Anda di halaman 1dari 12

PENDAHULUAN

Rasulullah SAW menjalani kehidupan dalam kancah peperangan yang seakan tidak
ada hujungnya selama lebih dari dua puluh tahun. Meskipun begitu, beliau tidak pernah lalai
dengan satu-satu urusan tertentu, kerana sibuk mengurusi urusan yang lain, hingga akhirnya
dawah Islam berhasil secara gemilang, memperluas kawasan takluk islam, walaupun sulit
diterima oleh sekalian manusia. Seluruh jazirah Arab tunduk kepada dawah Islam, debu-
debu Jahiliyyah tidak lagi tampak di udara dan akal yang tadinya menyimpang kini menjadi
lurus, sehingga berhala ditinggalkan bahkan dihancurkan. Udara Arab dipenuhi suara-suara
tauhid, azan untuk solat didengari memecah ruang liku angkasa dan sela-sela gurun yang
telah dihidupkan iman. Para daie dan pendidik Al-Quran pergi kesetiap penjuru bumi,
membacakan ayat-ayat di dalam kitab Allah dan menegakkan hukum-hukum-Nya.

Sebelum adanya dawah Islami, roh Jahiliyyah menguasai dunia, bikin perasaan dan
jiwa rawan, mengenyahkan nilai-nilainya, diselubungi dengan kegelapan, menciptakan jurang
pemisah antara kehidupan yang serba mewah dan kemiskinan, menyelimutinya dengan
kekufuran, kesesatan dan kegelapan. Sekalipun di sana ada agama samawi, tapi agama ini
sudah kehilangan taringnya, tidak lagi mempunyai kekuasaan, sudah tersusupi penyimpangan
dan pengubahan, sehingga yang menyisa hanya upacara-upacara yang kaku tanpa memiliki
kehidupan ruh. Setelah dawah Islam tampil memainkan perannya dalam kehidupan manusia,
maka roh manusia bisa lepas dari ilusi dan khurafat, dari perhambaan dan perbudakan, dari
kerusakan dan pembusukan, dari noda dan penyimpangan yang agung bagai ditusuk duri.
LATAR BELAKANG NABI MUHAMMAD

Alhamdulillah kita perlu bersyukur, dengan segala limpah dan rahmat Allah
menghantar Nabi Muhammad demi menyebarkan kebaikan ke seluruh alam. Ayuh kita
telusuri latar belakang susur galur kehidupan pemimpin terulung iaitu Nabi Muhammad
SAW. Nama diberi Muhammad yang bermaksud terpuji, sungguh agung nialinya. Baginda
dilahirkan pada waktu hari Isnin, malam 12 Rabiul-Awal bersamaan 20 April 570 Masihi di
Makkah. Nabi terakhir ini, lahir dalam keluarga besar bangsawan Makkah, Bani Hasyim.
Mereka dihormati suku-suku Makkah dan sekitarnya.1

Nasab yang terhormat ini berpadu dengan sejarah peribadinya yang sangat
memilukan. Aminah, ibunda tersayang Nabi Muhammad sedang mengandungkan baginda
dua bulan ketika ayahnya Abdullah, meninggal dunia dalam perjalanan ke Yathrib, sebuah
kota di sebelah utara Makkah. Dilahirkan sebagai anak yatim, Muhammad yang masih kecil
harus menempuh kehidupan di Makkah dalam keadaan yang sangat perit. Nama Muhammad,
yang kala itu kurang mendapat sambutan di Semenanjung Arab, asalnya daripada mimpi
ibunya ketika masih mengandungkan baginda.2

Di dalam mimpi itu telah diberitahunya tentang kelahiran pemimpin umat ini .
Mimpi itu juga memberitahu supaya ketika bayinya lahir, dia harus mengucapkan kalimah:
Aku meletakkan dirinya dalam lindungan Yang Maha Esa daripada segala kejahatanpara
pendengki.3 Diselubungi kebimbangan antara kesedihan ditinggal mati suaminya dan
kegembiraan menyambut kelahiran anaknya, Aminah berkali-kali menyatakan bahawa ada
tanda-tanda unik yang menyertai kehamilannya, yang diikuti oleh proses bersalin yang sangat
mudah.

