Anda di halaman 1dari 5

1

MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSISI DAN GURU PENYAYANG

SK (P) METHODIST 1, 2014

DEWAN SK(P) METHODIST 1

13 JANUARI 2017

BIL AGENDA TEKS

2. Bacaan doa. Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz Mohd
Rahim Bin Ismail. Dipersilakan.

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3. Ucapan alu- Melati kuntum menghias pagi


aluan Tumbuh melata di tepi kali,
Pengerusi Majlis penutup program transisi
Majlis Murid-Murid baru kita sayangi

Assalamualaikum wbt , Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia,


Negeri Bandar teknologi hijau fasa 2.
2

Yang Berusaha Pn. Anna Ong Siah Lian, selaku Guru Besar SK (P)
Methodist 1,
Yang Berusaha, Pn Roslinah binti A. Jalal, Guru Penolong Kanan 1
Pn. Pauziah Binti Rasul, Guru Penolong Hal Ehwal Murid,
En. Ahmad Bin Hussien, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan


limpah Rahmat dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul
dalam Majlis Penutup Minggu Transisi Dan Guru Penyayang, SK (P)
Methodist 1 2017.

Tujuan Minggu Transisi Dan Guru Penyayang ini diadakan


adalah untuk membantu murid tahun 1 menyesuaikan diri dalam
menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah
atau tadika kepada pendidikan yang lebih formal di tahun 1. Diharap
dengan adanay program ini, murid tahun 1 lebih bermotivasi dan
bersemangat untuk belajar.

Ucapan Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya

Guru Besar mempersilakan Pn. Anna Ong Siah Lian selaku Guru Besar SK (P)
Methodist 1 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Anna ong siah


Lian di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
3

6.
Persembahan Hadirin sekalian,
1 Majlis akan diserikan dengan persembahan daripada murid tahun 1
Hijau dengan lagu bertajuk Saya suka hati. Murid ini mendapat
bimbingan guru Bahasa Melayu , Cik Hajjah Jamilah Binti
Kamarudin. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***
Terima kasih diucapkan kepada murid tahun 1 Hijau.

9.
Persembahan Hadirin sekalian,
2: Majlis akan diteruskan dengan persembahan daripada murid tahun 1
Kuning pula dengan lagu bertajuk Bapaku Pulang Dari Kota,
Bangun Pagi dan lagu huruf vokal. Murid ini mendapat bimbingan
guru Bahasa Melayu , Pn Normah Binti Ab Rahman. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
.
***
Terima kasih diucapkan kepada murid- murid tahun 1 Kuning.

10.
Persembahan Acara seterusnya adalah persembahan dari murid tahun 1 Hijau
3 kembali, tetapi kali ini lagu bahasa Inggeris yang bertajuk Greeting
dan lagu Alif Ba Ta yang dibimbing oleh Pn Vick lim Leng Neo dan
Pn Syahirah Saat.

Terima kasih diucapkan kepada murid murid tahun 1 Hijau


4

11 Persembahan Hadirin sekalian,


ke 4 Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari murid tahun 1
Kuning pula dengan lagu bahasa Inggeris yang bertajuk Head And
Shoulder yang dibimbing oleh Pn. Roslinah Binti A. Jalal, Nasyid
dibimbing oleh Ustazah Zalina dan At Tahiyat di bimbing oleh Pn
Hasliza Hashim. Dipersilakan.

***
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang sungguh menarik
sebentar tadi.

Persembahan Hadirin sekalian,


12
5: Majlis diteruskan lagi dengan persembahan terakhir dari semua
murid tahun 1 pula dengan lagu tema Murid Tahun1 Kami Murid
Baru dan Lagu Selamat Pagi. Dipersilakan murid tahun 1 Hijau
untuk naik ke pentas.

***
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang sungguh menarik
sebentar tadi.Hadirin sekalian,
5

15.
Penutup Hadirin sekalian, Dengan berakhirnya pesembahan lagu tema murid
tahun 1 itu, maka majlis kita telahpun sampai ke penghujungnya.

Kerjasama semua sangat dihargai,


Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt