Anda di halaman 1dari 28

1.

Pengenalan kepada kaedah penyelidikan dalam


pendidikan

1.1 Tujuan penyelidikan dalam pendidikan

Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai rasional yang tertentu
ke arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut
Weber (1993), penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang
dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan, rasional membuat
penyelidikan adalah berasaskan sebab-sebab berikut.

Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal


berlaku (prediction).

Penyelidikan dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan


fenomena yang dijangkakan, coontohnya, jangkaan terhadap pencapaian
pelajar dalam sesuatu peperiksaan.

Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau


program (Improvement)

Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk


memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk
memperbaiki kelemahan yang ada.

Memberi penjelasan (explanation)

Penyelidikan dapat menjelaskan fenomena yang dikaji.

Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena. (Description)

Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam


membantu untuk memahami fenomena yang dikaji.
Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak
tertentunya. Contohnya, Policy Makers.

Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving)

Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang


timbul

1.2 Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan


Penyelidikan sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu
mempunyai dua ciri utama, iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah
yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik.

(a) Langkah-langkah logikal

Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang


pengetahuan berkaitan.
Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain
telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu.
Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh
keputusan yang sah.
Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu.
Membuat kesimpulan dan generalisasi.

(b) Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat
mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif.

Keterangan Induktif : daripada kenyataan-kenyatan khusus kepada


kenyataan umum.Seseorang penyelidik membuat pemerhatian
terhadap peristiswa-peristiswa tetentu (fakta-fakta konkrit). Setelah
penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu.

Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataan-


kenyataan khusus Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan
menggunakan ABM/ABPP semasa dia mengajar

1.3 Pendekatan inkuiri dalam penyelidikan pendidikan


a. Pendekatan positivist

Proses penyelidikan dilakukan secara objektif


Menggunakan instrumen untuk mengukur pembolehubah
tertentu
Data dianalisis secara numerik dan juga secara statistik
Bersifat Kuantitatif
Untuk mendapatkan penjelasan
Membuat pembuktian atau mengesahkan
Untuk membuat generalisasi

b. Pendekatan interpretive
Proses penyelidikan yang dilakukan untuk membolehkan
penyelidik memahami fenomena yang dikaji melalui penelitian kepada subjek
yang yang ada dalam fenomena itu
Makna dan kefahaman diperolehi melalui pentafsiran secara
subjektif melalui pemerhatian, dokumen atau temubual

c. Pendekatan critical
Mengkaji nilai-nilai yang ada dalam sesuatu masyarakat bagi
menentukan perkara-perkara yang kurang sesuai diamalkan
Tugas penyelidik mengutarakan pandangan dan cadangan
untuk perubahan

1.4 Pendekatan penyelidikan di sekolah


1. Pendekatan kuantitatif

Penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan yang sistematik berdasarkan


nilai numerikal atau statistik. Tujuannya ialah untuk :
Menguji teori
Melihat hubungkait angkubah
Menerang fenomena dari segi sebab penyebab
Membuat ramalan
Membuat tinjauan

2. Pendekatan kualitatif

Satu usaha untuk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang
tersendiri. Bagaimana individu itu bertindak, berinteraksi, menjalani kehidupan
harian secara neutral, menunjukkan reaksi dalam menghadapi liku-liku
kehidupan yang ditempuhi, Input akhirnya ialah satu hasil kajian yang
memberi kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan sebenar
responden yang dikaji (Patton, 1985). Tujuannya ialah:
Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya
Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji
Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena
yang dipilih
Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam
Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina
berasaskan data kajian)

3. Perbezaan Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif dan


Penyelidikan Kualitatif
PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF
Istilah yang Eksperimental Etnografi (Kajian tentang
berkaitan dengan Hard data sosio budaya)
pendekatan Perspektif luaran Kerja lapangan
Empirikal Soft data
Positivist Symbolic Interaction
Fakta sosial Perspektif dalaman
Statistik Naturalistic
Etic Ethnomethodologi
Diskriptif
Pemerhatian turut serta
Phenomenological
Dokumentari
Riwayat hidup
Kajian kes
Ekologikal
Emic
Konsep utama Pemboleh ubah Makna
Mengoperasi Definisi Pemahaman sejagat
Kebolehpercayaan Definisi situasi
Hipotesis Kehidupan harian
Kesahan Pemahaman
Kesignifikanan statistik Proses
Replikasi Rundingan
ramalan bertujuan praktikal
pembinaan sosial
Grounded Theory
Gabungan teori Structural functionalisim Symbolic Interaction
Realism, Positivism Ethnomethodology
Behavioralisme Phenomenology
Logical Empiricm Budaya
Systems Theory Idealisme

Gabungan Psikologi Sosiologi


Akademik Ekonomi Sejarah
Sosiologi Anthropologi
Sains politik
Matlamat Menguji teori Membina konsep
Memperjelaskan fakta Memerihal realiti pelbagai
Perihalan statistik Grounded Theory
Hubungan antara Meningkatkan
pemboleh ubah pemahaman
Ramalan
Reka bentuk Berstruktur Terbuka kepada
Ditentukan lebih awal perubahan
Formal Fleksibel
Spesifik Umum
Prosedur kajian yang Membuat tekaan
terperinci terhadap cara
penyelidikan
Penulisan Panjang lebar Ringkas
cadangan Terperinci dan jelas Spekulatif
penyelidikan fokusnya Mencadangkan bidang
Prosedur spesifik dan penyelidikan yang
terperinci hendak dikaji
Tinjauan bahan kajian Ditulis selepas mendapat
yang mendalam sebahagian daripada
Ditulis sebelum data data
dipungut Tinjauan bahan kajian
Menyatakan hipotesis tidak mendalam
Pernyataan pendekatan
yang umum
Data Kuantitatif Diskriptif
Koding boleh dikira Dokumen peribadi
Kiraan dan ukuran Nota kerja lapangan
Pembolehubah yang Gambar
boleh didefinisikan Pendapat perseorangan
Statistik Dokumen rasmi
Bahan-bahan artifak
Persampelan Besar Kecil
Berstrata Tidak mewakili populasi
Kumpulan kawalan Persampelan teoritikal
Tepat Perposive (bertujuan)
Pemilihan secara rawak
Mengawal pengganggu
pembolehubah
Teknik / kaedah Eksperimen Permerhatian
Tinjauan Mengkaji pelbagai
Temubual berstruktur dokumen dan artifak
Kuasi eksperimental Pemerhatian turut serta
Pemerhatian berstruktur Temubual
Set data tidak berstruktur
Hubungan dengan Jangka pendek Empati
responden Hubungan tidak akrab Menekankan unsur
Mengekalkan status kepercayaan
sebagai penyelidik dan Kesamarataan
responden Hubungan mesra
Responden sebagai
rakan
Mengutamakan
keobjektifan
Alat Kajian Inventori Alat perakam suara
Soal selidik Transciber
Indeks Penyelidik bertindak
Komputer sebagai alat kajian
Skala
Ujian
Analisis data Deduktif Berterusan
Dilaksanakan selepas Model, tema dan konsep
pungutan data Induktif
Statistikal Analisis bersifat induktif
Constant Comparative
method
Permasalahan Mengawal pemboleh Mengambil masa
dalam ubah yang lain panjang
menggunakan Terlalu rigid Kesukaran menyaring
pendekatan Kesahan data
Kebolehpercayaan
Prosedur tidak rigid
Sukar mengkaji
responden yang besar
jumlahnya

1.5 Etika dalam penyelidikan pendidikan

a) Etika penyelidikan

Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/ code atau satu set


prinsip/nilai moral yang berperanan sebagai panduan dalam menjalankan
penyelidikan. Para penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi
etika semasa menjalankan penyelidikan.

a) Kod etika penyelidikan

Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh


penyelidik seperti berikut:
1. Mendapat Kebenaran (informed consent)

Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks.


Informed Consent merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden
setelah memahami beberapa perkara berikut:

o Matlamat dan tujuan kajian


o Apa yang dikendaki oleh responden
o Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam
penyelidikan.
o Sekiranya fokus atau sampling berubah, perundingan semula perlu dibuat
o Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk
memberi kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak,
cadangan kajian mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk melindungi
hak responden.

2. Penglibatan (Participation)

o Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan


masalah yang mungkin timbul dalam kajian.
o Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam
penyelidikan tersebut.
o Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa-
apa kesan negatif
o Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik
dengan mengikut prosedur tertentu.

3. Kerahsiaan (Confidentiality)

o Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsian


maklumat dijamin berkesan.
o Perlindungan hak responden diutamakan.
o Prosedur tidak telalu rigit yang mengongkong respondent.
o Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan
dalam komuniti penyelidikan

4. Anomiti

o Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti


respondent.

5. Rundingan (Negotiation)

o Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:


Mendapat kebenaran dari institusi
Mendapat kebenaran untuk access data
Penggunaan data
Penulisan laporan
Melindungi peserta daripada masalah yang timbul

o Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik?

Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk


menjalankan kajian.
Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru
besar/pengetua sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah.
Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur
yang akan diiukti untuk clearing data field berkait dengan peserta
seperti transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan
data ini dalam laporan akhir atau teks umum.
Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian.
Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan
dan/atau draf laporan atau transkrip temubual.
Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi.
Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta.
Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian
dijalankan.
Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.
2. 1 JENIS-JENIS PENYELIDIKAN

a) Penyelidikan asas

Penyelidikan yang dijalankan untuk menerbitkan dapatan baru, ilmu baru


atau teori baru. Penyelidikan asas:
Menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk
pengetahuan.
Lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidang
pendidikan secara lebih mendalam.
Memperoleh data empirikal yang boleh digunakan untuk
mengembangkan dan menilai teori.
Kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalah
praktis

b) Penyelidikan gunaan

Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau


untuk menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena
pendidikan.
Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori,
mengubah suai, atau mengembangkan sesuatu teori baru.

c) Penyelidikan tindakan

Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh guru
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran (Carl Glickman, 1992)
d) Penyelidikan penilaian

Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan untuk menilai


sesuatu program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan, keberkesanan
dan impak sesuatu program yang telah dijalankan.

