Anda di halaman 1dari 30

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT

NBHS 1204

PENYELIDIKAN DAN STATISTIK/ NURSING RESEARCH AND STATISTICS

SEMESTER MEI/ MAY SEMESTER 2017


PENGARUH FAKTOR TEKANAN KERJA DALAM KALANGAN JURURAWAT DI
HOSPITAL PULAU PINANG
KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipothesis Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
2 SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Kajian Lepas
2.2 Faktor Tekanan Kerja
2.3 Pengaruh Tekanan Kerja
2.4 Konsep Kerangka Kerja
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Bentuk Penyelidikan
3.2 Lokasi Kajian
3.3 Kaedah Pengumpulan Data
3.4 Kaedah Analisis Data
3.5 Populasi Kajian
3.6 Persampelan
3.7 Instrumen Kajian
4 RUJUKAN
5 LAMPIRAN
5.1 Surat Kebenaran Kajian
5.2 Borang Soal Selidik
BAB 1: PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pengaruh faktor tekanan kerja dalam kalangan jururawat di hospital Pulau Pinang
merupakan tajuk kajian yang akan dipilih oleh pengkaji. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan
untuk menentukan pengaruh faktor tekanan kerja dalam kalangan jururawat di hospital Pulau
Pinang.
Setiap manusia melalui beberapa transisi dari zaman kanak-kanak hingga melewati usia
emas. Peringkat dewasa adalah antara transisi terpenting kerana asas kepada pembinaan
organisasi keluarga dan kerjaya. Menurut Landy & Conte (2004), pekerjaan amat penting bagi
manusia dewasa. Pekerjaan bukan sahaja menjanjikan upah atau gaji sebagai ganjaran tetapi
memberikan kepuasan dan kebahagiaan kepada seseorang individu dan mungkin juga
sebaliknya. Namun, arus globalisasi telah menyuntik satu fenomena baru dimana pekerja
menghadapi masalah tekanan kerja yang mereka hadapi. Keadaan ini jika dibiarkan akan
memberi impak yang buruk kepada organisasi serta pekerja itu sendiri.
Masalah psikologi pekerjaan boleh melanda semua pekerja termasuklah kakitangan
jururawat di hospital Pulau Pinang. Bidang perkhidmatan dan pengurusan sering dilihat sebagai
satu kerjaya yang penuh dengan cabaran dan memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang
tinggi dan konsisten. Justeru itu, kerjaya dalam bidang ini didapati menghadapi tekanan yang
lebih tinggi berbanding kerjaya lain (Pflanz & Sonneks, 2002). Kehendak yang mungkin berlaku
tanpa mengira waktu menuntut siap siagaan yang tinggi.
Tekanan kerja berlaku apabila pekerja berhadapan dengan permintaan dan kehendak
pekerjaan yang tidak bersesuaian dengan kemahiran dan tahap pengetahuan serta mencabar
mereka untuk mengendalikan masalah tersebut (Leka, Griffiths & Cox, 2004). Dalam kalangan
kakitangan jururawat di hospital Pulau Pinang, tekanan kerja wujud akibat tuntutan kerja dalam
jangka masa tertentu. Tekanan kerja salah satu bahaya terhadap kesihatan pekerja. Hal ini
kerana, tekanan kerja seringkali dikaitkan dengan kesihatal mental yang sering dialami oleh
pekerja sejak akhir-akhir ini.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sejak akhir-akhir ini, kebanyakkan organisasi semakin menitikberatkan isu yang berlaku
khususnya kepada golongan pekerja. Hal ini kerana, jabatan pengurusan sumber manusia dalam
sesebuah organisasi memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan organisasi
khususnya prestasi setiap pekerja. Menurut Rao (1986), pengurusan prestasi menjadi cabang
yang sangat penting kepada pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi dalam
mencapai objektif organisasi tersebut. Prestasi pekerja boleh didefinisikan sebagai sebuah tugas
atau tanggungjawab yang telah diberikan kepada setiap pekerja sebagai tugasan individu
(Sharpley, 2009).
Bagi setiap individu yang bekerja, sebahagian besar kehidupan dipenuhi dengan masa
bekerja. Sesetengah golongan bekerja menganggap peranan di tempat kerja sangat penting
sehingga meletakkan rumahtangga atau keluarga menjadi keutamaan kedua mereka. Hal ini tidak
dapat dinafikan kerana pekerjaan bukan sahaja sebagai sumber ekonomi tetapi juga sudah
dianggap sebagai salah satu status social bagi seseorang individu. Oleh hal yang demikian,
kejayaan seseorang sering kali diukur berdasarkan kejayaannya dalam kehidupan. Maka
sebaliknya pula kegagalan dalam kerjaya pula dianggap sebagai kegagalan dalam kehidupan.
Manakala menurut Maarof & Hazlinda (2008), tekanan sering kali melanda kehidupan
seharian individu yang kadangkala mencabar fungsi hidup mereka.Walau bagaimanapun,
tekanan bukan sahaja dapat memberi kesan yang negatif dalam kehidupan individu tersebut
tetapi juga sebagai sumber penggerak tingkah laku yang lebih produktif. Hal ini kerana,
walaupun tekanan biasanya dianggap sebagai perkara negative yang mempengaruhi prestasi dan
motivasi kerja seseorang individu, namun dengan adanya unsur-unsur tekanan yang dapat
ditangani dengan baik akan dapat mendorong tingkahlaku yang baik. Tekanan yang memberikan
kesan yang positif khususnya dikenali sebagai eustress. Manakala distress pula dikenali sebagai
tekanan yang memberi kesan yang negatif terhadap seseorang pekerja.
Sehubungan dengan itu, pengkaji akan memilih hospital Pulau Pinang sebagai lokasi untuk
menjalankan kajian ini bagi mengenalpasti sejauh manakah pengaruh faktor tekanan kerja yang
dihadapi oleh jururawat di hospital terbabit.
1.3 PENYATAAN MASALAH

Tekanan merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh manusia terutamanaya
pekerja. Tekanan yang dihadapi oleh pekerja tersebut dapat dibahagikan kepada dua iaitu
tekanan yang berlaku disebabkan oleh individu itu sendiri dan tekanan yang berlaku disebabkan
faktor-faktor persekitaran pekerja itu sendiri. Namun begitu, kedua-dua kategori tekanan tersebut
mampu mempengaruhi prestasi dan motivasi kerja seseorang individu tersebut. Berdasarkan
masalah tersebut, pengkaji berminat untuk mengkaji dan mengetahui dengan lebih mendalam
tentang sejauh manakah pengaruh faktor tekanan kerja yang dihadapi oleh jururawat di hospital
Pulau Pinang. Hal ini kerana masih belum ada pengkaji lepas yang mengkaji pengaruh faktor
tekanan kerja dalam kalangan di hospital Pulau Pinang.
Disamping itu, pengkaji ingin mengkaji dengan lebih mendalam pengaruh faktor tekanan
kerja yang dihadapi oleh jururawat di hospital Pulau Pinang. Semakin kompleks sesebuah
organisasi, maka semakin tinggilah punca tekanan kerja (Cooper & Roberston, 1987). Faktor
tekanan kerja tersebut berpunca daripada pelbagai aspek kerja seperti hubungan dalam
organisasi, pengurusan kerja, persekitaran tempat kerja, beban kerja dan banyak lagi. Akibat oleh
tekanan kerja yang dihadapi oleh setiap pekerja tersebut, maka sudah pastilah akan memberi
impak yang negatif sama ada kepada individu itu sendiri dan secara amnya kepada organisasi
tersebut. Hal ini kerana, pekerja yang menghadapi tekanan akan menyebabkan individu tersebut
kurang bermotivasi untuk bekerja, mempunyai masalah dengan rakan-rakan, kerap mengambil
cuti sehingga mengakibatkan prestasi dan motivasi kerja semakin menurun seterusnya akan
memberi kesan yang sangat besar kepada sesebuah organisasi.
Melalui kajian oleh Asma Bee (2004), Cooper & Marshall (1978) telah mengemukakan
teori mereka terhadap tekanan iaitu tekanan dikatakan berpunca dari faktor-faktor persekitaran
dan individu. Faktor persekitaran disini merangkumi aspek perhubungan, pekerjaan, struktur dan
iklim organisasi. Komponen perhubungan merangkumi aspek hubungan dengan pihak atasan dan
pekerja dengan rakan sekerja. Faktor struktur dan iklim organisasi pula merangkumi aspek
kurang penglibatan, komunikasi yang kurang baik dan tidak ada rasa kepunyaan. Penekanan ini
akan mendatangkan tekanan kepada pihak berkenaan sekiranya mereka gaga1 untuk bertindak
mengawal tekanan tersebut. Ketegangan yang berlarutan akan membawa kepada masalah
kesihatan fizikal dan masalah kesihatan mental. Masalah kesihatan fizikal adalah seperti
kenaikan kadar nadi, tekanan darah tinggi, paras kolestrol yang tinggi serta penyakit jantung.
Masalah kesihatan mental pula termasuklah kurang motivasi, emosi tertekan, tiada kepuasan
kerja dan kurang aspirasi.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

a) Untuk menganalisis pengaruh-pengaruh faktor tekanan kerja dalam kalangan jururawat di


hospital Pulau Pinang.
b) Untuk menilai pengaruh faktor tekanan kerja yang paling dominan dalam kalangan
jururawat di hospital Pulau Pinang.
c) Untuk meninjau sejauhmanakah pengaruh faktor tekanan kerja dalam kalangan jururawat
di hospital Pulau Pinang.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa andaian seperti berikut:-

a) Apakah pengaruh-pengaruh faktor tekanan kerja dalam kalangan jururawat di hospital


Pulau Pinang?
b) Apakah pengaruh faktor tekanan kerja yang paling dominan dalam kalangan
jururawat di hospital Pulau Pinang?
c) Adakah pengaruh faktor tekanan kerja mempengaruhi jururawat di hospital Pulau
Pinang?

1.6 HIPOTHESIS KAJIAN

H 1 Terdapat pengaruh faktor tekanan kerja dalam kalangan jururawat di hospital Pulau
Pinang.
H 2 Perbezaan pengaruh faktor tekanan kerja dalam kalangan jururawat berdasarkan faktor
demografi (umur) dalam kalangan jururawat di hospital Pulau Pinang.

H 3 Terdapat perbezaan pengaruh faktor tekanan kerja dalam kalangan jururawat berdasarkan
faktor demografi (tempoh perkhidmatan) dalam kalangan jururawat di hospital Pulau Pinang.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini amat bermakna dalam konteks peningkatan keilmuan dalam pengurusan faktor
tekanan kerja sekaligus akan dapat meningkatkan prestasi dan motivasi kerja dengan pengurusan
tekanan kerja yang betul. Hasil kajian ini juga mampu menyumbang kepada peningkatan
pengetahuan dalam pengaruh faktor tekanan kerja dan implikasinya terhadap prestasi dan
motivasi kerja. Hasil daripada kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji ini dan kerangka
teoritikal yang dikemukakan oleh penyelidik akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak
dalam usaha merangka dan melaksanakan pembangunan pengurusan tekanan kerja dengan lebih
baik lagi. Tinjauan kajian lepas dan hasil kajian juga akan menjadi sumber rujukan dan panduan
asas bagi pihak yang terlibat.

1.7.1 Pekerja

Dengan adanya kajian ini, para pekerja khususnya pekerja yang menghadapi
tekanan di tempat kerja akan mengetahui akan kesannya sama ada baik atau buruk
terhadap prestasi kerja mereka. Para pekerja juga akan lebih peka terhadap prestasi kerja
mereka dan akan lebih bermotivasi dan bermatlamat untuk menjalankan tugas sehari-hari.

1.7.2 Pengkaji

Manakala kepentingan kajian ini terhadap pengkaji yang akan datang ialah
sebagai panduan dalam menjalankan kajian yang berkaitan dengan tekanan kerja. Hasil
kajian ini diharap akan dapat digunakan sebagai panduan dan pengajaran yang berguna
kepada pengkaji yang akan datang dalam menghadapi isu tekanan kerja. Perkara ini
sudah pasti dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tempatan khususnya para
pekerja dalam menghadapi setiap faktor tekanan kerja dengan lebih baik dan profesional.
Hasil kajian ini juga boleh dijadikan prinsip dasar bagi pihak kerajaan tempatan dan
pengurusan sumber manusia dalam merancang dan melaksanakan pembangunan tenaga
kerja yang lebih mampan.

1.7.3 Pihak pengurusan

Kajian ini juga amat penting dan berguna kepada pihak-pihak tertentu
terutamanya pengurusan sumber manusia organisasi terbabit dalam mengenalpasti punca-
punca pekerja yang bermasalah sekaligus dapat mengambil langkah dalam
menyelesaikan masalah yang berlaku dengan lebih baik lagi.

