Anda di halaman 1dari 1

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI EKSPORT

Perubahan cita rasa pengguna Negara asing

- Apabila pengguna Negara asing lebih suka barang keluaran Malaysia maka eksport Malaysia
bertambah dan sebaliknya.

Perubahan pendapatan Negara asing

- Apabila pendapatan Negara asing meningkat maka kemampuan Negara asing membeli
barang keluaran Malaysia turut meningkat. Seterusnya Eksport meningkat. Begitu juga
sebaliknya.

Perubahan kadar pertukaran asing

- Apabila kadar pertukaran asing Malaysia merosot, harga eksport Malaysia menjadi murah. Ini
menyebabkan eksprt Malaysia bertambah jika permintaan lebih anjal. Begitu juga sebaliknya.

Inflasi dalam Negara

- Jika inflasi berlaku di sesebuah Negara tetapi tidak di Negara rakan dagangnya maka harga
eksport menjadi mahal. Seterusnya eksport berkurang. Begitu juga sebaliknya

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI IMPORT

Perubahan cita rasa pengguna Negara asing

- Apabila pengguna sesebuah Negara lenih suka barang keluaran Negara asing maka import
Malaysia bertambah. Sebaliknya, apabila pengguna Negara tersebut lebih suka barang
keluaran Negara sendiri maka import akan berkurang.

Perubahan kadar pertukaran asing

- Apabila kadar pertukaran asing Malaysia merosot, harga import Malaysia akan menjadi lebih
mahal. Seterusnya import Malaysia berkurangan jika permintaan lebih anjal. Begitu juga
sebaliknya.

Dasar perdagangan Negara

- Jika sesebuah Negara mengenakan sekatan-sekatan perdagangan seperti tarif, kuota import
dan sebagainya. Seterusnya import akan berkurangan. Begitu juga sebaliknya.
-

Inflasi dalam Negara

- Jika inflasi berlaku di sesebuah Negara tetapi tidak di Negara rakan dagangnya maka harga
import menjadi murah. Seterusnya import bertambah. Begitu juga sebaliknya

Anda mungkin juga menyukai