2.2 PENGENALAN KEPADA PELBAGAI JENIS REKA BENTUK PENYELIDIKAN


PENDIDIKAN

PENYELIDIKAN KUANTITATIF
a) Kajian eksperimental

Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua


kumpulan. Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah pertama. Kumpulan
yang kedua diberi rawatan dengan kaedah kedua. Di akhir kajian min prestasi
kedua-dua kumpulan dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan kedua-
dua rawatan yang telah diberikan. Andaian dibuat bahawa kumpulan-
kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek
sebelum rawatan. . Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara
mengawal pembolehubah-pembolehubah kawalan

b) Kuasi-eksperimental

Peserta-peserta tidak dibahagikan secara rawak. Kedua-dua kumpulan


diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia ada. Sebelum kajian
dijalankan kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra. Selepas itu kumpulan
pertama menjalani rawatan dengan kaedah pertama , sementara kumpulan
yang satu lagi diberi rawatan dengan kaedah kedua. Selepas tamat kajian
kedua-dua kumpulan mengambil ujian pasca. Prestasi kedua-dua kumpulan
sebelum dan selepas kajian dibandingkan untuk menentukan perbezaan
keberkesanan rawatan-rawatan yang telah diberi.

c) Kajian tinjauan
Kajian tinjauan melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan
maklumat statistik untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi,
pemikiran atau tingkahlaku mereka.
Statistik deskriptif: min, mod, median, peratus, kekerapan

d) Kajian korelasi

Menentukan perhubungan di antara dua pembolehubah yang dapat


diberikan nilai numerikal

PENYELIDIKAN KUALITATIF

a) Kajian etnografi

Satu kajian yang melibatkan sekumpulan manusia untuk mengkaji sosio


budaya mereka.

b) Kajian kes

Menurut Merriem (1998), kajian kes digunakan untuk memahami mendalam


tentang subjek yang dikaji, memokus tentang proses berbanding output,
mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau
dapatan. Melibatkan seorang individu, sekumpulan manusia, satu
masyarakat, satu bilik darjah.

c) Kajian sejarah

Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari


peristiwa lepas yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-
perkara pada masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka masa
akan datang.

d) Kajian naratif

Satu jenis kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana
manusia membina makna dalam kehidupan mereka. Ia memberi tumpuan
kepada makna yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-
peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka.

3. PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

3.1 Menyatakan masalah kajian


Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau
persoalan pokok yang kita akan kaji.

3.2 Menetapkan objektif kajian

Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin


diselidiki dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Ia juga
menggambarkan pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan.

3.3 Membentuk soalan kajian

Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Soalan kajian mestilah jelas,
tepat dan berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi halatuju
yang jelas kepada proses penyelidikan dan meudahkannya menulis laporan
penyelidikan

3.4 Menghasilkan hipotesis kajian

Bagi kajian kuantitatif hipotesis digunakan untuk menentukan samada sesuatu


yang dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dsbnya. (Kajian
Experimental, kuasi-experimental, korelasi)

3.5 Melakukan tinjauan literatur

Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui


senario, perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang
akan dijalankan. Ia membantu penyelidik menyatakan masalah kajian,
objektif dan persoalan kajian. Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan
isu yang dikaji dan dapatan-dapatan kajian yang lepas boleh membantu
penyelidik membincangkan dapatan kajiannya.

3.6 Merancang kaedah kajian

Menentukan instrumen, prosedur pelaksanaan kajian

3.7 Mereka bentuk kajian

Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekan


kuantatitaif yang akan digunakan. Apakah jenis penyelidikan yang akan
digunakan. Penyelidik juga perlu menentukan apakah teknik pengumpulan
data.
3.8 Menentukan prosedur persampelan

Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan. Sampel yang


betul perlu dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh
menggambarkan ciri populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau
sesuatu fenomena yang dikaji

3.9 Membina instrumen kajian

Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran


atau membuat pengumpulan data. Instrumen yang sedia ada boleh
digunakan. Jika instrumen belum ada penyelidik perlu membina instrumen
yang diperlukan

3.10 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya. Terdapat


beberapa kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan kandungan, kesahan
konstruk dan kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan instrumen juga
perlu ditentukan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsistensi)
alat pengukuran

3.11 Menentukan prosedur pengumpulan data

Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang
dikumpul adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan
benar persoalan, isu, fenomena atau kes yang dikaji.

3.12 Mengumpul data

Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu
dikutip. Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber.
Terdapat berbagai strategi dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul
data-data atau maklumat dalam penyelidikan. Apa yang penting ialah
strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti, keobjektifan,
kebolehanpercayaan, keesahan dan kebolehan untuk generalisasi.

3.13 Menganalisis data

Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu
dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan
persoalan kajian atau hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan
dibuktikan kebenarannya. Analisis secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat
dijalankan untuk menentukan sama ada objektif kajian dicapai atau tidak.
3.14 Membincang hasil kajian

Dapatan kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan


teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan
menghasilkan rumusan, penambahbaikan,cadangan dan Implikasi
penyelidikan.

3.15 Melaporkan kajian

Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis
laporan tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya.
Dalam laporan penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang
latarbelakang kajian, objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian,
terangkan rekabentuk kajian, cara data di analisis, penerangan tentang
dapatan kajian dan juga cadangan-cadangan yang perlu bagi menjawab
masalah yang telah dikenal pasti.