Aminah terus menyedari bahawa dia adalah ibu kepada seorang anak luar biasa.
Keadaan yang sama juga dirasakan oleh datuk Muhammad, Abd al-Muttalib, yang memikul
tanggungjawab untuk mengasuhnya. Di Makkah, sudah menjadi kebiasaan untuk menghantar
bayi kepada ibu susuan daripada suku Badwi yag sering berpindah randah yang tinggal di
sekitar padang pasir terdekat.

1
Suku merupakan unit sosial terbesar di Arab. Mereka dipisahkan menjadi puak-puak (klan) kemudian suku
atau keluarga. Maksud bani adalah suku.
2
Ibni Hisyam, al-Sirah an-Nabawiyyah, 1:293. Makna daripada nama Muhammad adalah orang yang sering
dipuji atau orang yang layak dipuji.
3
Ibid
Memandangkan Muhammad anak yatim, semua calon ibu susuan tidak mahu
menyusukannya. Mereka bimbang dengan status baginda itu tidak akan mendatangkan
keuntungan. Halimah bersama suaminya, yang datang paling akhir kerana unta
tunggangannya keletihan, memutuskan untuk menerima anak ini meskipun seorang yatim,
adalah lebih baik daripada dicemuh oleh anggota suku mereka. Akhirnya mereka pulang
membawa Muhammad yang masih bayi. Halimah juga sama seperti Aminah, dia
menceritakan banyak tanda yang membuat dia dan suaminya berfikir yang bayi ini membawa
berkat. Selama empat tahun, Muhammad diasuh oleh Halimah dan tinggal bersama Bani
Sad. Baginda menjalani kehidupan kaum nomad di alam yang tandus dan keras.

NABI MUHAMMAD SEBAGAI ANAK YATIM

Al-Quran ada menceritakan kedudukan baginda saat menjadi seorang anak yatim
dengan pengalaman hidup di padang pasir. Ini adalah pelajaran rohani yang berkait dengan
pengalaman hidup di padang pasir. Allah ada berfirman; Bukankah Dia mendapatimu
sebagai seorang yatim, lalu dia melindungimu? Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang
mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu
sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. Oleh itu, janganlah kamu
berlaku sewenang-wenang terhadap anak yatim. Dan janganlah kamu mengherdik orang yang
meminta-minta. Dan terhadap nikmat daripada Tuhanmu hendaknya engkau menyebut-
nyebutnya (dengan bersyukur). 4

Rangkaian ayat di atas mengandungi beberapa pelajaran yang boleh diambil


ibrahnya,yang mana menjadi seorang yatim yang juga miskin sebenarnya merupakan sebuah
langkah permulaan untuk menjadi seorang rasul. Pertamanya, kelemahan dan kerendahan hati
yang secara semula jadi sejak kanak-kanak lagi. Keadaan ini semakin dirasai ketika ibunya
Aminah , meninggal dunia ketika Muhammad berusia enam tahun. Keadaan seperti ini tidak
hanya membuat baginda benar-benar bergantung pada Tuhan, tapi juga membuatnya dekat
dengan orang-orang fakir. Keduanya, jangan pernah melupakan masa lalu, masa penuh ujian,
lingkungan dan asal usul kita, dan berusaha mengubah pengalaman kita menjadi sebuah

4
Al-Quran, 93:6 - 11
pelajaran yang positif untuk diri sendiri dan orang lain. Hal ini adalah kerana daripada
pengalamannya, baginda tahu lebih baik daripada orang lain apa yang mereka rasakan dan
alami.

