Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

AutoCAD adalah satu perisian yang digunakan untuk tujuan am Computer-Aided


Drafting @ Design Program (CAD) atau aturcara merekabentuk serta melakar dengan
berbantukan computer dalam pembentukan model lakaran dua 2D dan 3D. Perisian ini boleh
digunakan dalam bidang seperti bidang kejuruteraan Mekanikal, Awam, Elektrik dan juga
bidang yang berkaitan dengan CAD.

Terdapat banyak kelebihan menggunakan AutoCAD ini. Antaranya ialah kerja


menyunting dan mengubahsuai lukisan boleh dilakukan dengan mudah dan cepat. Hal ini
sangat berbeza dengan membuat lukisan kerja secara manual yang
memerlukan perkakas yang banyak yang serta mahal harganya, manakala jika
menggunakan perisian AutoCAD kerja yang dilakukan menjadi mudah dengan hanya
menggunakan peranti komputer sahaja tanpa membuang masa yang banyak. Selain itu, salinan
lukisan yang sama mutu boleh dicetak berulang kali. Lukisan kerja yang dihasilkan dari perisian
ini menyumbang faedah dari segi kualiti lukisan dan jika berlaku lukisan kerja terkoyak
atau rosak disebabkan air atau kawasan lembap, ia boleh dicetak lagi menggunakan
pemplot (plotter).

Disamping itu, lukisan kerja boleh diplot dengan cepat dalam pelbagai skala dan
bewarna. Terdapat peranti yang digunakan untuk mengeluarkan hasil lukisan kerja seperti
pencetak dan pemplot. Peranti-peranti inilah yang akan mengeluarkan lukisan dengan cepat
pada skala dan warna yang telah dipilih serta mampu memplot dalam jenis saiz kertas yang
dikehendaki.

Pada semester ini, kami dikehendaki untuk membuat sebuah produk inovasi dan
melukis kerja tersebut dalam perisian AutoCAD. Pada era globalisasi ini, banyak produk inovasi
telah ada di pasaran dimana semua produk inovasi bertujuan untuk memudahkan kerja
manusia yang kian menjadi sangat sibuk. Saya telah memilih untuk menginovasikan perabot
meja dan kerusi. Walaupun terdapat pelbagai produk inovasi kerusi dan meja, namun ia tetap
tidak memenuhi seluruh kehendak pengguna. Saya telah menggunakan peluang ini untuk
mengutarakan inovasi ini yang lebih memenuhi kehendak para pengguna.

Saya telah menginovasikan meja dan kerusi, dimana kedua-dua perabot akan
disambung sekali. Dengan cara ini, pengguna dapat menggunakan meja dengan lebih kondusif.
Selain itu, ciri unik produk saya adalah, pengguna dapat menyimpan buku-buku di bawah
kerusi. Hal ini kerana, saya telah menginovasikan kerusi saya dengan menggabungkannya
dengan rak buku. Dengan ini, para pengguna dapat menyimpan buku di tempat mereka
membaca juga.

Cara ini dapat membantu pengguna dapat menjimatkan ruang rak buku. Pengguna
dapat menyimpan sekurang-kurangnya lima buku di bawah setiap kerusi. Produk yang
menginovasikan ini dapat digunakan oleh orang ramai iaitu dari umur kanak-kanak hingga ke
tua. Meja produk saya pula amat sesuai untuk meletakkan buku dan juga computer riba pada
satu masa. Kemudahan ini dapat membantu pelajar-pelajar dan orang dewasa yang bekerja
menggunakan computer riba. Fungsi produk saya sudah pastinya dapat memenuhi keperluan
pungguna pada masa kini.
ANALISIS SWOT

Strength ( Kekuatan) Produk ini merupakan produk multi-function.


Produk ini boleh digunakan di pelbagai tempat seperti
rumah, sekolah, perpustakaan, pejabat dan pelbagai
lagi.
Meja ini memiliki bentuk yang mudah digunakan oleh
semua orang.
Saiz dan berat sederhana meja ini memudahkan meja
ini dialihkan.
Harga yang berpatutan sangat sesuai kepada semua.
Weakness (Kelemahan) Produk yang ditawarkan hanya satu bentuk dan tiada
bentuk lain. Jika pengguna kurang berminat pada
bentuk ini, pengguna mungkin akan beralih ke produk
lain.
Produk ini tidak kalis air. Penggunaan kayu pada
permukaan meja menyebabkan meja tidak berkalis air.
Opportunity (Peluang) Produk ini adalah produk keperluan harian.
Pengaruh globalisasi yang mendorong pemasaran
barangan perabot yang tiada batas.
Permintaan masyarakat pada produk-produk yang
simple dan multi-function.
Threat (Ancaman) Terdapat pelbagai lagi kilang yang mengeluarkan
produk inovasi seperti ini.
Produk ini mempunyai persaigan yang tinggi dalam
pasaran.
CARTA ALIR PROSES LUKISAN

1. Mendapat taklimat kerja


kursus

2. Mencari dan melukis lakaran


beberapa reka bentuk lukisan
projek inovasi.

3. Mencari bahan-bahan yang


diperlukan

4. Memilih reka bentuk untuk


melukis AutoCAD.

5. Melukis lakaran terakhir projek

6. Melukis projek dalam AutoCAD

7 Membuat pendokumentasian
Senarai bahan

BIL BAHAN KUATITI GAMBAR


Papan tanda
1 Papan
3
- 90 x 55 x 180 cm 3
- 120 x 55 x 180 cm

2 Metal
3
- 150 x 60 x 200 cm

4 Skru 8
Rujukan

A.Samad Ahmad, 1990. Seni Pertukangan, Seni Bina, dan Seni. Associated Educational
Distributors (M).