4 PENYELIDIKAN TINDAKAN

a. Definisi dan konsep

Kajian yang dilakukan secara terus untuk menyelesaikan sesuatu


masalah sosial (Lewin,1946)
Satu pendekatan penyelidikan untuk mempertingkatkan kualiti
P&P(Elliot, 1981)
Kajian yang sistematik ke arah usaha-usaha untuk meningkatkan
amalan pendidikan oleh golongan yang terlibat dalam pendidikan
(Ebbutt, 1995)

b. Ciri-ciri penyelidikan tindakan

Matlamatnya perubahan yang positif akan berlaku pada akhir


penyelidikan
Kajian yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah sosial, masyarakat,
pendidikan
Kajian untuk memperbaiki keadaan semasa
Berkaitan dengan tugasan harian
Kajian tindakan ialah suatu proses reflektif inkuiri refleksi kendiri
Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian
Kajian tindakan ditentukan oleh pengamal sendiri(practitioners)
Kajian tindakan dilaksanakan secara sistematik
Ada tindakan praktikal & intervensi (treatment)
Data lebih cenderung berbentuk gabungan antara kuantitatif dan
kualitatif
Satu proses yang berulang atau berterusan (cyclical basis)
Lebih berfokus kepada proses berbanding output
Tidak digunakan untuk menguji hipotesis

c. Kepentingan penyelidikan tindakan

Untuk menambahbaik pengajaran &pembelajaran


Meningkatkan kualiti diri sebagai pendidik
Memperbaiki keadaan tempat kerja
Meningkatkan kepuasan bekerja
Peluang untuk membuat perubahan ke arah peningkatan
profesionalisme (hasil pengupayaan)
Pembangunan profesionalisme

5.0 KAJIAN TINDAKAN

a. Jenis kajian tindakan

(i) Kajian tindakan kritikal

Kajian tindakan yang dijalankan untuk mengubah nilai atau amalan dalam
sesuatu masyarakat atau diri sendiri.

(ii) Kajian tindakan praktikal

Kajian tindakan yang dilakukan secara langsung oleh untuk membaiki amalan
praktikal seperti menambahbaik amalan sendiri dalam pelaksanaan kerja,
menambahbaik amalan murid, menyelesaikan masalah, meningkatkan kualiti
P&P dan sebagainya.

b. Isu pendidikan berkaitan kajian tindakan

i. Bagaimana kajian tindakan dapat meningkatkan kualiti pengajaran


dan pembelajaran?
ii. Meningkatkan kefahaman dan penglibatan gutugutu dalam
penyelidikan tindakan

c. Proses kajian tindakan:

i. Mengenal pasti masalah berkaitan amalan


ii. Merancang tindakan
iii. Melaksana tindakan
iv. Mengumpul data dan menganalisis
v. Membuat refleksi terhadap tindakan
vi. Mengambil tindakan susulan
vii. Merancang kitaran kedua

Proses kajian tindakan:

i. Mengenal pasti masalah berkaitan amalan

Masalah yang dipilih daripada pengalaman dalam proses pengajaran dan


pembelajaran. Masalah yang dipilih dalam kawalan penyelidik dan boleh
diselesaikan oleh penyelidik. Masalah boleh diselesaikan dalam jangkamasa
yang ditetapkan.

ii. Merancang tindakan

Memilih apakah tindakan yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.


Menyediakan jadual pelaksanaan penyelidikan, instrumen pengumpulan
data, kaedah analisis data serta menyediakan peralatan yang diperlukan.
Menyediakan carta Gantt pelaksanaan proses penyelidikan.

iii. Melaksana tindakan

Menjalankan penyelidikan seperti yang yang telah ditetapkan. Penyelidik


sendiri yang menjalankan penyelidikan kerana penyelidik adalah juga
instrumen kajian. Bantuan juga boleh diperolehi daripada rakan sejawat
sebagai contoh membuat rakaman video proses pengajaran dan
pembelajaran, atau membuat pemerhatian menggunakan senarai semak.
Namun urusan temubual, mengumpul maklumat seperti dokumen sokongan
lain dibuat sendiri oleh penyelidik

iv. Mengumpul data dan menganalisis

Dalam kajian tindakan mengumpul data dan menganalisis berjalan serentak.


Data atau maklumat yang dikumpul dianalisis berterusan untuk melihat
kemajuan yang dicapai oleh subjek. Di samping itu analisis berterusan
membolehkan penyelidik menentukan kesesuaian tindakan untuk
membolehkan modifikasi tindakan dibuat atau memlaksanakan tindakan
baru yang difikirkan sesuai.
v. Membuat refleksi terhadap tindakan

Refleksi di peringkat akhir sesuatu kitaran membolehkan penyelidik menilai


kesan tindakan atau rawatan yang telah dijalankan. Penyelidik boleh
membuat tafsiran kejayaan atas rawatan yang diberikan. Dia boleh
meneruskan rawatan ke dalam kitaran yang seterusnya sekiranya rawatan
kurang berkesan dengan membuat pengubahsuaian rawatan atau
mengenalkan rawatan yang baru. Dia juga boleh menamatkan kajiannya
sekiaranya dia berpuas hati dengan pencapaian murid-muridnya.

Refleksi bukan sahaja boleh dilakukan di peringkat akhir kitaran, refleksi boleh
dilakukan juga pada mana-mana peringkat dalam satu kitaran. Refleksi
seperti ini membolehkan penyelidik mempelajari perkara-perkara yang baru
atau terus membuat penambahbaikan tanpa perlu menunggu pada kitaran
yang seterusnya.

vi. Mengambil tindakan susulan

Tindakan susulan dibuat selepas tamat sesuatu kajian tindakan. Ia


membolehkan penyelidik memperbaiki amalannya dan mengambil langkah
perlu dalam meningkatkan kualiti P&Pnya

vii. Merancang kitaran kedua

Memikirkan langkah-langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan


dalam kitaran kedua atau kitaran seterusnya

6. Cadangan kajian tindakan


Fokus kajian / masalah kajian
Soalan kajian
Sumber literatur
Reka bentuk kajian
Subjek kajian
Pelan tindakan
Strategi pengumpulan data
Analisis data
Jadual kerja
Perbelanjaan
Sumber rujukan