Dalam firman Allah Surah al-Ahzab ayat 21;

Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat,
serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.

Kita dapat melihat impaknya kini daripada akhlak baginda yakni merupakan
seorang yang selalu menggunakan pendekatan yang rasional. Di mana hikmah disebaliknya
ialah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Contoh mudah, dapat dilihat di dalam
peristiwa nabi mengajar seorang Badwi membersihkan najis di dalam masjid.

NABI MUHAMMAD SEBAGAI SEORANG SUAMI

Selain itu, selaku seorang suami perlu ada sifat penyayang dan adil. Baginda
SAW merupakan suami yang sangat adil dengan isteri-isterinya sehinggakan isteri-isterinya
berlapang dada dengan setiap keputusan yang diputuskan oleh baginda. Walaupun baginda
amat menyayangi Khadijah berbanding isteri-isterinya yang lain, tetapi baginda tidak pernah
lupa akan tanggungjawabnya sebagai suami kepada isteri-isterinya. Baginda sering bergurau
senda dengan isteri-isterinya yang lain dan tidak pernah makan sendirian melainkan bersama
isterinya. Baginda pernah mandi bersama dengan sadatina Aisyah dalam satu bijana. Baginda
juga akan meminta izin daripada para isterinya apabila ingin melakukan qiamullail dan sering
mengejutkan para isterinya apabila Baginda bangun malam untuk solat terutamanya pada
bulan Ramadan. Hikmah di sebaliknya adalah rumahtangga akan bahagia di dunia dan akhirat

NABI MUHAMMAD SEBAGAI SEORANG AYAH

Seterusnya, sebagai seorang ayah juga perlu untuk menjadi penyayang dan adil.
Rasulullah amat menyayangi anak-anaknya iaitu Al-Qasim, Zainab, Ruqayyah, Ummu
Kalsom dan Fatimah. Begitu juga dengan cucu-cucu baginda iaitu Hasan dan Husin. Suatu
ketika Rasulullah sedang solat, tiba-tiba kedua-dua orang cucunya naik ke atas badannya
yang sedang sujud namun kerana sayang, Baginda tidak bangun mengangkat badannya
sehinggalah Hasan dan Husin beredar. Sebenarnya Rasulullah SAW bukan sahaja saying
kepada cucunya, malah kepada semua kanak-kanak di zaman baginda. Hikmahnya adalah
demi menjaga amanah Allah.

Kemudian, sebagai seorang pendakwah perlu berani, tabah dan gigih. Di dalam
dakwah dan tarbiyah contoh teladan adalah wasilah yang paling berkesan dan paling hamper
kepada kejayaan. Oleh itu Rasulullah SAW adalah gambaran kehidupan kepada ajaran Islam
yang agung di dalam semua bidang. Aisyah r.a. menyaksikan sendiri akhlak nabi
menyifatkan nabi SAW; Akhlak baginda adalah al-Quran. Nabi SAW adalah al-Quran
yang berjalan di muka bumi. Sebagai contoh, tindakan baginda yang memulakan dirinya
sendiri sebelum orang lain melakukannya supaya turut diikuti oleh orang lainialah dalam
peristiwa pembinaan Masjid Nabawi. Baginda turut bersama para sahabat menggali dan
memindahkan tanah serta mengangkat bahan-bahan binaan.

Oleh itu para sahabat menumpukan pekerjaan mereka berdasarkan kenyataan


merekadalam syair :

Seandainya kami duduk sahaja sedangkan Rasul membuat kerja,


Pastilah kami tergolong orang yang mempunyai pekerjaan yang menyesatkan.
Allah SWT telah mengakui pada diri baginda terdapat akhlak yang agung dalam
semua perkara.
Firman Allah di dalam Surah Al-Qalam ayat 4;

Sesungguhnya pada dirimu (wahai Muhammad) terdapat akhlak yang agung.


(Al-Qalam: 4)

Oleh sebab itu, Allah SWT meredhai semua manusia mengambil contoh teladan daripada
baginda SAW dalam aspek perkataan dan perbuatan.

AKHLAQ DAN PERIBADI NABI MUHAMMAD

Faktor utama kepada penyebaran Islam pada zaman nabi, sahabat dan salafus
soleh adalah qudwah hasanah dan akhlak yang mulia yang dapat disentuh oleh para madu
semasa generasi ini sama ada dalam lapangan perniagaan dan urusan jual beli seperti sifat
benar, jujur atau di lapangan peperangan dan pertempuran, dimana tentera muslimin tidak
membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan ahli ibadah. Akhlak yang dipamerkan ini
telah mendorong mereka untuk berfikir tentang agama baru yang dibawa oleh para muslimin.
Biasanya orang-orang kafir yang tertarik dengan akhlak mulia ini akan memeluk Islam dan
mendekati ajaran-ajarannya.

Justeru qudwah ialah uslub amali di dalam dakwah. Boleh dikira sebagai dakwah
secara senyap kerana mampu membuka hati dan akal manusiaserta memberi kesan kepada
jiwa-jiwa manusia hingga lebih berkesan daripada ceramah atau pengajian. Sesungguhnya
dakwah Islam pada hari ini memerlukan kepada duat yang istimewa dari segi ilmu, akhlak
dan amal. Tambahan pula cita-cita sangat sukar, tugasan sangat berat, jalan yang panjang,
musuh lebih ramai daripada penyokong. Dengan itu duat merasai betapa sukarnya tugasan
yang dipikul, sedangkan manusia memerhatikan segala tindak tanduknya. Oleh itu para duat
hendaklah memohon pertolongan Allah supaya memudahkannya menjadi dai. Sebagai
hikmahnya, ramai akan memeluk Islam dan Islam berkembang.
NABI MUHAMMAD SEBAGAI SEORANG HAKIM

Kemudian, selaku seorang hakim perlu diterapkan sifat adil, tegas dan telus.
Rasulullah SAW telah menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama.
Baginda menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana-mana hakim. Surah An-
Nur ayat 51 menunjukkan bahwa posisinya sebagai hakim tidak terpisahkan dari posisinya
sebagai rasul. Beliau bertindak sebagai hakim sekaligus utusan Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW diakui sejarah sebagai penggagas hukum yang paling besar, kerana
beliau tidak saja menghakimi permasalahan secara adil dan imparsial, tetapi juga menetapkan
asas hukum yang universal dan seimbang bagi seluruh umat manusia. Contoh ketegasan
baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa hukuman memotong tangan
terhadap pencuri akan dilaksanakan walaupun pencuri tersebut adalah Fatimah anak yang
paling baginda sayangi bersesuaian dengan firman Allah di dalam Surah al-Maidah ayat 38;

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai)
pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Q.S. Almaidah (5) : 38)

Hikmahnya adalah agar tertegaknya undang-undang Islam, hidup umat Islam lebih teratur
dan terbela.

NABI MUHAMMAD SEBAGAI SEORANG NEGARAWAN

Seterusnya, sebagai seorang negarawan, menyatukan masyarakat berbilang kaum


dan keturunan, mengeratkan hubungan, mengekalkan perpaduan, menegakkan agama Islam
tetapi tidak menafikan agama-agama dan adat budaya lain, tidak memaksa menganut ajaran
Islam, ketua-ketua suku diberi peranan mengendalikan urusan dan masalah anggota suku
masing-masing selagi tidak bercanggah dengan Islam, membentuk konsep ummah
berteraskan kesatuan aqidah, hikmah- negara menjadi aman, kuat, stabil dari segi politik dan
ekonomi dan dapat memelihara perpaduan.

