Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau
13 hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke
arah kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang
menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk
kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-
kanak dan peringkat dewasa.

Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan
yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu,
orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".

Antara ciri ciri seorang remaja ialah suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu
bapa.Pada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain
selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja
merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah
suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.Selain itu , seorang remaja gemar
berangan-angan.Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan
mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.Tidak
lupa seseorang remaja senang terpengaruh oleh emosi.. Ini adalah kerana rasional mereka
masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap.

Di Malaysia , seseorang individu akan menamatkan sesi persekolahannya setelah


mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Setelah itu , rata-rata individu remaja ini akan
meneruskan pelajaran di menara gading demi memperoleh segulung ijazah di masa
hadapan .Dengan hanya melangkah ke dalam university , pasti seseorang individu remaja itu
akan merasakan perubahan dalam hidup .
Kehidupan di universiti jauh berbeza dari alam persekolahan. Berbicara mengenai
mahasiswa, rasanya kurang lengkap jika kita tidak mengulas mengenai tempat dimana
mahasiswa menjalani kehidupannya sebagai cendekia muda. Tempat tersebut tentunya adalah
universitas atau perguruan tinggi. Lebih akrabnya, tempat tersebut disebut kampus. Kampus,
dalam bahasa Latin adalah campusyang berarti lapangan luas, tegal. Singkatnya, kampus
adalah tempat menuntut ilmu bagi para mahasiswa.

Berbeda dengan masa-masa Sekolah Menengah Atas (SMA) yang konon adalah masa
paling indah, dunia kampus tentu mempunyai ciri khasnya sendiri. Akan ada banyak hal baru
yang akan kita temui dalam kehidupan kampus, misalnya lingkungan yang baru, orang-orang
yang baru dan berbeda kepribadiannya satu sama lain serta berkembanganya pola pikir yang
berbeda pula.

Di lingkungan kampus, kesan individualistik cenderung lebih menonjol dan biasanya


sifat yang kurang begitu peduli pada sekitar ini dimiliki oleh hampir semua mahasiswa
sehingga semuanya berpotensi menganut paham ini. Sesungguhnya hal ini lebih dikarenakan
kondisi kampus yang menuntut mahasiswanya untuk menjadi lebih mandiri, namun hal ini
bisa kita minimalisir dengan memperbanyak mengikuti berbagai kegiatan di kampus.

Selain lingkungan yang baru dan berbeda dari kehidupan di SMA, di kampus, kita
juga akan menemukan orang-orang yang baru, teman-teman baru serta para pengajar baru
yang kesemuanya itu memiliki watak dan kepribadian yang berbeda satu sama lain. Hal ini
haruslah menjadi kesadaran bagi kita untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan sekitar,
untuk itu, tidaklah berlebihan jika kita menyebut dunia kampus sebagai dunia yang sama
sekali baru bagi kita.
Kejutan budaya di kalangan Mahasiswa remaja

Sebagaimana negara ini membangun dengan pesat, begitu jugalah hebatnya kebanjiran
penduduk luar bandar ke bandar-bandar besar untuk mencuba nasib masing-masing.Mereka
yang kebanyakannya golongan remaja, mengimpikan kerjaya yang boleh menjamin masa
depan dan tidak kurang yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kehadiran
remaja ini yang masih hijau di kotaraya, selalunya terdedah dengan pembudayaan sosial yang
tidak sihat dan paling mudah terperangkap dalam kejutan budaya yang baru.Keruntuhan
akhlak dan penglibatan dalam aktiviti kurang sihat di kalangan remaja sering menjadi
paparan di akhbar tempatan dan media elektronik.

Kejutan budaya bermakna menggambarkan kegelisahan dan perasaan (terkejut, kekeliruan,


dll.) yang dirasakan apabila seseorang terpaksa duduk dalam kebudayaan atau persekitaran
sosial yang berlainan sama sekali, seperti ketika berada dinegara asing. Ia timbul akibat
kesukaran dalam asimilasi kebudayaan baru, menyebabkan kesukaran bagi mengenali apa
yang wajar dan tidak wajar. Sering kali ini digabung dengan kebencian moral atau estatik
yang kuat mengenai sesetengah aspek budaya berlainan atau budaya baru.