Cadangan kajian tindakan

i. Fokus kajian / masalah kajian


Menetukan isu/masalah yang ingin dikaji berdasarkan refleksi pengalaman
pengajaran dan pembelajaran yang lepas, atau masalah yang sedang
dihadapi. Isu atau masalah itu samada masalah guru, masalah murid,
menambahbaik amalan guru atau amalan murid. Isu yang ingin dikaji itu
haruslah dalam kawalan guru dan mampu diselesaikan oleh guru sendiri.

ii. Soalan kajian


Menentukan soalan kajian yang jelas dan berfokus. Kedua-dua ciri ini
membantu penyelidik merancang tindakan yang sesuai, merekabentuk
kajiannya, mencari literatur yang sesuai dan memilih subjek kajian.

iii. Sumber literatur


Sumber literatur haruslah membolehkan penyelidik menulis latarbelakang
kajian, merekabentuk kajiannya dan membincangkan dapatan kajiannya.
Sumber literatur boleh diambil daripada jurnal, buku, prosiding seminar, thesis,
laporan dan sebagainya.

iv. Reka bentuk kajian


Penyelidik harus menentukan pendekatan yang akan digunakan samada
pendekatan kualitatif, pendekatan kualitatif atau kombinasi kedua-dua
pendekatan. Seterusnya tentukan jenis data yang diperlukan dan teknik
pengumpulan data yang akan digunakan.

v. Subjek kajian
Subjek kajian boleh melibatkan satu bilikdarjah, sekumpulan murid atau
seorang murid atau guru sendiri sebagai subjek. Subjek yang dipilih adalah
berdasarkan kaedah persampelan bertujuan (purposeful sampling) yang
mempunyai ciri yang menepati objektif kajian.

vi. Pelan tindakan


Perancangan yang teliti membantu penyelidik melaksanakan kajiannya
secara sistematik dan dapat menyiapkan kajian dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Aktiviti yang akan dijalankan, pihak yang terlibat, keperluan
peralatan dan prosedur pelaksanaan kajian disenaraikan dan dinyatakan
dengan jelas

vii. Strategi pengumpulan data


Strategi pengumpulan data melibatkan penentuan jenis data, instrumen yang
digunakan dan teknik pengumpulan data dinyatakan dengan jelas

viii. Analisis data


Kaedah analisis data dinyatakan dengan jelas. Nyatakan samada
menggunakan markah mentah, gred, statistik deskriptif (data kuantitatif) atau
menggunakan analisis kandungan (data kualitatif)

ix. Jadual kerja


Menyediakan carta Gantt pelaksanaan kajian mengandungi aktiviti yang
akan dijalankan dan jangkaan tarikhnya

x. Perbelanjaan
Senaraikan perincian keperluan bagi menjalankan kajian beserta kos yang
diperlukan

xi. Sumber rujukan


Sumber literatur boleh diambil daripada jurnal, buku, prosiding seminar, thesis,
laporan dan sebagainya. Penulisan rujukan haruslah menggunakan format
APA

7. Kajian Tindakan: Kaedah pengumpulan data kajian


tindakan

i. Temu bual: Temu bual berstruktur, semi-struktur, tidak berstruktur

Berstruktur - mempunyai jadual khusus, soalan disediakan dalam


urutan; digunakan dengan meluas dalam tinjauan dan kajian
pasaran. Bertujuan untuk mendapatkan maklumat asas atau untuk
membuat pengesahan

Separa-berstruktur - soalan spesifik disediakan dan ditanyakan tetapi


pencungkilan dilakukan dengan bebas ke atas jawapan yang
diberikan; sesuai untuk individu dan kumpulan

Tidak berstruktur penyelidik boleh meneroka dan melakukan


pencungkilan dengan bebas; perlu ada kerangka atau senarai tema
atau topik yang dikehendaki; sesuai untuk individu atau kumpulan
(kumpulan fokus); penyelidik perlu mahir

Kumpulan fokus

Apakah temu bual kumpulan fokus?


Temu bual diinisiasi oleh penyelidik; selalu digunakan untuk kajian pasaran
dan parti politik
Terletak antara temu bual individu dengan pemerhatian kumpulan secara
naturalistik
Selalunya berfokuskan tema tertentu atau suatu set isu khusus
Perbincangan dikawal moderator
Data diperoleh daripada interaksi antara ahli kumpulan, bukan antara
penyelidik dan ahli kumpulan
ii. Pemerhatian: Pemerhati penuh, peserta sebagai pemerhati,
pemerhatian penuh
Pemerhati penuh Seorang penyelidik merupakan salah seorang peserta
yang dikaji. Peranannya sebagai penyelidik tidak diketahui oleh peserta.
Segala tingkahlaku peserta diperhatikan oleh penyelidik untuk membuat
kajian mengenai isu yang dikaji. Penyelidik boleh membuat catatan apa yang
telah diperhatikannya di masa lain apabila tidak bersama-sama dengan
peserta.

Peserta sebagai pemerhati Dalam situasi ini fungsi penyelidik diketahui oleh
peserta. Penyelidik turut serta menjalani aktiviti bersama-sama peserta yang
dikajinya. Dalam masa yang sama penyelidik membuat catatan apa yang
diperhatikannya.

