Anda di halaman 1dari 3

CYNTHIA TING XING ROU PISMP PSV SEM 7

1. Bincangkan sejauh mana perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kanak-kanak boleh meningkatkan kesejahteraan modal
insan negara kita.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat menolong murid-murid berkomunikasi secara berkesan serta
membina perhubungan yang baik dengan anggota masyarakat yang lain. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat
mengajar murid tentang cara untuk mengawal emosi sendiri. Dengan pengawalan emosi yang baik, murid akan
berkomunikasi dengan anggota masyarakat dengan bertolak ansur, dan bertoleransi.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat membangunkan sahsiah murid. Pembangunan sahsiah diri murid
untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri murid dari aspek antaranya sikap penyayang, budi bahasa, konsep
kendiri, kepemimpinan, komunikasi, kekemasan diri dan terakhir ketepatan masa. Dengan ini, murid tidak akan terbabitkan
diri dalam gejala sosial dan aktiviti yang negatif.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga dapat meningkatkan disiplin diri murid. Fokus ini adalah memupuk
disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala-gejala seperti
perlakuan ponteng sekolah, perlakuan berunsur jenayah, perlakuan berunsur kelucahan, perlakuan berunsur kurang sopan
dan perlakuan berunsur vandalisme.

Selain itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat membimbing pendidikan kerjaya murid. Perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling dapat menjalankan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan
peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru bimbingan dan kaunseling perlu melaksanakan program
Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat, sikap dan hala
tuju kerjaya. Selain itu, guru perlu menyediakan Profil Kerjaya setiap murid mulai sekolah rendah sehingga menengah dalam
pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka. Antara lain guru hendaklah menyediakan rekod murid selepas
tamat persekolahan sana terus ke kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi awam atau swasta.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga menfokus psikososial dan kesejahteraan mental
murid. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus
kesejahteraan diri dan mental. Guru bimbingan dan kaunseling boleh membimbing murid dalam proses sosialisasi dan
interaksi, membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi dan juga membantu murid mengembangkan pemikiran yang
positif.

Rujukan:

Fiazah Abd Ghani. (2007). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dicapai daripada http://eprints.utm.my

K.C.Lee, A.M.Ee. (2012). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Oxford Fajar Sdn Bhd. Shah Alam.

L.K. Choong. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya.
CYNTHIA TING XING ROU PISMP PSV SEM 7

2. Kod Etika Kaunselor menjadi landasan kepada semua kounselor dalam melaksanakan tugas mereka. Analisis
secara kritikal kesignifikan kod etika kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Kesignifikan kod etika kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ialah perlu
bertanggungjawab terhadap klien. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling haruslah mengutamakan
kepentingan klien iaitu murid dengan menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang
diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan yang akan membahayakan klien atau orang di persekitarannya.
Dengan ini, kaunsoler dapat mendapat kepercayaan daripada murid dan proses kaunseling dapat dijalankan
dengan lancar.

Selain itu, kesignifikan kod etika kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah kaunselor perlu
bertanggungjawab terhadap rakan profesional. Kaunselor haruslah saling berusaha untuk meningkatkan tahap
kecekapan profesionalisme. Semua kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedah dan
memperbetulkan perlakuan rakan profesional yang tidak beretika. Professional yang kurang beretika akan
menjadikan masalah yang dihadapi oleh murid lebih serius dan bahaya.

Bukan itu sahaja, tanggungjawab terhadap masyarakat juga merupakan salah satu signifikan kod etika
kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kaunselor haruslah menghormati dan memahami unsur sosio-
budaya masyarakat. Kaunselor tidak haruslah mengamalkan, atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras,
jantina, ideologi dan sebagainya pada seseorang murid. Kaunselor juga haruslah mematuhi undang-undang
negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut. Dengan ini, keselamatan murid
dapat dijamin dan juga dapat mengelakkan sesuatu yang bahaya kepada pihak kaunselor dan murid.

Kesignifikan kod etika kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah kejujuran. Guru bimbingan
dan kaunseling haruslah mengamalkan kod etika kejujuran keikhlasan terhadap murid. Guru bimbingan dan
kaunseling perlu mengelakkan sebarang penipuan atau eksploitasi terhadap klien di sekolah. Dengan ini, kotai
penjanjian atau komitmen harus dibuat supaya dapat mengelakkan kebocoran maklumat atau rahsia klien.