Istilah ini mula diperkenalkan buat kali pertama pada 1954 oleh Kalervo Oberg. Penyelidik
lain kemudiannya yang meneruskan penyelidikan berkenaan kejutan budaya termasuk
Michael Winkelman. Kejutan budaya merupakan bahagian penyelidikan dalam komunikasi
antara budaya. Kini sesetengah penyelidik mendakwa bahawa kejutan budaya turut
mempunyai banyak kesan positif kepada pengembara pelbagai budaya, seperti meningkatkan
jati diri seseorang (self-efficacy )dan membantu meningkatkan motivasi diri

Persoalannya pada hari ini mengapa remaja dari luar bandar paling mudah terpengaruh
untuk melakukan perkara-perkara yang kurang sihat?
Faktor-faktor mempengaruhi Mahasiswa remaja

Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas yang telah dilakukan, masalah-masalah sosial


seperti mencuri, menyamun, bergaduh, lari dari rumah, perlakuan seks bebas, kehamilan luar
nikah, pembuangan bayi dan sebagainya yang membabitkan remaja jelas menunjukkan kadar
peningkatan yang semakin membimbangkan. Peningkatan yang semakin membimbangkan ini
disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor latar belakang diri
sendiri, faktor latar belakang keluarga, faktor pengaruh rakan sebaya dan juga faktor
permasalahan persekitaran sekolah.

1. Faktor latar belakang diri sendiri

Terdapat pelbagai definisi tentang remaja mengikut perkembangan masyarakat dan


mengikut beberapa sudut pandangan. Dari sudut fisiologi, Douvan dan Gold (1996)
menyatakan bahawa zaman remaja bermula apabila organ-organ peranakan dan ciri-ciri
jantina sekunder mula berubah di zaman akhir kanak-kanak. Manakala menurut Zainal dan
Sharani (2004), zaman remaja adalah masa berlakunya proses adaptasi dalam masyarakat
apabila mencapai akil baligh atau cukup umur. Sementara itu, Rogers (1962) pula
menyatakan, remaja adalah tahap perkembangan fizikal dan sosiologi mengikut umur
kronologi seperti berikut :

i. 11-15 tahun : keadaan fizikal berubah.


ii. 15-17 tahun : remaja mengutamakan identiti diri
iii. 17 tahun ke atas : remaja berlatih memainkan peranan sebagai orang dewasa.
Dari sudut kognitif pula, Suzana (2002) mendefinisikan remaja adalah individu yang
berkebolehan untuk menggunakan simbol-simbol, abstraksi dan strategi-strategi
penyelesaian masalah dalam pemikiran. Definisi ini disokong oleh ramai ahli psikologi,
misalnya Piaget (1972) dan Elkind (1967). Manakala dari sudut psikologi pula, Arieff dan
Wardah (2006) menjelaskan perlakuan remaja digambarkan sebagai perlakuan emosi.
Perasaan kadang kala lebih berpengaruh daripada fikiran. Arieff dan Wardah juga
menjelaskan suka duka kehidupan akan membentuk kerangka perlakuan remaja itu sendiri.

Perubahan daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa merupakan masa yang


mengelirukan remaja kerana golongan remaja ini akan melalui peringkat perubahan diri
yang kritikal dari segi mental dan fizikal. Pelbagai fenomena ganjil menghujani mental dan
fizikal mereka dan golongan remaja yang menghadapi tekanan ini akan melakukan
tindakan-tindakan di luar kawalan. Menurut Azizi dan Rosnah (2007), fenomena ini
mungkin berlaku disebabkan remaja yang terlibat ingin meluahkan perasaan tidak puas hati,
ingin membalas dendam dan sebagainya. Selain itu, kurangnya penghayatan akhlak dalam
diri remaja juga boleh mendorong remaja terlibat dalam masalah sosial. Menurut Najati
(1993), keruntuhan nilai akhlak di dalam sesebuah masyarakat boleh menjadi ancaman
kepada kesejahteraan mental individu. Malek Bennabi (1998) pula menyatakan, keruntuhan
nilai akhlak turut menjadi punca sebenar kepada kemusnahan kerana keruntuhan nilai
akhlak akan melemahkan setiap sendi sesebuah masyarakat.
2.Faktor Latar Belakang Keluarga

Keluarga merupakan antara pengaruh utama dalam kehidupan seseorang remaja.


Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan menjejaskan masa depan mereka yang
boleh menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial dan tidak mampu untuk
membentuk diri mereka menjadi orang yang berguna dan berwawasan (Rohayati, 2004).

Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, gejala sosial banyak berlaku dikalangan remaja yang
kurang berada. Arieff dan Wardah (2006) menjelaskan antara latar belakang keluarga yang
menjadi faktor remaja bertingkah laku devian adalah disebabkan pendapatan ibu bapa yang
rendah dan anak membesar dalam keadaan terbiar. Kajian Noor Adiah (1998) dan Norhayati
(1994) juga mendapati masalah sosial ada kaitan dengan pendapatan keluarga. Di negara
barat, Mannes, et al. (2005) melaporkan bahawa remaja yang berasal daripada keluarga
berpendapatan rendah adalah dua kali ganda lebih cenderung untuk bertingkah laku negatif
berbanding remaja lain.

Sementara itu, kajian yang dilakukan oleh Hamidah, et al. (2006) menunjukkan, faktor
ekonomi iaitu tidak berkeupayaan berbelanja mewah dan pendapatan cepat habis merupakan
faktor utama berlakunya penceraian di antara ibu bapa. Pertambahan ibu tunggal atau bapa
tunggal bukan sahaja akan mencetuskan masalah keluarga tetapi juga akan menyebabkan
timbulnya masalah juvana (Coleman dan Cressey, 1993). Menurut Calhoun, et al. (1993)
remaja daripada rumahtangga yang retak atau ibu tunggal lebih mudah terbabit dalam tingkah
laku delinkuen berbanding dengan remaja yang datang daripada keluarga yang normal.
Norhayati (1994) dalam kajiannya juga mendapati semua pelajar daripada keluarga bercerai
mempunyai masalah peribadi yang membawa kepada tingkah laku negatif.

Rata-rata remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang tidak bahagia dan kucar-
kacir. Menurut Hamidah, et al. (2006), ramai anak-anak dari keluarga tunggal mempunyai
masalah tingkah laku dan emosi akibat kurangnya pengawasan. Masa yang dihabiskan untuk
bersama anak-anak semakin berkurangan kerana ibu atau bapa tunggal perlu bekerja lebih
masa untuk menyara keluarga. Akibatnya
3.Faktor-Faktor Remaja Terlibat Dengan Masalah Sosial

118 Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan/ Journal of Education Psychology & Counseling
(2011) Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas yang telah dilakukan, masalah-masalah sosial seperti
mencuri, menyamun, bergaduh, lari dari rumah, perlakuan seks bebas, kehamilan luar nikah,
pembuangan bayi dan sebagainya yang membabitkan remaja jelas menunjukkan kadar peningkatan
yang semakin membimbangkan. Peningkatan yang semakin membimbangkan ini disebabkan oleh
beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor latar belakang diri sendiri, faktor latar
belakang keluarga, faktor pengaruh rakan sebaya dan juga faktor permasalahan persekitaran sekolah.

4.Persekitaran kawasan

Kebanyakan remaja suka meniru budaya dari Negara lain seperti barat , KPOP dan
sebagainya
Remaja kini meniru budaya mereka seperti kelakuan , pemakaian dan pertuturan . Remaja
beranggapan bahawa dengan mengikut budaya budaya negative ini , mereka merasakan diri
sangat megah di khalayak ramai .Selain itu , persikataran di university juga menjadi faktor
kejutan budaya . Sebagai contoh , kemudahan pengunaan telefon bimbit memudahkan remaja
untuk saling menghubungi dan mendapat info peribadi seseorang dengan mudah . Di
university juga berbeza kerana mahasiswa dibernarkan keluar sehingga waktu malam setiap
hari , di sini ramai remaja yang mengambil kesempatan untuk keluar melalukan aktiviti yang
tidak berfaedah tanpa dihalang oleh mana mana pihak .

Akhir sekali ialah premis premis yang melakukan aktiviti kurang sihat seperti kelab
hiburan , pusat pelacuran , pusat berjudi dan lain lain lagi . Remaja pasti ingin menjelajahi
kawasan baru yang didiami

Contoh isu kejutan budaya


1.Nur Amalina Che Bakri memakai pakaian seksi

Pelajar cemerlang SPM tahun 2004, Nur Amalina Che Bakri yang berasal dari Johor
dahulunya yang pernah dianugerahkan pelajar cemerlang SPM bagi tahun 2004 yang
juga memperolehi keputusan 17A1 dikatakan telah berubah dek kerana kejutan
budaya . Amalina dikatakan berubah setelah menjalani kehidupan baru sebagai
penuntut tajaan kerajaan di United Kingdom. Kehidupannya yang hangat
diperkatakan ketika ini di laman jaringan sosial setelah tersebarnya gambar-gambar
posing maut nya di laman sosial facebook dan twitter.

2.Mahasiswa gian menghisap dadah

Mahasiswa ingin merasa keseronokan dengan mengambil dadah . Mereka gemar


meluangkan masa dengan berkhayal dan merasakan masalah yang dihadapi akan
hilang

Kesan-kesan kejutan budaya


1.Terhadap Keluarga

Memalukan ahli keluarga


Tidak menghargai budaya yang dididik oleh keluarga
Hancur identity diri

2.Terhadap Negara

Negara luar menggangap Negara kita adalah Negara yang lemah


Negara yang tiada pendirian diri
Menyukarkan untuk bersaing dengan Negara lain

3.Terhadap masyarakat

Masyarakat tidak akan hidup dengan selesa


Menjadi imej yang buruk
Pemimpin Negara akan berkurangan

4.Terhadap agama

Memburukkan imej agama


Runtuh akhlak seseorang remaja
Tidak menjaga hubungan dengan Allah SWT

Cara-cara mengatasi kejutan budaya


1.Memperkasakan ajaran agama dalam kalangan remaja

Agama memainkan peranan yang penting sebagai panduan kehidupan manusia


termasuklah golongan remaja yang sering berhadapan dengan dilema dalam pencarian identiti
diri. Bagi merealisasikan generasi muda yang memiliki keperibadian yang cemerlang dari
segi sahsiah dan akhlak mereka, pelbagai pihak perlu berganding bahu bersatu memastikan
remaja berada pada landasan yang betul untuk menuju laluan kehidupan yang boleh
dibanggakan. Tahap pengetahuan agama yang sederhana sepertimana penemuan dapatan
kajian ini masih belum cukup untuk memastikan remaja dapat mengharungi zaman
keremajaan mereka dengan sempurna dan berjaya. Oleh itu, ibu bapa yang merupakan
individu paling rapat dengan anak remaja harus berkewajipan melaksanakan amanah dan
tanggungjawab untuk memperkukuh pendidikan agama anak dan seterusnya memastikan
mereka mempraktikkan ajaran agama yang diajari dalam kehidupan seharian. Penekanan
dalam mempraktikkan ajaran agama mampu menjadi perisai kepada anak-anak untuk tidak
terlibat dengan gejala sosial negatif yang boleh menghancurkan masa depan mereka.
Pengetahuan dan amalan agama yang sempurna juga mampu menjadikan remaja lebih
rasional dalam menangani cabaran hidup dan seterusnya memaksimumkan segala potensi
yang ada pada mereka untuk kemajuan diri, pembangunan agama, bangsa dan juga negara.

2.Fokus dengan matlamat yang ingin dicapai

Mahasiswa harus selalu berpesan kepada diri bahawa tujuan memasuki menara gading
Adalah untuk memperoleh segulung ijazah untuk Berjaya di masa hadapan . Tidak lupa juga
mahasiswa perlu melakukan yang terbaik dalam pelajaran demi kedua ibu-bapa yang
berpenat lelah menyekolahkan anak . Oleh itu , mahasiswa harus tabah menghadapi segala
hasutan hasutan yang tidak elok dan tabah berjuang demi masa hadapan .
Kesimpulan

Penambahbaikan dalam Pendidikan Islam negara kita pada hari ini memerlukan suatu
kekuatan dan kesepaduan yang tinggi daripada pelbagai pihak meliputi pelajar,guru, ibu
bapa,sarjana Islam, menteri dan semua pihak yang menginginkan terbinanya suatu sistem
pendidikan yang dapat mengubah diri individu secara sempurna sebagai seorang umat Islam
yang sentiasa mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian tanpa melaksanakan
perkara yang ditegah oleh agama.

Selain itu , seseorang mahasiswa itu harus mempunyai pendirian diri yang tinggi untuk
menuntut ilmu dan membentuk sahsiah diri agar tidak terjerumus kepada perkara perkara
yang membawa kepada kemaksiatan . Seperti yang dikatakan oleh imam Syafie , barangsiapa
yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu , maka Allah akan permudahkannya satu
jalan ke syurga .

Akhir kata , dengan menjaga agama ketika berada berjauhan dengan keluarga akan
mengelakkan remaja dari maksiat seperti yang telah ditetapkan dalam Al-Quran .
Rujukan
1.Fauziah Ibrahim , 2013, memperkasakan ajaran agama dalam remaja.
http://journalarticle.ukm.my/

2.

Anda mungkin juga menyukai