Pemerhatian penuh Penyelidik tidak langsung mempunyai interaksi dengan


peserta. Dia hanya membuat pemerhatian penuh dan membuat catatan
tingkahlaku peserta

iii. Data berbentuk dokumentasi

Berbagai maklumat seperti minit mesyuarat, laporan, , prosiding seminar,


thesis, laporan kertas projek penulisan ilmiah, majalah, surat khabar dan
sebagainya boleh digunakan sebagai maklumat penyelidikan.

iv. Triangulasi data kajian

Triangulasi, iaitu membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai


kaedah, pada masa berbeza dan, daripada sumber yang berlainan.
Triangulasi data dapat meningkatkan kesahan dan keboleh percayaan
penyelidikan tindakan.

8. Kajian Tindkan: Kaedah pengumpulan data kajian


tindakan

I. Senarai semak pemerhatian

Senarai semak mengandungi senarai item-item atau aktiviti-aktiviti yang telah


ditentukan untuk diperhatikan dalam sesuatu pemerhatian. Menggunakan
senarai semak, seseorang pemerhati boleh memberi tumpuan kepada aktiviti
yang difokuskan dan membantunya menetukan kekerapan sesuatu aktiviti
berlaku.

II. Rakaman video dan kaset


Rakaman video boleh digunakan untuk merakamkan sesuatu fenomena atau
peristiwa yang dikaji. Sebagai contoh seorang penyelidik membuat rakaman
satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Rakaman tersebut kemudiannya
dianalisis untuk membolehkan penyelidik membuat analisis isu yang dikajinya.
Rakaman video membolehkan seseorang penyelidik merakam semua
peristiwa yang berlaku dan tiada maklumat yang terlepas berbanding melalui
bentuk pemerhatian yang lain.

III. Log
Catatan log seperti buku log juga boleh digunakan sebagai maklumat.
Perkara yang dicatatkan dalam buku log boleh digunakan sebagai bukti
penglibatan atau aktiviti yang dilakukan oleh seseoran

IV. Nota lapangan


Nota lapangan merupakan penulisan yang dibuat oleh penyelidik
berdasarkan apa yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan
pemikiran yang timbul semasa mengumpul dan membuat refleksi terhadap
data. Mengandung deskripsi dan dialog yang releven tentang latar konteks
dan peserta yang dikaji. Sebagai bukti yang membantu proses membuat
analisis kajian

V. Fotograf
Gambarfoto boleh digunakan sebagai sumber maklumat.Sesuatu peristiwa
atau fenomena yang dirakam melalui gambarfoto boleh digunakan untuk
menganalisis aktiviti yang dilakukan, memberi gambaran peristiwa yang
berlaku, siapa yang terlibat atau menjadi bukti penglibatan seseorang.

VI. Portfolio
Portfolio mengandungi maklumat peribadi, bidang tugas, penglibatan dan
hasil kerja seseorang. Portfolio sering digunakan sebagai salah satu sumber
maklumat dalam menilai kualiti diri dan kompetensi diri seseorang dan kualiti
kerja yang dihasilkannya

VII. Borang catatan temu bual


Borang catatan temubual digunakan sebagai ganti temubual yang tidak
direkodkan. Catatan temubual mengandungi perkara-perkara penting yang
ditekodkan semasa temubual dijalankan

VIII. Slid
Slid boleh digunakan untuk menggambarkan turutan sesuatu proses atau
sesuatu peristiwa.
IX. Laporan jurnal
Laporan yang ditulis tentang sesuatu pengalaman atau peristiwa yang dilalui
oleh seseorang untuk melakukan refleksi supaya seseorang mendapat
pembelajaran daripada pengalaman yang dilalui.

X. Diari
Catatan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang
ditulis setiap hari. Diari boleh digunakan sebagai data aktiviti atau peristiwa
yang berlaku pada seseorang individu.

9. Pertimbangan semasa mengumpul data kajian tindakan

9.1 Kesahan dan kebolehpercayaan data


9.1.1 Keesahan:

Keesahan bermaksud kebenaran yang dapat menggambarkan fenomena


sosial sebenar seperti yang dimaksudkan (Hammerslay 1990:57)

Kesahan kajian tindakan dapat ditingkatkan melalui:

(a) Kritikan luaran (keaslian data)

Pendapar pakar diperlukan untuk memberi pandangan kepada dapatan.


Pengesahan dan pandangan yang diberikan oleh pakar akan meningkatkan
kesahan dapatan..

(b) Kritikan dalaman (ketepatan data)


Dapatan atau hasil kajian dientangkan kepada rakan sejawat atau orang
yang pernah menjalankan kajian yang sama. Pandangan atau pengesahan
yang diberikan akan meningkatkan kesahan dapatan.

(c) Triangulasi data

Membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah, pada masa


berbeza dan, daripada sumber yang berlainan

9.1.2 Kebolehpercayaan:

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan data yang disepakati oleh


beberapa penyelidik yang sama atau penyelidik lain, sama ada dalam situasi
yang sama atau yang berbeza (Hammerslay 1992a:67)
Kebolehpercayaan data kajian tindakan dapat ditingkatkan antaranya
melalui:

Penulisan nota lapangan yang sistematik


Ujian rintis temu bual
Pembentangan hasil laporan untuk interpretasi semula
Penglibatan yang lama dengan tempat kajian
Pemerhatian yang berterusan dalam satu tempoh masa tertentu
9.2 Etika kajian tindakan

Dalam etika penyelidikan tindakan berbeberapa elemen perlu diberi


perhatian oleh penyelidik seperti berikut:

a. Mendapat Kebenaran (informed consent)

b. Penglibatan (Participation)

c. Kerahsiaan (Confidentiality)

d. Anomiti (keselamatan)

- Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti


respondent.

