Anda di halaman 1dari 2

Pembangunan Modal Insan Melalui Pendidikan

http://www.kpakk.edu.my/artikel/pembangunan-modal-insan-melalui-
pendidikan/
Oleh : Robiatul Adawiyah Bt Saad

PENGENALAN

Pembangunan sumber manusia merupakan satu aspek yang penting untuk


pembangunan ekonomi sesebuah Negara. Pengenalan konsep modal insan dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah bertepatan dengan langkah
membendung jenayah komersial yang berlaku sebelum ini. Modal insan yang
diketengahkan adalah modal insan yang berkualiti yang menjadi teras utama RMK-
9. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistik merangkumi
pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan
keusahawanan dan pengetahuan Sains dan Teknologi (S&T) serta memiliki sikap,
nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran
sepanjang hayat.

Memetik kata-kata Yusof Al-Qaradhawi seorang sarjana dan tokoh pemikir Islam
yang tersohor dan disegani masa kini, beliau mengatakan Apabila kita hendak
melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini,
sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan
berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang
aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan
dengan kemungkinan buruk yang berlaku. Oleh itu, untuk melihat maju atau mundur
sesebuah negara bergantung kepada generasi mudanya. Dalam konteks ini,
pendidikan dilihat sebagai wahana terbaik dalam melahirkan generasi yang dinamik,
progresif, cemerlang, berakhlak dan berhemah tinggi.

KONSEP MODAL INSAN

Modal terbahagi kepada dua bahagian, iaitu modal fizikal dan modal insan. Modal
fizikal diertikan sebagai sekumpulan wang, aset dan harta yang dapat
digemblengkan ke dalam pelbagai kegiatan untuk menghasilkan keluaran yang
menguntungkan. Modal manusia atau modal insan ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang
dimiliki oleh manusia yang menyebabkan mereka lebih produktif. Modal ini tidak
boleh dipindahkan kepada seseorang kepada seseorang yang lain tetapi seseorang
perlu melabur untuk mendapatkannya. Ia dibentuk atau dipupuk melalui pelaburan
terhadap pendidikan, latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, kesihatan,
penghijrahan dan usaha mencari maklumat yang dapat meningkatkan taraf hidup
sesorang.

Pembangunan modal insan pula merupakan suatu proses bertujuan untuk


melahirkan jiwa yang bertaqwa. Ketiadaan jiwa yang bertaqwa akan mengakibatkan
fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh (Ismahali, 2008). Disamping itu,
pembangunan modal insan juga adalah pembangunan yang penuh dengan
keinsanannya. Ia harus dilengkapi dengan pembangunan jiwa, hati dan naluri bagi
melahirkan insan yang ada sifat keinsanannya (Fauziah, 2008).

Intipati Falsafah Pendidikan Negara yang berbunyi Pendidikan di Malaysia adalah


satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara (Falsafah Pendidikan Negara, 1987)
sememangnya bertepatan dengan kehendak cabaran Wawasan 2020 dan 6 Teras
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam melahirkan modal insan
yang berguna kepada keluarga,masyarakat dan negara. Perkara ini bukannya
semudah itu untuk dibentuk melainkan modal insan itu sendiri telah terdidik dengan
baik dari asal mulanya.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) telah diperkenalkan untuk


memartabatkan pembangunan insan di Malaysia. Antara yang termaktub dalam
PIPP ialah berdasarkan kepada enam teras iaitu membina negara bangsa,
membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan,
membangunkan modal insan, memperkasakan, sekolah kebangsaan, merapatkan
jurang pendidikan, memartabatkan profession keguruan dan melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan. Pada peringkat ini hala tuju pendidikan negara
lebih bersifat untuk melahirkan masyarakat yang mampu bersaing di peringkat global
berdasarkan kepada falsafah pendidikan yang dicanangkan dalam system
pendidikan di Malaysia.

Pembangunan modal insan merupakan salah satu matlamat utama dalam


pendidikan. Menurut Becker (1987), modal insan ialah yang berkaitan dengan
pengetahuan, maklumat, idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan yang dimiliki
oleh individu dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai