Anda di halaman 1dari 1

SJK (T) NIBONG TEBAL,

JALAN OOI KAR SENG,

14300 NIBONG TEBAL,

PULAU PINANG.

PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG

NO 10 JALAN MASJID NEGERI,

11400 AIR ITAM,

PULAU PINANG. 17 MEI 2017

TUAN,

JEMPUTAN UNTUK MELAWATI SEKOLAH BAGI MEMBINA TAMAN HERBA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa SJK (T) Nibong Tebal ingin membuat satu taman herba.
Oleh itu, pihak sekolah ingin menjemput pihak tuan untuk melawati tapak yang kami sediakan untuk
membina taman herba dan memberi tunjuk ajar mengenai prosedur-prosedur untuk pembinaan
taman herba tersebut.

2. Sehubungan itu kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan
membenarkan seseorang dari pihak tuan untuk datang melawati dulu tapak sekolah kami.

3. Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..
Guru Besar,
SJK (T) NIBONG TEBAL.

Anda mungkin juga menyukai