Bersifat keadilan juga merupakan salah satu kesignifikan kod etika kepada perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling. Guru bimbingan dan kaunseling haruslah membekalkan akses dan layanan yang sama dan adil
kepada semua murid. Guru bimbingan dan kaunseling tidak boleh pilih kasih dan berat sebelah terhadap murid.
Dengan kod etika keadilan guru bimbingan dan kaunseling, murid akan berani untuk berbincang masalah yang
dihadapi olehnya dan sanggup menerima pandangan guru bimbingan dan kaunseling.

Rujukan:
K.C.Lee, A.M.Ee. (2012). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Oxford Fajar Sdn Bhd. Shah Alam.

L.K. Choong. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya.
CYNTHIA TING XING ROU PISMP PSV SEM 7

3. Guru biasa boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk menguruskan emosi serta pembinaan sahsiah murid-
murid. Justifikasikan kenyataan di atas.

Guru biasa boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk menguruskan emosi serta pembinaan sahsiah
murud-murid kerana guru biasa boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling mengumpul maklumat mengenai kanak-
kanak. Terdapat 2 jenis teknik yang biasa untuk mengumpul maklumat murid iaitu teknik ujian dan teknik bukan ujian.

Teknik ujian merupakan ujian piawai yang dibentuk untuk mengukur ciri-ciri murid seperti kebolehan, pencapaian,
aptitude, minat, sikap, nilai dan personaliti. Ujian-ujian tersebut yang bersifat formal biasanya ditadbirkan secara individu
atau kelompok. Hasil penganalisisan skor murid dalam ujian-ujian digunakan sebagai rujukan dalam sesi bimbingan dan
kaunseling kelak.

Guru biasa boleh menjalankan ujian pencapaian untuk mengukur apa yang diketahui oleh murid berhubung dengan
satu-satu mata pelajaran. Bukan iu sahaja, ujian pencapaian bertujuan untuk mengukur aspek tahap pembelajaran, kadar
pembelajaran, kekuatan dan kelemahan terhadap pencapaian akademik dan ramalan mengenai mutu pembelajaran masa
depan.

Guru biasa juga boleh menjalankan ujian aptitude iaitu menunjukkan kebolehan seseorang untuk mencapai
kejayaan dalam satu-satu bidang tertentu. Seterusnya, inventori minat kerjaya juga dapat meneroka peluang pendidikan dan
kerjaya yang akan diceburi kelak. Guru biasa juga boleh menjalankan ujian sikap untuk menentukan bagaimana murid
menerima kejayaan atau kegagalan dalam kehidupan seharian. Ujian piawai amat penting dalam penyumbangan secara
signifikan kepada profil murid yang berkenaan dan akan memudahkan kerja guru bimbingan dan kaunseling.

Manakala, guru biasa juga boleh menjalankan teknik bukan ujian untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling
untuk menguruskan emosi serta pembinaan sahsiah murid-murid. Guru biasa boleh mendapat maklumat tentang murud
melalui teknik pemerhatian. Dengan menggunakan teknik pemerhatian, guru dapat memahami tingkah laku kanak-kanak,
menilai perkembangan kanak-kanak, dan menilai kemajuan pembelajaran kanak-kanak.

Selain pemerhatian, temubual boleh dijalankan oleh guru biasa dengan murid untuk mendapat maklumat. Terdapat
tiga jenis temubual iaitu temubual berstruktur, temubual tanpa struktur, dan temubual separa struktur. Semasa menjalankan
temu bua, guru biasa haruslah melengkapi diri dengan kemahiran menyoal, kemahiran berkomunikasi, dan sebagainya agar
dapat menggerakkan pemberia maklumat oleh murid yang berkenaan.

Guru biasa juga boleh merekodkan maklumat-maklumat tertentu bagi setiap murid dalam dokumen khas untuk
mebantu guru bimbingan dan kaunseling dalam menguruskan emosi serta pembinaan sahsiah murid-murid. Antara
dokumen-dokumen seperti kad laporan murid, buku kedatangan murid, dan kad kumulatif murid. Pada maklumat yang
tercatat pada dokumen-dokumen, guru bimbingan memperoleh satu profil umum merangkumi pelbagai aspek. Dengan profil
ini, guru bimbingan dan kaunseling dapat mengenali murid yang berkenaan secara ringkas pada peringkat awal sesi
intervensi.

Rujukan:
K.C.Lee, A.M.Ee. (2012). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Oxford Fajar Sdn Bhd. Shah Alam.

L.K. Choong. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya.

Anda mungkin juga menyukai