NABI MUHAMMAD SEBAGAI PEMIMPIN TENTERA

Seterusnya, sebagai pemimpin tentera. Baginda telah menjadi pemimpin tentera


bagi setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya. Asas ketenteraan baginda adalah
berdasarkan aqidah, syariah, dan akhlak mulia. Baginda dan sahabatnya menetapkan dasar
tertentu semasa perang seperti: (a) tidak memerangi orang lemah, orang tua dan kanak-kanak
serta wanita, (b) tidak memusnahkan harta benda. Baginda turut mengamalkan sifat amanah
dan melaksanakan amanah Allah dan juga amanah umat Islam seluruhnya bagi memimpin
tentera untuk mencapai kegemilangan. Baginda sentiasa bersikap adil kepada semua orang
tidak kira kawan atau musuh. Contoh mudah, baginda membahagikan harta rampasan perang
secara adil kepada para sahabat yang menyertai peperangan dan tidak melakukan
pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum-kaum yang
lemah. Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam ketenteraan.
Baginda juga berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan
kepada pasukan tentera Islam. Rasulullah SAW ialah seorang pemimpin perang yang cekap
dan berpengetahuan luas dalam bidang taktik dan strategi perang. Contohnya dalam perang
Badar , baginda menggunakan sistem saf, dalam perang Khandak menggunakan sistem
pertahanan parit, serta teknikmengepung dalam perang Taif.

NABI MUHAMMAD SEBAGAI SEORANG PENDIDIK

Selain itu, baginda sebagai pendidik. Rasulullah merupakan pendidik kepada


seluruh manusia. Ini ditegaskan dalam surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud;

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang orang (Arab) yang
Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka
sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan
keesaanAllah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang
sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (AlQuran) dan Hikmah
(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan
sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam
kesesatan yang nyata. (Surah al-Jumuah: 2)

Hadis daripada Abdullah bin amru bin al-Asr juga membuktikan bahawa baginda
SAW adalah pendidik :

Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar dari bilik dan masuk ke dalam masjid.
Di dalamnya terdapat dua kelompok, satu sedang membaca al-Quran dan berdoa kepada
Allah dan satu lagi sedang berada di dalam majlis ilmu. Lalu baginda bersabda ; kedua dua
kelompok adalah baik. Golongan pertama membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah
nescaya akan diqabulkan doa doa mereka atau tidak diqabulkannya. Manakala golongan
kedua pula mengajar dan belajar dan sesungguhnya daku diutuskan sebagai seorang guru
yang mendidik lantas baginda SAW duduk bersama mereka (Golongan majlis ilmu). Baginda
mampu mendidik manusia yang begitu rosak akhlaknya sebelum kedatangan baginda
bertukar secara mendadak menjadi positif dan mampu mengamalkan akhlak yang terpuji.
Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur
pendidik yang unggul untuk dicontohi,relevan dan sesuai untuk dipraktikkan di sepanjang
zaman.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: Sedang kami berada dalam masjid bersama
Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di
dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti! Namun
Rasulullah SAW berkata: Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri. Oleh demikian, mereka
pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah
SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: Di dalam masjid tidak
dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan
kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca alQuran.
Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk
membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing. Kisah Rasulullah SAW itu juga
mengajar perlu bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan
mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya,
selagi dia tidak menunjukkan sikap berdegil.

Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik


antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan
baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya. Guru
yang memberi dan menyebarkan ilmu yang berguna merupakan insan yang mulia di sisi
Allah. Nabi pernah bersabda, maksudnya:

Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali
tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh
yang sentiasa mendoakannya. (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

CABARAN DAN HALANGAN DIHADAPI OLEH NABI MUHAMMAD

Namun, segala-galanya tidak terhenti di situ, jika kita imbau kembali bagaimana
hebatnya tentangan dari para pembesar Makkah, kaum bangsawan, dan para pemilik hamba.
Mereka ingin mempertahankan tradisi lama di samping juga bimbang jika struktur
masyarakat dan kepentingan-kepentingan mereka akan terjejas kerana ajaran Nabi
Muhammad SAW yang menekankan pada keadilan sosial dan persamaan darjat. Mereka
berusaha untuk melepaskan hubungan keluarga antara Abu Thalib dan Nabi Muhammad
SAW dengan cara meminta Abu Thalib memilih satu di antara dua: memerintahkan
Muhammad SAW agar berhenti berdakwah, atau menyerahkannya kepada mereka.

