARGA6
    KELUARGA6
    Dokumen2 halaman
    KELUARGA6
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Tamadun Hwang Ho
    Tamadun Hwang Ho
    Dokumen10 halaman
    Tamadun Hwang Ho
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Elektrolisis 2017
    Elektrolisis 2017
    Dokumen4 halaman
    Elektrolisis 2017
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Elektrolisis 2017
    Elektrolisis 2017
    Dokumen4 halaman
    Elektrolisis 2017
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Petroleum
    Petroleum
    Dokumen3 halaman
    Petroleum
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Pak Lah
    Pak Lah
    Dokumen2 halaman
    Pak Lah
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Hakisan Tanah 1
    Hakisan Tanah 1
    Dokumen19 halaman
    Hakisan Tanah 1
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Halus 1
    Halus 1
    Dokumen5 halaman
    Halus 1
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Per Paduan
    Per Paduan
    Dokumen6 halaman
    Per Paduan
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Hormon dan Sistem Saraf
    Hormon dan Sistem Saraf
    Dokumen5 halaman
    Hormon dan Sistem Saraf
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Kepentingan Kejiranan
    Kepentingan Kejiranan
    Dokumen3 halaman
    Kepentingan Kejiranan
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Lalat
    Lalat
    Dokumen2 halaman
    Lalat
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • RPH 30 Mac 2017
    RPH 30 Mac 2017
    Dokumen1 halaman
    RPH 30 Mac 2017
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • India& Rentap
    India& Rentap
    Dokumen7 halaman
    India& Rentap
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Otak 2
    Otak 2
    Dokumen1 halaman
    Otak 2
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Bahagian 3 Add Maths
    Bahagian 3 Add Maths
    Dokumen5 halaman
    Bahagian 3 Add Maths
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Kepentingan Kejiranan
    Kepentingan Kejiranan
    Dokumen3 halaman
    Kepentingan Kejiranan
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Bab 8 Sains Tingkatan 4
    Bab 8 Sains Tingkatan 4
    Dokumen15 halaman
    Bab 8 Sains Tingkatan 4
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Sejarah 1
    Sejarah 1
    Dokumen4 halaman
    Sejarah 1
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Latihan 4
    Latihan 4
    Dokumen4 halaman
    Latihan 4
    Cik Fini
    Belum ada peringkat
  • Jata Negara
    Jata Negara
    Dokumen1 halaman
    Jata Negara
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Keluarga 1
    Keluarga 1
    Dokumen6 halaman
    Keluarga 1
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Karangan SPM - Faedah Kokurikulum
    Karangan SPM - Faedah Kokurikulum
    Dokumen3 halaman
    Karangan SPM - Faedah Kokurikulum
    Peter Sapit
    69% (16)
  • India& Rentap
    India& Rentap
    Dokumen7 halaman
    India& Rentap
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat
  • Tips Untuk Untuk Menghafal Sains SPM
    Tips Untuk Untuk Menghafal Sains SPM
    Dokumen8 halaman
    Tips Untuk Untuk Menghafal Sains SPM
    Kuok Hua
    Belum ada peringkat
  • Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum
    Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum
    Dokumen2 halaman
    Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    Belum ada peringkat