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

Sebelum membuat satu cadangan kajian,tinjauan kajian literatur merupakan elemen yang
sangat penting. Hal ini kerana, dengan adanya tinjauan terhadap kajian literatur, pengkaji akan
dapat menghasilkan idea terhadap tajuk atau bidang kajian yang ingin dijalankan. Selain itu,
kajian literatur juga bertindak dalam memberi latar belakang atau gambaran teoretis kepada
pengkaji berkaitan bidang yang ingin dikaji disamping dapat membantu menjustifikasikan
bagaimana penemuan berkaitan dengan badan pengetahuan dalam bidang kajian pengkaji.
Melalui kajian literatur juga, kita dapat mengenalpasti kajian terdahulu yang lebih kurang sama
dengan kajian yang akan dijalankan yang akan dapat menentukan sempadan yang boleh kita
sumbangkan untuk kajian kita. Oleh itu, tidak lengkaplah sesuatu kajian tanpa membuat dan
memasukkan tinjauan literatur dalam kajiannya.
2.1 KAJIAN LEPAS

Martin Loosemore & Tom Water (2004), dalam kajiannya untuk melihat tekanan dalam
kalangan pekerja profesional di dalam bidang pembinaan. Kajian memfokuskan kepada sama
ada wujud perbezaan tekanan dan punca tekanan di kalangan pekerja lelaki dan wanita di dalam
bidang pembinaan dengan menggunakan alat ujian Occupational Stress Indicator (OSI). Hasil
kajian menunjukkan pekerja lelaki mengalami tekanan yang lebih tinggi berbanding pekerja
perempuan. Kajian juga menunjukkan walaupun terdapat persamaan punca tekanan di antara
pekerja lelaki dan perempuan namun terdapat juga perbezaannya. Sebagai contoh pekerja lelaki
menganggap keadaan seperti berani mengambil risiko, kesan-kesan dari kesilapan yang
dilakukan, pertindihan tugas dan perkembangan kerjaya sebagai punca tekanan. Manakala bagi
pekerja wanita pula keadaan seperti peluang untuk perkembangan diri, kadar gaji, perlu berfikir
idea-idea baru dan terpaksa bekerja di luar daerah merupakan punca tekanan yang tinggi.

Dalam kajian yang telah dibuat oleh Thi Lip Sam (1998) mengenai faktor tekanan dalam
kalangan pengurus dan eksekutif di tempat kerja mendapati mengekalkan jangkaan tersebut,
jangkaan tinggi, struktur organisasi dan system birokrasi merupakan faktor-faktor utama
penyumbang tekanan kerja dalam kalangan pengurus dan eksekutif. Manakal pengurus dan
eksekutif perempuan pula mengalami tekanan kerja yang lebih tinggi berbanding pengurus dan
eksekutif lelaki. Walau bagaimanapun, dalam kajian lepas yang dijalankan oleh Rosli (1996)
mengenai faktor tekanan kerja dan kesannya dalam kalangan kakitangan kaunter di Jabatan
Pendaftaran Negara. Dalam kajian beliau mendapati seramai 123 orang mengalami tekanan kerja
namun tidak ada hubungan dengan jantina dan taraf perkahwinan mereka.

Manakala menurut Anisah Nurmalasari (2015) dalam kajiannya Pengaruh Stress Kerja
terhadap Prestasi Kerja Pegawai di Kecamatan Malinau Kota Kabupaten Malinau bahawa stress
kerja sememangnya mempunyai pengaruh terhadap prestasi kerja pegawai pada Kacamatan
Malinau Kota Kabupaten Malinau.

Menurut Lee Hoo Nee (2002) juga dalam kajian yang telah dijalankannya iaitu hubungan
tekanan kerja dengan kepuasan kerja, lokus kawalan dan personaliti terhadap 100 orang pegawai
polis mendapati tekanan kerja yang tinggi akan menurunkan kepuasan kerja responden manakal
apabila kepuasan kerja tinggi, personaliti diri responden akan menjadi positif. Berdasrkan hasil
keseluruhan yang telah beliau jalankan itu mendapati tidak ada hubungan di antara kepuasan
kerja dengan lokus kawalan.

Manakala dalam kajian yang telah dijalankan oleh Cooper dan Marshall (1978) yang
telah mengenal pasti 40 faktor yang berkaitan yang dapat dibahagikan kepada enam kategori
yang utama iaitu faktor persekitaran kerja, hubungan di tempat kerja, peningkatan kerjaya,
suasana organisasi, tekanan luar dan ciri-ciri individu.

2.2 FAKTOR TEKANAN KERJA

2.2.1 Konseptual

Tekanan (stress) merupakan perkataan dari Greek iaitu stringere


yang memberi maksud tegang atau ketat (Cox, 1978). Manakala menurut
Helvinder (2003) pula mendefinisikan tekanan sebagai hasil daripada
tindak balas fizikal badan terhadap permintaan sama ada permintaan
positif mahupun negatif. Sekiranya terdapat permintaan, maka badan akan
memberikan reaksi.

2.2.2 Faktor tekanan kerja

Tekanan akan wujud apabila seseorang individu gagal memenuhi


tuntutan tugasnya. Lee (2002), mendefinisi tekanan sebagai tindak balas
individu terhadap tuntutan yang dihadapinya sama ada tuntutan dalaman
(fisiologi) dan luaran (fizikal dan sosial). National Institute for
Occupational Safety and Health (NIOSH) mendefinisi tekanan kerja
sebagai salah satu tindak balas terhadap bahaya fizikal dan emosi yang
muncul apabila tuntutan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan,
pengetahuan dan keperluan sebagai seorang pekerja. Tekanan kerja
merupakan tindak balas individu apabila pengetahuan dan kemahiran
mereka tidak sepadan dengan tuntutan tugas serta mencabar keupayaan
mereka untuk mengendalikan masalah tersebut (Leila, 2002). Manakala
Smith (2001), pula menyatakan bahawa tekanan kerja adalah satu sifat
negatif persekitaran kerja dan satu tindak balas psikologikal terhadap
persekitaran yang bahaya dan terancam.

Tekanan kerja adalah merupakan satu keadaan yang timbul akibat


interaksi manusia dengan kerja mereka. Ia dicirikan sebagai perubahan-
perubahan dalam diri manusia yang menyebabkan mereka berubah
daripada berfungsi secara normal kepada tidak normal (Rohany & Eda,
2001).

2.3 PENGARUH FAKTOR TEKANAN KERJA

2.3.1 Motivasi kerja

Motivasi, kemampuan, kecekapan dan sikap merupakan komponen asas


kepada kecemerlangan dalam pekerjaan. Menurut Ainon (2003), motivasi yang
dipercayai berasal daripada perkataan latin movere yang bermakna bergerak
adalah sesuatu yang mendorong, mengarah dan mengekalkan sesuatu tingkah
laku. Menurut Lindner (1998) pula, motivasi adalah desakan dalaman yang
menjurus seseorang individu memenuhi matlamat diri dan organisasi. Menurut
Meyer, Becker dan Vandenberghe (2004), motivasi dalam pekerjaan dikenalpasti
sebagai satu daya atau keinginan yang bertenaga dalam mengenal pasti tindakan
seseorang pekerja.