V. Rundingan (Negotiation). Rundingan melibatkan perkara-


perkara berikut:

Mendapat kebenaran dari institusi


Mendapat kebenaran untuk access data
Penggunaan data
Penulisan laporan
Melindungi peserta daripada masalah yang timbul

9.3 Keupayaan data kajian digeneralisasi

Dapatan kajian tindakan tidak boleh dibuat generalisasi. Ini adalah kerana
sesuat kajian tindakan adalah unik untuk sesutu kelompok manusia, seseorang
individu atau sebuah bilik darjah. Walaubagaimana pun untuk membuat
generalisasi perkara-perkara berikut harus dilakukan:

Kajian diulang semula d tempat lain. Di samping itu, data yang


dikumpul mestilah tepat dan penerangan yang dibuat adalah terperinci. Jika
dapatan adalah tekal maka generalisasi boleh dibuat

Analisis data kajian tindakan

10. Data kualitatif

Data kualitatif dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan.


Analisis kandungan melibatkan proses mengkod data, mengkategori data,
menyusun data dalam grid analisis dan mengenalpasti tema/pola dan
makna.

Analisis kandungan melibatkan tiga peringkat utama, iaitu aksial


coding, selective coding danpembentukaaan tema. Pada peringkat aksial
coding maklumat yang mewakili ciri tertentu dikodkan kepada kod-kod
tertentu. Kod-kod kemudiannya dikelompokkan ke dalam kategori-kategori
tertentu. Kategori-kategori kemudiannya dikelompokkan ke dalam tema-
tema tertentu

11. Data kuantitatif

Data kajian tindakan dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi,


peratusan, min, mod, median dan sisihan piawai.

Latihan

(i) Carikan min bagi set markah berikut

43, 34, 86, 71, 76 dan 94

43 + 34 + 86 + 71 + 76 + 94
Min = ------------------------------------ = 67.3
6

(ii) Carikan mod bagi set markah berikut

34, 43, 92, 76, 88, 76, 86, 94

Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan tertinggi iaitu 76

(iii) Carikan median bagi set data berikut:

Median ialah penengah taburan markah

(a) 3.1, 2.7, 4.7, 2.9, 3.4, 4.1, 3.7, 4.3, 4.7
2.7, 2.9, 3.1, 3.4, 3.7, 4.1, 4.3, 4.7, 4.7

Median ialah 3.7

(b) 3.1, 2.7, 4.7, 2.9, 3.4, 4.1, 3.7, 4.3, 4.7, 4.8
2.7, 2.9, 3.1, 3.4, 3.7, 4.1, 4.3, 4.7, 4.7, 4.8

3.7 + 4.1
Median = ------------ = 3.9
2

(iv) Carikan sisihan piawai bagi set markah berikut


44, 50, 38, 96, 42, 47, 40, 39, 46, 50
44 + 50 + 38 + 96 + 42 + 47 + 40 + 39 + 46 + 50
Min = x ---------------------------------------------------------------- = 49.2
10

x xx (x x)
44 44-49.2 = -5.2 27.04
50 50-49.2 = 0.8 0.64
38 38-49.2 = -11.2 125.44
96 96-49.2 = 46.8 2190.24
42 42-49.2 = -7.2 51.84
47 47-49.2 = -.2.2 4.84
40 40-49.2 =-9.2 17.64
39 39-49.2 = -10.2 104.04
46 46-49.2 =-3.2 0.64
50 50-49.2 =0.8 27.04
2522.36

SP = ( x x)2
n-1

SP = 2522.36
10-1

SP = 2522.36
9

= 16.74
12. Menghuraikan data kajian tindakan

Mengintegrasikan data dengan pengalaman personal


Menghubungkaitkan data dengan literature
Merumus dan membincang hasil kajian

Ketika membahaskan dapatan kajian seseorang penyelidik haruslah


mengaitkan dapatan kajian dengan pengalamannya. Dia perlu membuat
perbandingan dapatan dengan amalannya untuk membuat
penambahbaikan kepada amalannya, amalan muridnya untuk
meningkatkan lagi keberkesanan P&P. Seseorang penyelidik juga perlu
membandingkan dengan teori dan dapatan kajian-kajian lepas untuk
menyemak samada dapatan kajian selari dengan teori dan kajian lepas atau
bertentangan untuk membolehkannya membuat perbincangan dan
merumuskan dapatan kajiannya. Seseorang penyelidik harus mampu
menyatakan implikasi kajiannya kepada dunia pedidikan dan boleh memberi
cadangan untuk kajian yang seterusnya dan mencadangkan
penambahbaikan kepada pendidik lain.

13. Format Penulisan Laporan Kajian Tindakan


Latar belakang kajian
Fokus kajian / mengenal pasti masalah kajian
Sumber literatur
Pelan tindakan
Strategi pengumpulan data
Analisis data
Refleksi
Langkah seterusnya
Sumber rujukan

I. Latar belakang kajian


Memberi penerangan tentang scenario, isu-isu dan perkembangan yang
berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan. Di bahagian ini juga
penyelidik perlu menyatakan justifikasi dan rasional mengapa kajian perlu
dijalankan. Di samping itu penyelidik juga harus menerangkan kepentingan
kajian yang akan dijalankan.