Pada mulanya, Abu Thalib terpengaruh oleh ancaman itu, lalu meminta
Muhammad SAW menghentikan dakwahnya namun permintaan itu ditolak dan tentangan
tersebut tidak memberi kesan kepada baginda malahan baginda berkata, "Demi Allah saya
tidak akan berhenti memperjuangkan amanat Allah ini, walaupun seluruh anggota keluarga
dan sanak saudara mengasingkan saya." Mendengar jawapan ini, Abu Thalib pun berkata,
"Teruskanlah, demi Allah aku akan terus membelamu".

Setelah rancangan pertama gagal, kaum Quraisy mengutus Walid bin Mughirah
menemui Abu Talib dengan membawa seorang pemuda iaitu Umarah bin Walid untuk
ditukarkan dengan Nabi Muhammad SAW(untuk dibunuh). Namun ditolak oleh Abu Talib.
Kegagalan menghantui kaum Quraisy, lalu mereka mengutuskan Utbah bin Rabiah seorang
ahli retorika untuk memujuk Nabi Muhammad SAW dengan menawarkan takhta, harta dan
wanita agar Nabi Muhammad SAW menghentikan dakwahnya.

Akibat gagal dengan cara diplomatik dan pujuk rayu akhirnya kaum Quraisy
melakukan kekerasan. Mereka yang memeluk Islam diseksa dengan sangat kejam malahan
mereka diminta menghukum ahli keluarga yang memeluk Islam sehinggalah mereka kembali
murtad. Seterusnya kaum Quraisy menghalang hijrah ke Habshah. Namun mereka gagal lagi.
Malahan semakin ramai yang memeluk Islam. Dengan hal yang demikian, mereka
berpendapat kekuatan Nabi Muhammad SAW terletak pada perlindungan Bani Hasyim lantas
berusaha untuk melumpuhkannya dengan cara pemulauan.

Antara tahun yang amat mendukacitakan kepada Rasulllah ialah selepas kematian
Abu Talib dan Siti Khadijah kaum Quraisy semakin hebat membenci Nabi Muhammad
SAW. Rasulullah SAW menyebarkan dakwah ke Taif namun menerima tentangan hebat dari
Bani Saqif (penduduk Taif). Hikmah daripada peristiwa tersebut ialah, perjuangan
menegakkan aqidah tidak boleh dijual beli dengan harta dan nyawa, meningkatkan kesabaran
dan ketaqwaan apabila ditimpa musibah, semua manusia adalah sama di sisi Alla, peringatan
kepada manusia bahawa setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan, mengajar
manusia supaya melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, Islam semakin
berkembang, jangan memandang rendah kepada keperibadian seseorang, Islam
menggalakkan kita hidup secara bersederhana, sentiasa memohon pertolongan daripada Allah
dalam apa jua keadaan, rukun Iman menjadi asas kepada tazkirah kepada diri dalam usaha
memantapkan iman dan kita hendaklah sentiasa mengasihi di antara satu sama lain tanpa
mengira bangsa dan agama.
Jelaslah bahawa nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang
disegani malah baginda merupakan seorang pemimpin masyarakat, negarawan, perancang
ekonomi,dan pemimpin tentera yang berjaya. Baginda cuba menonjolkan Islam yang tidak
hanyamementingkan aspek akidah, tetapi juga menitikberatkan hal ehwal kehidupan seharian.
Baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi pula oleh khulafa al-Rasyidin

Anda mungkin juga menyukai