2.3.1.1 Kerangka kerja konseptual pengukuran motivasi

Dalam mengukur motivasi setiap jururawat, pengkaji


membahagikannya kepada dua kategori utama iaitu Material Incentive dan
Non Material Incentive.
a) Material incentive merupakan motivasi yang bersifat material
iaitu sebagai imbalan prestasi kerja yang diberikan kepada
setiap pekerja sama ada dalam bentuk wang mahupun barang.
b) Manakala non material incentive pula adalah motivasi yang
tidak berbentuk material iaitu sama ada dalam bentuk
penghargaan, keamanan, keselesaan tempat kerja, pekerjaan
yang sesuai dan lain-lain.

Mencari jalan
memenuhi
keperluan

Keperluan
Perilaku yang
yang tidak
berorentasi
diapenuhi
pada tujuan
dinilai semula KEPERLUAN
YANG TIDAK
DIPENUHI

Evaluasi hasil kerja


Imbalan atau
dan tujuan
hukuman
keperluan dipenuhi

Gambar rajah 1: Proses motivasi kerja


2.3.2 Prestasi kerja

Terdapat lima pendekatan yang memberikan kefahaman mengenai


motivasi iaitu Teori Hierarki Keperluan oleh Abraham H. Maslow, Teori
Pengharapan oleh Victor H. Vroom, Teori Ekuiti oleh J. S. Adam dan
Teori Pengukuhan oleh B. F. Skinner (Lindner, 1998). Teori Hierarki
keperluan oleh Abraham Maslow menyatakan bahawa tahap keperluan
paling asas harus dipenuhi dahulu sebelum tahap seterusnya dan dapat
meningkatkan tahap motivasi pekerja. Teori Pengharapan (Expectancy
Theory) pula adalah berdasarkan kepercayaan kepada usaha pekerja akan
membawa kepada pencapaian dan pencapaian itu akan membawa kepada
penghargaan kepada pekerja tersebut (Lindner, 1998). Selain itu, teori lain
yang juga membincangkan motivasi pekerja adalah Teori Ekuiti oleh J. S.
Adam. Menurut teori ini, pekerja memperjuangkan keadilan dirinya dan
dibandingkan dengan pekerja lain. Teori yang dipertahankan oleh B. F.
Skinner pula adalah Teori Pengukuhan (Reinforcement Theory). Teori ini
membincangkan sikap pekerja yang menjurus ke arah negatif tidak akan
dibiarkan berulang dan sikap yang baik akan digalakkan agar diulangi.

Menurut Coon (2000), terdapat dua jenis motivasi yang dikaitkan


dengan bidang pekerjaan iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Motivasi instrinsik adalah sesuatu yang dilakukan secara sukarela untuk
kepuasan diri dan peningkatan diri manakala motivasi yang hadir apabila
mendapat ganjaran dan juga kebaikan dari luaran disebut motivasi
ekstrinsik. Menurut Lindner (1998), terdapat sepuluh faktor motivasi yang
boleh dikaitkan dengan pekerjaan iaitu, keseronokan kerja, gaji yang
lumayan, penghargaan ke atas kerja yang dilakukan, keselamatan
pekerjaan, persekitaran kerja yang baik, kenaikan pangkat dan
pengiktirafan dalam organisasi, berkepentingan dalam organisasi,
kesetiaan, disiplin yang berhemah dan keprihatinan terhadap
permasalahan. Ainon (2003), juga berpendapat majikan harus menjadikan
kerja lebih menyeronokkan.
2.4 KONSEP KERANGKA KERJA

TEKANAN KERJA
Kerenah dan jumlah pesakit
Komunikasi
Pemboleh Gangguan kerja (bullying&seksual)
ubah Persekitaran kerja
bersandar Peralatan yang tidak lengkap
Kurang berminat dengan tugas yang diberikan
Variable (x) Beban kerja berlebihan
Masalah keluarga
Kurang mahir menggunakan teknologi baru
Waktu kerja tidak fleksible

Pemboleh ubah PRESTASI KERJA


tidak bersandar MOTIVASI KERJA
Variable (y)

Gambar rajah 2: Kerangka konseptual kajian

Berdasarkan kepada kajian ini, pemboleh ubah bersandar terdiri daripada ciri demografi
responden yang terdiri daripada jururawat di hospital Pulau Pinang. Ciri-ciri demografi dalam
pemboleh ubah bersandar ini merangkumi jantina, tempoh pekerjaan, umur dan status
perkahwinan. Manakala bagi pemboleh ubah tidak bersandar pula ialah faktor-faktor pendorong
tekanan kerja dalam kalangan jururawat di hospital pulau pinang

Alat ujian Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ) merupakan alat ujian yang
digunakan untuk mengukur tahap kepuasan kerja. Alat ujian ini telah dibentuk oleh Weiss,
Dawis, England & Lofquit (1967) dan telah dialih ke bahasa Melayu oleh Duin (2001) bagi
memudahkan subjek yang dipilih dapat memahami dan mengelakkan sebarang masalah semasa
menjawab soalan. Kepuasan kerja yang diukur mengandungi 20 item yang mengandungi
beberapa faktor seperti upah,

kenaikan pangkat, kerja, penyeliaan, rakan sekerja dan suasana kerja. Semua faktor ini
adalah penting bagi menentukan tahap kepuasan kerja. Antara item-item MSQ ialah Pekerjaan
ini mampu mengekalkan saya sibuk sepanjang masa dan Peluang menjadi seseorang dalam
komuniti organisasi.

Prestasi kerja dinilai berdasarkan Soal Selidik Penilaian Prestasi Kerja yang
diadaptasikan oleh Iran Herman dan Fatimah Wati Halim (1997). Soal selidik ini terdiri daripada
17 item yang menggunakan enam poin skala Likert yang dikadarkan daripada sangat tidak
memuaskan, kurang memuaskan, sederhana, baik, cemerlang dan sangat cemerlang. Pengkaji
mengekalkan kadar pemarkatan yang diadaptasi oleh Iran Herman dan Fatimah wati Halim
(1994). Berikut adalah antara soalan yang perlu dijawab oleh responden iaitu Saya mempunyai
kecenderungan menjalankan kerja dengan baik dan Saya mempunyai sifat amanah. Semua
item adalah berbentuk positif

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan aspek yang sangat penting dalam menentukan dan
menjalankan sesebuah kajian. Dalam kajian, pelbagai pendekatan dalam menentukan kaedah
yang berkesan yang akan digunakan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya menggunakan
kaedah kuantitatif. Manakala setiap data yang diperlukan dan digunakan adalah bersumberkan
daripada dua bentuk iaitu data sekunder dan data tertier.