II. Fokus kajian / mengenal pasti masalah kajian


Memberi penerangan tentang isu atau masalah yang dikaji, bagaimana isu
itu ditemui. Dalam bahagian ini penyelidik juga perlu menerangkan dengan
jelas masalah yang dikaji, menganalisis masalah dengan mendalam sehingga
boleh mencadangkan tindakan yang paling sesuai untuk menangani
masalah tersebut. Salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan tindakan
yang diambil ialah apabila penyelidik dapat mentafsir masalah dengan
tepat, mengenali punca dan mengaitkannya dengan pengalaman yang
lepas. Kesemua perkara ini haruslah dilaporkan dalam bahagian ini.

III. Sumber literatur


Dalam bahagian ini penyelidik harus menulis dan merumuskan bahan-bahan
literatur yang berkaitan dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas.
Bahan-bahan sumber literatur harus ditulis semula dalam ayat sendiri dalam
subtopik yang selari dengan objektif kajian. Melalui pendekatan ini penyelidik
akan dapat menulis sumber literatur dengan baik dan releven dengan
dapatan kajian yang akan dibahaskan.

IV. Pelan tindakan


Dalam bahagian ini penyelidik haruslah membincangkan dengan terperinci
langkah-langkah yang dirancang ketika melaksanakan tindakan. Antara
pekara yang perlu diterangkan ialah perincian tindakan yang diambil,
prosedur menjalankan tindakan, data yang perlu dikumpul dan instrumen
yang digunakan dalam pengumpulan data.

V. Strategi pengumpulan data


Dalam bahagian ini penyelidik haruslah menerangkan dengan jelas kaedah,
teknik dan strategi yang telah digunakan dalam pengumpulan data.

VI. Analisis data


Dalam bahagian ini penyelidik harus memaparkan data yang dikumpul
dalam dalam bentuk jadual, carta, graf dan sebaginya. Penyelidik perlu
menerangkan jenis analisis data yang telah digunakan samada penggunaan
statistic deskriptif atau pendekatan analisis kandungan. Seterusnya keputusan
analisis data diterangkan dengan jelas dan dirumuskan. Kesimpulan dibuat
terhadap objektif penyelidikan samada ianya tercapai atau tidak.

VII. Refleksi
Dalam bahagian ini penyelidik membuat refleksi kepada keputusan
penyelidikannya dan apa yang dipelajari daripada pengalaman
menjalankan penyelidikan. Di bahagian ini penyelidik harus mengaitkan
dapatan kajian dengan tindakan yang telah diambil dalam aspek kekuatan
dan kelemahan tindakan. Di samping itu penyelidik juga harus
membincangkan usaha-usaha penambahbaikan terhadap amalannya
dalam pengajaran dan pembelajaran.

VIII. Langkah seterusnya


Dalam bahagian ini penyelidik perlu menerangkan apakah usaha yang akan
dilakukan seterusnya berdasarkan dapatan kajiannya. Apakah tindakan akan
diteruskan dalam kitaran seterusnya dengan penambahbaikan atau dia perlu
mengenalkan tindakan baru atau menamatkan tindakan sekiranya masalah
telah dapat diatasi. Seterusnya penyelidik perlu menerangkan implikasi
dapatan kajiannya dan memberi cadangan penyelidikan yang seterusnya
yang perlu dijalankan.

IX. Sumber rujukan


Dalam bahagian ini penyelidik menyenaraikan senarai rujukan yang telah
digunakan dalam penyelidikannya. Format rujukan APA digunakan sebagai
tatacara penulisan rujukan yang standard.

14. Format Penulisan artikel/makalah kajian tindakan

I. Abstrak
Abstrak ialah intipati yang menyatakan dengan ringkas keseluruhan kajian. Ia
meliputi tujuan kajian dijalankan, subjek yang terlibat, tindakan yang diambil,
instrumen yang digunakan, pelilihan subjek, analisis data yang digunakan,
dapatan penyelidikan, implikasi kajian dan cadangan untuk penyelidikan
yang seterusnya. Abstrak mestilah ditulis dengan ringkas dan padat. Abstrak
harus ditulis dalam satu perenggan sahaja. Abstrak yang baik dapat memberi
maklumat kepada pembaca untuk memahami kajian yang telah dijalankan,
proses-proses penyelidikan dan dapatan kajian serta implikasi kajian.

II. Konteks
Dalam bahagian ini penulis menerangkan konteks bagi penyelidikannya. Dia
harus menerangkan latarbelakang sekolah dan latarbelakang subjek.
Penerangan yang jelas kepada aspek-aspek tersebut akan memberi
kefahaman kepada pembaca tentang persekitaran kehidupan subjek.
Melalui cara ini pembaca akan dapat lebih menghayati pelaporan kajian
tindakan yang dilaporkan dalam bentuk penulisan ilmiah yang dibacanya.

III. Fokus kajian


IV. Pelan tindakan
V. Pelaksanaan pelan tindakan
VI. Strategi pengumpulan data
VII. Analisis dan penemuan
VIII. Refleksi dan implikasi
IX. Tindakan susulan

15. Penyebaran hasil kajian tindakan


Seminar
Penerbitan
Rangkaian kajian tindakan (on-line networks)

Anda mungkin juga menyukai