Anda di halaman 1dari 4

Minit Mesyuarat Panitia Sains Teras Bil.

2/2017

Tarikh : 14/03/2017 (Selasa)


Masa : 4.30 petang
Tempat : Bilik Sri Kudat, SMK Abdul Rahim
Kehadiran:

Hadir

1. En. Lezabit Dusin


2. Pn. Yusra Ab. Llah
3. Pn. Vivianna Mansarah Mugau
4. Cik Viviana Velenthia Micheal
5. Pn. Nik NurulHuda Nik Ab. Hamid
6. Pn. Theresa Millon
7. Pn. Catharine Chee Chai Lan
8. Pn. Nur Syahida Bt Ab. Manap

Tidak Hadir :
1. En. Salim Bin Masrah
2. En. Jummy Masindah
3. En. Azizan Boakan Bin Abdullah
4. En. Alizam Bin Rahmat

AGENDA:

1. Ucapan daripada Ketua Panitia Sains Teras


2. Perkara Berbangkit
3. Hal hal lain.
CATATAN:

Bil Agenda Perkara


.
Ucapan Ketua Panitia Pn. Yusra mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir mesyuarat panitia.
Perkara Berbangkit a) Pembahagian tugas:
Penyelaras Tingkatan
i) Menyediakan Salinan RPT.
ii) Membuat post-mortem program kecemerlangan yang
dirancang seperti kelebihan serta kekurangan program yang
telah dilaksanakan.
iii) Merancang program kecemerlangan bersama-sama guru
Panitia.

Tindakan: Penyelaras Tingkatan 1, 2, 3 4 dan 5

iv) PBS : Memastikan guru-guru melengkapkan PPPM dan modul-offline.

Tindakan: Penyelaras Tingkatan 2 dan 3.

v) KSSM: Memastikan guru-guru merujuk DSKP semasa melengkapkan


tapak pelaporan KSSM.

Tindakan: Penyelaras Tingkatan 1

Penggubal soalan
i) Menyerahkan soalan, skema soalan dan JSU selepas cuti sekolah.
ii) Memastikan soalan peperiksaan mempunyai tandatangan Ketua Panitia.

Tindakan: Penggubal soalan Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5

b) PEKA Tingkatan 4 dan 5


Markah dan Sijil
i) Penyelaras tingkatan yang mencetak sijil PEKA Tingaktan 4 dan 5.
ii) Boleh menggunakan pencetak panitia Sains untuk mencetak sijil.

Tindakan: Penyelaras Tingkatan 4 dan 5

iii) Guru mata pelajaran Sains yang akan key-in Markah PEKA.

Tindakan: Guru mata pelajaran Sains.

iv) Pengetua menegur tulisan pada sijil tidak boleh berwarna merah.
Tulisan pada sijil mestilah berwarna hitam.

Tindakan: Penyelaras Tingkatan 4 dan 5


c) Modul HEBAT
i) Cadangan: Cetak dan kumpulkan soalan modul HEBAT dalam satu fail
dan dirujuk oleh guru-guru mata pelajaran Sains lain. Semua tingkatan
1 sehingga 5 boleh menggunakan soalan pada fail modul HEBAT.

Tindakan: Akan diumumkan.

d) Program Kecemerlangan
Bengkel Jawab SPM Sains
i) Bengkel ini akan diadakan pada bulan April selepas cuti sekolah.
ii) Penceramah Pn. Roslizawani Che Mat.
iii) AJK melibatkan guru menengah rendah.
iv) Modul adalah daripada penceramah sendiri.
v) Akan diadakan 2 kali setahun iaitu pada bulan April dan 2 minggu
sebelum peperiksaan SPM Sains.

Bengkel PT3 Sains


i) Diadakan pada semester pertama, hari Sabtu pada minggu pelajar
asrama tidak pulang kampung.
ii) Kos cetakan modul boleh dituntut dengan PIBG.
iii) Pembinaan modul adalah mengikut aras. Pembahagian aras adalah
seperti berikut:
(a) Pn. Nik NurulHuda Nik Ab. Hamid dan Pn Vivianna Mansarah
Mugau (ARAS TINGGI)
(b) Pn. Yusra Ab. Llah (ARAS SEDERHANA)
(c) En. Alizam Rahmat. (ARAS RENDAH)

iv) Nota ringkas PT3 Sains akan diperbanyakkan kepada semua pelajar
Tingkatan 3. Kos fotostat boleh dituntut dengan PIBG.

Modul SPM
i) Cikgu Syahida akan menyediakan Modul SPM.
Program Kecemerlangan Tingkatan Lain
i) Diminta penyelaras tingkatan dan guru tingkatan merancang Program
Kecemerlangan Tingkatan 1, 2 dan 4. Contoh, Bengkel i-Think dan
Bengkel Teknik Menjawab sekurang kurangnya 1 kali setahun.

Program program Lain


i) Program Peningkatan Staf
- Bengkel Penskoran PT3 dan SPM pada bulan Mei sebelum
Peperiksaan semester 1.

ii) Program Guru Muda


- Skop program ini dijalankan di dalam kelas sahaja.

iii)Motivasi PT3 dan SPM


- Cadangan motivasi bagi pelajar PT3 dan SPM sebelum menghadapi
peperiksaan sebenar.

e) Peruntukkan PCG
i) Wang PCG sekarang berjumlah RM3117.00.
ii) Pn Catherine Chee (daripada Pusat Sumber) menawarkan bantuan
untuk menambah PCG.
iii) Ketua Panitia memaklumkan bahawa fail poket masih ada dalam
simpanan Panitia.
Hal-hal lain i) Memaklumkan kepada guru guru Sains lain sekiranya terdapat guru
guru mempunyai buku kerja KSSM yang bersesuaian.
ii) Buku rujukan (SPM) akan dicari (survey) oleh Cikgu Syahida.
iii) Printer Sains diletakkan di atas meja Cikgu Yusra.
iv) PBL (Project-based-Learning) akan diselaraskan kemudian.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang

Disediakan Oleh, Disokong Oleh,

__________________________ ____________
(VIVIANNA MANSARAH MUGAU) (LEZABIT DUSIN)
Setiausaha Panitia Ketua Bidang Sains dan Matematik
SMK Abdul Rahim, Kudat SMK Abdul Rahim, Kudat

Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

______________ _____________________________
(YUSRA AB. LLAH) (AWANG JAYA BIN AWANG DAMIT)
Ketua Panitia Sains Pengetua
SMK Abdul Rahim, Kudat SMK Abdul Rahim, Kudat

Anda mungkin juga menyukai