Seterusnya, setiap data dan maklumat yang diperoleh ini akan dianalisis. Melalui kajian
yang akan dibuat, pengkaji akan dapat merumuskan bahawa penggunaan kaedah kajian yang
sesuai akan dapat membantu pengkaji dalam memperoleh maklumat dalam menjalankan setiap
kajian. Manakala bagi setiap soalan yang dikemukakan pula adalah berdasarkan kepada setiap
objektif kajian yang ingin dikaji.
3.1 BENTUK PENYELIDIKAN

Kajian yang akan dijalankan adalan secara kuantitatif iaitu pengkaji menggunakan borang
soal selidik untuk mendapatkan dan menjawab setiap objektif kajian yang telah dinyatakan.

3.2 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian merupakan salah satu kaedah dalam metodologi kajian yang merupakan
tempat atau lokasi yang dipilih oleh pengkaji untuk menjalankan kajian. Pengkaji memilih
hospital Pulau Pinang sebagai tempat atau lokasi kajian dijalankan yang melibatkan jururawat di
hospital tersebut. Lokasi ini sesuai untuk mengedarkan borang kaji selidik dan amat penting bagi
memastikan pengkaji mudah untuk mendapatkan responden dan mendapatkan maklumat yang
tepat berkenaan dengan tajuk kajian pengkaji yang akan diperlukan.

Kaedah ini sangat penting dalam mendapatkan segala maklumat dan data serta
kefahaman yang mendalam oleh pengkaji dalam menjalankan sesuatu kajian. Pengkaji akan
mendapatkan maklumat dengan pengedaran borang kaji selidik dan akan membuat pemerhatian
secara terperinci berkenaan dengan kajian ini.

3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

3.3.1 Sumber data

Bagi sumber data untuk kajian ini adalah data sekunder dan data primer. Kedua-dua
sumber data ini diperoleh melalui kaedah kuantitatif dan kaedah lapangan.

a) Data Sekunder

Pengumpulan data sekunder daripada kajian melalui pembacaan


untuk mencari maklumat ilmiah berkaitan faktor pendorong tekanan kerja
dan perkaitannya dengan jururawat di hospital Pulau Pinang melalui buku-
buku ilmiah dan jurnal. Kajian pemerhatian turut dilakukan. Pemerhatian
terhadap sikap jurarawat dalam mengendalikan setiap tugas juga
dijalankan. Pemerhatian ini berfungsi agar pengkaji mengetahui
bagaimanakah keadaan sebenar kawasan kajian sebelum melakukan kajian
yang sebenar. Selain itu juga, rujukan terhadap kajian lepas turut
dijalankan sebagai sokongan terhadap kajian yang pengkaji jalankan.

b) Data Primer

Data primer adalah data asal yang dikutip oleh pengkaji dimana
data ini belum pernah diperoleh oleh pengkaji sebelumnya Lee Kuok
Tiung (2010). Data primer ini diperoleh melalui kaedah kuantitatif. Data
ini juga dikenali sebagai data asal yang belum pernah dikumpul oleh
mana-mana pengkaji lain yang sebelumnya.

Pengumpulan data primer menggunakan borang soal selidik yang


melibatkan responden iaitu terdiri daripada jururawat di hospital Pulau
Pinang. Borang soal selidik akan diedarkan oleh pengkaji bagi tujuan
untuk mendapatkan data secara kuantitatif selain untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih terperinci lagi. Borang soal selidik akan
dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A
mengandungi soalan mengenai demografi seperti jantina, tempoh
pekerjaan, umur dan status perkahwinan responden.

Bahagian B pula akan dirangka menggunakan cara Skala Likert Likert Scale iaitu tahap
dari sangat setuju kepada sangat tidak setuju mengenai pendapat responden mengenai
pengaruh faktor tekanan kerja dalam kalangan jururawat di hospital Pulau Pinang. Bilangan
responden yang terlibat keseluruhannya adalah sebanyak 150 orang.

3.4 KAEDAH ANALISIS DATA

Dalam sesuatu kajian yang akan dijalankan, data merupakan sebarang maklumat yang
tidak berguna dalam kajian tersebut sekiranya tidak dianalisis menggunakan kaedah tertentu
seperti kaedah berstatistik. Data yang akan diperoleh perlu diproses untuk mendapatkan
maklumat yang berguna dan bermakna. Pengumpulan data, pengolahan, penganalisian,
penyimpanan dan pengeluaran data merupakan proses untuk mendapatkan data untuk sesuatu
kajian yang akan dijalankan.

Analisis statistik dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:

a) Objektif penyelidikan
b) Maklumat populasi atau persampelan
c) Pemboleh ubah (bersandar dan tidak bersandar)

Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk menginterpretasikan hasil analisis iaitu
dengan menggunakan kaedah bernombor dan kaedah grafik. Berdasarkan data-data yang
diperoleh daripada borang soal selidik kedua-dua jenis analisis telah digunakan. Bagi kaedah
grafik, graf bar dan carta pai digunakan untuk paparan data supaya lebih mudah untuk dihurai
dan dijelaskan, terutama untuk setiap soalan yang ditanyakan dalam soal selidik. Daripada graf
bar dan carta pai yang dibentuk, bacaan mod untuk setiap soalan dapat dikenal pasti dengan
lebih mudah di samping dapat memberi gambaran keseluruhan dengan lebih jelas lagi.

Dalam usaha mengira data yang diperoleh, pengkaji menggunakan sistem SPSS yang
telah diakui keberkesanannya. Program pengisian ini akan membantu penganalisian data dengan
lebih mudah walaupun pengkaji mempunyai sampel yang besar. Penggunaan SPSS juga akan
menjana data dari soalan jenis tertutup menjadi data statistik. Dengan ini, penggunaan SPSS
akan memudahkan pengkaji membuat interpretasi terhadap data serta mudah membuat penilaian
dan kesimpulan. Kaedah analisis data yang akan digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah
kaedah analisis diskriptif (Discriptive), analisis kekerapan (Frequency), analisis taburan silang
(Crosstabulation), analisis ujian kebolehpercayaan (Realibility) dan analisis regreasi linear
berganda (Regression).
ANALISIS DISKIPTIF/
DISCRIPTIVE

ANALISIS UJIAN
KEBOLEHPERCAYAAN/ ANALISIS
REALIBILITY KEKERAPAN/
FREQUENCY

ANALISIS KORELASI/
CORRELATION ANALISIS TABURAN
SILANG/
CROSSTABULATION

ANALISIS REGREASI
LINEAR BERGANDA/
REGRESSION

Gambar rajah 3: Carta aliran analisis data (SPSS)

a) Analisis Diskriptif

Data yang akan diperoleh daripada bahagian A iaitu demografi responden


yang merupakan data diskiptif akan dihuraikan menggunakan peratusan dan frekuensi
setiap responden. Berdasarkan hasil daripada analisis diskriptif akan meringkaskan
keseluruhan dapatan kajian dalam bahagian A iaitu demografi responden. Selain itu,
pengkaji juga akan dapat melihat kecenderungan hasil kajian tersebut iaitu mod,
median dan min setiap sample demografi responden.

b) Analisis kekerapan

Berdasarkan analisis kekerapan ini, pengkajia akan dapat melihat kekerapan


pendapat setiap responden mengenai pengaruh faktor tekanan kerja dalam kalangan
setiap responden. Analisis ini akan digunakan untuk menganalalisis bahagian B.
Pengkaji akan menghuraikan menggunakan peratusan dan kekerapan jawapan setiap
responden. Analisis ini juga akan dapat melihat kecenderungan hasil kajian tersebut
iaitu mod, median dan min setiap sample di bahagian B setiap responden.

c) Analisis taburan silang

Analisis ini akan digunakan untuk melihat hubungan antara tekanan kerja dengan
prestasi kerja setiap responden.

d) Analisis regreasi linear berganda


Data yang akan diperoleh akan digunakan untuk mengenal pasti faktor yang dominan
di antara semua pemboleh ubah tidak bersandar yang mempengaruhi pemboleh ubah
bersandar. Nilai ( R2) digunakan untuk menganggarkan peratusan terhadap faktor
yang menyumbang kepada pemboleh ubah tidak bersandar. Selain itu, kaedah analisis
regreasi ini digunakan untuk mengenalpasti pemberat terhadap semua faktor yang
terlibat. Manakala nilai ( beta ) yang ditunjukkan adalah bertujuan untuk
mengenalpasti faktor yang paling utama yang mempengaruhi setiap pemboleh ubah
tidak bersandar.
e) Analisis Korelasi Pearson
Korelasi pearson merupakan satu nombor yang menerangkan hubungan antara
dua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bersamdar dan pemboleh ubah tidak
bersandar. Menurut Zikmud (2003), secara umumnya, hubungan antara setiap
pemboleh ubah yang menunjukkan hubungan positif yang sempurna iaitu nilai ( r )
adalah diantara -1.0 sehingga +1.0 manakala nilai ( 0 ) menunjukkan tiada sebarang
hubungan diantara setiap pemboleh ubah. Manakala nilai ( -1 ) pula menunjukkan
hubungan yang negatif sempurna.
f) Analisis keboleh percayaan

Analisis ini digunakan untuk menunjukkan nilai keboleh percayaan setiap data
yang dianalisis.
3.5 POPULASI KAJIAN

Populasi merupakan keseluruhan fenomena yang ingin dikaji atau lebih dikenali sebagai
golongan sasaran secara keseluruhannya. Secara amnya, kajian dalam pengaruh faktor tekanan
kerja dalam kalangan jururawat di hospital Pulau Pinang disasarkan hanya kepada jururawat di
hospital Pulau Pinang sahaja.

Dalam kajian ini, melibatkan sasaran kepada responden jururawat di hospital Pulau
Pinang yang merangkumi ciri-ciri demografi seperti jantina, tempoh pekerjaan, umur dan status
perkahwinan. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji tidak mengkhususkan sesuatu kaum, peringkat
umur, jenis pekerjaan dan lain-lain malah melibatkan semua jenis kaum, peringkat umur, jenis
pekerjaan, jantina dan lain-lain. Ini merupakan salah satu ciri demografi golongan sasaran
pengkaji dalam melakukan dan menjalankan kajian ini.

3.6 PERSAMPELAN

Kaedah persampelan data adalah proses dimana sebahagian kecil daripada keseluruhan
populasi dipilih dan dikaji bagi membolehkan pengkaji membuat satu generalisasi berkaitan
populasi tersebut. Persampelan sangat berguna dalam kajian yang pengkaji lakukan kerana
jumlah responden yang berkelayakan atau mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki adalah sangat
ramai. Ciri-ciri tersebut merupakan jururawat di hospital Pulau Pinang. Ini boleh memungkinkan
mana-mana jururawat yang bekerja di hospital Pulau Pinang sahaja dipilih dalam golongan
tersebut yang sememangnya golongan majoriti di hospital Pulau Pinang

Kaedah persampelan data sangat penting kerana pada dasarnya sampel yang dipilih boleh
mewakili atau menggambarkan keseluruhan populasi. Persampelan sangat membantu dalam
menjimatkan kos perbelanjaan kajian. Selain itu, ia menjimatkan masa dengan mempercepatkan
proses pengumpulan dan analisis data. Pada masa yang sama, maklumat yang diperoleh lebih
terperinci daripada sebahagian kecil populasi.
Kaedah persampelan dapat dibahagikan kepada dua iaitu persampelan kebarangkalian
dan persampelan bukan kebarangkalian.

3.6.1 Persampelan Kebarangkalian

Persampelan kebarangkalian adalah satu andaian bahawa setiap ahli


dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sample.
Dengan itu sebarang keputusan yang diperoleh dapat digeneralisasikan dengan
lebih mudah dan yakin terhadap populasi. Namun dalam kajian ini hanya
menggunakan jenis iaitu kaedah persampelan rawak mudah jenis
kebarangkalian.
Berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah ini, pemilihan dibuat
menggunakan cara pengkaji sendiri. Mana-mana jururawat yang dijumpai
dahulu maka individu tersebutlah yang akan menjadi responden. Kaedah ini
juga sering disebut sebagai Convinience. Kaedah ini sangat membantu di
dalam fasa penerokaan sesuatu kajian apabila pengkaji memerlukan data cepat
untuk isu-isu yang terkini.

3.6.2 Persampelan Bukan Kebarangkalian

Manakala bagi kaedah bukan kebarangkalian pula, pengkaji akan


mencari responden iaitu jururawat yang mempunyai persepsi terhadap
pengaruh faktor tekanan kerja terhadap prestasi kerja dalam kalangan
jururawat di hospital Pulau Pinang sama ada menghadapi tekanan kerja secara
langsung ataupun tidak langsung.

