Anda di halaman 1dari 1

Komunikasi Pengetua-Guru : Satu analisis

Komunikasi bererti proses menyalurkan maklumat, mesej dan tanda-tanda tertentu


serta membawa bersama pengalaman, nilai-nilai dan makna tersendiri, lantaran itu mesej,
tanda dan simbol-simbol yang boleh diertikan.Sekolah sebagai institusi sosial amat
mementingkan komunikasi. Lantaran itu, kemahiran berkomunikasi sangat penting sebagai
seorang pengetua. Pengetua yang mempunyai komunikasi yang berkesan akan dapat
melibatkan guru-guru dalam membuat keputusan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti
sekolah.Peranan pengetua penting bagi menjayakan misi dan visi sekolah. Bentuk-bentuk
komunikasi yang diamalkan oleh pengetua harus menyeluruh dan tidak melibatkan
diskriminasi di kalangan guru-guru. Antara bentuk komunisakasi yang diamalkan oleh
pengetua ialah penerangan kerja, maklum balas, dan ekspresi positif dan penglibatan.
Pengetua yang sentiasa berkomunikasi dengan guru-guru akan berupaya membentuk budaya
kerja berpasukan yang baik dalam menjana sekolah untuk mencapai kecemerlangan.
Komunikasi Berkesan
Komunikasi yang berkesan mempunyai lima ciri iaitu kefahaman, keseronokan,
pengaruh ke atas sikap, perhubungan yang bertambah baik, dan wujudnya tindakan
susulan. Kita hendaklah mengamalkan etika berkomunikasi seperti jujur, tidak menuduh, nilai
bersama, gambaran tepat, bercakap benar, mematuhi etika, selaras, tidak mengganggu dan
bersikap positif agar orang lain menghormati dan menyokong kepimpinan kita. Komunikasi
yang bermutu ialah komunikasi yang kedua-dua belah pihak berasa puas dengan perjalanan
proses tersebut. Kepuasan berkomunikasi tercapai apabila tujuan bercakap tercapai, berjaya
menjelaskan fikiran dan perasaan serta keperluan psikologinya dipenuhi. Bagi membantu
orang lain memahami apa yang kita terangkan, jangan hanya bercakap dengan cara yang
mendatar serta tanpa emosi tetapi gunakan perubahan suara, gerak-geri badan, mata dan
air muka untuk membantu menjelaskan apa yang kita maksudkan.

Anda mungkin juga menyukai