Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN

SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ

TARIKH:
14 APRIL 2017

TEMPAT:
SURAU AS-SYAKIRIN, SK SULAIMAN

ANJURAN:
UNIT BINA INSAN SK SULAIMAN
DENGAN KERJASAMA UNIT
BERUNIFORM SK SULAIMAN
LAPORAN ISRAK & MIKRAJ
PERINGKAT SEKOLAH 1438H

Tarikh : 14 April 2017 (Jumaat)


Masa : 7.30-9.00 mlm
Tempat : Surau As-Syakirin, SK Sulaiman

1. PENDAHULUAN

Sambutan Israk dan Mikraj pada kali ini dirancang dengan baik dan tersusun. Unit
bina Insan SK Sulaiman telah menganjurkan pertandingan kuiz, tazkirah harian,
risalah Israk & Mikraj serta pertandingan mewarna. Kerjasama semua guru dan
pelajar islam dilihat amat baik dan sangat komitmen sepanjang majlis sambutan
tersebut berlangsung.

2. OBJEKTIF

1. Dapat menghidupkan syiar Islam dengan merayakan peristiwa besar dalam


sejarah Islam
2. Dapat mengetahui dengan lebih jelas apa sebenarnya Israk dan Mikraj
3. Dapat menzahirkan kecintaan terhadap Islam dengan menekankan
kewajipan menunaikan solat

3. SASARAN
Semua peserta perkhemahan dan semua guru-guru Sk Sulaiman

4.. LOKASI AKTIVITI


Surau As-Syakirin, SK Sulaiman

5. TARIKH SAMBUTAN
14 April 2017 (Jumaat)
6. PENGISIAN AKTIVITI

AKTIVITI TARIKH Masa CATATAN


Ceramah Israk dan Mikraj
(Ustaz Yusof bin Seman) 14 April 2017 7.30-9.00 mlm
SK LURAH BILUT

Risalah Israk & Mikraj 10-13 April 2017 Ditampal disetiap kelas
dan papan kenyataan

7. ANALISA PENILAIAN PROGRAM

7.1 Sambutan Israk dan Mikraj pada kali ini berjalan dengan
lancar.Penglibatan daripada semua peserta perkhemahan serta guru-guru dapat
dilihat dalam melancarkan aktiviti dalam program ini.Ceramah berjalan dengan
lancar. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Yusof bin Seman daripada SK Lurah Bilut,
Bentong.

7.2 Pengisian program yang lain juga berjalan dengan baik.Penyampaian


tazkirah disambut baik oleh murid-murid dalam menghayati tazkirah yang
berkaitan dengan Israk dan Mikraj.

8. KEKUATAN PROGRAM

8.1 Sambutan yang baik daripada semua murid-murid dalam melibatkan


diri didalam aktiviti yang diadakan.Penyertaan yang begitu menggalakkan
dalam pertandingan kuiz dan teka silang kata Israk dan Mikraj.

9. KELEMAHAN PROGRAM

9.1 Penglibatan murid tidak menyeluruh kerana sasaran hanya kepada


perserta perkhemahan dan semua guru.

9.2 Tidak dapat melibatkan semua murid dalam memeriahkan lagi


Sambutan Israk Mikraj.

10. CADANGAN UNTUK PENAMBAIKAN

Penambahbaikan perlu dilakukan agar segalanya berjalan lancar. Segala


kelemahan perlu diambil kira agar Sambutan Israk dan Mikraj pada tahun hadapan
tidak akan mengalami masalah dan kesukaran lagi. Segala perancangan harus di
laksanakan awal dan gerak kerja berjalan lancar dengan pembahagian tugas
yang dibuat.
KESIMPULAN DAN PENUTUP

Secara kesimpulanya, dapatlah dilaporkan bahawa Sambutan Israk dan Mikraj ini
berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kelemahan. Kerjasama
semua guru dan pelajar menjadi tunjang kekuatan dalam perlaksanaan sambutan
ini. Diharapkan pada tahun hadapan ianya akan lebih berjaya dan berlangsung
dengan lebih baik.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

_____________________________ _________________________
(MOHD AFIQ FIRDAUS BIN MASHUDI) (PN. ZAHIDAH BINTI DAUD)
Setiausaha Bina Insan GPK Hal Ehwal Murid,
SK Sulaiman SK Sulaiman