Persampelan adalah satu lagi usaha bagi seorang pengkaji dalam memperoleh maklumat
daripada sampel yang dapat mewakili populasi sasaran pengkaji. Teknik persampelan yang
digunakan adalah dengan menggunakan sebahagian populasi yang ada iaitu beberapa orang
jururawat di lokasi yang telah dipilih. Persampelan ini bertujuan untuk mentafsir dan menguji
hipotesis, yakni sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran permulaan tentang kajian yang
akan dilakukan.

3.7 INSTRUMEN KAJIAN

Pengkaji akan menggunakan beberapa peralatan tersebut dalam menjalankan kajian ini
supaya maklumat dan data yang diperlukan akan mudah difahami dan didapati. Berikut adalah
beberapa peralatan yang digunakan dalam menjalankan kajian ini iaitu:

3.7.1 Mengedar borang soal selidik

Borang soal selidik akan diedarkan oleh pengkaji bagi tujuan untuk mendapatkan
data secara kuantitatif selain untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci lagi.
Pandangan dan cadangan sama ada positif ataupun negatif akan membantu pengkaji
dalam mendapatkan data yang diperlukan dalam kajian ini. Borang soal selidik akan
dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan B.

Borang soal selidik akan diedarkan oleh pengkaji bagi tujuan untuk mendapatkan
data secara kuantitatif selain untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci lagi.
Pandangan dan cadangan sama ada positif ataupun negatif akan membantu pengkaji
dalam mendapatkan data yang diperlukan dalam kajian ini. Borang soal selidik akan
dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan B.

Bahagian B akan dirangka menggunakan soalan secara Skala Likert Likert Scale
iaitu tahap dari sangat setuju dengan menggunakan simbol (1) tahap yang kedua iaitu
setuju menggunakan simbol (2), tahap yang ketiga iaitu tidak pasti yang menggunakan
simbol (3), tahap keempat iaitu tidak setuju yang menggunakan simbol (4), dan tahap
kelima iaitu sangat tidak setuju yang menggunakan simbol (5).

a) Bahagian A

Bahagian pertama dalam borong soal selidik adalah berkaitan dengan


demografi atau latar belakang responden. Terdapat empat soalan yang
dikemukakan dalam bahagian ini iaitu jantina, tempoh pekerjaan, umur dan status
perkahwinan. Tujuan soalan tersebut dikemukakan adalah bertujuan untuk
mengetahui tentang latar belakang responden yang tepat, sahih dan cepat.
Penyelidikan ini akan mendedahkan identiti sebenar responden dan ia hanya
digunakan untuk tujuan kajian akademik sahaja.

b) Bahagian B

Bahagian kedua dalam borong soal selidik adalah mengandungi soalan


yang berkaitan dengan persepsi responden mengenai faktor-faktor pendorong
tekanan kerja. Pengkaji beranggapan soalan tersebut akan dapat memberi jawapan
kepada persoalan yang akan dikaji.

3.7.2 Maklum balas daripada responden

Bagi mendapatkan maklum balas daripada responden, pengkaji akan ke hospital


Pulau Pinang untuk mendapatkan maklumat. Pengkaji akan mengedarkan borang soal
selidik kepada responden dan mendapatkan maklum balas berkenaan dengan tajuk kajian
pengkaji. Maklum balas daripada responden penting untuk pengkaji membuat kesimpulan
daripada data yang akan diterima. Maklum balas atau kerjasama yang diberi akan
melancarkan kajian ini. Justeru itu, pengkaji akan sentiasa berhubungan dengan pihak
yang terlibat untuk mendapatkan informasi yang akan diperlukan.

3.7.3 Fotografi

Selain itu, untuk memantapkan lagi kajian yang dijalankan, pengkaji akan
menggunakan kamera dan telefon bimbit untuk mengambil gambar untuk dijadikan
sebagai bahan bukti pengkaji akan ke tapak kajian untuk mendapatkan maklumat yang
diingini.

3.7.4 Buku ilmiah


Buku merupakan data sekunder yang akan digunakan pengkaji bagi mendalami
kajian lepas. Antara buku yang akan digunakan pengkaji ialah buku berkenaan tekanan
kerja. Buku merupakan sumber maklumat yang utama digunakan pengkaji untuk
mendapatkan pelbagai definisi, rangka konsep dan sebagainya. Buku yang akan
digunakan untuk menyelesaikan pelbagai kompleks dan andaian yang difikirkan
pengkaji.

3.7.5 Jurnal

Jurnal juga akan digunakan bagi memahami kajian yang akan dijalankan dan
menjadi sumber rujukan kedua selepas buku ilmiah. Melalui jurnal, pengkaji akan dapat
mengupas isu-isu untuk dijadikan bahan objektif pengkaji. Melalui jurnal juga, pengkaji
akan dapat mengetahui isu yang akan dikaji dan dapat dirumuskan dengan sebaik yang
mungkin.

3.7.6 Laman sesawang

Laman sesawang digunakan untuk mencari maklumat tambahan kepada pengkaji


dan untuk mengakses dan mendapatkan jurnal.

3.7.7 Pen dan kertas

Pen dan kertas akan digunakan untuk mencatat segala maklumat yang
disampaikan oleh responden. Setiap maklumat yang akan disamaikan akan diringkaskan
menjadi peta minda dan kata kunci bagi memudahkan pengkaji untuk enganalisis data.
Data ini penting untuk dikembangkan menjadi satu maklumat yang berguna kepada
pengkaji.

(5014 PATAH PERKATAAN)


BAB 4: RUJUKAN

Ahmadi, K., dan Alireza, K. (2007). Stress and job satisfaction among air force military pilots.
Journal of Social Sciences, 3(3):159-163.
Ainon, M. (2003). Panduan menggunakan teori motivasi di tempat kerja. Kuala Lumpur: PTS
Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Asma Bee Ahmad Tajudeen. (2004). Kepuasan Kerja dan Tekanan yang dihadapi oleh Guru
Sekolah Menengah. Kertas Projek Ijazah Master Sains. Universiti Putra Malaysia.
Diperolehi dari http://psasir.upm.edu.my/6399/1/FPP_2004_20(1- 24).pdf
Berry, L. M. (1997). Psychology at work. San Francisco: McGraw Hill.
Coon, D., (2000). Introduction to psychology: gateway to mind and behavior (10th ed.), San
Francisco: McGraw Hill.
Cooper, J & Robertson. (1987). International Review of Industrial and Organizational
Psychology. USA: Wiley. (1978). Sources of Managerial and White Collar Stress. dlm.
Stress at Work. Disunting oleh C. L Cooper & R. Payne(eds). Chichester : John
Wiley and Sons.
Cox, T. (1978). Stress in Schools: An Organisational Perspective Work and Stress,
2 (4):353-363.
Eskildsen, J.K., Kristensen, K. dan Westlund, A.H. 2003. Work motivation and job
satisfaction in the nordic countries. Employee relations, 26 (2): 122-136.
Gruneberg, M. M. (1979). Understanding job satisfaction. London: The Macmillan Press Ltd.
Kirkcaldy, B., Brown, J., dan Cooper, C.L. (1998). The demographics of occupational
stress among police superintendents. Journal of Managerial Psychology, 13 (1/2): 90-101.
Groot, W. dan VanDen Brink, H.M. (1999). Job satisfaction of older workers. International
journal of Manpower, 20(6): 343-360.
Helvinder Kaur A/P Balbir Singh. 2003. Stress dan kepuasan kerja di kalangan guru: satu
kajian di sekolah menengah. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Humple, N., dan Caputi, P. (2001). Exploring the relationship between work stress, year of
experiences and emotional competency using a sample of Australian mental health
Landy, F. J., dan Conte, J. M. (2004). Work in 21st Century, An Introduction to Individual and
Organizational Psychology. New York: McGraw Hill.
Leila. G. (2002). Stress dan kepuasan kerja. Disertasi tesis master yang tidak diterbitkan di
Universitas Sumatera Utara.
Lee, Hoo Nee. (2002). Hubungan Tekanan dengan lokus kawalan dalaman, personaliti jenis A
dan kepuasan kerja di kalangan anggota PDRM. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Leka, S., Griffiths, A. dan Cox, T (2004), Work organization and stress, systematic problem
approaches for employers, managers and trade union representatives
Lindner, J.R., (1998). Understanding employee motivation. Journal of Extension, 36(3).
Meyer, J.P., Becker, T.E. dan Vandenberghe, C. (2004). Employee commitment and
motivation : a conceptual analysis and integrative model. Journal of Applied
Psychology. 89(6): 991-1007.
Maarof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2008). Psikologi. Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Malaysia.
Martin Loosemore & Tom Waters. 2004. Differences in occupationa l stress among professionals
in the construction industry. Journal of Management in Engineering 20 : 126-132
Pflanz S, Sonnek S. (2002) Work stress in the military: prevalence, causes and relationship to
emotional health. Military Medicine 167: 877-882.
Rees, D. & C.L. Cooper. (1992). Occupational stress in health services workers in the UK. Stress
Medicine 8: 79 90.
Reis, D., dan Pena, L. (2001). Reengineering the motivation at work. Management Decision,
39(8): 666-675.
Rohany Nasir & Fatimah Omar (2006). Kesejahteraan Manusia : Perspektif Psikologi. Kajian
tekanan kerja dan kesihatan pekerja. Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor.
Rosli Hassan. (1996). Stress kerja: Kajian kes terhadap kakitangan bahagian kaunter di Jabatan
Pendaftaran Negara Malaysia (JPN). Tesis. Universiti Malaysia.
Salvendry, G. & Smith, M.J., (1981). Machine pacing and occupational stress. London:Taylor
dan Francis Ltd.
Smith, A. (2001) Perception of stress at work. Human Resource Management Journal. 11(4),
74-86.
Thi, Lip Sam. (1998). A case study of factors causing stress to managers and executives at work.
Thesis. Universiti Malaya.
BAB 5: LAMPIRAN

5.1 Surat Kebenaran Kajian

04 Julai 2017

Hospital Pulau Pinang

Tuan/ Puan,

Permohonan untuk Membuat Penyelidikan Akademik

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar di bawah adalah pelajar program Bachelor of Nursing
Science with Honours di Open Universiti Malaysia.

Nama:
No. Matrik:

Sehubungan dengan itu sukacita kiranya pihak tuan dapat memberikan kebenaran dan kerjasama
membolehkan pelajar berkenaan mendapatkan maklumat yang diperlukan di organisasi tuan bagi
melengkapkan kajian beliau. Tajuk penyelidikan pelajar berkenaan ialah Faktor Pendorong
Tekanan Kerja dalam Kalangan Jururawat di KPJ Taiping.

Untuk makluman pihak tuan, hasil kajian tersebut hanya untuk kegunaan akademik bagi pihak
fakulti dan universiti sahaja di mana ianya tidak akan diedarkan secara umu bagi tujuan
keselamatan dan integriti pihak tuan.

Sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang maklumat atau pertanyaan, silalah berhubung terus
di talian 082-553342 (pejabat) dan 011-2358763 (pelajar)

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai. Semoga kerjasama ini akan dapat membantu
kedua-dua pihak di dalam melahirkan modal insan dan organisasi yang kompeten dan efektif.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Penolong Pendaftar
5.2 Borang Soal Selidik

BAHAGIAN A: DEMOGRAFI

Arahan: Sila tanda ( / ) pada ruang yang disediakan. Anda boleh menanda lebih daripada satu ruangan yang
disediakan.

a) Jantina
Perempuan Lelaki
b) Tempoh pekerjaan
< 2 tahun 3 - 4 Tahun 5 - 6 Tahun 7 - 8 Tahun 9 - 10 Tahun >10 Tahun
c) Berapakah umur anda?
< 20 tahun 20 30 tahun 31 40 tahun
41 50 tahun > 50 tahun
d) Apakah status anda?
Sudah berkahwin Bujang Janda
Bercerai Duda Balu
BAHAGIAN B: Soalan dibawah mengenai pendapat anda tentang sebab berlakunya stress dalam kalangan
jururawat

Arahan: Sila tanda ( / ) pada ruang yang disediakan mengikut penerangan seperti dibawah.

1 2 3 4 5

Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak


setuju

Ketidakseimbangan kerjaya dan rumah tangga iaitu waktu kerja yang 1 2 3 4 5


kurang fleksibel
Kerenah pesakit 1 2 3 4 5
Komunikasi yang tidak berkesan antara rakan sekerja 1 2 3 4 5
Gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual 1 2 3 4 5

Persekitaran kerja yang tidak selesa dan kurang kondusif 1 2 3 4 5

Tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang lengkap 1 2 3 4 5


Kurang berminat dengan kerja/ tugas yang diberikan 1 2 3 4 5
Beban kerja yang berlebihan 1 2 3 4 5
Tekanan yang datang dari keluarga 1 2 3 4 5
Kurang mahir menggunakan peralatan/ teknologi baru yang digunakan 1 2 3 4 5
Jumlah pesakit yang terlalu ramai dalam satu masa 1 2 3 4 5
Tekanan daripada pihak atasan 1 2 3 4 5