George Omura, 2013. Mastering AutoCAD 2013. New Jersey : John Wiley & Sons Inc.

Ken Ward-Harvey, 2009. Fundamental Building Materials. Florida : Universal Publisher.

http://www.tentangcad.com/daftar-artikel/autocad-untuk-pemula/ dilayari pada 28 Ogos 2015.

http://autocadel.blogspot.com/ dilayari pada 26 Ogos 2015.

http://relakssminda.blogspot.com/2013/03/pelbagai-rekaan-kerusi-meja-yang-kreatif.html
dilayari pada 26 Ogos 2015.

Mohd Yahya Mohamed Ariffin, 2007. Jurutera Mekanikal. Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi, Muhamed Fauzi Othman, 2006.
Rekacipta & Inovasi Dalam Perspektif Kreativiti. Johor : Universiti Teknologi
Malaysia.

Ross Spiegel, Dru Meadows, 2010. Green Buliding Materials : A Guide to Product
Selection and Specification. New Jersey : John Wiley & Sons Inc.

Wahana Komputer , 2010. 3D Studio Max 2010 untuk Pemodelan 3 Dimensi Profesional.
Perpustakaan Nasional : Penerbit Andi
REFLEKSI

Vutayathaannu a/p Chandra Sekaran

(921225-10-6698)

Pada semester kelapan ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan Kerja
Kursus yang melibatkan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi ini mengenai reka bentuk
berbantukan komputer. Dalam tugasan ini kami dikehendaki menyiapkan projek reka bentuk
yang mempunyai daya kreativiti dan inovatif Seterusnya, menyediakan satu penulisan
pendokumentasian projek reka bentuk produk inovasi ini. Tugasan ini telah dilaksanakan
selama dua minggu. Tugasan ini merupakan tugasan individu.

Semasa proses melaksanakan tugasan ini, saya telah mempertimbangkan cara


perlaksanaan tugasan dengan membahagikan tugas agar menjadi lebih mudah. Saya juga
berpeluang mendapatkan komen dan tindakan spontan dan pensyarah saya sepanjang
penghasilan projek saya. Saya banyak mendapatkan cadangan dan panduan-panduan tentang
penghasilan projek daripada pensyarah dan rakan-rakan saya yang lain dimana mereka sangat
membantu saya menghasilkan projek yang inovasi.

Saya berasa sangat gembira kerana mendapat peluang untuk membuat tugasan
tentang pembuatan produk inovasi ini. Semasa membuat tugasan ini, saya dapati terdapat
beberapa kelebihan dan kelemahan dalam melaksanakan tugasan ini.

Secara umumnya, saya telah mempelajari cara untuk menjadi seorang guru reka bentuk
dan teknologi. Mengikut pengalaman saya sepanjang tugasan ini, saya berpendapat bahawa
untuk menjadi seorang guru Reka Bentuk dan Teknologi(RBT) yang berjaya adalah tidak mudah
kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Seorang guru RBT haruslah
memahami dan tahu cara dan kemahiran menggunakan semua peralatan tangan bengkel dan
mengendalikan mesin-mesin yang terdapat di bengkel tetapi perlu mahir dalam menggunakan
komputer dan perisian dalam komputer juga. Semasa menghasilkan projek ini, saya
menghadapi masalah untuk menyiapkan lukisan projek ini dalam bentuk AUTOCAD. AUTOCAD
merupakan subjek baru yang saya baru pelajari semester ini bagi kursus ini. Lukisan AUTOCAD
mengambil masa yang agak lama kerana saya kurang mahir menghasilkannya. Dalam masa
yang agak sibuk saya berasa sangat sukar untuk menyiapkan dokumentasi ini.
Walaubagaimanapun dengan bantuan pensyarah AUTOCAD saya, saya dapat menghasilkan
lukisan AUTOCAD yang cukup baik. Dengan pengurusan masa yang baik, saya dapat
menyiapkan tugasan ini pada tepat waktunya.

Selain itu, saya juga mempunyai masalah semasa menjalankan tugasan ini
kerana ini merupakan tahun akhir saya disini, jadi banyak kerja yang terpaksa dibuat. Bagi
mengatasinya, saya perlulah menguruskan masa dengan lebih efisien supaya semua kerja
dapat disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan ditambah pula dengan kerja kursus dalam
matapelajaran yang lain yang harus disiapkan disamping masa terluang yang saya ada amatlah
singkat. Walaubagaimanapun, saya
menganggap ia sebagai "abaran kepada diri saya sendiri sebagai bakal guru dimana saya
haruslah pandai membahagikan masa semasa menjadi seorang guru suatu masa nanti. Saya
bersyukur kerana saya sempat menyiapkan tugasan ini dan masalah kekangan masa yang
dihadapi dapat diatasi.

Secara keseluruhan, setelah berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dapat saya
rumuskan bahawa seseorang guru yang bertindak secara lebih terbuka untuk mempelajari cara
untuk mengintergrasikan proses perancangan produk dengan menggunakan computer. Selain
itu, guru RBT juga perlu peka tentang kemahiran merancang, mengurus dan melaksanakan
pembangunan produk dengan lebih cekap dengan menggunakan komputer. Kecekapan
menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan murid-murid
yang bersedia mempelajari subjek RBT pada masa akan datang.